BAB 6

Humor Series 30330

Aku menyusur pagar besi yang mengelilingi Purple Rose. Mencari tempat paling strategik untuk memanjat masuk. Tidak mahu lagi bersabar mendekati Sofia. Dia tak mudah dihampiri. Memaksa aku mencari jalan kotor untuk berjumpa dengannya.

Satu pokok besar menarik perhatian aku. Dahannya yang berjuntai memasuki ke dalam Purple Rose menimbulkan idea.

10 minit kemudian,kaki ku sudah menjejak ke dalam kawasan Purple Rose. Aku sapu tapak tanganku yang terlekat kotoran. Kawasan sekeliling sunyi. Tiada orangkah?

Perlahan aku bergerak di balik pokok-pokok yang tersusun kemas. Pasti ada tukang kebun. Pokok di sini semuanya rapi dijaga.

Menapak lebih ke hadapan, terdapat satu kolam buatan. Agak besar. Ditengah-tengahnya terbina satu jambatan kecil dibuat dari kayu.

And....cuba teka apa yang kujumpa? Pastilah Sofia. Sedang duduk di atas jambatan tersebut. Memeluk lututnya sendiri. Mukanya disembam ke lututnya. Tangan kanannya memegang telefon.

Lama kurenung melihat Sofia. Diam tidak berkutik. Rambutnya lepas. Dia hanya memakai jean dan knitted sweater yang saiznya 2 kali lebih besar dari tubuhnya. Berbeza dengan penampilannya yang selalu ku lihat kemas dan teratur. Benarkah itu Sofia?

Dia langsung tidak menyedari kehadiranku yang sudah berdiri dibelakangnya.

"Sofia,"panggilku perlahan. Tidak mahu dia terkejut. Tersikap langkah,mungkin dia jatuh ke dalam kolam. Kepalanya sepantas kilat tegak dan memandang ke belakang.

Mataku membulat.Giliran aku pula yang terkejut. Pipi Sofia bengkak. Lebam. Dari balik tubir bibir sebelah kiri,naik sehingga bawah mata kirinya. Satu garis halus jelas kelihatan di situ. Tanpa berfikir,terus aku raut wajahnya dengan kedua tanganku.

"What happen?"soal aku pantas. Aku tolak wajahnya ke kiri dan ke kanan. Rambutnya yang menutupi wajahnya aku kuak ke belakang. Mencari kecederaan lain yang mungkin bersembunyi di bahagian lain.

"Ouchh," suara halus Sofia melonggarkan sedikit peganganku.

"I'm sorry...sorry...does it hurt?"aku usap sekeliling kawasan yang bengkak dengan berhati-hati. Tangan Sofia menarik tanganku dari wajahnya. Dia bangkit berdiri. Aku ikut serta.

"You are tres...,"dia baru mula hendak bersuara.

"Who did this to you?"potongku laju. Dia terdiam. Tekaknya bergerak menelan liur. Mulutnya rapat tertutup. Tiada tanda mahu menjawab.

"Who did this to you?"aku ulang tanya. Tanganku sudah menggepal penumbuk. Marah! Marah melihat wajah Sofia yang bengkak bengkil tanpa diketahui sebabnya.

"Answer me Sofia Jane!"badannya tersentak. Terkejut dengan octave suaraku yang tiba-tiba meninggi.

Sofia mengeraskan tubuhnya. Berdiri tegak. Matanya kembali seperti selalu. Tiada perasaan dan kosong.

"You are trespassing and you have no right to question me. Kau tak ada hak,"mendatar suaranya. Seperti tiada apa yang berlaku. Seperti lebam-lebam di wajahnya tidak wujud.Gumpalan penumbukku terlerai. Terasa seperti mahu menyerah kalah dengan sikap Sofia. Apa yang mahu disembunyikan? Susah benarkah mahu berkongsi sedikit tentang hidupnya. Apa yang mahu dirahsiakan?

"Fine. You win. I'll go back to my wormhole and you can go back to your...,"tanganku terangkat menunjuk ke sekitar Purple Rose, "...heaven. Hide here, grow old here and maybe you can have your deathbed here too. I won't disturb you anymore,"aku terus berlalu pergi. Kali ini melalui pintu pagar hadapan. Tiada lagi perlunya untuk aku memanjat pagar. Aku pandu keretaku laju meninggalkan Purple Rose. Tidak sekali pun aku toleh ke belakang lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience