"Tapi saya tak pilih diorangkan,kalau tak percaya tanyalah angah awak,saya Cuma nakkan awak jer,tak nak orang lain dah."Dia senyum.
"Awak tahu tak awak nampak comel sangat bila cakap macam tu."Hidung mancung Shah ditariknya.Dia ketawa lagi.
"Iskandar tu kawan baik saya jer,lagipun dia dah girlfriendlah,girlfriend dia tu cantik tau,baik,nanti saya kenalkan dengan awak okey,saya undang diorang untuk majlis ni."
"Tak boleh ke saya ikut awak jumpa dia esok."Farah ketawa lagi.
"Saya jumpa dia atas urusan bisnes,mana boleh awak ikut,saya nak beri kejutan untuk along dengan angah,jadi saya kena minta bantuan Is."
"Saya tak boleh tolong ke.?"
"Tak bolehlah sayang."Kembang hatinya mendengar Farah memanggilnya sayang.Rasa bahagia sangat.
Pagi-pagi lagi Farah telah hilangkan diri,hanya meninggalkan memo untuk mereka sahaja. Seperti yang dikatakan oleh Farah,mereka sibuk melayan orang yang datang termasuk orang yang menguruskan majlis mereka.
"Boleh kita mula Nurol.?"Soal Datul apabila Nurol tidak lagi mahu mendandan mereka.
"Tunggu Farah,kalau I mula masa dia tak ada,,mahu dia bebel kat I nanti,u tahulah perangai dia."Jawab Nurol dengan gaya ‘lembutnya’ itu.Shima dan Datul ketawa.
"Cantik tema u all ni,so harmoni and romantic."Puji Nurol melihat dekorasi hiasan majlis mereka.
"Ini semua idea Farah,kami Cuma tambah sikit-sikit,tapi memang ramai yang puji."Jawab Datul.
"Dia tu memang kreatiflah,semua dia boleh buat,nasib baik dia tak pandai menyolek orang, kalau tidak,habislah I."Mereka ketawa kerana tidak tahan dengan telatah lembut Nurol.
"U nampak tak lelaki pakai baju kemeja biru tu."Shima menunjukkan kearah Shah.
"Dia tu teman lelaki Farah."Ujarnya.Nurol terkejut.
"Really,handsome,sesuailah dengan Farah,kalau Farah tak mahu,tak apa,bagi je kat I."Ujar Nurol.
"Nurol,sorrylah I’m late."Farah tiba.
"Tak kisah,janji lepas ni u belanja I makan kek mawar u tu."Balas Nurol.Farah ketawa.
"Okey,kita buat kat atas,bawah ni ramai orang."Mereka berpindah tempat.
"U naik dulu,I nak jumpa....."
"Jumpa buah hati dia."Ujar Nurol,Datul dan Shima serentak.Farah ketawa.Dia segera mendapatkan Shah.Berbincang sesuatu dengannya.
"Sure nak buat macam tu.?"Soal Shah ingin kepastian.
"Yalah,macam mana boleh,awak kan mat motor,mesti ramai kawankan,please."Rayunya. Shah ketawa.
"Okeylah tapi apa saya dapat."
"Nak kena bayar ke,okey tapi janganlah mahal sangat."Ujarnya.
"Bayarannya memang mahal,saya risau awak lari bajet nanti."Dia memandang Shah,tarik muncung.
"Okeylah,dengan syarat,awak cakap awak sayangkan saya,cepat,kalau tak tawaran tutup."Farah terbeliak.Shah memang sengaja ingin mengenakannya.
"Saya kira sampai tiga...kalau tidak tawaran tutup...satu...dua...ti..."
"Okey,okey,saya sayangkan awak,puas hati."Shah ketawa.
"Saya sayangkan awak juga."Balas Shah.
"Ehem... ehmm..."Tersentak mereka apabila Aiman dan Bahar berada disisi mereka.Shah melepaskan tangannya yang memeluk pinggang Farah.
"Boleh pula dia buat drama free kat sini ya,bukan main lagi nampak."Usik Aiman.
"Saya sayangkan awak."Usik Bahar.Kemudian dibalas oleh Aiman.Merah wajah Farah.
"Dahlah,adik naik dulu,along dengan angah ni teruklah."
"Thanks Shah,aku harap kau takkan lukakan hati dia."Ujar Bahar.Walaupun dia mengenali Shah tapi dia tetap risau.
"Dont worry,I love her so much more than I love my live."Ucap Shah.
Keadaan diatas bising dengan suara Farah,Shima,Datul dan Nurol.Farah menjerit minta dilepaskan.Shima,Datul dan Huda memegangnya manakal Nurol pula menyolek wajahnya.
"Apa yang bising sangat ni.?"Aiman,Bahar dan Shah naik.Masing-masing tergamam. Datul dan Shima malu apabila ditenung oleh tunang mereka.
"Teruk betullah,habis muka I."Ujarnya.Nurol tersenyum. Tidak disangka mereka akan bertiga akan bertukar menjadi begitu jelita setelah disolek terutamanya Farah yang sememangnya memiliki kecantikan semula jadi.
"Cantik,kalau macam ni saya pun nak kahwin dengan awak cepat-cepat,kalau melepas susah saya."Ujar Shah.Tergamam dia melihat Farah tadi.Begitu cantik dan ayu sekali.
"Apa,awak jangan nak merepek okey."Marahnya.Apabila tangannya ingin menanggalkan make-up tersebut,dia dihalang oleh Shah.
Share this novel