BAB 5

Family Completed 7971

"Kau tak rasa lagi amarah adik aku tu,mahu terbalik dunia bila dia marah,tapi kami tak boleh nak marah dia balik dan kalau boleh jangan buat dia naik marah,nanti dia senang pengsan,susah."Jelas Bahar.

"Jangan kata aku tak pernah kena marah dengan dia,setiap hari masa kat U dulu dia marah aku,kau tahu dia panggil aku mamat mereng,malulah aku,dahlah aku ni ketua pelajar."Bahar dan Aiman ketawa mendengar cerita Shah.

"Tapi sekarang badan dia agak lemah berbanding dulu sejak dia buat pembedahan pemindahan jantung,risau juga tengok dia tu."Senyap.

"Farah takkan apa-apa,dia akan hidup lebih lama dari kita semua."Shah cuba menyejukkan hati mereka.

Sudah pukul 8.00 malam tapi masih belum pulang lagi.Risau dibuatnya.Mereka menanti dilaman luar.Bangun apabila sebuah kereta masuk.

"Angkat barang kat bonet ya."Ujar Datul lalu masuk kedalam rumah.

"Banyaknya."Farah dan yang lainnya sedang berbincang ditingkat atas.Kelihatan khusyuk sekali.Farah turut menunjukkan rekaan pakaian yang telah siap dilakarnya.

"Perempuan kalau dah jumpa,memang tak boleh nak kacau langsung."Mereka melihat sahaja perbincangan itu tanpa mengganggu sedikit pun.

"Kenapa Farah.?"Soal Shima apabila melihat Farah memegang dadanya.

"Mana ubat.?"Datul segera menyelongkar beg Farah.

"Kita bincang sampai sini dulu,sekarang Farah berehat dulu."Ujar Shima risau.

"Tak boleh,banyak lagi kerja nak kena buat,masa pun dah suntuk sekarang."Ujar Farah.

"Maksud Farah apa.?"

"Maksud saya,majlis lagi tiga bulan tapi baju masih belum siap jahit lagi,mana boleh buang masa."Jawabnya.Ada perkara yang disembunyikannya.

"Dahlah tu,dah malam ni,esok jelah sambung."Aiman muncul.

"Kita sambung esok jer,kami pun dah penat kak."Ujar Huda.Farah mengalah.Dia masuk kedalam biliknya.

"Awak,macam mana keadaan Farah,babah ada cakap apa-apa.?"Soal Datul.

"Tak pula,kenapa.?"

"Kebelakangan ni dia asyik sakit dada jer,bila tanya,dia kata tak apa-apa,dia macam sembunyikan sesuatu,u all tak perasaan ke,sekarang dia nak semua kerja dibuat dengan cepat,tergesa-gesa,tadi dia kata masa dah suntuk,dia juga dah pindah nama kedai ni ke atas nama u all berdua."Ujar Shima.

"Masa dia beritahu dia nak pindah nama kedai dia kata dia nak hadiahkan kedai tu kepada kami je,kami langsung tak syak apa-apa,kami tengok dia gembira kebelakangan ni,jadi kami tak syak apa-apa,babah pun tak cakap apa-apa."Jawab Aiman.

"Sebenarnya Huda pernah nampak Kak Farah menangis masa dia masak kek."Huda bersuara.

"Taklah,dia tak apa-apa.’Ujar Bahar cuba meyakinkan dirinya.Memang sejak kebelakangan ni,bila dia ke Kuala Lumpur Farah akan selalu menghubunginya.Senyap.

"Siapa babah.?"

"Doktor Rashid yang merawat Farah sejak kecil,kami panggil dia babah,lagipun dia memang dah kami anggap seperti keluarga kami sendiri."Jawab Aiman.

"Kita telefon babah."Aiman segera membuat panggilan.Untuk seketika dia berbual dengan Doktor Rashid.

"Macam mana,apa kata babah.?"Soal Datul tak sabar.

"Babah kata Farah tak apa-apa,jantungnya juga sihat,dari suara babah,babah cakap benar."Jawabnya.

"Kalau macam itu,dia tak apa-apa,tapi kita kena perhatikan dia."

Pagi itu dia hairan apabila mereka semua melayannya dengan baik.Dia senyum sahaja.

Aiman memberitahu mereka akan tutup kedai pada hari itu dan akan keluar bersiar-siar bersama-sama.

"Adik tak dapat pergi,kena jumpa babah."

"Kenapa,adikkan dah jumpa babah minggu lepas."

"Adik dah janji nak kaitkan baju panas untuk babah,dah siap pun,jadi nak bagi pada babah, lepas tu babah ajak keluar makan dengan dia,bagilah can pada adik nak manja dengan babah."Ujar Farah.

Tanpa pengetahuan Farah,mereka mengekori Farah dan Doktor Rashid.Tiada yang mencurigakan.Seperti yang diberitahu Farah,mereka akan keluar makan.Kemudiaanya ada seorang lelaki sebaya Doktor Arshad datang dan menegur mereka.Mungkin kawan lama.Mereka berbual seketika.Farah juga kelihatan gembira kerana sentiasa ketawa. Setelah yakin tiada yang mencurigakan,mereka beredar.

"Farah."Dia senyum.

"Saya tak apa-apa babah,saya redha,saya dah cukup bertuah kerana masih hidup sehingga sekarang."Doktor Rashid memeluk Farah yang telah dianggapnya seperti anaknya sendiri.

"Babah nak cakap sesuatu,babah dah jumpa dengan orang yang Farah suka tu,baik orangnya,hormat orang tua,Farah cakaplah yang Farah sukakan dia,Farah juga berhak untuk merasa perasaan itu sayang."Nasihatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience