‘’Cepat! Cepat! Karang tak sempat!’’ ujarnya termengah-mengah sambil berlari-lari anak.
‘’Sabarlah, aunty pun dah lari ni, apa yang penting sangat n baby?’’ tanyanya.
"Hah! Mujur berjodoh! Aunty,cepatlah."Tangannya ditarik.Mereka berhenti dihadapan seorang lelaki.
"Pak Long,inilah aunty yang baby cakapkan tu,cantikkan dia,aunty,ini Pak Long Riri." Lelaki itu berpaling,dia terkejut tapi lelaki itu tetap tenang seperti biasa.
"Hai."Tangan dihulurkan untuk bersalaman.Dia menyambut huluran tersebut.
"Aunty dah janji nak ajar Riri masak kek,hari ni birthday Pak Long,jadi Riri nak masakkan kek untuk dia,boleh aunty."Pinta Riri.
"Kan aunty dah janji dengan Riri,tentulah boleh,jom kita kedapur."Mereka bertiga kedapur. Kebetulan pula kedainya baru sahaja selesai habis berniaga.
"Riri nak buat kek apa.?"
"Pak Long suka makan kek Blueberry,boleh kita masak kek tu."Dia mengangguk.Bahan dikeluarkan.Mereka berdua sama-sama memasak sambil diperhatikan oleh lelaki itu.
"Farah."Kedengaran suara seorang lelaki.
"Adik cepatlah,along dah lambat ni."Masuk kedapur.Terkejut.
"Along balik dulu,adik dah call angah suruh jemput adik,alongkan ada janji dengan Kak Mila,kek itu jangan lupa,adik dah sediakan,along ni,kalau adik tak ingatkan,mesti lupa, ada lupa anniversarry dia,teruklah along ni,hadiah pun adik dah sediakan."Ujarnya. Menjerit dia apabila alongnya mencium pipinya.
"Thanks sayang,thats why i love u so much,jangan beritahu Mila adik yang sediakan semua ni,marah pula dia nanti."Dia senyum.
"Hai Riri."Dia kenal pada Riri.
"Hai uncle,have a nice day uncle."Ucap Riri.
"Thanks my dear."Dahi Riri diciumnya.
"Along pergi dulu,kalau angah tak dapat datang,jangan mengada-ngada nak balik jalan kaki walaupun dekat,telefon along okey."Dia angguk sahaja.
"Dahlah,along pergilah,nanti dah lambat,adik pun ada kerja lagi ni."
"Abang aunty sayangkan aunty ya.?"Dia memandang Riri.
"Sebab dia pun macam Pak Long juga,suka membebel dengan Riri."Dia ketawa. Akhirnya sejam kemudian kek mereka siap.
"Berapa.?"
"Tak apa,anggaplah sebagai hadiah hari jadi."Tolaknya.
"Saya tak suka ambil barang secara percuma,come baby."Note seratus diletakkan diatas meja.Dia mengeluh.Entah sampai bila lelaki itu akan membencinya,dia sendiri tidak tahu.Sudah hampir tiga tahun.Dia sendiri tidak tahu apa salahnya,lelaki itu memang sering mencari pasal dengannya. Kemudian satu hari mereka bergaduh besar apabila kawannya dan kawan lelaki itu yang bercinta bergaduh sehingga melibatkan mereka semua.
Seperti biasa,awal pagi dia akan kepasar untuk membeli keperluan dapur dan barang kedainya.Tidak disangka dia akan terserempak dengan lelaki itu sekali lagi.Memang sudah kebiasaan lelaki itu untuk berjoging setiap pagi.
"Hei."Semua yang ada terkejut mendengar jeritannya serentak dia menarik seorang budak perempuan yang hampir dilanggar oleh sebuah kereta.Barang yang dibelinya juga bertaburan.
"Adik tak apa-apa,dah jangan menangis lagi."Pujuknya.
"Terima kasih Farah,terima kasih."Ucap ibu kanak-kanak tersebut.Dia bangun,kakinya luka,begitu juga dengan siku dan telapak tangannya.Dengan menahan sakit,perlahan-lahan dia mengutip barang-barangnya.
"Terima kasih."Ucapnya.Lelaki itu lagi.Terjingkit-jingkit dia berjalan pulang.Terkejut apabila barang yang dipegangnya tiba-tiba sahaja ditarik.
"Saya bawakan."Dia tersenyum.
"Kau ni tetap macam dulukan,suka menyibuk hal orang lain."Lelaki itu bersuara.
"Ya ke,kau pun apa kurangya,berlagak cool konon,lama juga kita tak jumpakan,tak sangka jumpa kat sini."Ujarnya.
"Entah apa malang aku agaknya,ingat nak bercuti dengan aman."Dia ketawa.
"Adik."Mereka menoleh.
"Shah,Bahar."Dia hairan.Mereka berdua kenal ke.
"Hei,kau bercuti kat sini ke."
"Ya,kau pula kata nak balik kampung,ini kampung kau ke.?"
"Ya,ini adik aku,Farah,kenapa ni dik.?"
"Dia ni adik kau.?"Shah ketawa.
Share this novel