BAB 7

Humor Series 30330

Sayup-sayup aku terdengar bunyi ketukan di pintu bilikku. Aku gagahkan diriku untuk membuka mata. Jam di tepi katil aku kerling sekilas. 2.00 pagi. Siapa pulak ni? Dengan kantuk aku pergi membuka pintu. Babah berdiri tegak dihadapanku. Siap berpakaian seperti bersedia untuk keluar.

“Where are you going?”soalku dengan suara yang keluar garau.

“Housekeeper Purple Rose call babah. Something happened. She ask me to come and call for ambulance,”mataku yang tadinya separuh kini terbuka luas.

“Dia ada nombor babah?” sempat lagi otakku memikirkan logiknya dia menelefon babah terus daripada membuat panggilan ke balai.

“ Babah bagi nombor babah hari tu. In case she need it,”tanpa berkata panjang lagi, babah terus beredar pergi.

“I’ll go first,” katanya sedikit kuat dari jauh. Aku mengangguk walau tahu babah tidak melihat pun reaksiku. Bergegas aku menyarung knitted sweater yang memang tersedia bersangkut di hujung kaki katil. Seluar pajama yang sedia terpakai tidak aku tukar. Kunci kereta dan wallet aku capai sambil berjalan keluar. Mummy sudah bersedia menunggu di pintu untuk melihat aku pergi. Sempat aku cium pipi mummy sebelum menuju ke kereta.

“Be careful,”pesan Mummy mengiringi langkahku.

“I will,”sahutku dari jauh.

Jalan yang sepi dan gelap mempercepatkan lagi pemanduanku. Hatiku rasa bimbang. Untuk apa dipanggil ambulans? Terukkah sakit Encik Mikail. Atau.....cepat-cepat aku membuang prasangka yang hadir.

Pintu pagar besar Purple Rose sudah sedia terbuka ketika aku sampai. Kelihatan kereta babah diparkir betul-betul di hadapan pintu hadapan rumah. Aku ikut memarkir kereta di belakang babah. Sedikit meninggalkan ruang untuk ambulans yang bakal tiba nanti.

Babah tiba-tiba meluru keluar dari rumah sambil bercakap telefon dengan seseorang.

“ Yes. Dispatch 1 team to the west and 1 team to the north. He’s missing for about half and hour already. Gather as many people as you can,” aku terpinga mendengar perbualan babah. Terus aku terpa bila babah memutuskan talian.

“ Apa jadi ni babah?” babah geleng kepala perlahan. Sedikit mengeluh.

“Encik Mikail’s missing,”

“ Then, why are we calling for ambulance?”tanya aku pelik. Babah pandang aku lama. Mengiyakan apa yang sedang bermain di mindaku.

“Oh,shit!” aku terus berlari masuk ke dalam Purple Rose. Apa yang kulihat mematikan langkahku. Sofia terbaring di kaki tangga. Wajahnya pucat tidak berwarna. Langkah kakiku berubah perlahan. Housekeeper perempuan yang aku jumpa tempoh hari duduk melutut di tepi Sofia sambil perlahan mengusap dahinya yang berdarah dengan kain tuala. Pandangan housekeepernya berlaga denganku. Ada air mata di situ.

“Sofia...,”seruku perlahan. Kelopak matanya bergerak-gerak sebelum terbuka. Sedikit lemah pergerakan matanya. Aku melutut di sisinya. Cepat mataku melihat seluruh tubuhnya dari hujung kaki sehingga ke kepala.

“Don’t touch her,”babah sudah berdiri di belakangku. Aku lihat kaki Sofia berada di dalam posisi yang pelik. Patah. Pernafasannya juga pendek dan cepat. Setiap helaan nafas kelihatan sukar dan menyakitkan.

“I think ada broken ribs,broken leg, head injury and maybe concussion. So don’t touch her until the paramedics arrive. Afraid it will be worse,” mataku meneliti setiap bahagian tubuhnya yang disebut babah. Babah lebih arif kerana dia pasti sudah kerap melihat kecederaan di dalam banyak situasi.

“ Apa dah jadi dalam rumah ni?” soalanku sepi. Tiada balasan. Mataku menyorot setiap sudut rumah tersebut. Seperti tiada apa yang disentuh. Cuma karpet yang menutupi tangga terseret sekali ke bawah, bergulung di kaki Sofia. Bermakna Sofia jatuh dari atas. Dahinya yang luka? Broken ribs? Hanya dengan jatuh tangga, semua kecederaan itu boleh terjadi? Mustahil!

Seperti mengetahui apa yang bermain di fikiranku, babah juga turut berdiri di hadapan housekeeper Sofia yang masih menangis.

“ Awak saksi utama. Ceritakan apa yang dah terjadi di sini,”arah babah padanya. Dalam esakan dan sedikit gigil, dia masih memandang Sofia. Seperti meminta kebenaran. Aku merengus geram.

“ Don’t you dare stop her from talking!” aku tuding jari memberi amaran pada Sofia. Matanya bertembung dengan mataku. Terlihat diwajahnya kesakitan yang ditanggung. Masih dia mampu melawan aku hanya dengan panahan mata sahaja. Giginya diketap. Mungkin sakit ataupun menahan geram padaku.

“ Darius,” babah menegur dari belakang. Aku tarik nafas panjang. Lampu ambulans memanah masuk ke dalam rumah. Pantas aku keluar dari rumah tersebut. Tidak mahu melihat paramedic memeriksa Sofia. Tidak betah melihat kesakitan Sofia bila diangkat ke atas stretcher.

Aku berdiri di luar pintu melihat Sofia diangkat masuk ke ambulans. Sempat matanya mencari sesuatu sebelum diangkat masuk. Tangkap saja matanya dengan mataku, dia menghentikan pencariannya. Bening matanya redup. Memohon pengertian. Perlahan mulutnya menyebut sesuatu. Tiada suara yang keluar. Tapi aku tahu apa yang ingin disampaikan.

I’M SORRY

Tanganku menggepal penumbuk. Terasa lemah bila melihat keadaan Sofia. Kalaulah aku lebih bersabar. Kalaulah aku lebih keras dalam memaksanya. Kalaulah........

Mataku bergenang merenung ambulans yang sudah lepas jauh hilang di balik selekoh turun ke lereng bukit. I’m the one who should say sorry. I’m sorry Sofia....kali pertama hati lelaki aku menangis. Kesal dengan segala yang berlaku. Bukankah ini yang aku tunggu selama ini? Untuk melihat Sofia yang gah bak gergasi jatuh menyembah bumi?

Tapi kenapa bila ini terjadi, aku terasa seperti mahu ikut sama Sofia jatuh dari kemegahannya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience