Farhan memberhentikan keretanya di hadapan sebuah sekolah elit yang kelihatan sibuk dengan pelajar dan guru yang keluar masuk. Aina memandang keluar dengan dahi berkerut sebelum mengeluarkan telefon dan menaip, Kita buat apa kat sekolah?
Farhan membaca mesej itu dengan cepat sebelum menjawab, “Ikut je lah. Jangan banyak tanya.”
Aina mencebik, tetapi dia tetap keluar dari kereta selepas Farhan membukakan pintu untuknya. Dengan sedikit keluhan, dia mengikut langkah Farhan yang menuju ke pejabat pentadbiran sekolah.
Sampai di sana, mereka disambut oleh seorang wanita berkaca mata, berpakaian formal. “Encik Farhan, semuanya sudah sedia. Dokumen ada di sini,” katanya sambil menyerahkan fail biru.
Farhan mengangguk sambil mengambil fail tersebut. Aina hanya memerhati dengan penuh rasa ingin tahu, tetapi tidak berkata apa-apa. Dia menaip lagi di telefon, Awak ni cikgu ke? Kenapa dengan sekolah ni?
Farhan memandang ke arahnya dan tersenyum sinis. “Kau nak tahu sangat? Aku akan buat kau jadi penterjemah untuk program pertukaran pelajar di sini. Kau yang akan uruskan semuanya dengan pelajar antarabangsa.”
Aina memandangnya dengan mata terbeliak. Awak gila ke? Saya bisu! Macam mana saya nak buat kerja macam ni?! taipnya dengan marah.
Farhan menjawab dengan tenang, “Itu masalah kau, bukan aku.” Dia kemudian berjalan pergi, meninggalkan Aina terdiam dengan pelbagai soalan yang mula berlegar di fikirannya.
Aina menaip,kerja saya apa cikgu,saya ni bisu,mana boleh terjemahkan apa-apa,yang saya satu bahasa isyarat lah.
“cik Aina tak perlu menaip kat telefon,saya faham bahasa isyarat,sekolah ni pun ada pelajar yang tuli,sekolah bukan sekolah biasa....."ucap cikgu itu.
Aina memandang cikgu itu dengan terkejut. Dia menaip di telefon, Oh, maafkan saya. Saya tak tahu sekolah ni ada pelajar tuli.
Cikgu itu tersenyum ramah. “Tak apa, cik Aina. Sekolah ini memang direka untuk membantu pelajar dengan pelbagai keperluan khas, termasuk yang tuli. Malah, kami ada program khas untuk melatih mereka berkomunikasi dengan dunia luar.”
Aina berhenti menaip dan mula menggunakan bahasa isyarat. Tapi apa tugas saya di sini? Saya tak biasa dengan kerja sekolah.
Cikgu itu menjawab menggunakan bahasa isyarat juga, Cik Aina akan membantu kami dengan pelajar antarabangsa yang tuli. Mereka perlukan seseorang yang boleh memahami bahasa isyarat antarabangsa. Saya difahamkan cik Aina sangat mahir dalam hal itu.
Farhan yang berdiri di belakang mereka menyampuk, “Nampaknya Aina memang orang yang sesuai. Jangan risau, cikgu. Dia pandai belajar.”
Aina menjeling Farhan dengan tajam dan menaip lagi, Awak jangan pandai-pandai. Saya tak setuju pun nak kerja kat sini.
Cikgu itu memandang mereka berdua dengan senyum nipis. “Tak apa, cik Aina. Jika ada apa-apa masalah, boleh terus beritahu saya. Saya yakin cik Aina akan menyukai kerja di sini.”
Aina hanya mendiamkan diri, namun dalam hatinya, dia mula tertanya-tanya bagaimana semua ini akan berjalan.
Aina memegang lengan Farhan.
“ehh,apa pegang-pegang ni,haram lah...."ucap Farhan.
Aina menjeling. Aina menaip, saya bukan nak pegang awak sangat lah,kalau saya tak pegang,macam mana saya nak bercakap dengan awak,saya mana boleh bersuara.
Farhan tersentak seketika, namun dia kembali bersuara dengan nada menyindir, “Kan boleh taip kat telefon, kenapa kena pegang jugak?”
Aina menjeling lebih tajam. Dia menaip dengan cepat dan menunjukkan skrin telefonnya kepada Farhan, Awak tu lambat sangat nak faham kalau saya taip. Bahasa isyarat lagi cepat.
Farhan mengeluh dan mengangkat tangan menyerah kalah. “ok, tapi jangan nampak sangat kau pegang aku,nanti apa orang cakap pulak”
Aina mengetap bibir menahan geram, namun dia memilih untuk mengabaikan komen Farhan. Dia menaip semula, Lepas ni kalau ada orang tanya, awak kena cakap saya pegang sebab kerja, bukan sebab saya suka.
Farhan tertawa kecil. “ke memang kau ni suka pegang aku"
Aina menjegilkan mata dan mula menaip, namun dia berhenti separuh jalan. Sebaliknya, dia memberikan isyarat tangan cepat yang sukar difahami Farhan.
Farhan menggaru kepala. “Hah? Apa tu?”
Aina tersenyum sinis dan menaip dengan tenang, Itu maknanya awak sombong dan tak guna.
Farhan menggeleng kepala sambil tersenyum kecil. “Kau ni memang nak menang selalu, kan?”
Aina menaip lagi dengan pantas, Memang.
Aina memandang Farhan, kemudian dengan perlahan-lahan menarik tangan Farhan agar menghadapnya. Farhan sedikit terkejut dengan tindakannya.
Aina berdiri tegak di hadapan Farhan, dengan wajah yang sedikit keliru. Dia terus menaip, Kata nak saya terjemahkan, kenapa kita pergi sini?
Farhan memandang Aina dengan sabar. “Kat sini lah kau kena terjemahkan, sesetengah pelajar kat sini tuli, jadi aku nak kau terjemahkan apa yang mereka cakap kat aku. Senang je kan kerja kau?” jawab Farhan dengan nada tenang, seakan-akan sudah biasa dengan keadaan itu.
Aina melihat sekeliling, sedikit teragak-agak. Dia menaip lagi, Tapi saya tak biasa dengan orang ramai, ini program apa awak?
Farhan mengangguk, faham dengan ketidakpastian Aina. “Ini program motivasi untuk pelajar tingkatan 5. Program ni khas untuk pelajar yang ada kekurangan pendengaran dan juga pelajar biasa. Program ni bertujuan untuk memberi semangat dan tips hidup kepada mereka, jadi... jom lah,” jawab Farhan sambil melangkah ke depan.
Aina mengikut dari belakang, namun sebelum mereka melangkah lebih jauh, seorang lelaki berbaju formal menghampiri mereka.
“Asalamualaikum encik Farhan,” ucap cikgu Zubir dalam bahasa isyarat, dengan senyuman mesra.
Aina terus menaip dengan cepat, Dia cakap Asalamualaikum.
Farhan membalas dengan senyuman, “Waalaikumsalam, cikgu. Saya dah boleh start ke atau tunggu sekejap?”
Cikgu Zubir mengangguk dan memberi isyarat agar Farhan memulakan program. Farhan, yang sudah terbiasa dengan suasana itu, tersenyum sebelum melangkah ke pentas kecil yang sudah disediakan.
Aina yang berdiri di tepi, melihat ke arah pelajar-pelajar lain yang duduk dengan penuh perhatian. Dalam hati, dia merasa sedikit tidak selesa, tetapi dia tahu tugasnya perlu diselesaikan. Apa yang Farhan cakap, Aina terjemahkan dalam bahasa isyarat dengan penuh perhatian, memastikan setiap perkataan sampai dengan jelas kepada pelajar yang memerlukannya.
Pada masa yang sama, Aina berasa sedikit gugup, namun dia tidak mahu menunjukkan rasa takutnya. Dia tahu ini adalah peluang untuk menunjukkan kemahirannya, dan dia ingin melakukan yang terbaik, walaupun suasana ini asing baginya.
Setelah program selesai, Aina mencari-cari Farhan, namun dia tidak kelihatan di mana-mana. Dia merasakan seolah-olah ada yang kurang, tapi Aina memilih untuk tidak terlalu memikirkannya. Dia baru sahaja selesai menerjemahkan dan membantu pelajar-pelajar itu, dan kini suasana di dewan sudah mula kosong, semua orang kembali ke aktiviti masing-masing.
Tiba-tiba, Aina didekati seorang pelajar perempuan yang berwajah ceria. Pelajar itu melambai-lambai tangan kepada Aina dan terus menghampiri. "Hai, akak yang kat tepi pentas tadi kan?" ucap pelajar itu dalam bahasa isyarat, sambil tersenyum lebar.
Aina yang sedikit terkejut, namun cuba untuk bersikap tenang, menjawab dengan hati-hati, "Ye, kenapa ye?" sambil membalas senyumannya.
Pelajar itu kelihatan sangat teruja. "Untung akak, walaupun akak bisu, tapi Allah bagi akak kelebihan mendengar," ucapnya dengan penuh rasa kagum.
Aina terdiam sebentar, berfikir sejenak sebelum membalas, "Alhamdulillah, akak pun bersyukur boleh mendengar, sebab tu akak boleh dengar kalau ada orang nak kutuk akak," jawab Aina dalam bahasa isyarat, dengan senyuman yang sedikit pahit.
Pelajar itu mengangguk, faham dengan apa yang Aina maksudkan. Dia memberi satu senyuman manis kepada Aina, seolah-olah menghargai keberanian Aina untuk berbicara tentang kehidupannya yang penuh cabaran. "Akak hebat," kata pelajar itu, "Saya harap saya boleh jadi sekuat akak."
Aina merasa sedikit lega mendengar kata-kata itu. Walaupun dia tidak menunjukkan semua kesulitan yang dia alami, namun sekurang-kurangnya ada orang yang memahami. Dia hanya mengangguk, merasa sedikit dihargai di tengah dunia yang kadangkala terasa sangat sunyi bagi orang seperti dia.
"Terima kasih," balas Aina dalam bahasa isyarat dengan penuh ikhlas.
Pelajar itu mengangguk semula, tersenyum sebelum beredar pergi, meninggalkan Aina untuk terus merenung dunia yang penuh dengan cabaran dan kelebihan yang berbeza. Aina menghela nafas panjang, tetapi dia tahu satu perkara: setiap hari adalah peluang untuk terus belajar dan berusaha menjadi lebih baik.
Aina yang baru sahaja sampai di rumah selepas seharian penat di sekolah, terus ditegur oleh Tan Sri Ayub yang sedang menunggu di ruang tamu. Wajahnya seperti biasa, penuh tenang tetapi serius.
“Macam mana Aina, Farhan ok?" soal Tan Sri Ayub, nadanya perlahan tetapi penuh makna tersirat.
Aina berhenti seketika, mengeluarkan telefon untuk menaip. Apa maksud atuk? Apa yang ok? Aina rasa biasa je. Dia menunjukkan paparan telefon kepada Tan Sri Ayub.
“Maksud atuk, dia baik ke dengan Aina? Kalau Aina tak cakap pun, atuk tahu Farhan memang lelaki yang baik,” balas Tan Sri Ayub sambil merenung cucunya.
Aina segera menaip lagi, sedikit geram. Atuk, Aina rasa atuk tak payah lah susah-susah jodohkan Aina dengan Farhan. Aina bukan patung yang atuk boleh aturkan ikut kehendak atuk.
Tan Sri Ayub tersenyum tipis tetapi kelihatan berat. Dia menghela nafas panjang sebelum berkata dengan nada lebih serius, “Aina, atuk buat semua ni untuk kebaikan Aina. Kita dah terlalu banyak musuh di luar sana. Aina sendiri dulu pun pernah terjebak dalam keadaan yang hampir merosakkan diri Aina, kan?”
Aina terpempan mendengar kata-kata atuknya. Dia tahu apa yang dimaksudkan, tetapi dia masih merasa seperti dikawal.
Dia menaip dengan tangan yang sedikit menggigil. Aina tahu atuk nak yang terbaik, tapi jangan paksa Aina. Bagi Aina peluang buat keputusan sendiri.
Tan Sri Ayub memandangnya dalam-dalam, melihat bagaimana cucunya berusaha mempertahankan kebebasannya. “Aina, hidup ni bukan sekadar pilihan. Kadang-kadang apa yang kita elak, itulah yang sebenarnya baik untuk kita. Tapi atuk tak paksa. Fikirkan dulu, ya?” ujar Tan Sri Ayub sebelum bangun dan berlalu pergi, meninggalkan Aina yang termenung sendirian, tenggelam dalam fikirannya.
Di dalam bilik, Aina melangkah perlahan sambil melepaskan keluhan kecil. Handbeg yang disandangnya dari pagi diletakkan di atas katil dengan lembut. Dia melirik ke arah telefon pintarnya yang sudah kehabisan bateri sejak program di sekolah tadi. Tanpa berlengah, dia menyambungkan telefon itu kepada pengecas dan meletakkannya di atas meja kecil berhampiran.
Rambut panjangnya yang terurai sedikit kusut akibat seharian di luar, segera diikat tinggi. Dia berdiri di hadapan cermin, memerhati pantulan wajahnya yang tampak letih. “Haih... penat betul hari ni,” bisiknya perlahan, walaupun dia tahu tidak ada siapa yang mendengar.
Aina melangkah ke tingkap, menarik langsir ke tepi untuk membiarkan udara malam masuk. Cahaya bulan yang lembut menerangi biliknya, menambah sedikit rasa damai dalam keletihannya. Namun, fikirannya tidak tenang. Kata-kata Tan Sri Ayub tadi masih bermain-main di benaknya. "Hidup ni bukan sekadar pilihan... Kadang-kadang apa yang kita elak, itulah yang sebenarnya baik untuk kita."
Dia memandang ke luar tingkap, termenung panjang. Di hatinya, ada perasaan bercampur-baur—antara kemahuan dirinya dan kehendak atuknya. Farhan? Kenapa dia? fikirnya, lalu mengeluh lagi. Aina berjalan ke arah katil dan membaringkan dirinya perlahan, berharap malam ini fikirannya boleh berhenti memikirkan soal itu.
Pagi itu, Aina melangkah turun ke dapur dengan langkah perlahan. Rambutnya masih terikat tinggi dari malam tadi, memberi tanda dia belum sempat bersiap sepenuhnya. Bau masakan pagi yang semerbak memenuhi ruang dapur, dan kelihatan Datin Sri Aishah sedang sibuk menyediakan sarapan di kaunter.
“Ya Allah, Aina tak mandi lagi ke?" tegur Datin Sri Aishah sambil memandang anaknya dengan dahi berkerut.
Aina hanya tersenyum kecil, cuba mengelak pandangan ibunya.
“Ni mesti malam tadi tak mandikan? Lepas balik terus tidur kan?" sambung Datin Sri Aishah sambil menyilangkan tangan di dada, pura-pura menegur.
Aina tersipu malu. Tertangkap pula... Dia segera menggunakan bahasa isyarat, “Mama, Aina tertidur lah... penat sangat semalam.”
Datin Sri Aishah menggeleng perlahan tetapi bibirnya tetap tersungging senyuman. “Kalau macam ni, siapa yang nak tahan hidup dengan kamu nanti, sayang. Bangun pagi pun muka comot lagi," usiknya. Namun, dalam hatinya, dia tahu Aina tetap kelihatan manis walaupun baru bangun tidur.
Share this novel