"Angah kenal dia ke.?"
"Ini bos angah,merangkap kawan baik angah."Jawab Bahar.Dia sengih.
"Ni kenapa boleh cedera ni,itulah angah dah pesan,jalan tu tengok betul-betul,kan dah luka."Bebel Bahar.
"Bukan salah adik,jalan ni yang salah,tiba-tiba je ada batu besar depan mata adik manalah adik sempat mengelak."Balasnya.Bahar menjeling.
"Banyak pula cekadak dia."
"Nak dukung,kaki adik sakit,tak boleh jalan."
"Mana angah larat,adik dah berat."
"Nak juga kalau tak beritahu along,nanti kaki adik bengkak,lepas itu kena jumpa babah, lepas itu kalau dia marah,adik cakaplah angah yang buat."Jawabnya.Bahar ketawa.Adiknya itu memang manja.
"Sorrylah,adik aku ni memang macam ni,muka tembok,tak tahu malu,dah tua bangka masih nak minta orang dukung dia."Usik Bahar.Farah buat bodoh.
"Jomlah pergi rumah aku,kita sarapan sama-sama."Bahar menjemput sahabatnya itu. Sampai sahaja dirumah,giliran along mereka iaitu Aiman pula membebel apabila melihat keadaan Farah.
Mereka bersarapan bersama-sama.Farah diam sahaja melihat abang-abangnya berbual dengan Shah.
"Adik nak pergi buka kedai dulu,along dengan angah tak payah hantar adik tengah hari nanti,babah nak datang,bolehlah adik mengadu dengan babah."Ujar Farah.
"Betul adik tak nak kami temankan.?"Soal Aiman sekali lagi.
"Ya,bye."Dia menaiki basikal untuk menuju kekedai keknya yang berhampiran dengan rumahnya.
Bahar membawa Shah bersiar-siar di sekitar Cameron.
"Macam mana kau kenal dengan Farah.?"Soal Bahar.
"Dia junior aku masa kat UPM dulu,tapi adik kau tu memang banyak mulut."Bahar ketawa.
"Jadi kaulah orangnya,si pembawa malang."Shah sengih.Itulah gelaran yang diberi Farah padanya.
"Farah memang macam tu,banyak cakap,dengan kami ada saja alasannya kalau disuruh buat sesuatu,tapi dia tetap adik kesayangan kami,sejak kedua orang tua kami meninggal, Farah masih kecil lagi masa tu,kami dah janji nak jaga dia sebaik yang mungkin,sebab itu dia manja sikit orangnya."Shah senyum.Dia nampak kemesraan mereka adik beradik.
"Kalau kau nak tahu,teman wanita kami semua pilihan dia,kalau dia tak berkenan kami pun tak berkenan,dia segala-galanya bagi kami berdua."Ujar Bahar.
"Habis,teman lelaki untuk dia,kau dengan abang kaulah yang cari."Bahar ketawa.
"Susah,dah banyak kami kenalkan tapi dia langsung tak berminat,dia kata dia dah pilihan sendiri,bila kami tanya,dia tak nak beritahu pula,ramai yang cuba merisik tapi ditolaknya mungkin dia tak nak susahkan sesiapa,dia tak macam orang lain."
"Maksud kau.?"
"Sejak kecil Farah ada masalah jantung,dia baru je buat pembedahan jantung dua tahun yang lalu,tapi tak pernah sekali pun dia mengadu tentang penyakitnya itu."Dia terkejut mendengar kata-kata Bahar.
"Tapi dia tak macam orang sakit pun,masa kat U dulu,dia bukan main aktif lagi."Tida percaya.
"Kalau kau nak tahu,itulah Farah,lasak,sebab itu kami risaukan dia,kau tahu tak,dia senang je jatuh,tengah jalan pun boleh jatuh,mudah langgar barang,cuai,susah betul nak jaga dia."Banyak yang diperbualkan mengenai Farah.
Bahar menjemput keluarga Shah untuk makan malam bersama mereka.Riri kelihatan begitu gembira sekali dapat bertemu Farah.Makam malam mereka semua diisi dengan pelbagai cerita.
"Adik nak pergi mana.?"Soal Aiman melihat Farah bangun.Muka Farah juga pucat.
"Nak naik atas kejab."Jawabnya perlahan.Aiman dan Bahar serentak bangun.
"Sekejab ya."Mereka berdua memapah Farah naik ketingkat atas.Farah menelan ubatnya.
"Macam mana.?"Soal Aiman risau.Farah senyum.
"Dah okey dah,jom turun,kesian tetamu kita,ada ke ditinggalnya."Aiman dan Bahar berpandangan.Risau.
Bahar sudah habis cuti,dia balik ke Kuala Lumpur bersama-sama Shah.Farah pula dijaga oleh Aiman.Aiman membantu Farah mengusahakan kedak kek,dia juga membuka kedai bunga,mereka mempunyai ladang orkid dan strawberi.
"Along,minggu depan adik nak turun KL,ada majlis alumni dengan budak-budak UPM."Beritahunya.
"Yalah,dah call angah suruh jemput adik."Dia angguk.Bahar turun untuk menjemput Farah.Farah akan tinggal bersama Bahar selama seminggu di Kuala Lumpur.
"Adik dah ada baju nak pakai nanti.?"Soal Bahar.
"Belum,nak minta angah belanjalah ni."Farah ketawa.Bahar turut ketawa.
Bahar membawa Farah ke Mid Valley untuk mencari pakaian yang sesuai.Mereka terserempak dengan Shah dan adiknya Huda.Shah juga menemani adiknya membeli belah.
"Aduh."Farah memegang dadanya apabila dilanggar seorang lelaki.Terduduk dia menahan sakit.
Share this novel