BAB 12

Family Completed 7971

"Nanti along cerita dengan mama."Dia segera menelefon Bahar.

"Aku tahu nak cari dia kat mana."Ujar Bahar.Mereka ke One Utama.Pergi ke kedai kek.Kelihatan seorang gadis sedang berbincang dengan seorang lelaki.

"Itu dia."Tunjuk Bahar.bergegas mereka kesana.

"Okey Jack,nanti saya hantar,thanks a lot okey."

"It’s me,thank you so much."Balas Jack.Mereka berdua ketawa.

"I have to go now,bye."Sebaik sahaja dia menoleh,Shah dan Bahar sudah berdiri dibelakangnya.

"Adik,Farah."Serentak mereka memanggilnya.

"Hello,along,ya adik nak balik dah ni,dah,adik dah pergi jumpa pun.along ni,nantilah kat rumah adik cerita,along ni sibuklah,okey bye."Aiman menelefonnya.

"Angah,adik dah bagi dengan kak Shima kek yang angah minta,angah ni,baru je kahwin,janganlah sibuk sangat dengan kerja,kesian dengan kak shima tu."Bebel Farah.

"Angah..."

"Adik kena balik sekarang,nanti sampai lambat pula."

"Sayang."Shah menarik tangannya.

"Shah boleh jelaskan,tadi itu salah faham je."Ujar Shah serba salah.

"Macam nilah En.Shah,kalau dah tak sabar sangat,kahwin,jangan nak buat perkara tak senonoh,kat pejabat pula tu,saya tak kisah En.Shah nak buat apa pun,suka hatilah,saya malas nak layan,jadi mulai sekarang jangan cari atau ganggu saya lagi,faham."Shah terkejut.Tanpa mempedulikan mata yang melihat,dia memeluk Farah.bahar juga terkejut dengan perbuatan Shah.

"Lepaslah,lepaslah."Farah meronta tapi pelukan Shah semakin kemas sehingga hampir lemas dibuatnya.

"Shah tak nak orang lain,Shah nak sayang seorang je,janji tak buat lagi,takkanlah Shah nak kahwin dengan perempuan macam Jun tu,bagi Shah sejuta pun Shah tak nak,Shah nak sayang seorang je."Ucapnya.Menjerit dia apabila Farah memijak kakinya dengan kasut tumit tingginya.

"Jangan cari saya lagi,saya tak nak tengok muka awak lagi,faham."Marah Farah.Bahar mengejar Farah.

"Adik,adik kenapa ni.?"Farah memeluk abangnya sambil menangis.

"Maafkan adik angah,maafkan adik,tolong beritahu Shah,adik minta maaf,adik kena balik sekarang."Bahar tidak faham apa-apa pun.

Aiman dan Datul memahami keadaan Farah.Mereka juga tidak dapat menerima hakikat apabila diberitahu Doktor Arshad.

"Sayang."Datul membelai rambut Farah yang baring diribaannya.Gadis itu tidak henti-henti menangis.

"Angah dan kak ngah balik,Shah pun ada sama,kita terus terang dengan diorang ya."Pujuk Datul.Farah bangun.

"Jangan kak,kalau akak dengan along beritahu diaorang,adik akan pergi jauh dari sini."Ugut Farah.Datul serba salah.

"Mana adik kak long.?"Soal Bahar.Datul serba salah,dia memandang Aiman.

"Adik ke kampung sebelah,empat hari lagi baliklah dia."Jawab Aiman.

"Ada tempahan ke.?"Soal Shima.

"Ya,tahulah adik tu,tak reti nak duduk diam,ada saja kerja nak dibuatnya."Ujar Datul pula.

"Shah,along nak cakap sikit dengan kamu,duduklah."

"Farah dah ceritakan semuanya pada kami,jadi lepas ni tolonglah jangan cari dia lagi,sejak balik hari itu,seharian dia menangis,kami tak suka tengok dia menangis jadi along pinta pada kamu janganlah cari atau ganggu dia lagi."Mereka semua terkejut.

"Along."Bahar tidak percaya.Mesti ada yang tak kena.

"Ini muktamad,kalau kamu kacau Farah lagi,along akan buat laporan polis atau dapatkan perintah mahkamah untuk kamu jauh dari dia,faham."Tegas suara Aiman.

"Baiklah,saya faham,kalau macam itu,saya balik dulu,tapi tolong berikan ini pada Farah."Shah keluar.Bahar tidak tahu untuk berkata apa lagi.

"Along,baik along beritahu apa dah jadi."Desak Bahar.Aiman menerangkan segalanya.Terduduk Bahar dengan Shima.

"Mana adik.?"

"Ada kat atas."

"Adik."Bahar memeluk adik kesayangannnya itu.Shima menangis.

"Maafkan adik sebab tak beritahu angah dengan akak,maafkan adik."Ucap Farah.

Keadaan Farah semakin hari semakin lemah.Seleranya juga mati.Farah tidak dapat makan apa-apa kerana segalanya akan dimuntahkan semula.Tubuhnya juga semakin susut.Tapi walau macam mana sakit sekali pun,bibirnya tetap mengukir senyuman.

Bahar juga telah berhenti kerja dengan alasan mahu menjalankan bisnes keluarganya dan dia juga telah berpindah semula ke Cameron.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience