BAB 7

Family Completed 7971

"Tak pun bagi Huda."Ujar Huda pula.Farah serba salah.Dia memandang Shah.Lelaki itu berpeluk tubuh sambil memandangnya tajam.

"Tak apalah,nanti Farah beli yang baru untuk akak dengan Huda."Ujarnya.

"Saya naik dulu."Ujarnya perlahan.Mereka hairan apabila tiba-tiba sahaja Farah berubah menjadi sedih.Didalam bilik,dia menangis,rantai yang tergantung dilehernya di genggam.

Esoknya,seharian Farah duduk dibiliknya,tidak mahu keluar.Aiman membawa makanan untuk adiknya.

"Kenapa ni sayang.?"Soal Aiman lembut.

"Tak ada apalah along,Cuma adik kena siapkan jahitan ni,terima kasih sebab along bawakan makanan untuk adik."Ucapnya sambil tersenyum manja pada abangnya.

"Okeylah,along tak nak kacau adik."Bangun dan beredar.Dia memandang keluar jendela.Sedikit terkejut apabila pintu diketuk.Terbeliak matanya melihat Shah.

"Awak tak nak turun makan,jadi saya temankan awak makan,okey."Selamba sahaja lelaki itu duduk dihadapannya.

"Makanlah,atau awak nak saya suapkan awak."Dia mendengus geram lalu bangun dan keluar.Shah senyum.

Sejak dari kejadian itu,dia mengelak dari Shah sehinggalah mereka akan pulang semula ke Kuala Lumpur.

"Shah."Panggilnya.Semua memandangnya.

"Saya minta maaf,saya tak boleh terima rantai ni,awak berilah pada orang lain."Rantai itu dilurutkan ketangan Shah.

"Farah."

"Tolonglah,saya tak boleh,tapi awak tetap sahabat yang akan tetap saya kenang selamanya, terima kasih tapi saya tak boleh,saya minta maaf."Terus masuk kedalam rumah.Shah memandang rantai ditangannya.

"Shah."

"It’s okey,Man,berikan balik rantai ni pada dia,ini memang milik dia,kalau dia tak nak pakai pun,suruh dia simpan saja."Aiman serba salah.

Keluarga Shah perasan,Shah kini berubah.Sering termenung.Duduk dimana sahaja pasti akan termenung.Bila ditanya tidak mahu menjawab.Bila ditanya pada Huda,Huda pun tidak mahu memberitahu apa-apa.Huda faham perasaan abangnya.

"Mana Bahar,panggil dia masuk I sekarang.?"Arahnya.

"Maaf En.Shah,En. Bahar ambil emergency leave pagi tadi,katanya adiknya masuk hospital."Ujar setiausahanya.

"Hospital."Terkejut.

"Ya,dia pergi pun secara tergesa-gesa lepas dapat panggilan."Setiausahanya terkejut ketuanya pula yang tergesa-gesa.Shah terus berkejar ke Cameron dan ke hospital dimana Farah selalu dimasukkan.

"Farah Suzila,mana bilik dia.?"Tanyanya di kaunter.

"Wad ICU,bilik 14."Bergegas dia kebilik ICU.Tergamam melihat Farah sedang menerima rawatan.Bernafas menggunakan oksigen.Bahar dan Aiman setia duduk disisi Farah.

"Kenapa dengan Farah.?"Soalnya.

"Jantungnya tidak stabil,jantung barunya itu menolak tubuhnya,doktor kata jantungnya akan gagal berfungsi pada bila-bila masa sahaja."Jawab Bahar,air matanya mengalir lebat.

"Apa,tapi bukan ke Doktor Rashid kata jantungya sihat."Tidak percaya.

"Sebenarnya dah lama Farah tahu jantungnya sakit,tapi dia sembunyikan kerana tidak mahu kami risaukan dia,rupanya masa dia keluar dengan babah,mereka jumpa dengan pakar jantung tapi pakar itu kata memang dah tak boleh nak buat apa lagi."Jawab Aiman pula.Shah terduduk.

"Adik,Farah."Farah telah sedarkan diri.Dia mengukir senyuman.Dia kelihatan sungguh lemah.Doktor Arshad segera dipanggil.

"Macam mana babah.?"Soal Aiman.

"Keadaannya stabil tapi badannya terlalu lemah,jangan berbual terlalu lama dengan dia,dia mesti banyak berehat."Ujar Doktor Arshad.

"Sayang berehat ya."Apabila Doktor Arshad ingin keluar,Farah menarik tangannya.

"Babah,tolong tambah dos untuk saya babah."Pinta Farah perlahan.Mereka yang mendengar kata-kata Farah memandang Doktor Arshad.

"Farah,kalau Farah nak tambah dos,Farah akan menderita sayang,babah tak benarkan, babah keluar dulu."Doktor Arshad keluar.Aiman dan Bahar turut keluar mendapatkan Doktor Arshad.

"Babah,apa maksud Farah tadi.?"Soal Aiman.

"Farah minta tambahkan dos ubatnya,jika babah benarkan dia akan menderita, kemungkinan untuk buah pinggang dan hati gagal berfungsi adalah tinggi."Jelas Doktor Arshad.

"Kenapa adik minta tambahkan dos.?"

"Impiannya masih belum tercapai,kamu faham maksud babah bukan."Mereka berdua mengeluh.Ketika ingin membuka pintu mereka terhenti apabila mendengar perbualan Farah bersama Shah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience