BAB 3

Family Completed 7971

"Maaf cik,maaf,saya tak sengaja."Ucap lelaki itu serba salah.

"Adik,adik tak apa-apa ke.?"Risau.

"Hei kau ni tak nampak ke,mata letak kat mana."Marah Shah.

"Akak tak apa-apa.?"Soal Huda juga risau.Wajah Farah begitu pucat sekali.Bahar segera memberikan ubat penahan sakit pada Farah.

"Adik,jangan takutkan angah,kita ke hospital."Apabila dia ingin mendukung,adiknya itu menahannya.Dia senyum.

"Okey dah."

"Tak,kita kehospital."

"Angah,betul adik tak apa-apa dah,kalau pergi hospital,mesti along dengan babah tahu, lepas itu mesti diorang tak bagi adik datang sini lagi,tak payah ya."Rayunya.

"Farah kau kena ke hospital,buat pemeriksaan."Ujar Shah.

"Buat pemeriksaan,buat apa.?"Shah terpinga-pinga.

"Yalah,dah aku tengok kau macam sakit sangat."Jawabnya.

"Kau ni selalu sangat nak sakitkan hati aku,cubalah cakap baik-baik dengan aku."Bidasnya.

"Kenapa pula aku nak cakap baik-baik dengan kau."

"Sudahlah,angah jom,tak payah layan mamat mereng macam dia ni."Tangan Bahar ditariknya.

Bahar tidak dapat menghantarnya,jadi abangnya itu meminta Shah untuk menjemputnya kerana mereka sama-sama dijemput ke majlis tersebut.Bahar juga mengusik kerana pakaian yang mereka pakai sama,sedondon,berwarna hijau pucuk pisang.

"Tolong jaga adik aku ni baik-baik,adik,sorrylah,betul angah tak tipu,angah kena jumpa client malam ni,tak percaya tanya Shah,diakan bos angah."Pujuknya apabila Farah tarik muka masam.

"Baik kita gerak sekarang,nanti lambat pula."Ujar Shah ingin ketawa melihat muka masam Farah.Farah diam sahaja sepanjang perjalanan.Shah cuba mengajak berbual tapi tidak dilayannya.

Tidak disangka ramai yang hadir dan kebanyakkan mereka membawa pasangan masing-masing.Farah begitu gembira sekali dapat bertemu semula kawan-kawannya.Ada yang telah berkahwin dan ada juga yang telah memegang jawatan besar.

"Kau dengan Shah ke,datang pun sama,baju pun sedondon."Ujar Rahimah.

"Yalah Farah,bekas ketua pelajar kita tu pun nampak lebih handsome sekarang,kauorang pun nampak sepadan jer."Ujar Rita pula.

"Aku dah kata dulu,dia memang syok kat kau."Ujar Lucy pula.

"Jangan nak buat cerita pula,sebenarnya mangkuk ayun tu bos abang aku,abang aku tak dapat hantar jadi dia minta aku pergi sekali dengan dia,pasal pakaian pula,itu hanya kebetulan sahaja."Jawabnya geram apabila dikaitkan dengan Shah.

"Well Farah,jangan terkejut bila satu hari nanti dia ajak kau kahwin pula."Usik Rita lagi.

Majlis itu begitu meriah sekali.Turut diadakan nyanyian karoeke.Ramai yang mengambil kesempatan untuk menyanyi,begitu juga dengan dia dan kawan-kawannya.

"Okey,bye,jangan lupa kalau ke Cameron,beli kek kat kedai aku tau."Ujar Farah.Mereka berpelukan sebelum berpisah.Senyuman tidak lekang dari bibirnya.Gembira dapat bertemu semula dengan kawan-kawannya.

"Hai Shah."

"Hai Renn."Balas Shah.

"Long time no see,how are you.?"Soal Reen yang masih tidak berubah sikap penggodanya.

"I’m fine,you.?"Reen ketawa lembut.

"So,Farah ni girlfriend you ke,u asyik berkepit dengan dia jer I tengok."Shah ketawa. Bahu Farah dipautnya.Terkejut.

"Ya,u pula dengan siapa sekarang.?"

"I tunggu u,well I have to go now,maybe next time we can sit and talk,nice to see you again Farah."Setelah Reen pergi,Farah memijak kaki Shah dengan kasut tumitny.Menjerit Shah menahan sakit.

"Suka dia jer cakap orang teman wanita dia."Marahnya.

"Memanglah awak teman wanita saya takkanlah awak teman lelaki saya,jangan nak perasan okey."Balas Shah.Farah terdiam.

Mereka kembali seperti dulu,pantang berjumpa,pasti akan bertikam lidah.Bahar malas nak masuk campur dalam hal mereka berdua.

"Angah cepatlah,angah ni kalau bersiap lambatlah,macam perempuan."Jerit Farah.Bahar berjanji untuk membawanya keluar menonton wayang.

"Yalah,yalah,adik ni tak boleh sabar langsung."Ujar Bahar, kunci kereta segera dicapainya. Mereka menonton wayang di Times Square.Disitu mereka terserempak dengan Huda bersama-sama kawan-kawannya.

"Angah nak ketandas kejab."Ujar Bahar.Farah mengangguk.

"Akak ni cantiklah,akak tak ada boyfriend ke.?"Soal Siti,kawan Huda.

"Siapa kata tak ada,kak Farah ni girlfriend abang akulah."Jawab Huda.Farah terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience