BAB 9

Humor Series 30330

Aku renung wajah Sofia di balik dinding kaca wad yang menempatkan dia. Turun naik dadanya menunjukkan kesakitan tiap kali nafas ditarik. Wajahnya yang mula menunjukkan kesan-kesan lebam yang lebih ketara dari semalam ditutupi alat bantuan pernafasan.

Selepas hampir 5 jam berada di dalam dewan pembedahan, baru Sofia di tolak keluar. Tulang rusuknya yang patah hampir tertusuk ke paru-paru mengakibatkan proses rawatan menjadi sedikit sukar.

Sofia diberi sedatif. Dibiarkan tidur. Bimbang bila tersedar dia akan merasakan kesakitan yang melampau.

“She’s strong,isn’t she?”satu suara muncul dari sebelah kanan. Aku berpusing. Seorang lelaki di dalam umur hampir mencecah 50-an berdiri tegak memandang Sofia. Mataku beralih dari Sofia dan dia berulang kali.

“ Who are you?”aku lontar soalan terus. Dia pandang aku sedikit mengangkat kening.

“Oh, I’m sorry!” tangannya dihulur padaku. Memperkenalkan dirinya. “ I’m Ramjan. Mikail’s doctor,”aku sambut huluran tangannya.

“ Darius. Sofia’s...,”aku berdehem sedikit sebelum menyambung.

“friend...old friend..,” sahabatkah aku? Pernahkah Sofia menganggap aku sebagai sahabat? Doktor Ramjan mengangguk. Kami berjalan ke arah kerusi yang teredia di koridor.

“ I came as soon as I heard about what happened. Sofia’s alone. Maybe I could help,”tanpa aku bertanya, dia ramah memberitahu. Aku diam. Memberi laluan untuk dia bercerita.

“ Kasihan Sofia...sanggup buat apa saja untuk buat Papa dia notice dengan kehadiran dia,”kali ini minatku tertarik.

"I'm sorry if I'm too forward,but can you tell me what's actually wrong with Encik Mikail. Plus, why would Sofia tried too hard seeking for his father's attention?"tanpa bertapis,aku terus tujukan soalan yang bermain di benak fikiranku.

"Aha...I think I know you young man,"Doktor Ramjan ketawa tiba-tiba. Siap menepuk bahuku lagi.

"You are that man. Lelaki yang Sofia beritahu saya, datang ke Purple Rose and busybody sangat nak ambil tahu tentang mereka. It's you right?"wajahku terasa panas. Sedikit malu bila perihalku sampai lebih awal ke telinganya. Itupun dari mulut Sofia. Entah berapa banyak agaknya keburukan aku yang digembar gemburkan pada Doktor Ramjan.

"If it's you,then saya akan cerita,"ujarnya.

"Why?"hatiku bertingkah.

"Sebab....kalau Darius boleh buat Sofia rasa terganggu sampaikan dia asyik bercakap pasal Darius,maksudnya, you mean something to her,"mendengar penjelasan panjangnya,aku terdiam. Aku bermakna untuk Sofia? Apa maksudnya tu? Sebelum sempat aku menyuarakan pendapatku, dia terlebih dahulu bersuara.

"Saya dah kenal Sofia lama...,"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pulang dari hospital , aku terus masuk ke dalam bilik. Sebelum menutup pintu bilik,sempat ekor mataku menangkap kelibat babah yang baru turun dari tingkat atas. Terus aku berbaring menelentang di atas katil. Merenung lelangit bilik. Sofia Jane....hatiku berdetik. Ingatanku tiba-tiba pamit pada Encik Mikail. Segera aku bangun dan berlari keluar.

"Babah!" babah yang baru bergerak keluar pintu berhenti mendengar panggilanku.

" Macam mana dengan SR?" aku merujuk pada Search And Rescue Team yang dihantar untuk mencari Encik Mikail.

"Still searching. Sekarang pun babah nak pergi update situation. Want to come with me?"pelawaan babah aku biar sepi. Babah yang seperti memahami konflik yang sedang berlaku di dalam diriku hanya membiarkan saja jawapannya tidak berbalas. Terus babah beredar pergi. Aku kembali masuk ke bilikku.

Memikirkan Encik Mikail membuatkan rasa marahku membuak kembali. Jahatkah aku jika aku tidak mahu Encik Mikail ditemui? Adakah aku mementingkan diri jika aku mahukan Sofia jauh dari bapanya sendiri?

Dalam memikirkan Sofia, mataku semakin berat dan akhirnya aku tertidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience