"Betul ke kak,abang Shah seronok tau,dia baik,selalu belanja kitaorang."Sampuk Ana.
"Sekarang abang Shah outstation ke Jepun seminggu."Huda memberitahu tanpa ditanya. Farah sekadar tersenyum sahaja.Malas nak ambil tahu tentang mamat tu.
"Adik dah ke,jom."Bahar tiba.Lega.
"Akak pergi dulu ya,kalau pergi Cameron jangan lupa singgah kedai akak okey,akak bagi special diskaun."Ujar Farah sebelum beredar.
Kedainya menerima banyak tempahan dari hotel berdekatan kerana musim cuti telah tiba,pelbagai majlis dan acara diadakan.Farah juga turut sama terlibat dalam urusan makanan dan minuman.Abangnya pula Aiman lebih kepada hiasan.
Tidak disangka,ramai pelancong yang datang,tidak kira dari dalam mahupun luar.Farah begitu seronok sekali walaupun keletihan.Mereka adik beradik memang sibuk melayan permintaan pelanggan yang datang.
"Assalamualaikum.."Mereka menoleh.Bahar pulang bersama Shah dan adik,Huda.
"Angah jangan banyak cakap,cepat tolong."Ujar Aiman.Bahar tersengih.
"Duduk dulu."Ujarnya pada Shah dan Huda.Apron dipakainya lalu mula membantu mengambil pesanan pelanggan.Huda yang berasa seronok ikut sama menolong akhirnya Shah juga turut turun padang.
"Thank you,come again."Ucap Farah dan Aiman seperti biasa kepada pelanggan yang hadir.
"Penatnya,naik tegang muka ni asyik senyum jer."Ujar Farah sambil mengurut pipinya yang mula terasa tegang.
"Along dengan Angah kemas kedai,adik nak ke hotel,kerja belum siap lagi."Ujarnya. Apron dan topi dibukanya.
"Adik balik tak malam ni.?"Soal Bahar.
"Tak agaknya,adik tidur sana,okey,adik pergi dulu."
"Kak Farah nak kemana.?"Soal Huda
"Bila musim macam ni,dia memang sibuk sikit,terima banyak tempahan,sekarang ni hotel buat terima tempahan majlis pertunangan,jadi dia kena sediakan makanan."Jelas Aiman sambil sibuk mengemas.
"Farah memang macam tu,tak boleh nak duduk diam langsung,ada jer kerja nak dibuatnya,baju panas yang abang I pakai tu dia yang kait, I pun ada sepasang."Ujar Bahar ketawa mengingatkan adiknya itu.
Pagi itu semua orang terkejut apabila mendengar jeritan Farah.Kelam kabut mereka semua.
"Kenapa,apa dah jadi.?"Soal Aiman cemas.
"Ada katak,tu,tu.."Tunjuknya.Aiman menggelengkan kepala.
"Ingatkan apa tadi."
"Jangan gerak."Semua berhenti melangkah.
"Kenapa pakai baju macam ni,rumah ni ada perempuan tau,pakai yang sopan,along,angah dan kau,tak dibenarkan pakai seluar pendek dalam rumah ni,baju tanpa lengan atau singlet juga tak dibenarkan,faham."Terpinga-pinga mereka bertiga.Huda menahan tawa.
"Kenapa pula tu adik,selalunya okey jer."Ujar Bahar hairan dengan peraturan baru itu.
"TU."Ujar Huda menunjukkan dua orang perempuan berdiri dibelakang Farah.Pantas mereka bertiga berpeluk tubuh.Tersengih.
"Masuk dulu."Mencicit mereka masuk.Farah dan yang lainnya ketawa.Dia menyediakan sarapan untuk mereka semua.
"Kenapa tak beritahu nak datang.?"Soal Aiman pada Datul,teman wanitanya.
"U pun sama,lain kali call."Ujar Bahar pada Shima
"Adik yang suruh mereka datang,kenapa,ada masalah ke.?"Aiman dan Bahar menggeleng laju.Huda ketawa lucu.
"Farah,akak dah sediakan barang yang Farah pesan tu."Ujar Datul.
"Akak punya pun sama,bila nak buat,tak sabar akak."Ujar Shima pula.
"Nak buat apa.?"Soal Aiman dan Bahar serentak.Diam apabila Datul dan Shima memandang mereka dengan tajam.
"Hari ni along dengan angah jaga kedai,adik cuti,full day,Huda ikut akak sekali okey."Huda mengangguk gembira.
"Farah nak bersiap kejab,lepas itu kita pergi."Farah naik ketingkat atas.
Tidak lama kemudian Farah turun dan mereka terus beredar.
"Adalah tu,baik kita bersedia along,kalau dah mereka bertiga keluar sama itu,adalah nanti bila balik nanti."Ujar Bahar.
"Tak,along ingat sekarang,kan majlis pertunangan kita tak lama lagi,mungkin mereka nak beli barang agaknya,habislah,along asyik mengelak jer bila Datul ajak along keluar beli barang hantaran,adik dah masuk campur,habislah kita."Keluh Aiman.
"U all ni takut ke dengan Farah.?’Shah bersuara.Aiman dan Bahar tersengih.
Share this novel