"Shah....Mohd Carl Shah Sufian..hai....long time no see right dude."Farah terpinga-pinga apabila Iskandar mengenali Shah.Shah ketawa.
"Yeah..long time no see and u still stuck with Ati,that’s good."Usiknya.
"Shah,u never change right."Ujar Ati.
"Sayang sebenarnya mereka berdua ni kawan lama saya masa belajar kat Ukraine dulu." Shah menjelaskan perkara sebenarnya.
"U tahu tak Farah,sebenarnya Shah ni dah lama syok kat u,masa kat Ukraine dulu,gambar u dibawa kat mana-mana,sebab itu bila kita jumpa dulu I terkejut,tapi bila I jumpa dan kenal dengan u,baru I tahu kenapa Shah ni syok giler dengan U."Ujar Ati ketawa.Farah memandang Shah.Shah senyum.
"U tahu tak Farah,gambar u ada kat mana-mana,dalam buku,dalam almari,dan gambar u juga diabadikan sebagai desktop dalam laptop dia,that’s why i kat u bertuah dulu,Shah ni setia kat u."Ujar Iskandar pula.Kni barulah dia faham kata-kata Iskandar apabila mengatakan dia bertuah apabila ada lelaki yang begitu setia dengannya.Pada masa itu dia tidak ambil kisah kerana menyangka Iskandar sekadar bergurau dengannya.
Aiman dan Bahar menginap di hotel manakala yang lainnya pula pulang kerumah.Sampai dirumah,Farah sibuk untuk majlis bersanding pada keesokan harinya.Dia tertidur disofa kerana keletihan.Shah tersenyum melihat gadis kesayangannya itu.Perlahan-lahan tubuh Farah diangkat naik kebiliknya.
"Good night my princess."Dahi Farah dikucupnya.Dia bahagia kini.
Majlis resepsi di hotel begitu meriah sekali.Farah telah menyediakan tiket bulan madu mereka.Shima dan Datul tidak terkata apa-apa.Patutlah Farah pernah bertanya kepada mereka destinasi mana yang ingin mereka lawati untuk bulan madu.Shima memilih Jepun manakala Datul ke Canada.
"Tapi adik seorang-seorang,kalau jadi apa-apa macam mana.?"Bahar tidak bersetuju.
"Siapa kata adik seorang,Huda dan aunty Som akan teman adik,along dengan angah pergilah,jangan lupa bawa buah tangan untuk adik tau."Pujuknya.
"Tapi adik.."
"Okey kalau tak setuju,tak apalah,bak sini tiket tu."Mereka hairan.
"Ini untuk awak,jom kita pergi bulan madu sekarang."Farah memberikan sekeping tiket kepada Shah.Shah tersenyum.
"Yalah,yalah,kami pergi."Aiman dan Bahar akhirnya mengalah.Farah senyum.
"Mulai dari sekarang,along dengan angah hidup hanya untuk membahagiakan kak long dan kak ngah jer,adik dah jumpa orang lain."Ujarnya sambil memeluk manja lengan Shah.
"Yalah tahu,orang itu dah ada buah hati katakan,dah tak perlukan along dengan angah dia lagi."Usik Aiman.Farah ketawa.Kedua-dua abangnya dipeluk.
"Tolong jaga Farah ya aunty."Pesan Shima sebelum bertolak.
Ada saja cara Farah untuk menghiburkan keluarga Shah yang tinggal bersamanya.Farah juga mengajar mereka memasak kek.Mereka bukan masak kek,tapi sebaliknya bermain dengan tepung.
"Hei,apa ni."Jerit Shah yang baru balik membeli pizza kerana Farah ingin makan pizza.
"Kata nak belajar masak kek,ni buat apa ni,mama pun dah ikut juga."Puan Kalsom ketawa.Mereka juga ketawa.Membasuh muka yang penuh dengan tepung.Kemudian mereka duduk di luar sambil makan pizza.
"Lepas ni giliran Farah dengan along pula kahwin,kalau boleh tak payahlah tunang-tunang,buat macam abang-abang kamu,terus nikah."Ujar Puan Kalsom.
"Nantilah dulu aunty,tak hilang lagi penat uruskan majlis perkahwinan along dengan angah."Jawab Farah.Shah tersenyum sahaja.
Sebulan kemudian..Shah pelik apabila Farah tidak mahu menjawab panggilannya.Bahar dan Aiman juga tidak tahu menahu.Farah seolah-olah merajuk dengannya.
"Hai Shah."Jun datang.Gadis yang tidak pernah berputus asa untuk memikatnya.
"Dah nak lunch ni,jom I belanja u."Pelawa Jun dengan suara menggoda.Shah menepis apabila Jun memegang bahunya.
"Jun,tolong jaga kelakuan u."Gadis itu sudah duduk diribaannya.Pada masa yang sama pintu dibuka.Dia tergamam.Farah.
"Farah."Serentak dia bangun.Jun yang jatuh keatas lantai tidak dipeduli.Lantas segera mengejar Farah.
"Kenapa ni Shah.?"Bahar muncul.
"Tadi Farah datang,kau nampak dia tak.?"Bahar berkerut dahi.Farah datang ke Kuala Lumpur.
"Farah datang KL.?"
"Dah,cepat,cari dia."Bergegas kedua-dua mereka keluar.Sampai di kaunter,Shah bertanya dengan Lin jika ternampak Farah.Lin menggelengkan kepala.Bahar menelefon Aiman.
"Along kata memang Farah turun KL pagi tadi,mana pula budak ni pergi."Risau.
Bahar dan Shah berpecah untuk mencari Farah.Puas dicari tapi tidak berjumpa.
"Ada apa Mama.?"Ibunya menelefonnya.
"Tadi Farah datang sini,dia hantar kek,dia ada jumpa kamu tak.?"
"Farah pergi rumah,dia masih ada kat rumah lagi ke mama.?"
"Katanya nak balik dah,tapi muka dia nampak sedih,kenapa kamu berdua bergaduh ke.?"
Share this novel