BAB 2

Humor Series 30330

Aku kerling jam di dashboard. 4.30 petang. Hampir sejam sudah memandu tanpa henti. Semangat mahu sampai ke rumah babah dan mummy membakar tenaga aku untuk terus memandu. Suara DJ radio setia menemani. Berceloteh tentang isu semasa, gosip artis dan berita sukan.

Nampak sahaja simpang kecil yang menuju ke rumah, senyumku makin melebar. Tak sabar mahu menatap wajah-wajah yang lama tak kutemu.

Masuk sahaja kereta ke perkarangan rumah babah yang sudah dipenuhi beberapa biji kereta, segerombolan kanak-kanak kecil keluar.

“Woo..woo..chill kids. Alang baru nk keluar kereta ni,”aku angkat kedua tangan mengarahkan mereka berhenti dari mengerumun di sekeliling.

“Alang belikan coklat tak?”soal Alana. Anak Imah yang paling bongsu. Aku ketawa besar. Patutlah excited sakan. Menunggu buah tangan rupanya.

“Mestilah ada. Tapi kena sayang Alang dulu,”suara mummy tiba-tiba menyampuk dari belakang. Mataku beralih arah.

“Mummy,”aku terpa masuk ke pelukan mummy yang sudah sedia membuka tangan. Pipiku dicium kedua dua belah. Lama aku peluk mummy erat. Rindu!

“Eww...Alang manja la..Orang tua mana boleh manja macam tu,” Imran,anak Along yang kedua mengomen. Siap dengan mukanya dikerutkan sekali. Sekaligus mengundang ketawa semua yang ada.

“Babah?”mataku meliar mencari kelibat babah. Mummy tarik muka.

“Babah kamu tu...selagi belum gelap,memang tak nampak muka dia,”aku ketawa. Dari muda hinggalah sudah bercucu,Babah memang gila bekerja. Mummy kenal suaminya. Dia juga tahu kerajinan itu lah yang membuatkan Babah dihormati ramai orang. Sehingga kini pun, Babah tidak pernah leka dari tanggungjawabnya sebagai Ketua Polis.

Aku menuju ke arah adik beradik dan ipar-iparku yang sedang duduk beramai ramai menonton tv di ruang tamu depan. Baru saja mahu melabuhkan punggung di atas sofa, Acik memanggil.

“Abang Dar, babah call tadi. Babah kata kalau Abang Dar sampai nanti,pergi cari babah kat balai.”

“Alahh.....,”sahutan yang lain lebih cepat dari jawapanku. Aku pandang keliling sambil senyum melihat mereka mengeluh dan mengomel kerana tidak sempat bersembang denganku. Well...kalau babah bersuara, siapa yang berani melawan. Kata babah itu umpama undang-undang yang perlu dipatuhi. Berlari-lari anak aku keluar kembali ke kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience