BAB 10

Family Completed 7971

"Tunggulah,bukan selalu saya dapat tengok awak berdandan macam ni."Farah senyum.

"Janganlah risau,nanti bila along dengan angah kahwin,saya solek lagi cantik,biar mengalahkan pengantin,masa tu awak nak tengok saya lama-lama pun tak kisah."Balas Farah.Shah ketawa.

"Tak boleh."Bantahnya.Farah angkat kening.

"Awak cantik sangat,nanti ramai yang jatuh cinta kat awak,awak hanya boleh berhias untuk saya jer,seorang isteri wajib berhias untuk suaminya."Usik Shah.

"Awak jangan nak mula okey."Shah ketawa.

"U,saya sayang awak."Ucap Bahar pada Shima.Farah dan Shah terkejut.

"Saya sayang awak juga."Balas Shima menahan tawa.Kemudian Aiman dan Datul mengulang kata-kata yang sama.

"Teruknya,tak baik tau,nanti adik report kat abah."

"Reportlah,along tak kisah pun,tapi lepas tu mesti babah paksa adik kahwin dengan Shah, macam mana."Balas Aiman sambil ketawa.Farah terdiam menunduk.Shah ketawa.Akhir sekali semuanya ketawa.

Farah menangis apabila mendengar ijba kabul daripada abang-abangnya.Sahlah kini kedua abang-abangnya menjadi suami kepada Datul dan Shima.Suasana sayu dan hiba bertukar ceria apabila ramai ingin mengambil gambar bersama pengantin.Aiman dan Bahar memeluk Farah.

"Lepas ni along dengan angah kena jadi suami yang baik,adik tak nak dengar langsung komplen atau keluhan dari mulut kak Datul atau kak Shima."Pesannya.

"Lagi satu,simpan sikit rasa sayang dan cinta along dengan angah untuk adik ya."Aiman dan Bahar tidak dapat menahan hiba lalu Farah dipeluknya.

"Adik tetap orang yang paling kami sayang,tak ada orang boleh ganti."Ucap Bahar.Dahi adiknya dikucup.Farah tersenyum.

"Macam pernah dengarlah ayat tu,tapi kat mana ya."Ujarnya.Dia teringat kata-kata Shah yang diucapkannya dulu.

"Semua dah ready.?"Soal Shah.Farah mengangguk.

"Kenapa ni adik.?"Soal Aiman apabila mereka ditarik keluar.Terkejut melihat lebih daripada 20 buah motor berkuasa tinggi.

"Surprise."Jeritnya gembira.

"Jadi inilah sebab Farah reka pakaian kami macam ni."Ujar Datul.Baju nikah mereka dua dalam satu,iaitu gaun diluarnya dan seluar didalamnya.

"Apa lagi jomlah,along dengan angahkan pandai bawa motor jadi silakan."Farah menghulurkan dua kunci.Aiman dan Bahar menggeleng-gelengkan kepala.

"Kita nak kemana.?"Soal Shima teruja dan begitu gembira sekali.Tidak disangka Farah akan membuat kejutan begini.

"Kita round Cameron kemudian terus ke hotel."Jelasnya.

"Hotel,buat apa.?"Setahu mereka,mereka tidak membuat tempahan majlis dihotel.

"Adalah,nanti tahu juga,sekarang jom."Enjin motor mula dihidupkan.

Tergamam mereka apabila sepanjang jalan dihias dengan bunga berwarna merah.Datul dan Shima menangis kerana terharu.Tidak disangka majlis perkahwinan mereka begitu indah sekali.

"Macam mana awak boleh fikir semua ni.?"Soal Shah.Farah ketawa.

"My dream wedding."Jawabnya perlahan.

"Your dream wedding,habis nanti bila kita kahwin,macam mana.?"

"Tak mahu atas darat,nak kat laut,jadi awak kena cari banyak duit,beli kapal besar,baru kita kahwin,kalau tak,no way."Shah ketawa.

"Jadi ini bermakna awak terima lamaran saya,tapi rasanya baik awak buat persiapan majlis kahwin kita mulai sekarang juga."

"Kenapa pula."Hairan.

"Sebab saya memang dah ada kapal sendiri."Farah ketawa.Lebih kurang sejam mereka berkonvo.Kemudian berhenti di lobi hotel.

"Rambut saya,tolong betulkan."Shah membetulkan rambut Farah.

Sebaik sahaja pintu dibuka,mereka dihujani bunga.

"Congratulation."

"Thanks Is,but what is going here.?"Soal Aiman.Iskandar ketawa.

"Please,here,come with me."Mereka mengikut sahaja Iskandar membawa mereka ke dewan.

"Itu ke Iskandar.?"Farah mengangguk.

"Handsomekan,tapi awak lebih handsome lagi,perempuan yang kat belakang itulah girlfriend dia,Ati."Jawabnya.Shah senyum.Tangannya erat menggenggam tangan Farah.

"Pihak hotel kami ingin mengucapkan terima kasih diatas kerjasama u all adik beradik terhadap hotel kami jadi majlis ini sebagai tanda penghargaan kami."Ucap Iskandar sambil membuat toast.

"Thanks Is,kenalkan ini....."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience