BAB 4

Humor Series 30330

Keesokan harinya,tepat jam 4 petang, aku sudah tercangak di hadapan pagar besar Purple Rose. Menunggu pagar dibuka. Mataku mengukur ketinggian pagar tersebut. Memikirkan kewajarannya untuk aku memanjat masuk.

" No need to be a monkey just to see me," satu suara muncul dari sebelah kiriku. Aku menoleh. Sofia sedang berdiri di depan pagar kecil yang terbuka. Aku berpusing menghadapnya.

Wajahnya sedikit pun tidak berubah. Cuma garis-garis wajahnya memaparkan kedewasaan yang berlainan dari zaman remajanya. Rambutnya yang melebihi sedikit paras bahu diikat satu. Kemas. Mempamerkan luaran yang tegas dan degil.

"Well..if it's not Sofia The Stonecold,"nyanyiku perlahan sambil berjalan menghampirinya. Dia tidak berganjak. Menunjukkan dirinya yang memang tidak pernah gentar denganku.

"Well...if it's not the infamous worm from the wormhole,"ajuknya padaku. Bibirku terangkat berdecit. Ini perkara yang aku paling benci dengan Sofia. Balasannya pada setiap ejekanku membuat aku rasa malu keseorangan. Kesan yang diberi oleh setiap kata-katanya menyusup sampai ke tulang hitam.

Di sekolah dahulu, Sofia menjadi kegemaran hampir semua guru kerana kerajinannya dan sikap hormatnya pada semua guru. Tapi entah kenapa,sikap hormatnya terbatas pada insan yang bernama Ahmed Darius.Aku.

Pada pelajar lain pun dia sering mengangkat hidung tinggi. Seolah olah,dia lah manusia paling hebat dan bagus di abad ini. Sikap sombongnya itu lah yang membuatkan zaman persekolahannya kosong. Tiada teman. Jauh sekali kawan baik.

Sesekali bila melihat dia berjalan menyusuri front hall keseorangan, aku sering berfikir. Gembirakah hidupnya begitu? Tidak sunyikah dia? Aku jatuh kasihan.

Tapi kasihan yang ada bertukar menjadi benci bila melihat pandangan matanya padaku. Dia memandang aku seperti aku ini binatang kecil yang mahu dijentik ke tepi.

Pertama kali aku dan dia bercakap sudah menimbulkan bibit bibit benci dihatiku. Aku terlanggar Sofia semasa sedang bertolak tolakan bersama geng pasukan ragbi selepas pulang dari latihan. Buku yang dipegangnya terjatuh bila tubuh kecilnya terlanggar locker buku yang berbaris panjang di tepi dinding hall selepas dilaga kuat dengan tubuhku.

"Sorry! I didn't see you there,"segera aku meminta maaf dan menunduk dengan niat mahu membantu mengutip bukunya yang terjatuh.

"Shut it! Don't touch my book, you worm!"tanganku terhenti. Tidak percaya dengan telingaku sendiri. Did she called me worm just now? Aku toleh memandang kawan-kawanku di belakang. Mereka ketawa mengekek melihat aku dibidas hanya dengan satu ayat. Baru aku lepas dari rasa terpinga, dia sudah berlalu pergi.

Dan pertemuan seterusnya pasti berakhir dengan aku geram pada diriku sendiri. Sering mati katak dengan hanya satu ayat darinya. Maruahku sebagai kapten pasukan ragbi dan Ketua Pelajar seperti terletak di bawah tapak kasutnya.

"Scram you worm!"sudah acap kali kudengar dari mulutnya.

"Go back to your wormhole!" yang ini pun kerapkali diucap. Siap dengan hidungnya mencanak naik ke langit bila dia berlalu pergi. Bila berada di dalam kehadirannya, aku seperti jijik pada pandangannya. Dan tidak pun aku ketahui mengapa dia begitu anti dengan aku. Bukan aku sahaja. Semua pelajar pun dipandang seperti dia berada jauh di langit atas.

Hendak dikatakan pandai,tidak. Cantik, jauh sekali. Mungkin kerana dia tinggal di puncak bukit,dia rasakan dirinya tinggi dari yang lain. Sorry,tapi itu bukan aku.

"Why are you searching for me?"soalannya mengembalikan ingatanku pada situasi yang sedang berlaku. Tangannya berpeluk tubuh berdiri tegak menghadapku.

"Just to say Hi?"jawapanku berbunyi seperti soalan. Sengaja mahu menduga Sofia yang sudah 10 tahun tidak kutemu.

"Hi. Now you can go back. Scram, you worm!"siap dengan tangannya dia menghalau aku dengan jawapan sarkastiknya. Masih sama seperti dulu nampaknya. Aku senyum geleng kepala. Kenapa setelah 10 tahun, aku rasakan sikapnya yang satu ini tiba-tiba kelihatan comel?

"Kenapa kau balik sini?"terus aku ajukan soalan yang memang dari semalam sudah aku atur di mindaku.Dia memandangku lama dengan pandangan kosong.

"I have the grant to this house. And that means,this.is.my.house. I can come back whenever I want,"suaranya mendatar. Menimbulkan rasa sangsi di hatiku. Dalam sekelip mata saja,wajahnya berubah kosong,tiada emosi sama seperti pandangannya juga nada suaranya. What happen? Suis manakah yang aku tersilap sentuh?

"Alone?"masih, aku cuba memancing reaksi darinya. Air mukanya berubah. Meluat melihat aku agaknya. Terus dia berpusing masuk semula ke dalam pagar kecil tadi. Aku biarkan sahaja. I still have time to chase you,Sofia.

Sebelum berlalu,sempat di berkata, "Jangan cuba-cuba nak panjat pagar ni. I'll report you for trespassing. We don't want your father to open a case under your name,do we?"dengan senyuman sinisnya,Sofia terus berlalu. Langkahnya kemas dan teratur masuk ke rumah. Sehinggalah pintu hadapannya sudah tertutup rapat,aku masih berdiri di situ. Terhibur dengan tingkah Sofia yang dirasakan ada unsur-unsur kebudak-budakan.

Aku pulang untuk kali kedua dari Purple Rose dengan tangan kosong. Tapi, tidak seperti semalam. Kali ini aku pulang dengan senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience