"Adik nak jumpa Shah untuk kali terakhir,boleh."Mereka semua berpandangan.Bahar mengangguk.Shah dihubungi dan diminta untuk datang ke Cameron,penting.
"Ada apa ni Har,kenapa kau nak jumpa aku ni.?"Soal Shah hairan.Wajah mereka semua juga kelihatan sedih sekali.
"Masuklah dulu."Semua senyap.
"Farah nak jumpa kau,naiklah,dia ada kat dalam biliknya."Ujar Aiman.
"Farah nak jumpa aku,betul."Tidak percaya.
"Pergilah,tapi Shah kau kena kuatkan semangat."Ujar Bahar pula.
"Pergilah,dah lama dia tunggu."Ujar Shima menahan sebak.Shah dengan tidak sabarnya melangkah naik.Saat pintu bilik Farah dibuka,dia tergamam.Wajah gadis itu pucat tapi tetap cantik dimatanya.Farah masih tidur.Perlahan-lahan dia membelai wajah gadis yang amat dicintainya itu.
"Hei sleeping beauty."Ucap Shah apabila Farah membuka matanya.Farah senyum.
"Saya tertidur ya,ingatkan nak tunggu awak datang,tapi saya penat sangat,macam mana,hari ni saya cantik tak."Shah senyum.Air matanya mengalir.Farah mengesat air mata itu.
"Ini baju nikah kita tapi rasanya tak sempat saya nak pakai,sebab itu saya pakai sekarang,cantik tak.?"
"Sayang cantik sangat,sangat-sangat cantik."Tidak dapat ditahan perasaannya.
"Hei janganlah menangis sayang,hari ni semua orang tak boleh menangis,semua kena senyum okey."Lemah suara Farah.
Banyak yang diperkatakan oleh Farah pada hari itu.Wajahnya juga begitu ceria sekali.
"Adik penat,adik nak berehat dulu ya."Mereka mengangguk.
"Along,angah,adik sayangkan along dengan angah,adik minta ampun,minta maaf, halalkan makan minum adik ya,jaga kak long dengan kak ngah baik-baik."
"Adik kenapa cakap macam itu."Marah Aiman.Farah senyum.
"Kak long,kak ngah,jaga along dengan angah ya,lagi satu nanti beritahu dengan anak-anak buah adik yang bakal lahir ni,mak su sayangkan mereka."Shima dan Datul berpandangan.
"Saya sayangkan awak,sehingga ke akhir hayat saya."Mereka semua keluar apabila melihat Farah telah pun tidur.
"Sayang,bangun,masa makan ubat."Ujar Shah.Farah masih tidur.
"Sayang,sayang,sayang.."Dia tergamam.
"Farah dah bangun ke Shah,dah masa makan ubat ni."Aiman masuk.Tergamam.
Sudah genap sebulan Farah meninggalkan mereka semua.Shima masuk kebilik arwah Farah.Masih terbau lagi haruman Farah,terngiang-ngiang lagi suara manja Farah.Air matanya mengalir.Duduk dibirai katil.Laci disebelah katil dibuka.Berkerut dahinya melihat ada sebuah bungkusan bertulis namanya.
"Kehadapan kandaku sayang, Assalamualiakum..adik rasa kalau akak baca surat ni,ini bermakna adik dah tiada lagi,adik tahu akak yang akan masuk kebilik adik dan jumpa surat ni,along dengan angah mesti tak mahu masuk kerana sedih.Adik tak nak cakap banyak,adik ada sediakan CD untuk akak dan semua,tengoklah bila akak dan semua rindukan adik,adik juga ada jahit baju untuk bakal anak buah adik,harap akak sukakannya.
Kak,tolong nasihatkan Shah ya,adik tahu dia akan tutup pintu hatinya untuk orang lain kerana cintanya pada adik,adik nak dia hidup bahagia seperti orang lain.Suruhlah dia kahwin,bila dapat anak,minta dia berikan nama Farah pada anaknya,adik pun terlalu mencintainya,tolong adik ya kak.
Tolong juga jagakan along,along itu nampak je garang tapi hatinya lebih lemah dari angah,mudah terguris hatinya,beritahu along dengan angah,merekalah insan yang paling adik sayangi,hadiah teristimewa dari Tuhan untuk adik.
Kak Datul pun janganlah asyik ikut cakap angah,angah jangan buli kak Datul.Kak Datul terima kasih kak atas kasih sayang akak pada adik selama ini.
Salam sayang untuk semua. InshaAllah, adik pergi dengan tenang, tanpa dendam mahupun duka di hati, semoga kita sama-sama dipertemukan di alam sana suatu hari nanti."
Share this novel