Bab 38

Drama Series 9408

RAIH tangan Azwin, Ian Hamza menghentikan langkah isterinya apabila wanita itu bergegas keluar dari bahagian gereja.

“ Wait, sayang..let me explain."

Azwin terpaksa berhenti. Dia berdiri di hadapan pintu keluar bangunan bersejarah itu berdepan dengan Ian Hamza. Kepala ditekur ke bawah. Ada sebak yang bertandang. Dia melepaskan keluhan. Sedih dan malu bergabung membuatkan dia tak kuat berdiri untuk memandang Ian Hamza. Terasa dirinya umpama perigi mencari timba.

“ Tak ada apa yang nak di jelaskan lagi. Kak Win minta maaf sebab mama.. biy terpaksa terima Kak Win.." lirih ucapan Azwin. Kenapa dia perlu rasa begini? Adakah sebab dalam hatinya sudah berbunga cinta pada Ian Hamza.

“ Hey, kenapa cakap macam tu.." tegang suara Ian Hamza. Bibir Azwin ditekup perlahan, tidak mahu membiarkan isterinya membuat pelbagai andaian.

“ Sayang, memang mulanya mama yang usulkan permintaan tu..biy cakap dengan mama nanti biy fikir.. then after biy balik Malaysia kita jadi lebih rapat...long short story lepas Qiqi dengan sayang ada some issue biy rasa dah tak boleh lepaskan korang pada orang lain. Biy rasa sangat tercabar bila dapat tahu TMJ propose sayang. I felt some hard feeling and somehow I found that I was falling in love with you..and now I can't let you go any inches from me because I'm your husband. I'm really love you not because of mama or anyone but surely my heart want you.

Azwin menangis teresak. Bukan sebab dengar kebenaran tapi sebab dia rasa terlalu rapuh. Rapuh dan tak kuat kerana tak mampu membela hidup sendiri dan anak-anak sehingga orang lain memandangnya dengan perasaan kesian.

“ Mi amor..please don't cry. Whatever it is, I just want you in my life." tubuh Azwin ditarik ke dalam pelukannya. Mengucup dahi Azwin penuh sayang.

“ But I feel like a looser. Tak boleh nak pertahankan hidup sendiri sampai orang lain perlu kesiankan Kak Win dan anak-anak." tersedu-sedu Azwin menjelaskan rasa yang mengganggu benaknya.

“ Shhh...no more Kak Win sayang. Sayang isteri biy sekarang dan sampai bila-bila. Tak perlu rasa looser atau apa-apa. Anggaplah semua yang jadi adalah takdir hebat yang Allah berikan untuk sayang because you deserve it." ujar Ian Hamza penuh hikmah. Tubuhnya di jarakkan dengan Azwin.

Wajah Azwin di paut dengan kedua tapak tangannya. Iris hazel Azwin yang menjadi kegemarannya setiap kali menatap wajah tu di tatap dalam. Azwin terpaksa membalas tatapan Ian Hamza.

“ My heart and soul loves you very much.” ucap Ian Hamza dengan sepenuh perasaan. Kedua ulas bibir Azwin kemudian disambar dengan ciumannya.

..

AZWIN melangkah keluar dari tandas. Wajahnya sedikit sembap akibat puas melepaskan tangisan tadi. Melihat ke arah cermin, Azwin mencuci muka dengan air sebelum mengelap dengan tisu.

Sempat, bibirnya di oles pelembap bibir setelah mengemaskan shawl yang sudah berantakan disebabkan ciuman Ian Hamza.

Masih memandang cermin, Azwin hadap pantulan wajahnya. Dia tarik nafas dalam dan melepaskannya dengan satu perasaan yang lega. Lega kerana tadi sempat perasaan malu menyelinap ke hati, tetapi sirna selepas Ian Hamza menjelaskan perkara sebenar dan mengungkap perasaan cintanya. Azwin mula tekad untuk menjadi isteri versi yang lebih baik dari sebelumnya.

Azwin kemudian keluar dari tandas dan sudah kelihatan Ian Hamza berdiri terpacak menantinya. Dia tarik nafas panjang sebelum atur langkah. Perasaan yang lebih baik dan semangat yang tinggi.

“ Sayang ok?" tanyanya. Tangannya terhulur meraih tangan Azwin.

Azwin menyambut dan mengangguk lalu tersenyum.

Ian Hamza melepas keluh. Dia tahu Azwin belum benar-benar baik walaupun dia sudah menjelaskan duduk perkara sebenar. Dia faham Azwin sukar untuk menerima tetapi dia sangat percaya dan yakin diri yang Azwin akan belajar untuk memahami semua yang terjadi. Dan dia akan pastikan hal itu.

Melepaskan tautan tangan Azwin sebaik berhenti melangkah Ian Hamza pusing tubuh.

Azwin ikut berhenti. Dia mengangkat wajah dengan bingung. “ Kenapa?"

“ Just to make sure you're fine!"

“ Huh!"

Ian Hamza berjalan ke hadapan Azwin lalu menunduk seperti rukuk sebelum menarik tangan Azwin naik ke bahagian belakang badannya dan mengendong isterinya.

Terkejut bercampur tak percaya Azwin terjerit kecil. “ Biy..."

Belakang bahu Ian Hamza dipukulnya perlahan bersama wajah yang sudah merah.

“ Let me down..malu la orang tengok..." bisik Azwin dengan suara mengeram.

Ian Hamza buat tidak dengar. Dia terus menapak keluar dari pintu keluar Hagia Sophia. Rata-rata mengunjung yang melalui laluan keluar masuk itu ikut tertoleh dengan gelagat kedua mereka.

“ Biy...kita bukan dekat Malaysia la. Kita dekat Turki ni..tolong turunkan sayang."

“ Sebab bukan dekat Malaysia la I piggyback you. Ingat masa kita dekat TRX dulu... I ugut nak piggyback you kan.. but now I tak ugut-ugut dah. I terus buat je...sebab dah halal."

Azwin cuba mengingat dan ternyata kata-kata suaminya itu benar. Bertambah keluhan panjang di bibir Azwin.

Hampir lima minit merayu minta diturunkan akhirnya Azwin redha di gendong begitu kerana Ian Hamza seorang yang tetap pendirian dan degil juga. Terasa usahanya sia-sia jadi dia tinggal diam dan menurut. Bahkan dia mula rasa selesa walaupun ada mata-mata yang memerhati mereka dengan senyuman nakal.

Turun dari jalan utama Hagia Sophia, Ian Hamza menuju ke hentian tram.

“ Kita nak ke mana ni?"

“ Taksim Square. Kita naik benda tu.." muncung Ian Hamza mengarah ke hentian kenderaan rel yang berada jarak kurang 8 meter dari mereka.

Azwin angkat wajah dan memerhati. Beberapa landasan ber' rel di atas jalan raya kelihatan. Kebetulan ada sebuah tram berwarna merah putih dari laluan bertentangan dengan mereka sedang melalui rel. Azwin sedikit teruja melihatnya. Pertama kali lihat, terus otaknya menyimpulkan yang kenderaan awam itu seperti komuter atau LRT yang terdapat di Malaysia. Yang membezakan keduanya adalah kedudukan rel. LRT atau komuter bergerak di atas rel di atas jambatan manakala tram pula di atas jalan raya.

“ Keretapi?"

“ Hayır..tramvaya biniyoruz.." sengih Ian Hamza.

“ Apa tu?" Azwin bingung.

“ Nope..kita naik tram. Macam keretapi tapi bergerak atas jalan raya. Nampak rel tu kan..itu laluan tram untuk ke satu tempat ke satu tempat lain dalam bandar besar ni. Lebih kurang untuk elak kesesakan lalu lintas sebab Istanbul ni quite jammed kalau guna kenderaan sendiri. Ini adalah salah satu inisiatif pihak kerajaan untuk kurangkan kesesakan jalan raya selain guna metro dan teksi."

“ Oh really..."

“ Yeah..jom try." ujar Ian Hamza lalu berhenti sebaik mendekat ke hentian tram.

Azwin di belakang tubuhnya di turunkan. Melihat ke papan paparan tiket dan jadual perjalanan seketika sebelum dia membuat belian tiket secara atas talian. Cara itu lebih mudah dan praktikal.

SEBAIK tram bernombor 34 yang akan menuju ke stesen Kabatas berhenti seketika di hadapan hentian Sultanahmet, Ian Hamza sekali lagi mengendong Azwin di belakangnya.

“ Bir, iki, üç!" Ian Hamza mengira dalam bahasa Turkçe. Dengan sekali lonjakan kuat, dia berjaya naik ke tangga tram dan berpaut di palang besi dan mula mendaki ke atas.

Dia harus pantas dan tangkas untuk berebut bersama penumpang lain. Jika lambat, mereka akan terlepas tram dan terpaksalah menunggu tram yang lain.

Dan masa pastinya lebih panjang dan lama untuk menunggu. Ramai penduduk Istanbul yang menggunakan perkhidmatan awam itu maka mereka harus bersesak dan berebut untuk menggunakannya juga.

Azwin yang sudah diberi peringatan awal sudah bersedia. Dia memeluk erat leher dan dada Ian Hamza kuat.

“ Astagfirullah.." Sebaik Ian Hamza melompat tadi, dia tutup mata dan sempat istighfar. Risau kalau-kalau mereka tergolek jatuh dan digilis tram lain yang datang dari arah bertentangan.

“ Kita dah ada atas tram. Bukalah mata." ujar Ian Hamza seakan berbisik.

“ Alhamdulillah." ucap Azwin. Perlahan membuka mata lalu terasa tubuhnya diturunkan Ian Hamza dengan hati-hati.

Azwin pandang keliling. Begitu ramai umat manusia di dalam tram itu. “ Masha Allah..ramainya orang.." ucapnya.

Sejurus diturunkan, cepat Ian Hamza membawa Azwin ke hadapannya lalu merangkulnya. Cuba melindungi tubuh Azwin yang kecil daripada kesesakan manusia yang ramai di atas tram.

“ Hmm..sayang hati-hati. Peluk biy..jangan bergerak seinci pun kalau tak nak kena peluk dengan orang awam Turki especially lelaki. Diorang ni jenis mesra alam dan suka penumpang asing wanita. Orang ramai waktu perdana, sebab tu tak ada tempat duduk sekarang. Kita kena berdiri sampai ke destinasi." pesan Ian Hamza.

Azwin angguk. Jaket kulit Ian Hamza ditariknya kuat lalu mengemaskan pelukan di abdomen berotot Ian Hamza. “ Okay biy.."

Azwin berasa tenang dan selesa di dalam pelukan Ian Hamza. Malah berasa selamat. Hampir 15 minit berdiri akhirnya mereka tiba ke stesen Kabatas yang berhampiran Taksim Square.

SETIBANYA ke stesen Kabatas, para penumpang mulai turun. Ian Hamza memimpin Azwin dengan hemah menuju ke jalanan utama di Taksim Square.

Jalanan itu mashyur sebagai daerah pelancongan dan riadah utama kerana mempunyai banyak hotel, kedai dan restoran yang menyediakan perkhidmatan yang terbaik di Istanbul.

“ Biy..lapar la." rengek Azwin selepas mereka memasuki beberapa kedai jualan cenderahati yang terdapat di situ.

Ian Hamza yang sedang menilik sebuah chandeliar terhenti.

“ Okay, let's go."

Memberi kata pamitan kepada tuan empunya toko, Ian Hamza dan Azwin beredar.

“ Nak makan kat mana?"

“ Sayang nak makan apa?"

Azwin jungkit bahu. Dia tidak tahu menu yang mahu di makan. Cuma yang lebih mendominasi minda sekarang adalah perutnya yang memberitahu tentang rasa lapar yang dialami.

Kelihatan Ian Hamza berfikir sejenak. Beberapa saat, dia mengeluarkan telefon dan menyemak aplikasi kedai yang menawarkan makanan halal yang terkenal di Istanbul.

“ Kita pergi Ala Rassi Restaurant boleh? The best Mediterranean food and barbecue was serve there."

“ Up to you..janji boleh makan makanan yang halal."

“ Kalau macam tu balik hotel jela..makan biy pun halal jugak." seloroh Ian Hamza.

“ Sayang nak makanan yang buat perut kenyang.." decih Azwin. Sempat Ian Hamza di jeling dengan ekor mata.

“ Kalau makan biy boleh buat perut kenyang jugak apa?" Ian Hamza menjongket jongketkan keningnya.

“ Jangan nak mengarut biy.."

“ Betul lah..9 bulan 10 hari kenyang tau." Ian Hamza terkekeh sambil memaut bahu Azwin dan mereka mulakan perjalanan ke restoren yang tidak jauh dari kedai serveniour tadi. Cuma terletak dua blok dari situ.

Azwin julingkan mata. “ Hari tu cakap tak nak anakkan..sekarang otak ke lain pulak!"

“ Taklah sayang, biy main-main je..biy nak fokus pada sayang, Qiqi dan Iqie je..."

“ Boleh tahu kenapa biy tak nak anak? Takkan tak nak ada pewaris sendiri?" soal Azwin apabila isu itu dibangkitkan. Dia sendiri tidak punya masalah jika Ian Hamza mahukan zuriat keturunan darinya. Lelaki mana yang berkahwin tidak mahukan zuriat sendiri? Dia pasti dan faham tentang keinginan itu. Malah dengan umurnya yang beberapa tahun saja lagi akan menganjak ke angka empat, buatkan dia mahu cepat memberikan suaminya zuriat kerana bimbang faktor kesihatan akan menganggu tumbesaran bayi dalam kandungan seandainya diizinkan untuk mengandung dan melahirkan nanti.

“ Sebab rasa tak perlu kut. Qiqi dan Iqie pun dah cukup..diorang memang pewaris asli keturunan Hussyn lagipun biy tak nak sayang susah. Nak kena tanggung sakit mengandung, bersalin mengasuh anak lagi. Kalau ada baby kecil susah nak manja-manja dengan sayang pulak." luah Ian Hamza dengan pendapatnya.

Azwin sedikit terkejut mendengar penjelasan Ian Hamza. Malah, berasa tersentuh hati dengan keprihatinan suaminya.

“ Nanti mama papa cakap apa pulak. Mesti diorang pun nak cucu dari biy.."

“ Biarlah hal tu..nanti pandai-pandailah biy terangkan pada diorang..itupun kalau diorang persoalkan..if tak biar je.. And, lepas balik bercuti ni biy nak sayang ambil pil. Kalau tak ambil risau sangkut pulak." beritahu Ian Hamza akan matlamatnya apabila melihat wajah Azwin yang masih dipenuhi tanda tanya.

Dia sudah berfikir semasaknya hal itu sebelum bernikah lagi. Niatnya mahu mengahwini Azwin bukan kerana mahukan keturunan, tetapi kerana hatinya terpaut cinta dengan wanita itu. Sementelah, dia sudah mendapatkan juga dua puteri dan putera comel di rumah saat itu. Dan ianya bonus kerana mengahwini Azwin. Itu juga keturunannya. Jadi, dia tidak mempermasalah untuk punyai zuriat sendiri.

“ Cepatnya?" soal Azwin terkejut.

“ Sayang tahu tak tengok sayang sekarang pun buat biy craving dengan sayang. Bayangkan kalau lambat-lambat ambil pil, banyak masalah pulak nanti. So, there's no more arguing about this issue. We're clear now." tegas Ian Hamza.

hai korang..happy reading..tq yg sudi tunggu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience