BAB 6

Family Completed 7971

"Saya juga tak berhak untuk merosakkan hidupnya babah,Farah tak nak ganggu kebahagiannya,Farah suka dia dari jauh pun dah cukup memadai untuk Farah."Jawabnya.

Petang itu sekembalinya,Shah meminta izin dengan kedua abang-abangnya untuk membawanya keluar.Dia menolak.

"Kenapa,kau takut nak keluar dengan aku ke.?"Saja suka menyakiti gadis itu.Nampak comel apabila mukanya merah menahan marah.

"Siapa kata aku takut,tapi sekarang aku dah penat,nak rehat."Balasnya.Geram. Sebenarnya dia takut untuk keluar berdua-duaan dengan Shah.

"Apa sajalah Farah tapi sebenarnya kau ni penakut,kenapa,kau takut kau dah jatuh cinta dengan aku ke.?"Berdesing telinganya mendengar kata-kata itu.

"Jangan nak perasaan,okey kita keluar."Dia senyum.

"Dahlah tu bang,janganlah nak gaduh dengan kak Farah,nanti kak Farah reject baru tahu."Usik Huda.

"Mana dia berani reject abang yang handsome ni,doakan abang semoga berjaya."Shah kenyit mata.

"Siapa kata kita naik kereta,kita naik ni."Terbeliak matanya melihat basikal yang dipegang oleh Shah.

"Cepatlah."Geramnya.Duduk dibelakang.

"Kita lepak sini."Mereka behenti di puncak.

"Cantikkan pemandangan kat sini,tentu awak selalu datang sinikan."Diam.Inilah tempat kesukaannya.Apabila Shah duduk hampir dengannya,dia beralih tempat,lebih kurang tiga kali mereka beralih tempat sehinggalah dia membiarkan sahaja lelaki itu duduk disebelahnya.Melihat pemandangan indah yang terbentang didepan mata.Matanya dipejam menghayati udara sejuk yang menampar pipinya.

"I love you."Dia terkejut.Matanya dibuka.Memandang Shah,tapi lelaki itu turut memejamkan mata.Dia bangun.

"Jom balik."Ajaknya.

"Kenapa,kat sinikan seronok."

"Kalau kau tak nak balik,kau duduklah sini,aku nak balik."Tangannya ditarik.

"Lepaslah,lepaslah."Cuba menarik tangannya tapi pegangan Shah semakin erat.

Tubuh Farah ditarik rapat kearahnya.

"Kau nak buat apa ni,lepaslah."Dia diam apabila seutas rantai terjuntai dihadapannya.

Cantik.Dia ingat rantai itu.

"Ingat lagi rantai ni,saya tahu awak sukakan rantai ni masa kita bercuti di Langkawi dulu,tapi awak tak nak beli sebab awak nak orang lain belikan untuk awak,saya ingat nak beri pada awak dulu,tapi belum sempat saya berikan rantai ni pada awak,awak mengelak dari saya,macam mana nak bagi."

"Kenapa kau nak bagi rantai ni pada aku pula,terima kasihlah,kau bagilah pada orang lain."Shah senyum.

"Dulu memanglah saya nak beri pada awak,tapi sekarang saya nak beri pada orang lain,rantai ni cantikkan,tentu orang yang saya cintai dan saya sayang itu makin cantik bila pakai rantai inikan,saya ingat saya nak lamar dia guna rantai ni,selalu orang lamar pakai cincin tapi saya nak guna rantai,lain dari yang lain,macam mana,okey tak."Wajah gadis yang berdiri dihadapannya direnung.

"Manalah aku tahu,buat apa aku nak masuk campur dalam hal kau ni,lepaslah."Cuba melepaskan pegangan Shah yang memaut pinggangnya dengan tangan kirinya.

"Saya nak jadikan perempuan itu perempuan yang paling bahagia didunia ini."Dia rasa sudah ingin menangis tapi ditahannya.

"Kenapa kau cakap semua ni dengan aku,kau cakaplah dengan perempuan yang kau suka tu,lepaslah."Dia terdiam apabila Shah menariknya lagi rapat.

"Saya nak berikan segala-galanya pada dia,saya akan berikan seluruh cinta saya untuk dia,setiap hari bila kami dah kahwin nanti saya akan hadiahkan sekuntum bunga ros untuk dia,agar dia tahu betapa saya cintakan dia."Ujarnya lagi.

"Aku peduli apa,boleh tak kau lepaskan aku."Pintanya.Dia tidak sedar rantai tersebut telah dipakaikan kelehernya.

"Cantik,memang sesuai."Suka melihat rantai itu berada dileher Farah.

"Okeylah,jom balik,dah selesai."Farah terpinga-pinga.Geram hatinya apabila dipermainkan oleh Shah.

"Pergi mana tadi.?"Soal Bahar.

"Cantiknya rantai ni."Puji Shima lalu menghampiri Farah.Farah terkejut melihat rantai itu.Bila ianya berada dilehernya.Kemudian Datul pun datang tengok sama.

"Yalah cantiknya,beli kat mana Farah,akak tak pernah tengok Farah pakai rantai ni pun."Puji Datul pula.Farah memandang Shah.Lelaki itu kenyit mata.

"Kenapa nak buka pula,rantai ni sesuai dengan Farah,nampak lagi cantik."Shima menahan apabila Farah ingin menanggalkan rantai tersebut.Aiman dan Bahar memandang Shah,kemudian mereka bertiga berjabat tangan.

"Tapi kak,rantai ni....."

"Kenapa dengan rantai ni,Farah tak nak,kalau tak nak,berikan pada akak,akak nak."Ujar Datul.

"Bagi akak jerlah."Sampuk Shima.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience