BAB 10

Humor Series 30330

Aku renung wajah Sofia yang sedang lena. Semalam dia sudah dipindahkan ke wad biasa. Alat bantuan pernafasan pun sudah dicabut. Lebam-lebam di wajahnya sudah bertukar warna. Purplish..ungu gelap. Bengkak-bengkak pun sudah makin berkurangan.

Aku menyentuh sedikit jarinya yang berada dekat di hadapanku. Bagai tidak suka disentuh walau sedikit pun, jarinya bergerak. Aku ketawa seorang. Kalau sudah benci, tersentuh sedikit pun kesannya terasa sampai ke dalam lena.

“What’s so funny?” aku tersentak. Mata Sofia sudah terbuka memandangku. Suaranya kedengaran tenggelam timbul sahaja. Matanya melirik ke kabinet kecil di sebelah kepalanya. Aku segera mengambil air yang memang tersedia untuknya. Sesuap demi sesuap aku hulurkan ke mulutnya.

“Feeling better?”soalku selepas meletakkan kembali air tadi. Matanya yang tadi kelihatan masih tidak berapa sedar kini terbuka luas.

“Never been better,”aku ketawa senang. Kembali bersandar ke kerusi. Mataku tetap tidak lepas dari wajahnya. Masih mahu berseloroh. Maknanya Sofia yang dulu sudah kembali. Sarkastik Sofia.

“Papa?” aku diam. Matanya merenungku. Menunggu jawapan. Aku geleng kepala perlahan. Riak wajahnya berubah sendu. Tapi cepat-cepat Sofia mengunci sedih yang muncul jauh ke dalam hatinya.

Tanganku kembali mampir ke tubuhnya. Kali ini tanganku jatuh ke bahunya. Mata Sofia mengikut setiap pergerakanku.

“I’m glad you’re okay,”getar suaraku menzahirkan rasa. Melihat Sofia yang seperti berada di ambang maut membuat aku ketar. Betapa banyak masa yang terbuang di antara kami untuk menyedarkan yang kami sebenarnya berkait. Berkait dalam pelbagai cara. Bila terjadi perkara sebegini, baru kami hendak sedar dengan ikatan halus yang muncul di antara kami bertahun lamanya. Sedarkah Sofia?

“Bukan senang Ahmed Darius nak berbaik dengan Sofia Jane. So....I guess...you know the truth kan?” walau lambat dan perlahan, Sofia gagahkan diri menyuarakan buah fikirannya. Aku angguk.

“I don’t need your pity. Just find my father. I’ll be forever thankful,”setitik air mata menitik keluar dari tubir matanya. Menitik jatuh dan hilang di balik rambutnya. Aku genggam tangan erat di bawah katilnya. Sedih,marah,kasihan, semuanya bercampur baur menjadi satu.

Aku pulang selepas Sofia tidur kembali. Berat kakiku melangkah meninggalkan Sofia. Sayu melihat dia keseorangan tanpa teman. Aku tekad! Selepas ini Sofia takkan bersendirian lagi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Encik Mikail mula bersikap pelik dari kebiasaannya semenjak isterinya,juga ibu Sofia meninggal. Ibu Sofia terlibat dalam kemalangan yang menjadikan nyawanya sebagai ganti. Entah kenapa kematiannya memberi tamparan hebat pada Encik Mikail hingga membawa kepada gangguan mental.

Seingat aku, Sofia sudah ketiadaan ibu sejak dia sekolah rendah lagi. Bermakna..Encik Mikail sudah hampir 20 tahun sakit. Doktor Ramjan memberitahu, pada mulanya Encik Mikail cuma pesakit luar. Yang mana dia perlu datang berjumpa Doktor Ramjan seminggu sekali sahaja.

Tapi dari tahun ke tahun, perubahannya semakin ketara. Sewaktu Sofia berumur 15 tahun, itu kali pertama Encik Mikail mula menunjukkan kekasaran. Sofia ditumbuk di muka dalam keadaan luar sedar.

Betapa beratnya beban yang ditanggung Sofia. Aku terkedu. Mendengarkan kisah yang sebenar dari mulut Doktor Ramjan menimbulkan rasa kagum. Kagum dengan ketabahan Sofia menghadapi semua ini demi kasih pada bapanya.

Habis persekolahan, mereka berpindah kerana Encik Mikail terpaksa dimasukkan ke psychiatric hospital. Sofia mahu berada dekat dengan Encik Mikail. Memaksa dia berpindah hampir dengan hospital tersebut.

Laporan kesihatan Encik Mikail menunjukkan peningkatan. Lantas Sofia meminta bapanya dikeluarkan selepas mendapat sokongan dari doktor. Umur Encik Mikail yang semakin tua membuatkan Sofia merasakan perlu untuk dia menghabiskan sisa hidupnya di persekitaran yang disukainya. Purple Rose. Rumah mereka sekeluarga yang penuh dengan memori-memori ibunya mungkin boleh membantu Encik Mikail dalam proses penyembuhannya.

Tapi Encik Mikail sudah terlalu jauh hanyut di dalam dunianya. Entah sedar entah tidak yang dia sudah hampir membunuh anaknya sendiri.

Mahalnya harga yang perlu dibayar Sofia demi bapanya. Mulianya hati Sofia Jane. Mengapa baru sekarang aku sedar dengan hakikat yang satu ini? Terlambatkah aku untuk menegakkan kembali hubungan kami yang sudah lama lari dari landasannya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience