BAB 13

Humor Series 30330

Prangg!!!!! Aku dan Auntie Dana tersentak. Kakiku bergerak laju menuju ke bilik study. Aku dan Auntie Dana terhenti di muka pintu. Sofia berdiri di tepi meja study Encik Mikail. Gambar Encik Mikail berbingkai kaca di atas meja tersebut sudah berderai di dinding bilik. Ahh....Sofia mencuri dengar perbualan aku dan Auntie Dana.

Aku bergerak mahu mendekat. Terhenti bila tangan Sofia diangkat. Mengarahkan aku jangan mendekat.

“ You can stop all this facade. Go back to your life. I don’t want you pity,” setelah sekian lama tidak bersuara, itu yang keluar dari mulutnya untukku?

“ In case you don’t notice, you are alone. And helpless. If we all leave you, I don’t think you can bear it,” ejek aku sinis. Dalam hati aku memarahi diri sendiri. Mengapa mulutku tidak pernah bertapis bila berbicara dengan Sofia? Aku sudah terbiasa bertikam lidah dengannya. Menyebabkan reaksi aku pada setiap kata-katanya akan menjadi permulaan satu pergaduhan.Sofia ketawa kecil. Sinis dan dingin bunyinya.

“Alone,”sebutnya perlahan. Auntie Dana yang cuba menghampiri Sofia aku tahan dengan tanganku. Aku geleng kepala pada Auntie Dana. Biarkan Sofia luahkan apa yang terpendam di dalam hatinya.

“Nobody will know how it felt as much as I felt it. The loneliness that you don’t choose, but force upon,”matanya mengerling aku sekilas sebelum menyambung, “Who are you to judge me,huh?”

Sofia mampir menghampiriku. Susah payah dia melangkah.Jari telunjuknya diarah tepat ke dadaku yang dibaluti knitted sweater tebal .

“Who.Are.You?”setiap perkataan ditekan bersama dengan tujahan jari telunjuknya. Aku keraskan tubuh. Seketika aku diam. Sofia Jane. Nama seperti pelakon yang dulu digemari mummy. Sofia Jane yang itu cantik jelita. Tapi Sofia Jane yang ini? Pandang sebelah mata pun aku tidak mahu. Tapi kenapa dia menarik-narik hatiku dengan wajah masam mencukanya? Wajah perasan bagusnya?

Ahmed Darius,macam mana kau boleh terperangkap dalam situasi ni?Aku masih terpaku memandang wajah Sofea yang berada di hadapanku tika ini. How did I end up in this situation with this girl? The girl that I met for the first time after 10 years separated? Well Darius,say goodbye to your bachelor’s day. Aku tangkap jari telunjuk Sofia.

“Hei stonecold, will you marry me?”mata Sofia membulat. Aku ketawa kecil. Memang aku lari topik, tapi aku tidak kisah. I’m one step ahead of you. Take that Sofia Stonecold!

“What?” tinggi suara Sofia bertanya. Tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

“Tak percaya? Huh, me too. Aku sendiri pun tak percaya yang aku boleh ajak kau kahwin,” riak muka Sofia makin berkerut. Terganggu dengan lamaranku.Bagus! Memang sengaja aku mahu menariknya dari depression yang sedang dialaminya.

Sofia kebelakang. Sedikit lagi mahu tersadung sendiri dengan kakinya yang masih tidak kuat. Cepat aku sambar lengannya. Aku tarik dia duduk di sofa yang didudukinya dari tadi. Auntie Dana yang dari tadi menonton drama sebabak kami berdua sudah lama mengundurkan diri.

“ Sofia Jane, tarik nafas,”arahku. Aku duduk melutut di hadapan lututnya. Dia ikut arahanku tanpa melepaskan pandangan matanya dari mataku.

“ Good girl,”pujiku. Menepuk sedikit lututnya tanda bagus. Dia yang seperti tersedar jarak kami yang dekat terus kebelakang. Menjarakkan kembali dirinya dan diriku.

“Listen to me carefully,”aku memula kata. Mata Sofia terkebil memandangku. Melihat dari bening matanya,terasa seperti Sofia yang lama sudah kembali. Terkejut dek pengakuan berani matiku.

“ I don’t want your pity,” Sofia tiba-tiba bersuara. Aku angkat jari telunjuk tegak depan matanya. Menyuruh dia berhenti dari membuat spekulasi tentang perasaanku sendiri.

“ I know...selama ni kita selalu gaduh. We can’t see each other. Bila jumpa, ada saja benda nak argue,”aku berhenti sebentar. Senyum sebentar mengingatkan detik-detik kami berdua.

“Scram you worm!”aku mimik nada dan gayanya yang selalu dibuat padaku. Wajah Sofia masih blur. Mencari ke mana perginya hala tuju perbualan ini.

“ I love you Sofia,” terus aku pergi ke perkara pokok yang hendak aku utarakan.

“ Aku, Ahmed Darius, sayangkan kau, Sofia Jane. This is not pity love. You’re strong. Selama ni pun, kau berdiri atas kaki sendiri tanpa bantuan sesiapa. You don’t need my pity,”

“Why so sudden?” bisiknya perlahan. Kuat lagi bunyi angin yang masuk melalui jendela yang terbuka.

“Because when I saw you lying down that stair, something inside of me,broken. Baru aku sedar, aku sayang kau! After all these years, I just realize that I love you. I loved you before and I still love you. Don’t you get it?” Sofia diam. Dia memandang wajahku lama sebelum mengalihkan pandangannya.

“You are joking,”

“No I’m not!” potongku pantas. Tanganku menyeluk poket seluar mengeluarkan sebentuk cincin platinum bertatahkan 3 biji berlian kecil. Kali ini bukan setakat mata, mulut Sofia juga terlopong melihat cincin tersebut.

“ Sorry. No ring case. I bring this ring with me every time I visit you. So, kotak aku buang tepi. Susah nak letak kotak tu dalam poket,”aku berseloroh selamba. Benar, cincin itu ku beli selepas aku tersedar dengan perasaanku sendiri. Dan tiap kali melawat Sofia di hospital sehinggalah ke Purple Rose, aku akan membawa cincin tersebut. Mencari kekuatan untuk meluah rasa.

“ Since I’m hospitalized?”soal Sofia lagi tidak percaya. Aku angguk.

“ I’m dead serious Sofia. Marry me please. I know you have your own ‘safety zone’. Let me in,” suaraku sudah berubah merayu. Malu sudah hilang tika ini. Kerana aku tahu jika Sofia terlepas dari genggamanku, aku akan menyesal seumur hidup.

“ I won’t leave you..I’ll stay by your..,”

“ Okay,” kecil suara Sofia menghentikan celoteh ku. Telingaku menegak.

“What?”

“Okay,” Sofia ulang sekali lagi.

“ Okay as in okay okay or okay,you will marry me?” mata Sofia mengerling ke atas dengan soalanku.

“Okay as in okay I will marry you. Puas hati?” aku terus berdiri dari melutut di hadapan Sofia.

“ Yes! Yes! Yes! “aku melompat sekali dan pergi ke pintu. Menjerit memberitahu Auntie Dana tentang berita gembira yang baru kuterima. Sofia Jane setuju! Sofia Jane setuju untuk menjadi isteri aku! Wow!

Bunyi ketawa Sofia tiba-tiba singgah ke telingaku. Aku menoleh melihat Sofia yang sedang ketawa melihat tingkahku. Segala pergerakanku terhenti. Seakan dunia berhenti berputar bila kali pertama melihat senyuman Sofia yang benar-benar lahir dari lubuk hatinya.

Dan di saat itu juga aku bertekad. Senyuman itu akan aku pelihara. Akan aku pupuk. Sehinggakan nanti Sofia tidak akan kenal erti sedih dan erti sepi. Kalaupun ada air mata yang menitis ke pipinya, itu adalah air mata gembira. Gembira dengan kehidupan yang dilaluinya denganku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience