AKU perhati aje minah tu gelak tak ingat dunia. Hati yang kat dalam ni dah makin sebal.
Menyesal aku beria-ia cerita. Balik-balik dia suruh aku pergi jumpa psychiatrist. Nak kata yang aku ni dah skizofrenia. Siap dia nak tolong aku buat appointment pulak tu. Huh.
Aku capai kusyen kecil yang berada di hujung sofa. Campak kuat dekat perempuan tu.
Bila kena kusyen tu tepat di kepala dia, aku ingatkan dia boleh berhenti gelak. Paling tak pun mengaduh kesakitan.
Alih-alih, eh jadi makin bersemburan pula perempuan tu. Terjatuh dia, tergolek sudahnya atas lantai ruang tamu. Tekan-tekan perut yang keras.
Punyalah sakit hati aku tengok pemandangan tu. Sekarang ni aku yang mental illness ke dia sebenarnya?
“Kau punya cerita ni sama vibes dengan cerita dongeng yang umi selalu cerita masa kita kecik-kecik dululah. Kisah bunian.” Perempuan tu berusaha bercakap dan sudahkan gelak. Tapi malangnya lagi dia bercakap, lagi dia tergelak.
“Masalahnya cerita aku ni bukannya bedtime story! Ini kisah benar!” Aku bersungguh cuba yakinkan semua orang.
Tak dilayannya aku sebaliknya perempuan tu bangun dan merangkak mendapatkan umi yang duduk di sebelah walid. Tiba depan umi, dia letak lengannya atas paha umi. Tongkat dagu di situ pandang wajah umi.
“Macam mana cerita tu, umi? Mak bunian turun ke dunia manusia dengan baby kandung dia, kan? Lepas tu mak bunian tu bagi baby dia tu dekat seorang manusia ni. Suruh jaga baik-baik macam anak sendiri.”
Yang umi pula mengangguk setuju dengan kisah yang kakak aku cuba recall tu. Umi usap-usap ubun-ubun kakak. Penuh kasih sayang!
“Mak bunian tu takut nak biar baby dia membesar dalam dunia bunian, sebab orang-orang Putera Mahkota yang dalam dunia bunian sana… tengah buru dan nak bunuh baby bunian tu. Sebab dalam kitab ramalan bunian diraja, nanti baby tu yang akan tumbangkan pemerintahan Putera Mahkota, lepas tu bunuh pula Putera Mahkota yang kejam lagi zalim terhadap seluruh kaum bunian.”
“Hah, betul, betul. Cerita yang tu.” Kakak aku gelak-gelak lagi.
Lepas tu menoleh pandang aku.
“Kau dengar tu? Sama sebijik vibes dia macam cerita dongeng kau tadi.”
Aku mengeluh sekesal-kesalnya. Picit dahi.
“Macam manalah nak bagi semua orang percaya ni…”
Tapi kakak aku tu, bila tengok aku pecah otak mengalahkan tengah jawab exam subjek Soil Mechanics, lagi kakak aku tu gelakkan aku.
Aduh… Frust aku!
Tersandar sudahnya aku di backrest sofa. Pejam mata. Frust!
“Lepas ni jangan lalu lagilah dalam hutan tu, angah. Bahaya. Risau pula umi dengar cerita angah tu.” Umi bangkit dari sandaran sambil memandang aku.
Suaranya biasa sahaja dan lembut macam biasa. Tapi akulah yang tak senang duduk.
“No. It’s a big no, umi! Gerbang Bunian tulah satu-satunya tempat angah nak healing-healing selama ni. Kalau angah tak pergi dah tempat tu, angah yakin angah boleh pendek umur, umi.” Di hujung ayat, aku buat-buat sedih dengan niat ingin merayu simpati dan pengertian.
“Lagi pendek umur angah ni bila setiap hari kena menghadap betapa hudohnya perangai kakak.”
“Oi! Agak-agak sikit, eh!” Tempikan yang boleh tahan menggegarkan rumah. Serentak melayang sebiji kusyen dan mengena tepat kepala aku.
Pening sekejap aku. Pejam celik mata berkali-kali.
“Isy! Apa buat adik tu macam tu? Kesianlah!” Mata aku nampak umi menampar lembut tangan kakak.
Kakak yang sememangnya bengong tu, pergi gelak saja dengan teguran umi. Kakak pandang aku semula.
“Jangan salah faham pulak, dik. Umi tak bagi kau lalu dah dekat hutan tu, bukan sebab umi percaya dekat cerita kau tu. Tapi sebab umi risau kau punya halusinasi tu jadi makin teruk. Kalau dibiarkan kau duk lalu-lalu jugak tempat tu, esok lusa confirm keluar pulak cerita pasal kau couple dengan V BTS!” Dan dengan statement berani mati itu, dia pergi bantai gelak terbahak-bahak berround-round.
Aku rasa, kan… Dia ni la yang weng sebenarnya tau. Bukan aku.
Arghh… Fed up aku!
Sudahnya aku capai pisau pengupas buah, aku capai sebiji epal yang bibik hidang di atas meja kopi ni tadi. Aku kupas kulit epal tu.
Tapi, oleh sebab perbuatan aku ni di luar jangkaan umi, bila umi nampak aje aku pegang pisau, situ juga umi menjerit.
“Jangan!!!”
Suasana rumah yang hingar-bingar ni tadi, dalam sekelip mata dah bertukar senyap. Walid dan kakak tertanya-tanya apa yang berlaku. Adik blur-blur di atas sofanya.
Umi meluru datang dekat aku, dan terus tepuk kuat tangan aku. Sampai aku terlepas pisau daripada pegangan. Jatuh kembali pisau ke dalam bekas buah.
“Berapa kali dah umi cakap? Angah tak boleh pegang benda-benda tajam! Nanti luka, susah kita nanti!”
Seketika… suasana jadi macam… krik… krik…
Sebab aku tak faham kenapa mesti exaggerate macam tu sekali umi punya paranoia.
“Pisau buah aje pun, umi. Kalau in case terluka juga pun, takkanlah besar lukanya. Nak susah satu family apa pula? Balut ajelah luka macam biasa.”
Umi lekas-lekas letak jari telunjuk di bibir.
“Shh!”
Dan suara umi yang seterusnya pun menjadi amat perlahan bahkan dah macam bunyi berbisik.
“Shh… Angah dilarang sama sekali daripada menyentuh senjata-senjata yang tajam macam ni.”
“Sebab?” Suara aku pun ikut merendah tak pasal-pasal.
Umi letak pisau buah di dalam tray buah. Sebelah tangan masih meletak jari telunjuk di bibir. Shhh…
Kita orang pula yang terikut-ikut shhh… sekali macam dia. Padahal belum tahu amende hujung pangkalnya cerita ni.
“Seumur hidup angah, memang tak pernah walau sekali pun angah tengok darah angah sendiri, kecuali darah haid.”
“Itulah masalahnya…”
Kami menunggu dan mengangguk-angguk serentak di sepanjang waktu menunggu umi meneruskan ceritanya.
“Angah nak derma darah dekat hospital pun umi tak bagi juga. Padahal angah ni kategori layak aje.”
“Umi boleh merayu aje dekat angah. Tapi selebihnya, terpulang pada angah.”
“Apa dia tu, umi?” Aku saspens.
Walid yang di luar rumah orang pandang hebat dan gah itu, bila di rumah, hah walid pun turun sama ke atas lantai dan bersila, demi nak tahu pasal satu misteri yang tak berjawab-jawab sampai hari ni.
“Sebenarnya darah angah, kalau angah nak tahu, darah angah tak sama macam orang lain.”
“Beza yang macam mana? Terlampu cair ke? Tapi angah tak ada pun apa-apa penyakit pasal darah?”
“Bukan pasal tu. Lain…”
“Lain yang macam mana?” Aku makin tak sabar.
“Darah angah warna putih.”
“Hah???” Bergema satu rumah dengan suara-suara terkejut yang bersatu.
Dan umi cepat-cepat letak semula jari telunjuknya di bibir. Shhhh…
“Tapi darah haid angah elok aje merah.” Aku kembali kepada topik. Tarik perhatian umi supaya pandang aku di sini.
“Itulah uniknya angah, yang umi tak pernah bagitau sesiapa selama ni.”
“Okey, so disebabkan darah angah warna putih, umi tak kasi angah buat aktiviti-aktiviti yang boleh buat angah tercedera, sebab tak nak bagi darah putih tu keluar. Tapi kenapa? Darah putih lagi susah nak sembuh ke cemana?”
“Bukannn…”
“Habis tu?” Serentak aku dengan kakak.
Umi tarik nafas dulu dalam-dalam.
Okey, saspens…
Kami bersedia menunggu ayat seterusnya.
“Ada satu kuasa jahat yang tengah mencari manusia berdarah putih macam angah ni.”
“Siapa, umi?”
“Makhluk halus.”
Ternganga!
“Kalau bunian tu tahu dalam rumah ni ada manusia yang berdarah putih, masa depan angah akan gelap. Dia orang akan bunuh angah semata-mata untuk ambil darah angah.”
“Kejap. Ini bukan cerita bervibes yang sama macam cerita dongeng umi dulu tu ke?” Tiba-tiba dengan tak diundangnya perempuan gila tu pergi spoil mood seram.
Dia dah bersedia nak tergelak besar dah masa tu. Tapi aku cepat-cepat tekup mulut dia dan benam muka dia dalam kusyen sofa. Terkapai-kapai perempuan tu kelemasan. Aku tak puas hati, aku letak pula punggung aku di atas kepala dia, biar dia tak boleh bangun. Biar terlekap lagi muka dia lebih dalam.
“Maknanya sekarang ni angah dalam bahaya?” Aku kembali masuk ke dalam perbincangan.
“Bukan angah sorang aje. Tapi kita semua.”
Senyap. Semua orang termangu lama.
Waktu itu, barulah aku bangun dari kepala kakak. Kesian tengok dia sakaratul maut gara-gara nak sedut nafas.
Tercungap-cungap dia sebaik saja lepas dari seksaan aku. Tapi itu pun dia tak patah semangat juga. Dia bertutur lagi.
“Oh, patutlah selama ni umi kongkong angah gila-gila. Itu tak boleh buat, ini tak boleh buat.”
“Iya.” Umi mengangguk.
Dan lepas tu umi menambah lagi.
“Rezeki angah, Allah pun tolong mudahkan urusan umi sama. Angah tak pernah sakit. Demam pun tak pernah. Paling teruk pun setakat sakit kepala aje. Itu pun tak teruk. Waktu kecik-kecik, bila terjatuh waktu main, langsung tak ada luka-luka. Padahal angah bukan main punya lasak orangnya.”
“Haah, kan? Baru kakak perasan.”
“Iyalah, adik pun baru perasan.”
“Walid pun.”
Waktu ni semua orang bergilir-gilir berkongsi rasa terpegun masing-masing.
Aku saja yang diam. Masih pening berfikir.
“Kalau darah angah warna putih tapi darah haid angah warna merah…” Aku masih musykil dan cuba menterjemahkannya ke dalam bentuk lisan.
“Maknanya sistem dalaman badan angah tak sama macam manusia lainlah, kan? Betul tak?”
“That’s it. Itulah yang aku fikirkan sejak tadi.” Kakak macam puas sangat dengan teori yang aku kemukakan.
Memanglah. Dia doktor. Lagilah otak dia tajam bila masuk bab-bab ni semua.
“Haaa…” Kakak mengangguk-angguk baru faham.
“Patutlah dalam family kita ni angah aje yang pelik lain macam,” gumamnya.
“Sebenarnya, itulah sebabnya umi risau nak biar angah lalu lagi dekat hutan tu. Sebab angah tak macam orang lain. And sebenarnya, umi percaya aje dekat cerita angah tadi. Memang betul-betul bunian yang angah jumpa tu. Dunia yang angah masuk sekejap tu memang betul-betul dunia bunian.”
Semua orang terdiam.
“Okey, sekarang kita tengok ni, eh. Angah kata tadi, dua kali dia cuba diculik masuk ke alam bunian. Meaning, adakah ini maknanya yang orang-orang bunian dah start tahu yang angah ni manusia yang dia orang cari selama ni? Dia orang dah start nak cuba bunuh angah?”
“Weh, janganlah. Bulu roma aku tegak dah ni, weh.” Aku turun dari sofa langsung mendekati kakak. Cuba berlindung di belakang dia.
Tak tahu kenapa tiba-tiba sekarang aku rasakan yang aku ni dah tak selamat.
Kakak termenung lama.
Aku perhati wajah dia lama. Semakin saspens. Gaya dia seolah-olah ada perkara lebih besar yang tengah mengganggu fikiran dia.
Dan telahan aku menjadi nyata beberapa ketika kemudian, bila kakak nampak terkejut. Dapat idea!
Dipetik jarinya, langsung mendongak semula pandang umi.
“Umi…” Dia mengecilkan bukaan matanya. Seolah-olah dia sedang mencurigai umi.
Yang umi pula, macam dapat tangkap maksud kakak tu. Resah umi pandang kakak.
Aku tak faham maksud interaksi batin dua orang wanita itu. Aku terus kegelisahan di tengah-tengah mereka.
“Jangan cakap bedtime story yang umi selalu cerita dekat kita orang waktu kecik dulu tu…”
“Kisah benar.” Adik memintas.
Aku tersentak. Terus pandang adik. Cemas.
Lagi cemas bila aku pandang umi, umi pula mengangguk berat.
“Iya. Baby bunian yang diserahkan pada manusia tu sebenarnya adalah angah. Kisah tu kisah benar, bukan dongeng.”
“Angah ni cuma anak angkat umi dengan walid?”
“Kenapa walid tak pernah tahu pun selama ni, umi?”
Aku dan walid menyuarakan soalan berbeza dalam masa yang serentak.
Walid dah terkejut besar di sebelah umi. Pandang umi tak percaya.
“Yang umi mengandung dulu pun… Umi mengandungkan baby bunian? Sejak dalam perut lagi mak bunian serahkan angah pada umi?”
“Tak,” keluh umi lemah. Tunduk wajah pandang jari-jemari yang bermain-main sesama sendiri.
Seluruh rumah senyap sunyi. Semua mata bertumpu pada umi dengan radius masing-masing yang berbeza. Umi pusat perhatian saat ini.
Suasana sedang tegang.
Umi mengeluh lagi.
“Masa umi mengandung lapan bulan, mak bunian datang dalam mimpi umi. Dia ceritakan yang sekarang ni dunia bunian tengah huru-hara. Semua orang-orang Putera Mahkota tengah buru baby kepunyaan mak bunian, sebab kitab ramalan bunian diraja meramalkan yang suatu hari nanti baby bunian ni akan bunuh Putera Mahkota dan tumbangkan kerajaan Putera Mahkota yang zalim.”
Untuk seketika, semua orang menghela udara-udara yang bergelombangkan keseraman. Aku macam boleh dengar setiap debaran dalam dada mereka semua.
“Bunian tu berjanji untuk jaga baby kandung umi yang umi kandungkan masa tu. Lebih kurang macam sistem barter, saling bertukar barang.”
“Bunian tu tunai janji tak?” Suara walid sedikit garang.
Umi angguk dalam keadaan wajahnya masih tunduk.
“Setiap kali malam bulan mengambang, bunian tu akan masuk dalam mimpi umi dan tunjukkan anak kandung umi dengan walid tu. Sekarang baby tu dah besar, sama umur dengan angah. Dan anak kandung umi dengan walid tu adalah lelaki.”
“Oh, baby tu lelaki?”
Umi angguk dengan soalan kakak.
“Sebab tu dia pilih umi dalam banyak-banyak manusia yang mengandung pada masa tu. Sebab baby yang umi kandungkan pada masa tu adalah baby lelaki. Di dunia bunian, hanya baby lelaki yang tak dibunuh.”
“Kisah ni macam kisah kerajaan Firaun cuba bunuh Nabi Musa.” Akhirnya kakak membuat kesimpulan.
Pun umi anggukkan juga.
Semua orang diam lepas tu. Termenung dan bercakap dengan fikiran masing-masing di dalam hati yang nampaknya tak sehaluan. Bertempur debat-debat antara logik dan perasaan.
Waktu-waktu yang ada, aku cuba mengingat peristiwa-peristiwa aneh yang berlaku ke atas aku akhir-akhir ini. Baru sekarang aku perasan yang setiap satunya rupa-rupanya saling berkaitan.
Waktu aku tersalah kelas tempoh hari, selepas saja lelaki bernama Ezuriq itu keluar dari dewan kuliah, aku cuba kejar dia untuk ucap terima kasih sebab dia dah selamatkan aku daripada pensyarah garang tu. Tapi waktu tu dia menghilang macam tu aje tanpa langsung aku fahami di mana logiknya kehilangan dia waktu itu.
Kemudian, pagi tadi pula, pensyarah garang tu kata yang Ezuriq adalah abang dia yang sangat berdendam dengan dia. Ezuriq bukan pelajar dalam kelas tu. Maknanya memang Ezuriq masuk kelas pensyarah tu semata-mata untuk kenakan pensyarah tu? Kehadiran aku di tengah-tengah mereka pada waktu itu lagi melengkapkan cerita mereka. Begitukah?
Okey, cukup dulu di situ tentang Ezuriq. Beralih pula pada pensyarah yang sampai sekarang tak kutahu namanya itu.
Bila dia pegang aje kulit aku tadi, tiba-tiba cuaca berubah drastik macam magis. Dan bila dia lepaskan saja tangan aku, sekali lagi bagaikan ilmu hitam cuaca berubah panas terik semula.
Adakah itu waktunya dia cuba mengesahkan yang aku adalah buruan yang dia cari selama ini? Dia sengaja cari jalan menyentuh tangan aku? Sebab dia nak pastikan yang tekaan dia adalah betul?
Sebab tulah dia nampak puas hati sesangat bila cuaca bertukar mendadak macam tu? Dan atas sebab tu jugalah dia cuba pancing aku supaya mengikut dia masuk ke dalam hutan tu? Sebab dia pun sama nak culik aku dan bawa aku masuk ke alam bunian?
Macam tu?
Mengeluh aku keresahan.
Parah ni. Memang parah. Tiba-tiba aku rasa betapa sempitnya dunia ni. Tak tahu mana aku nak lari dan sorokkan diri. Sekarang aku dah berada dalam sasaran makhluk yang bukan berasal dari dimensi ini.
Share this novel