BAB 11

Humor Series 30330

“We’ve found him,” umum babah sejurus selepas memutuskan talian telefon yang tadinya berdering. Aku diam menunggu kata-kata babah lagi. Riak babah yang penuh kesal menyampaikan berita yang sebaliknya.

“He’s dead. Mayat dia dibawa sungai, tersangkut di batang pokok,”babah geleng-geleng kepala lemah. Kesal dengan penghujung yang ditemuinya. Mummy bergegas menghampiri babah. Berbicara lembut menenangkan babah. Pasti babah juga terkesan dengan berita ini. Encik Mikail juga pernah suatu ketika dulu bergelar sahabat kepada babah. Juga seseorang yang banyak berjasa pada komuniti di sini.

Itu penerimaan babah? Bagaimana pula penerimaan Sofia?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sofia diam. Waktu babah menyampaikan berita tersebut pada Sofia, Sofia diam membisu.

“Thank you for helping us,”ucapnya selepas babah memberitahu prosedur yang perlu dilakukan untuk menuntut mayat bapanya. Memandangkan Sofia masih ditahan di hospital, babah menawarkan diri untuk membantu. Disokong oleh Doktor Ramjan yang juga mahu membantu.

Aku tetap setia di sisinya walau selepas semua orang beredar. Hampir sejam aku duduk. Tiada sepatah kata keluar dari bibir Sofia. Dia merenung ke luar jendela. Sesekali matanya singgah ke wajahku. Seolah mahu bertanya mengapa aku tidak beredar. Tetap, tiada kata yang dilontar keluar. Aku mahu beredar sejurus selepas Sofia terlena. Nafasnya yang makin perlahan dan sekata memastikan aku yang dia sudah tenggelam jauh dalam mimpinya.

Aku mampir ke katilnya . Anak rambutnya yang terjuntai ke matanya aku raut ke atas. Kelopak matanya bergerak seolah tahu ada seseorang berada di dalam zon selamatnya.

Sekali lagi aku ketawa kecil melihat tingkah luar sedarnya. Begitu berjaga-jaga. Terasa sayangku jatuh pada insan yang bernama Sofia Jane ini.

“What?”seperti diketuk batu, aku tersentak sendiri. Sayang? Aku sayangkan Sofia Jane?

“Aku sayang dia?”sedikit berbisik aku menyoal diri sendiri.

Wajah Sofia aku tatap lama. Cepat-cepat aku keluar dari bilik yang Sofia duduki. Langsung tidak menyangka yang Sofia sudah terjaga ketika aku menguak anak rambutnya. Matanya menyorot langkahku yang terburu-buru keluar seolah dikejar hantu.

Pintu yang tertutup Sofia pandang sayu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience