Setelah sampai di markas usang itu, Aina segera keluar dari kereta dengan wajah cemas. Zaim dan Damian mengekorinya dengan langkah cepat, masing-masing bersedia dengan apa saja kemungkinan. Suasana sekitar markas itu gelap dan sunyi, hanya diterangi oleh lampu-lampu kecil yang malap.
Pintu markas terbuka, dan lelaki misteri itu menyambut mereka dengan senyuman sinis. “Hah, dah sampai pun akhirnya. Hai, Angel,” ucap lelaki itu sambil melirik ke arah Aina, seolah-olah menyindir.
Aina melangkah ke hadapan dengan penuh keberanian, walaupun hatinya berdebar. “Kau buat apa ni? Kau cakap nak jatuhkan dia je! Asal sekarang kau nak bunuh dia pulak?” suaranya lantang, penuh dengan kemarahan.
Lelaki itu ketawa kecil, matanya penuh dengan ejekan. “Bukan kau ke yang suruh aku bunuh dia? Kau yang bagi arahan kat aku. Jangan nak berpura-pura tak tahu, Angel.”
Aina menggeleng laju, wajahnya menunjukkan keterkejutan. “Bila masa aku suruh kau bunuh dia? Aku cuma ikut rancangan kau nak buat dia jatuh dalam dunia bisnes. Tak lebih dari itu! Kau tipu aku! Kau nak perangkap aku!”
Zaim yang berada di belakang Aina segera masuk campur. “Kau dengar sendiri, dia tak pernah arah kau untuk buat macam ni! Kau sengaja manipulasi dia, kan?” Zaim memandang lelaki itu dengan pandangan tajam.
Lelaki itu tersenyum lebar, lalu melangkah ke arah Farhan yang masih terikat di sudut bilik. “Aku cuma buat apa yang aku fikir terbaik. Farhan ni terlalu kuat untuk hanya dijatuhkan karier dia. Dia perlu lenyap, habis cerita.”
Damian maju ke hadapan, tangannya sudah menggenggam telefon bimbit. “Kau nak main kasar? Baik kau lepaskan dia sekarang. Polis boleh sampai bila-bila masa saja.”
Namun lelaki itu tidak gentar. Dia berdiri tegak sambil memandang Aina. “Angel, kau tak faham ke? Kau sendiri yang buat semua ni jadi mungkin. Kau yang bagi aku ruang. Kau fikir kau boleh lari dari semua ni?”
Farhan yang terbaring di sudut bilik itu akhirnya bersuara, suaranya lemah tetapi penuh dengan rasa kecewa. “Aina... apa semua ni? Kau terlibat dalam semua ni ke?”
Aina terdiam. Air matanya mula mengalir, dia melangkah perlahan ke arah Farhan. “Saya cuma nak selamatkan awak, Farhan... Saya tak pernah suruh dia buat macam ni.”
Lelaki misteri itu terus ketawa, melihat drama yang berlaku di depannya. “Kau nak selamatkan dia? Kau baru saja musnahkan dia, Angel.”
Zaim dan Damian segera bertindak, cuba mengalihkan perhatian lelaki itu sementara Aina berusaha mendekati Farhan untuk membebaskannya. Suasana semakin tegang, dan langkah seterusnya akan menentukan sama ada mereka semua akan keluar dari situ dengan selamat atau sebaliknya.
Aina dengan tangan yang menggeletar berusaha membuka ikatan di tangan Farhan. Jari-jarinya pantas bekerja walaupun peluh dingin sudah membasahi wajahnya. “Sabar, Farhan... kejap lagi selesai,” bisik Aina perlahan, namun suaranya bergetar penuh rasa bersalah.
Setelah ikatan itu berjaya dibuka, Farhan segera menolak tubuh Aina dengan kasar. Aina terhuyung-hayang ke belakang, hampir terjatuh. Matanya membulat melihat reaksi Farhan, dan air matanya mula bergenang.
Farhan bangun perlahan-lahan, wajahnya penuh dengan amarah yang membara. “Jangan sentuh aku lagi!” suaranya lantang, memecah kesunyian bilik itu. Dia memandang Aina dengan pandangan penuh rasa kecewa dan marah.
Aina menggeleng, air matanya kini mengalir deras. “Farhan... saya tak pernah niat nak khianati awak. Semua ni... semua ni saya buat sebab saya nak awak selamat!” katanya teresak-esak, cuba menjelaskan dirinya.
“Selamat?!” Farhan mengepal tangan, suaranya semakin tegas. “Kau panggil apa yang berlaku sekarang ni sebagai selamat? Kau tahu tak apa yang aku rasa bila kau bersekongkol dengan orang macam dia?” katanya sambil menunjuk ke arah lelaki misteri itu, yang kini kelihatan terkejut dengan perubahan situasi.
Aina tertunduk, tidak mampu membalas. “Saya cuma nak lindungi awak…” suaranya hampir tidak kedengaran.
“Lindungi aku?” Farhan ketawa sinis, penuh dengan sindiran. “Kalau kau nak lindungi aku, kau takkan berganding dengan musuh aku! Kau takkan biarkan aku hampir mati kat sini!”
Lelaki misteri itu mula melangkah ke arah mereka, cuba mengambil kesempatan di atas kekacauan itu. Namun, Zaim dan Damian cepat-cepat menghalangnya.
“Kau diam!” Damian memberi amaran tegas, lalu menekan lelaki itu ke dinding.
Farhan masih memandang Aina, kali ini dengan air mata di matanya. “Kau tahu apa yang paling sakit, Aina? Bukan apa yang mereka buat pada aku. Tapi hakikat yang isteri aku sendiri, yang sepatutnya ada di sisi aku, yang buat semua ni.”
Aina mendongak, memandang Farhan dengan air mata yang tidak berhenti. “Farhan, saya tahu saya salah... Tapi saya sanggup buat apa saja untuk tebus semua ni. Tolonglah... jangan benci saya,” rayunya.
Farhan menggeleng perlahan, lalu melangkah ke arah pintu dengan langkah berat. “Aku dah tak tahu sama ada aku boleh percaya kau lagi...” katanya sebelum keluar dari bilik itu, meninggalkan Aina teresak-esak sendirian.
Aina berdiri kaku, matanya hanya memandang ke arah pintu di mana Farhan baru sahaja berlalu pergi. Kata-kata terakhir Farhan masih terngiang-ngiang di telinganya, menusuk ke dalam hati seperti duri tajam. Air matanya sudah kering, tetapi luka di hatinya semakin dalam.
“Aina, jom sebelum orang-orang dia sampai kat sini,” suara Zaim memecah kesunyian, nada suaranya penuh desakan.
Aina menggeleng perlahan, wajahnya tenang tetapi jelas ada sesuatu yang bergolak di dalam dirinya. “Tak apa. Korang pergi lah dulu,” balasnya dengan nada perlahan tetapi tegas.
“Aina, bahaya lah kalau kau tinggal kat sini,” Damian cuba memujuk, langkahnya mendekati Aina.
Namun, Aina memandang Damian dengan senyuman hambar. “Tak apalah. Lagipun, Farhan dah tak kesah pun. Kau tengok sendiri cara dia pandang aku tadi. Dia dah hilang kepercayaan pada aku. Jadi, aku tak kisah kalau aku kena hadap semua ni seorang diri.”
Zaim mengeluh, jelas dia tidak setuju dengan keputusan Aina. Tetapi dia tahu betapa degilnya wanita itu. “Aina, tolong fikir balik. Kau tak tahu apa yang mereka boleh buat kalau dorang dapat kau.”
Aina memalingkan wajahnya, tidak mahu mendengar lagi nasihat mereka. “Aku tahu. Tapi aku juga tahu, kalau aku tak selesai semua ni sekarang, hidup Farhan akan tetap dalam bahaya. Dia mungkin benci aku, tapi aku takkan biarkan dia terluka lagi.”
Damian memandang Zaim, mencari persetujuan. Namun, akhirnya Zaim hanya mengangguk perlahan. “Kau hati-hati, Aina. Kalau ada apa-apa, call aku,” kata Zaim, matanya penuh dengan kerisauan.
Aina hanya tersenyum kecil. “Pergilah. Aku janji aku akan jaga diri aku.”
Zaim dan Damian akhirnya terpaksa beredar, meninggalkan Aina sendirian di markas itu.
---
Ketika sunyi mula menyelubungi ruang, Aina menghela nafas panjang. Dia memandang sekeliling, matanya berhenti pada beberapa fail yang berselerak di atas meja lelaki misteri itu. Tangannya pantas mencapainya, membaca isi kandungan fail tersebut.
“Hm, ni bukti kukuh...” bisiknya sendirian. Namun, belum sempat dia menyimpan fail itu, dia terdengar bunyi tapak kaki yang semakin mendekat.
Aina segera menyembunyikan fail itu di belakang bajunya, bersedia menghadapi sesiapa sahaja yang muncul. Pintu tiba-tiba ditendang kuat, dan tiga orang lelaki bertubuh sasa melangkah masuk.
“Patutlah bos suruh kami datang balik. Rupanya kau masih kat sini, sayang,” kata salah seorang lelaki itu dengan senyuman sinis.
Aina menelan liur, cuba mengumpulkan keberanian. Dia tahu dia perlu bertindak cepat. "Kalau korang nak aku, sini lah cuba," katanya dengan nada mencabar.
Farhan yang sedang duduk di sofa hanya memandang kosong ke arah cawan kopi di tangannya. Wajahnya dingin, tetapi di dalam hatinya ada perasaan yang bercampur-baur—marah, kecewa, dan mungkin sedikit risau.
“Farhan, kau tak pergi cari Aina ke? Tak risau ke kau kalau jadi apa-apa kat dia?” tanya Zaim lagi, kali ini nada suaranya lebih mendesak.
Farhan mendongak, wajahnya penuh dengan sindiran. “Buat apa aku nak risau? Dia kan angel. Hebat sangat orangnya, boleh selesaikan semuanya sendiri.”
Damian yang berdiri di tepi pintu menggeleng perlahan. “Farhan, dia isteri kau. Kau tak boleh biarkan dia macam tu je. Kalau sesuatu yang buruk jadi kat dia, kau tak rasa menyesal ke nanti?”
Farhan mendengus kasar. “Menyesal? Dia yang pilih jalan ni, bukan aku. Dia yang khianat aku, Damian. Kau tahu tak macam mana rasanya dikhianati oleh orang yang kau cuba lindungi?”
“Kalau betul dia khianat kau, kenapa dia balik untuk selamatkan kau? Dia boleh je biar kau kat sana,” balas Zaim dengan nada serius, cuba menyedarkan Farhan.
Farhan diam, kata-kata Zaim itu jelas membuatkan dia terfikir. Namun, egonya masih terlalu tinggi untuk mengakui apa yang ada di dalam hatinya. “Itu mungkin sebab dia nak tutup jejak dia. Mana tahu dia takut aku dedahkan apa yang dia buat?”
Damian menggeleng lagi, kali ini dengan nada suara yang lebih keras. “Farhan, kau ni buta ke apa? Kau betul-betul percaya Aina akan sanggup buat semua ni sebab dia nak jatuhkan kau? Kau tak nampak ke yang dia tengah cuba lindungi kau dari sesuatu yang lagi besar?”
Farhan terdiam lagi, tangan menggenggam cawan di tangannya dengan kuat. Dia tahu kata-kata Damian ada benarnya, tetapi rasa sakit hati masih menghantui dirinya.
Zaim melangkah mendekati Farhan, duduk di hadapannya. “Farhan, jangan sampai kau menyesal. Kau tahu aku tak pernah suka campur urusan kau, tapi kali ni aku rasa kau silap besar. Kalau kau biarkan Aina terus macam ni, kau akan kehilangan dia buat selama-lamanya. Dan masa tu, kau tak boleh salahkan sesiapa kecuali diri kau sendiri.”
Farhan memejamkan mata seketika, cuba menenangkan dirinya. Hatinya bergolak, namun wajahnya tetap keras. “Dia yang pilih jalan ni, Zaim. Kalau dia nak selamat, dia kena cari aku sendiri.”
Damian menghela nafas panjang. “Aku harap kau sedar sebelum terlambat, Farhan. Kadang-kadang ego kau tu lebih bahaya daripada musuh kau sendiri.”
Setelah itu, Zaim dan Damian keluar dari bilik itu, meninggalkan Farhan bersendirian.
Zaim berdiri di luar markas Farhan bersama dengan Damian.
“aku rasa aku nak pergi lah markas tu,risau pulak kat Aina"ucap Damian.
Zaim memandang Damian dengan wajah serius. Dia menyandarkan badan ke kereta sambil berpeluk tubuh, seolah-olah sedang mempertimbangkan keputusan yang akan dibuat.
“Damian, kau pasti ke nak pergi? Kalau Aina masih kat sana, kemungkinan besar tempat tu dah tak selamat,” kata Zaim, nadanya penuh kebimbangan.
Damian menghela nafas panjang. “Aku tak boleh duduk diam, Zaim. Kau tak rasa pelik ke? Aina suruh kita balik dulu, tapi dia sanggup tinggal. Kau tahu dia bukan jenis orang yang buat keputusan macam tu tanpa sebab.”
Zaim mengangguk perlahan, walaupun dalam hatinya dia ragu-ragu. “Kau betul juga. Tapi kalau kita pergi, kita kena ada rancangan. Aku tak nak kita masuk ke perangkap. Lelaki misteri tu bukan calang-calang orang.”
Damian menepuk bahu Zaim. “Sebab tu aku perlukan kau. Kau pandai fikir strategi. Kita pergi sekali.”
Zaim merenung Damian seketika sebelum akhirnya mengangguk. “Baiklah. Tapi kita kena cepat. Aku takut kalau kita lambat, sesuatu yang buruk akan jadi.”
Aina terduduk di sudut ruangan yang suram, matanya memandang kosong ke arah lantai. Dia memeluk lutut, cuba menenangkan diri daripada ketakutan yang menghantui. Dia tahu dia masih di kawasan bahaya, tetapi dia tidak mampu untuk meninggalkan tempat itu begitu sahaja.
“Aina,” gumamnya perlahan pada dirinya sendiri. “Kau buat semua ni untuk Farhan. Tapi, kenapa hati kau sakit sangat bila dia pandang kau dengan benci?”
Langkah kaki yang berat tiba-tiba kedengaran menghampiri pintu. Aina segera bangun, jantungnya berdegup kencang. Dia merapatkan diri ke dinding, bersedia dengan apa sahaja yang akan berlaku.
Pintu terbuka perlahan, dan lelaki misteri itu muncul dengan senyuman sinis. “Masih di sini, Angel? Aku ingat kau dah lari balik ke pelukan suami kesayangan kau.”
Aina menggenggam erat tangannya, cuba menyembunyikan ketakutan. “Aku takkan lari. Kalau kau nak buat sesuatu, buatlah. Tapi jangan libatkan Farhan lagi.”
Lelaki itu ketawa kecil, nadanya penuh ejekan. “Hebat juga semangat kau. Tapi sayang, ini baru permulaan. Kau rasa Farhan akan maafkan kau bila dia tahu semuanya? Kau rasa dia akan kembali pada kau?”
Aina tidak menjawab, tetapi matanya mula berkaca. Dia tahu lelaki itu cuba melemahkan dirinya, tetapi dia tidak boleh kalah sekarang.
Share this novel