Bab 39

Drama Series 9408

“ SEDAP?"

“ Much." tanpa angkat wajah, Azwin bersungguh menikmati makanannya di dalam pinggan. Kebab daging yang telah dipotong Ian Hamza di kunyah penuh emosi. Menikmati setiap rasa juga tekstur kenyal dan lembut isi daging. Dia memilih kebab Îskander, iaitu sejenis hidangan Turki yang berasaskan roti, daging, buah zaitun, yogurt dan sayuran sebagai menunya petang itu.

Ian Hamza tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Telatah Azwin membuatkan hatinya tercuit. Lagaknya seperti anak kecil yang sangat kelaparan.

“ Lepas ni kita nak ke mana lagi?" soal Azwin setelah menghabiskan kunyahan.

“ Habis makan, kita lepak dekat Golden Horn."

“ Tanduk emas? Ada apa situ?" wajah Azwin kelihatan teruja.

“ Cepat makan cepat kita pergi sana..lagipun.." Osiris di tangan, Ian Hamza tilik seketika sebelum menyambung“..dah nak senja. Sekejap lagi sayang akan tahu kenapa tempat tu dipanggil Golden Horn.."

“ Oo..key..tapi..banyak lagi ni.." pinggan berisi kebab Azwin angkat ke depan Ian Hamza dan dia tersengih manja.

Ian Hamza menghala pandangan ke arah pinggan kebab itu. Ternyata, kebab Azwin masih berbaki separuh.

“ Tadikan lapar, sebab tu biy order saiz besar..biar kenyang.."

“ Perut sayang dah penuh..tak boleh nak terima dah..apakata biy tolong habiskan.." ujar Azwin dengan sengihan sekali papar wajah comel ke arah lelaki itu sebelum menolak pinggan berisi kebab.

Ian Hamza seakan tak percaya melihat reaksi Azwin yang kelihatan sangat manja malah buatkan dia berasa sangat terhibur. Nampak lebih manja dari Qiqi. Tak pernah dia tahu versi diri Azwin yang itu. Tahulah dia sekarang, perangai Nia Shaqila itu menurun siapa.

“ Habislah diet biy macam ni..nanti hilang six pack terus tak kacak lagi.." bebel Ian Hamza sengaja mengusik sambil menjerukkan wajahnya. Dia pun sudah kekenyangan menghabiskan hidangan 'kumpir' yang terdiri daripada ubi kentang bakar yang isinya daging, keju, saus, serta sayuran yang dipesannya tadi.

“ Tak apa sekali sekala..bukan selalu. Nanti workout balik.." ujar Azwin dengan ketawa kecil. Dia masih membuat wajah comel berharap Ian Hamza bersetuju menghabiskan kebabnya itu. Kedua kelopak matanya dikelip-kelip ke arah sang suami.

“ Biy kenyang dah la..kita tapau jelah. Mana tahu malam nanti kalau sayang lapar boleh habiskan..." Ian Hamza beri pendapat.

“ Hmmm..boleh la kalau macam tu.."

“ Sekejap, biy suruh pelayan bungkuskan.." Ian Hamza beredar membawa baki hidangan ke kaunter untuk urusan pembungkusan.

Sementara menanti, Azwin menghabiskan manisan Turki yang telah lama dia idamkan. Baklava; sejenis manisan yang berlapis dan terdapat kekacang seperti almond, pistachio atau kenari juga disirami gula atau madu di bahagian atasnya.

Sekembalinya Ian Hamza ke meja dia terkejut melihat Azwin yang ralit menikmati pencuci mulut pula. Baru tadi cakap kenyang!

Satu yang dia perasan tentang isterinya Azwin adalah wanita itu moodnya cepat berubah-ubah. Sekejap malu, sekejap segan, sekejap ayu, sekejap sopan, sekejap lagi pula tegas dan sukar dipengaruhi. Dan sekarang, Azwin dengan selamba menghabiskan dua potongan baklava serta kunafa tanpa rasa bersalah kerana bahagian kunafa adalah kepunyaannya.

Azwin yang perasan angkat wajah sebaik perasan akan kelibat seseorang berdiri di sebelahnya. “ Kenapa?"

“ Tengok sayang makan buat biy teringat first date kita.."

“ First date? Ada ke? Yang mana ye?" soal Azwin cuba mengingat selepas menghabiskan baklava. Air lemon suku di dalam gelas, di sedut habis. Mencapai napkin, bibirnya di lap bersih.

“ Tak ingat?"

“ Tak pasti..sebab rasa tak pernah dating. Tahu-tahu sekarang dah kahwin dengan adik ipar sendiri." Azwin tertawa kecil. Nampak tak masuk akal tapi kenyataan yang terbentang adalah sebaliknya.

Meletakkan kedua siku atas meja, wajah Azwin ditatap dekat. Ian Hamza tarik senyuman singkat. “ Dekat TRX..sayang pesan steak tapi lambat makan. Rupanya sayang tak pandai potong daging. So, biy decide pindah kerusi sebelah sayang dan tolong potong..macam sekarang ni..tapi time tu sayang malu-malu. Tapi sekarang ni sayang dah tak macam tu.."

Azwin yang mendengar sudah terkekeh ketawa. Sebelah tapak tangan menutup wajahnya kerana malu diulang kisah itu.

“ Oh, itu first date eh..sorry sayang tak perasan.." ujar Azwin setelah tawanya reda.

“ Yeah, that's our first date. Sayang marah biy sebab cancel meeting sayang and kidnapped sayang bawak pergi TRX. Actually biy memang nak ajak sayang pergi date..nak kenal dengan sayang tapi takut sayang reject sebab tu biy bagi alasan macam tu.”

“ Habis, sekarang sayang macam mana pula?" Azwin menopang dagu menatap ke wajah Ian Hamza dekat. Hampir bertemu pucuk hidungnya ke wajah Ian Hamza.

“ Sekarang ni, sayanggggg..kuat makan dan kuat menggoda!" pipi pauh Azwin dicubit geram Ian Hamza. Dia tergelak suka.

Bulat mata Azwin. Terus wajahnya ditarik menjauh dari Ian Hamza. “ Ya Allah tak baiknya biy cakap macam tu especially ayat kedua tu.."

“ Betul lah...dulu sayang nak pandang biy pun takut-takut..sekarang pantang dekat.." balas Ian Hamza dengan kekehan. Suka benar dia menyakat Azwin sehingga merah wajah isterinya.

Azwin tarik muka. Muncung terus bibirnya. “Mestilah takut-takut..takkan senang-senang bermesra dengan bukan muhrim pulak. Ingat sayang ni tak fikir halal haram ke?"

“ Eh, bukanlah maksud biy macam tu..cuma lepas dah jadi wife ni watak sayang tu buat biy hilang akal sekejap. Antara percaya dan tak..Eh betul ke Rea Azwin yang ini seorang yang lemah lembut tapi tegas..and sometime eh betul ke Rea Azwin yang ini seorang yang sopan santun, ayu, manja tapi outloud. Tengah mencari kewarasan sekejap bila sayang bertukar mode jadi kucing parsi macam tadi..Itu maksud biy.." terang Ian Hamza. Jemari Azwin ditarik dan digenggam erat. Merapatkan tubuhnya ke sisi Azwin, Ian Hamza merangkul bahu isterinya.

" and one more thing, my wife dah pandai merajuk.." bisik Ian Hamza.

“ Kenapa dah tak suka versi Rea Azwin yang ini ke lepas dah kahwin? Menyesal?"

Terus bibir Azwin ditekup tapak tangan Ian Hamza. Mnecerlung bulat irisnya. “ Tak pernah menyesal dan takkan menyesal sayang. Biy rasa lebih excited nak explore a new lady of Rea Azwin versi yang ini...yang title atasnya adalah wife of Ian Hamza." Ian Hamza kenyit mata.

Azwin tergelak. Sekejap saja mood angin taufan Andrew Azwin berubah menjadi bayu yang berpuput lembut. Bahagia mendengar ucapan ringkas Ian Hamza namun mampu membuatkan perutnya berterbangan sang rama-rama.

“ Haa..see dia gelak pulak. Tadi dah macam ribut taufan gayanya. Biy bukan menyesal tau, tapi tak percaya yang sayang sebenarnya ada split personaliti macam ni.."

“ Ini bukan split personaliti, ini macam dia bila kita with someone yang kita selesa dia akan terus keluar perangai atau watak yang sebenar..but bila dengan orang yang label dia as kawan or people we know each other dia akan jadi lain. Dia just..ini je yang awak perlu tahu tentang saya..ha macam tu." ujar Azwin cuba memahamkan suaminya.

Ian Hamza angguk. Dia faham apa yang ingin disampaikan Azwin. “ Okey, got it.”

“ Sebenarnya masa first date tu..biy rasa nak terus propose sayang sebab dah rasa selesa dan suka lepas mama tanya buat kali pertama pasal nikah kahwin tu..tapi biy terfikir pula time tu boleh ke sayang terima? Even lepas kita rapat pun biy try propose sayang, awal-awal lagi sayang reject. Mahu tak risau. Malu jangan cakap lah.."

“ Hmmm..siapa je tak reject. Adik ipar sendiri yang propose pula tu. Bukan sekecil-kecil perkara tau. Ini soal hati dan perasan..tentang perkongsian hidup, jiwa dan raga. Kalau orang lain pun, mesti akan buat perkara yang sama. It takes a safety way to think even a virtous step."

” Iya ke? Itu yang sampai tak nak mengaku perasaan sayang tu kan..yang sampai pulangkan cincin biy bagi tu.." tebak Ian Hamza cuba bertanya tentang kisah cincin yang dia jumpa di pejabatnya sebelum ini.

“ Of course la, takkan senang-senang je nak bagitahu..biy, saya suka awak..malu la sebab sayang perempuan. Jadi perempuan value dia kena highly demand. Bukannya jadi murah, terhegeh-hegeh dan buat orang jatuh kasihan...by the way cincin tu sayang bukan nak pulangkan..sayang nak jumpa biy nak bagitahu sayang acceted your proposal tapi masa tula sayang dengar biy cakap dengan someone romantik-romantik..terus la terkaku, sampai tercicir cincin tu.."

Ian Hamza yang mendengar penjelasan Azwin terkejut. Oh, selama ini dia tersilap perkiraan lah!

“ Biy berbual romantik dengan mama lah time tu..asyik call tanya kenapa tak balik rumah..padahal biy tengah tunggu sayang punya jawapan..tak nak sayang terganggu dengan presence biy dekat sana. Biy nak bagi sayang tenang-tenang fikir sekali ternampak Tengku Jefri jumpa sayang..terus down..." Ian Hamza papar wajah sedih.

“ Allah..kesiannya dia..itulah tak nak berterus terang, kan dah salah faham. Kita tunggu dia..dia tunggu kita." Azwin mengeluh.

“ I'm sorry." ujar Azwin sambil mengelus jemari suaminya.

“ Naa..its okay. She's like a diamond in the sky. Tinggi dan tak terjangkau dengan tangan."

“ Biy, nyanyi lirik lagu ke apa?" Azwin ketawa walaupun tadi sempat dia terkesan dengan cerita sedih mereka.

“ Biy tak pandai nyanyi thats not my forte, tapi kalau suruh pikat hati sayang.. I'm the one!" ujar Ian Hamza. Dia kemudian tarik nafas dan hembus perlahan lalu tersenyum bahagia. Tangan Azwin yang di dalam genggaman di bawa ke bibir lalu dikucupnya penuh syukur. “But..thanks to Allah. He's granted all my prayer.”

Azwin tersenyum manis. “ Alhamdulillah.."

HAMPIR menginjak ke lima setengah petang waktu tempatan, Ian Hamza dan Azwin mula bergerak ke Golden Horn. Menaiki metro dari stesen yang berhampiran, mereka menuju ke lembah yang sarat dengan sejarah itu. Kurang sepuluh minit menunggu metro, perkhidmatan awam itu tiba dan membawa penumpang ke stesen Halic yang cuma memakan masa empat minit dan kos tambangnya sebanyak 27 lira bersamaan RM3 per kepala.

Ketika tiba, langit kota Istanbul masih cerah. Sempat mereka bersiar-siar seketika di pinggir laut hitam yang menjalur ke selat Bosphorus itu.

Ramai pasangan dan warga tempatan sedang beriadah di situ dengan berjalan kaki. Ian Hamza dan Azwin berpimpin tangan menikmati udara segar dari laut. Camar dan helang bersorak sorakan terbang melintasi selat diselangi bunyi hon kapal dagang, kapal penumpang, feri juga cruise yang menggunakan selat itu sebagai pengangkutan air. Meriah suasananya.

Penat berjalan, Ian Hamza dan Azwin berehat di bangku yang disediakan pihak bandaraya sambil menikmati simit; roti bundar khas Turki yang sering disebut sebagai "bagel Turki" kerana bentuknya yang mirip, dengan tekstur garing di luar dan lembut di dalam, serta disaluti sirap molase dan bijan. Mereka saling bertatapan dan berbicara tanpa suara tanda komunikasi jiwa yang sedang mensyukuri rasa cinta mereka.

Tidak lama di situ sebelum mereka bergerak menuju lembah Golden Horn. Mendaki kawasan sedikit berbukit yang dibentuki tanah kerikil, sebelum tiba ke bahagian penyewa pedati kuda padi untuk ke laluan yang lebih tinggi.

Selesai membuat bayaran, juru kendali membawa mereka menaiki kereta kuda padi bagi meneroka lembah sejarah itu.

Sepanjang perjalanan mereka menikmati suasana tenang sambil diiringi muzik tradisional Turki yang dipasang di dalam kenderaan antik itu.

Hampir, lima belas minit melalui cerun dan tanah berbukit, mereka sampai ke puncak Golden Horn. Terdapat beberapa tempat rehat dan gerai-gerai yang melatari suasana di puncak.

Penyewa kereta kuda meninggalkan Azwin dan Ian Hamza di sana dan akan menjemput selepas mereka selesai menikmati panorama Golden Horn nanti.

Turun dari kereta kuda, mereka memilih sebuah kawasan istirehat yang tidak berorang. Ketika tiba, langit sudah bertukar sedikit senja.

“ Kita duduk sana..view dia boleh nampak Galata Tower sebelah kanan dengan Maiden's Tower dekat sebelah kiri." ujar Ian Hamza mendahului langkah isterinya.

Saat melabuhkan duduk, langit senja mulai bertukar warna. Pandangan mereka silau dek cahaya matahari yang sedang melabuhkan tirai siangnya. Lembah yang berbentuk tanduk itu, kini disimbahi cahaya jingga dan merah seakan keemasan. Malah, air laut mula dibiasi cahaya keemasan membuatkan kedua mereka tertegun sejenak.

“ Masha Allah.." Azwin kehilangan diksi. Tak berkelip irisnya menyaksikan panorama indah tersebut.

“ Mercy upon Allah SWT. See..this is why they called it Golden Horn. The view is very impressive and the water turn into golden color too." telunjuk Ian Hamza mengarah ke hujung kaki langit yang sedang membias cahaya senja.

“ Amazing and trully stooned."

“ Yeah, like your gaze. Full of love and make me felt down on it every second of my heart. Thank you mi amor!"

“ Thanks to you too." pipi kiri Ian Hamza dicium hangat oleh Azwin. Kepalanya dilentokkan ke bahu sang suami. Dia tersenyum bahagia.

Langit senja kini bertukar malap dan perlahan menjadi pekat. Malam mula menabiri alam. Indah dan mempersona sepanjang waktu malah meninggalkan ingatan manis buat pasangan itu.

Happy reading..masih berbulan madu di Turki...Baby dengan Kak Win tanya, boleh tak kalau tak nak balik Malysia? hehehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience