BAB 12

Humor Series 30330

Sudah hampir sebulan Sofia keluar dari hospital. Setiap hari physiotherapist akan datang membuat latihan fisio untuk kakinya yang patah. Tulang rangkanya yang patah juga sudah dibuka balutannya.

Dan untuk sebulan jugalah, hampir setiap hari aku ke Purple Rose. Mengganggu dan menyakitkan hati Sofia. Sofia yang kini sudah hilang sarkastiknya. Sudah hilang lidah bisanya. Aku dan housekeeper Sofia, Auntie Dana sudah seperti kawan baik. Sama-sama berbual dan mengusik Sofia. Dengan harapan Sofia akan membidas seperti selalu. Tapi harapan tinggal harapan. Sofia makin jauh terjatuh ke dalam jurang emosinya sendiri.

Doktor Ramjan yang datang sesekali juga kerap memberi kata-kata motivasi pada Sofia. Memaksa Sofia menghadapi kenyataan. Encik Mikail sudah tiada. Sofia yang dari kecilnya hidup semata-mata untuk Encik Mikail mula terasa hidupnya kosong.

Auntie Dana rupanya sudah lama mengikuti keluarga Sofia. Sejak Sofia sekolah lagi. Bermakna,Auntie Dana mengetahui banyak rahsia keluarga Sofia. Bila Sofia tidur selepas minum petang, aku akan menghabiskan masa berbual dengan Auntie Dana di dapur sambil dia menyiapkan makan malam.

“ Sofia dulu comel sangat. Ceria tak macam sekarang. Makin dia dewasa, makin berubah sikap dia. Menjauh dari orang sekeliling,”cerita Auntie Dana. Ketika itu Sofia sedang bersantai keseorangan di dalam bilik study bapanya. Aku tinggalkan dia seorang bersama dengan fikirannya.

“ Auntie faham...tekanan yang dia rasa. Sudahlah tiada ibu, Encik Mikail pula, khayal dengan dunia dia sendiri. Auntie rasa berterima kasih sangat pada Darius. Sanggup datang temankan Sofia hari-hari,”aku letak cawan teh yang kuminum.

“ It’s nothing lah Auntie. Saya pun tengah cuti. Sofia kawan saya. Saya tak kisah,”pendek aku menapis rasa penghargaan Auntie Dana. Suasana sunyi sebentar di antara kami.

“ Auntie tahu yang Darius tahu cerita sebenar,” suapan air di mulutku terhenti. Fikiranku ligat mencari pucuk pangkalnya perbualan kami.

“Cerita apa Auntie?”aku cuba berlagak tidak tahu. Siap seyuman manis lagi kuhadiahkan pada Auntie Dana.

“Tentang Encik Mikail, Puan Intan dan Doktor Ramjan,” okay. Memang aku tahu. Doktor Ramjan sendiri yang menceritakan hal tersebut padaku.

“ Macam mana Auntie tahu?” Auntie Dana senyum kecil. Sedih kelihatannya.

“Auntie kerja sini dah lama. Puan Intan tu dah macam kawan baik auntie. Auntie tahu apa yang jadi dalam rumah ni. Auntie nampak,” aku diam. Tidak mahu memberi sebarang komen.

“ Does Sofia know?” soalku. Aku tahu Sofia tidak tahu tentang semua ini. Tapi tetap aku mahukan kepastian dari Auntie Dana.

“ Sofia tak tahu. Kami tak mahu dia tahu. Sofia dah cukup menderita dengan apa yang berlaku. Siapa yang boleh terima bila bapa dia sendiri tak boleh menghadap muka anak sendiri hanya kerana muka dia seiras muka ibu dia? Hanya kerana Puan Intan kerap berjumpa Doktor Ramjan, Encik Mikail buat andaian yang bukan-bukan. Bila Puan Intan dah pergi, sanggup pula dia lepas geram pada Sofia? Nasib baik Sofia tak tahu tentang semua ni,” mendengar susur galur cerita dari mulut Auntie Dana membuat aku terfikir. Encik Mikail sudah terhukum sendiri dengan perbuatannya. Mereka yang masih hidup ini tetap perlu meneruskan kehidupan. Berbaloikah jika kisah ini disingkap-singkapkan lagi?

Prangg!!!!! Aku dan Auntie Dana tersentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience