BAB 3

Humor Series 30330

Sampai ke balai, aku menjenguk dahulu ke dalam. Dua pegawai yang sedang duduk di kaunter hadapan menyapaku. Aku bertegur sapa sekadar memanis mulut. Sampai ke bilik babah, aku ketuk pintu dan masuk selepas mendengar suara babah.

“Ahh...Darius...I need your favor,”kata babah selepas aku memeluknya. Lama sudah tidak berjumpa. Aku duduk di kerusi berhadapan babah bila babah mengunjukkan kerusi kepadaku.

“I’ll help. What is it about?”soalku sedikit pelik. Babah jarang meminta pertolongan anak-anaknya kecuali jika dia benar-benar kebuntuan akal.

“Tahu rumah atas bukit tu?”aku senyum kelat. Masakan aku tidak tahu. Rasanya dari yang tua hinggalah ke anak kecil, semuanya tahu tentang rumah banglo 2 tingkat di atas puncak bukit tersebut. Purple Rose. Itu namanya yang tertulis di papan tanda simpang memasuki lereng bukit tersebut.

Tiada misteri di situ. Apa yang membuatkan semua orang mengenali rumah tersebut adalah penghuninya. Encik Mikail dan anaknya, Sofia Jane.

“Kenapa dengan rumah tu?”setahu aku, rumah itu sudah lama ditinggalkan tidak berpenghuni sejak 10 tahun yang lalu. Babah menutup fail yang sedang direnungnya sedari tadi. Kedua-dua tangannya diletakkan di atas meja. Cermin mata rabun dekatnya ditanggalkan dan diletakkan di atas meja. Serius nampaknya.

“Rumah tu dah berpenghuni semula. Encik Mikail and her daughter move back in,”aku terdiam mendengar maklumat baru yang keluar dari mulut babah. Setelah sekian lama mereka kembali semula? Untuk apa?

“Then?”aku masih tidak faham apa masalah yang perlu aku bantu untuk selesaikan.

“ People living around that mountain come and ask me to check on them. You know...normal check on the resident. Just untuk tahu current situation,”

“Babah...that’s ridiculous. Kenapa kita mesti jaga tepi kain orang? That’s their house and they have the right to live there. Why the reaction?” aku pelik dengan sikap orang-orang di sini. Terlalu berjaga-jaga dengan benda yang tidak perlu. Lainlah jika mereka itu pembunuh bersiri yang baru dilepaskan dari penjara. Babah senyum kecil. Aku tahu dia juga berpendapat sama denganku.

“Forgive their ignorance Darius. Majoriti orang di sini semuanya orang yang tradisional. Mudah berprasangka pada sesuatu yang baru. Let’s just satisfy their curiosity. There’s no harm in checking on them,right?” aku diam. Babah berkata benar. Cuma hati mudaku kesal dengan sikap penduduk di sini yang masih sempit fikirannya.

“I’ll go,”akhirnya aku bersetuju. Walau aku boleh bayangkan perang yang akan meletus jika aku ke Purple Rose, tetap aku bersetuju. Kerana babah yang meminta pertolonganku. Mengapa babah sendiri tidak pergi ke sana? Bagai mengetahui apa yang bermain di fikiranku, babah mula memberi penjelasan.

“ I went there last week. But no result. Masa tu Sofia ke luar bandar and she strictly forbid anyone to come in. So, the housekeeper pun refuse to let babah jumpa even dengan Encik Mikail,”aku geleng kepala. Sofia Jane. Masih dengan egonya yang melangit.

“Why me? Why don’t you send one of your officer?”aku ingin tahu mengapa babah memilih aku. Aku yang baru pulang bercuti ke kampung. Babah tiba-tiba ketawa. Keningku naik. Pelik.

“Sebab babah dengar , dulu masa sekolah, Darius dengan Sofia rapat,” babah merenungku sambil menjungkit-jungkit kening. Aku mendengus kasar. We’re close? Close my ass! Close as in, selalu bergaduh. Pantang berjumpa, ada saja ejekan yang keluar dari mulutku dan ada saja jawapan dari mulutnya.

Selang beberapa minit kemudian, aku meminta diri selepas memberi janji untuk pergi membuat siasatan tak bertauliahku secepat mungkin. Sampai ke simpang tiga besar jalan yang sepatutnya aku ambil kiri untuk pulang ke rumah, mataku meliar sebentar ke selekoh kanan. Jalan yang membawa ke Purple Rose. Jam di dashboard aku kerling. Sempat lagi rasanya untuk aku melihat sekitar kawasan Purple Rose. Tergerak juga mahu melihat perubahan Purple Rose setelah 10 tahun tidak diduduki.

Jalan menuju ke atas bukit tersebut sunyi. Kiri kanan jalan hanya dilitupi pokok pokok besar dan hutan yang jelas kelihatan tidak terurus. Dahulu semasa Encik Mikail masih mendiami Purple Rose, bukit ini dipenuhi pokok-pokok sawit dan getah yang diusahakan pekerja-pekerja estet. Tapi semua kegiatan dihentikan selepas mereka berpindah. Sedikitpun tiada bunyi tentang mengapa mereka berpindah.

Jalan yang sunyi membuat aku tertanya. Beraninya Sofia melalui jalan-jalan ini saban hari. Aku sendiri pun tidak betah dengan kesunyian begini. Ditambah pula dengan bunyi-bunyi cengkerik. Selang beberapa minit, dari kejauhan sudah terlihat pintu pagar besar yang menutup Purple Rose dari pandangan manusia-manusia luar. Aku memperlahankan kereta. Akhirnya berhenti di kaki jalan. Betul-betul berdepan dengan pintu pagar tersebut. Mataku meliar ke dalam perkarangan di balik pagar. Rayban aku tanggalkan.

Kawasan dalamnya terurus. Rumput semua dipotong pendek. Bunga-bunga liar yang tumbuh ditepi besi pagar pun di potong pendek dan kemas. Lantas menaikkan seri kawasan sekeliling. Aku keluar dari kereta. Berjalan mendekat.

Seorang perempuan kelihatan keluar dari balik belakang rumah tersebut. Berlari-lari anak mampir ke arahku.

“Encik sesat?” sedikit termengah dia bertanya. Sesat? Pasti tiada sesiapa pernah ke mari sehinggakan dia terus menyoal begitu pada orang luar yang datang.

“ Awak kerja sini?” balas aku tanpa menjawab soalannya. Matanya meliar ke tingkat atas rumah. Betul-betul ke arah satu tingkap yang menghadap hadapan jalan. Aku ikut melihat arah pandangannya. Kain langsir tingkap tersebut sedikit bergerak. Aku menfokuskan pandangan. Anginkah ? Atau.....

“ Sofia Jane ada?” soal aku lagi. Dia tersentak sedikit. Matanya kembali memandang ke tingkap tadi. Nampak benar yang dia gugup berhadap denganku. Terus aku bercekak pinggang menghadap ke tingkap tersebut.

“ Panggil dia turun. Kenapa nak bersembunyi macam tu?” marah pula aku rasakan ketika itu. Bercampur sedikit rasa pelik. Kenapa dengan semua orang yang tinggal di rumah ini? Dari tuan hingga lah ke pekerjanya, semuanya seperti ada saja yang tidak kena.

“ Cik Sofia tak ada. Dia ke luar bandar,”jawabnya lancar walau ada gugupan di dalam suaranya. Jawapannya lapuk! Begini jugakah jawapannya pada babah tempoh hari? Aku lihat jam di tangan. Berkira-kira untuk mengambil langkah seterusnya. Aku tarik nafas. Berfikir secara waras. Bagaimana caranya untuk berjumpa dengan tuan rumah ini?

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk pulang dahulu. Merancang pelan seterusnya di rumah sebelum mengambil langkah lebih drastik. Rayban di tangan disarung semula menutupi mata.

“ Beritahu Sofia, Ahmed Darius datang cari dia. Esok saya akan datang balik,” mataku masih melekap di tingkap tadi sambil bercakap.

“ Cik Sofia tak...,” jari telunjukku naik menegak di hadapan mukanya.

“ Jangan tipu! “ gigiku berketap menahan marah. Kasihan juga melihat wajahnya yang takut-takut. Bukan salah dia jika majikannya memberi arahan begitu. Tapi aku sendiri pun tidak dapat mengawal amarahku tika ini kerana aku tahu Sofia ada di dalam. Dan aku pasti dia sedang mengintai kami di balik tingkap tersebut.

“ Tell Sofia...saya akan datang esok. And kalau dia tak bagi saya masuk, saya akan panjat pagar ni,” matanya mengukur panjang pagar besar dihadapannya yang memisahkan kami dari atas hingga bawah. Seperti tidak percaya dengan kata-kataku.

“ Sofia kenal saya. Dia patut tahu yang saya akan buat apa yang saya cakap. Jumpa esok,” aku terus berlalu pergi tanpa menunggu balasan darinya. Masuk ke kereta, aku mengerling sekali lagi ke tingkap tadi. Jelas susuk tubuh seorang wanita berdiri di situ. Sofia...Sofia...dia bukannya bodoh. Pasti dia tahu aku boleh nampak kelibatnya. Pasti dia sengaja menaikkan amarahku dengan memperlihatkan dirinya di situ.

Wait for me Sofia...we’ll meet tomorrow...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience