BAB 5

Humor Series 30330

Merenung anak-anak saudaraku yang sedang bermain bola di laman rumah babah menghiburkan hatiku. Teringat mummy yang kerap bertanyakanku tentang bila aku mahu menamatkan zaman bujangku. Umur sudah meningkat,tapi masih tetap selesa dengan status bujang.

Aku tahu mummy risau. Risau melihat cara hidupku yang ke sana ke sini dikelilingi pramugari cantik jelita. Berjalan satu dunia dikepit wanita cantik. Bukankah itu sama seperti syurga dunia? Itu kata mummy. Aku ketawa terbahak bahak waktu itu. Betapa lucunya pemikiran mummy.

Babah cuma diam. Diam babah bukan bermakna babah tidak ambil tahu. Diam babah bersebab. Babah tahu anaknya. Babah yakin dengan diriku. Sebelum aku meletakkan jalan hidupku sebagai seorang juruterbang, babah terlebih dahulu duduk dan berbincang denganku dari hati ke hati. Memastikan ini apa yang kumahukan di dalam hidupku. Dan ingatannya padaku bahawa aku perlu menanggung sebarang risiko di masa hadapan sekiranya aku tetap mahu meneruskan niatku.

" Cuti berapa lama?"babah yang entah bila duduk berhadapan denganku tiba-tiba bertanya.

" 2 bulan,"jawabku sepatah. Babah angguk. Kami sama-sama diam melihat mereka bermain. Berlari ke sana ke sini mengejar bola.

"How's Sofia doing?"babah mula membuka topik yang aku sendiri cuba untuk lupakan.

"She's fine,"beritahuku. Setakat yang aku lihat,dia ok sahaja. Tidak nampak sebarang tanda sakit.

"Her dad?"kali ini aku diam. Kerana aku sendiri tidak tahu jawapan kepada soalan itu. Sudah 2 hari aku tidak ke sana. Mula timbul rasa malas menghadap si angkuh Sofia walau pada mulanya aku suka dengan sikap tarik talinya.

"Babah rasa..Encik Mikail sakit. Because there's an ambulance going there once or twice a week,"mataku membulat memandang babah. Really? Semangatku untuk mencari Sofia tiba-tiba datang kembali. Berkobar-kobar mahu mengetahui sebab dia pulang ke sini.

Did she came back here just for the sake of taking care of her father?

Sofia Jane,why are you full of mystery. You make me want to solve it.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience