BAB 8

Family Completed 7971

"Kenapa awak minta tambahkan dos lagi,awak tahu kalau awak tambah lagi dos itu awak akan menderita."

"Saya tahu,tapi jika ini caranya untuk saya dapat hidup lebih lama,saya tak kisah,dapat bertahan untuk dua atau tiga hari pun saya rela,saya ingin hidup untuk abang-abang saya, untuk awak."

"Saya nak tengok along dengan angah berkahwin,barulah saya boleh pergi dengan tenang,terima kasih kerana awak luahkan perasaan awak."

"Saya dah lama sukakan awak,sejak kita mula-mula bergaduh di U dulu,saya minta maaf kerana banyak sakitkan hati awak dulu,saya tak sengaja nak sakitkan hati awak tapi itulah mulut saya ni,jahat sangat,hati fikir lain,mulut keluar lain."Farah ketawa.

"Terima kasih."Ucapnya terharu.

"Adik,Shah."Mereka berdua masuk.

Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menambahkan dos untuk Farah apabila Farah asyik mendesak.

Semua sibuk menguruskan majlis perkahwinan ala-garden Aiman dan Bahar bersama-sama pasangan masing-masing.

"Apa pula,ni letak sinilah,saya kata letak sini,sini."Marahnya.

"Sini lebih lawa,sini."Balasnya.

"Farah,Shah."Mereka berdua terdiam.Aiman,Bahar,Datul dan Shima berdiri dihadapan mereka.

"Letak sini,jangan memandai nak tukar-tukar,along dengan angah lain kali kalau nak minta orang lain tolong,cari yang boleh buat kerja,bukan yang banyak mulut."Ujarnya geram. Mereka tersengih.

"Apa pula,awak tu yang mengada-ngada."Balas Shah.

"Malas nak layan,banyak kerja nak buat,adik nak buat kerja kat belakang,jangan suruh orang kacau adik,nanti kek tak jadi."Ujarnya lalu beredar.

"Kau ni kalau sehari tak gaduh dengan adik aku tak boleh ke."

"Nak buat macam mana,dah jadi kebiasaan aku,dah aku nak pergi nak kacau dia kat belakang."Mereka tersengih.Bila mereka lihat Farah dan Shah tidak bergaduh lain pula dirasa.Tapi mereka bersyukur kerana Farah semakin sembuh,jantungnya juga berfungsi dengan baik.

Semua menoleh apabila mendengar suara Farah memarahi Shah.Lelaki itu dihalau keluar.

Kemudian mereka berkumpul untuk makan malam bersama-sama.Mereka tersengih apabila Farah tidak mahu duduk disebelah Shah sebaliknya duduk bersama Aiman dan Bahar.

"Farah,macam mana dengan bunga yang ditempah itu.?"Soal Datul.

"Esok pagi diorang hantar kak,pakaian pun akan dihantar esok.Farah dah minta si Nurol tu datang,nak buat ekspremintasi kat muka akak berdua."Nurol adalah jurusolek yang mendandan mereka berdua nanti untuk majlis pernikahan dan majlis bersanding.

"Esok Farah sibuk sikit,sebab orang yang nak buat pelamin tu nak datang,jadi kena tengok mereka,kemudian,Farah kena pergi hotel,oppsss..."

"Hotel,untuk apa.?"Soal Aiman.

"Tak ada apalah,Is dah balik,jadi nak jumpa dia."Jawabnya.

"Siapa Is.?"Soal Shah.

"Iskandar,pengurus hotel hilton,dia ke London,pakwe lama Farah."Jawab Shima,mereka ketawa.

"Pakwe lama."

"Kenapa,tak boleh ke saya ada pakwe,ingat awak seorang jer yang boleh pasang makwe keliling pinggang."Ujar Farah.Menjelirkan lidah kearah Shah.

"Oh baguslah,saya ingatkan awak tak pernah bercinta selama ni."Balas Shah.

"Dah kenyang,adik naik dulu."Bangun.

"Sudah sudahlah tu bang,kan dah merajuk kak Farah."Ujar Huda.Shah sengih.

"Dengan kau je dia merajuk,selama ni mana dia nak tahu merajuk,dengan kami pun tak pernah."Ujar Bahar lucu.

"Aku pergi pujuk dia dulu."Shah bangun lalu mendapatkan Farah ditingkat atas. Dilihatnya gadis itu sedang sibuk menggubah barang hantaran.Duduk disebelah gadis itu rapat sehingga bertindih peha mereka.Farah mengengsot.

"Jangan kacaulah,orang nak buat kerja ni,tepilah."Tubuh Shah ditolaknya.

"Saya tolong awak."Diam.

"Marah ke,betul ke Is tu pakwe lama awak.?"Farah memandang wajah Shah lalu senyum.

"Kenapa,tak boleh ke.?"

"Taklah,saya cemburu."Farah ketawa.

"Itupun nak cemburu,kelakarlah awak ni."Dia makin galak ketawa.Shah suka melihat Farah ketawa.

"Yalah,awak yang pertama bagi saya,pertama dan yang terakhir,tak akan ada gantinya." Tawanya mati.Merenung mata Shah mencari kepastian.

"Yalah tu,awak ni bukan boleh percaya,dulu kat U,bukan main ramai lagi yang nak kat awak tu."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience