KETUKAN di pintu, membuatkan ciuman mereka terhenti. Ian Hamza menoleh ke pintu. Begitu juga Azwin sebelum mereka saling berpandangan sendiri membuat Azwin tersipu dan menundukkan wajahnya.
“ Sekejap.. biy tengok siapa yang datang mengacau tu..sayang tunggu sini. Jangan nak ke mana-mana.." Dia menurunkan Azwin perlahan dari riba sambil berpesan sebelum bergerak ke pintu.
Azwin akur. Dia melepas keluh kerana berasa segan. Menyalahkan diri sendiri yang terleka dengan godaan Ian Hamza.
“ Sayang.." seketika kedengaran Ian Hamza memanggilnya dari muka pintu.
Azwin yang ralit cepat menoleh lalu bangun menghampiri suaminya.
“ Ya, kenapa?"
“ Kak Suri panggil.." beritahu Ian Hamza sambil mengarah ke pintu.
Langsung Azwin memerhati dari celahan pintu yang terbuka sedikit. Kelihatan Kak Suri di situ.
Ian Hamza memberi laluan kepada Azwin bersemuka dengan Kak Suri sementara dia menanti di sebelah isterinya.
“ Kenapa kak?"
“ Malam ni datin suruh akak bawa Qiqi dan Iqie tidur kat bilik bawah. Jadi, akak datang nak ambil Iqie.." ujarnya.
Azwin kelihatan berfikir sejenak. Mengingatkan dia sudah bernikah maka dia perlu mendapatkan keizinan suaminya terlebih dahulu.
“ Sekejap kak, saya tanya suami dulu.."
Kak Suri tersenyum simpul seraya mengangguk.
Menutup pintu, susuk Ian Hamza di pandang.
“ Biy..mama suruh Kak Suri bawa anak-anak tidur dekat bilik bawah."
“ Anak-anak kan tak biasa tidur tanpa sayang. Boleh ke? Nanti Iqie bangun nak menyusu macam mana?" soal Ian Hamza. Dia memang arif tentang rutin kedua anak-anak kecil itu yang tidak biasa tidur tanpa mama mereka. Lagipula, Iqie masih menyusu dengan Azwin sewaktu tidur malam.
“ Biy.. Iqie dah tak menyusu pun. Since sayang masuk hospital hari tu. Tapi i'm not sure kalau dia boleh tidur tanpa sayang. Kakak pula dia dah berlatih tidur sendiri sejak balik dari vacation hari tu." terang Azwin.
“ Ikut sayang lah. Biy okey je. Asalkan anak-anak selesa. Tapi kenapa mama suruh Kak Suri ambil diorang pulak?" soalnya pelik.
“ Entah." Azwin tiada jawapan.
“ Macam-macam lah mama ni." bebel Ian Hamza.
“ Biar biy aje yang cakap dengan Kak Suri." pintu dia buka lalu bersemuka dengan Kak Suri.
“ Tak apa kak, biar je Iqie dengan kami. Lagipun dia dah tidur."
“ Tapi datin paksa akak ambil Iqie. Katanya malam ni nak bagi Yan dan Awin berehat sebab letih kenduri siang tadi."
Ian Hamza berfikir sejenak. Mengenang ada perkara yang belum dia bereskan bersama Azwin dia memberi keizinan.
“ Masuklah.." Lebarkan pintu, Ian Hamza membenarkan Kak Suri masuk.
“ Pastikan Iqie tak jaga malam ni kak..Kalau tak jangan harap saya nak bukak pintu kalau dia menangis. Pandai-pandailah uruskan anak-anak saya." perlahan namun tegas kedengaran suara Ian Hamza berpesan.
“ Ba—ik." Tubuh Iqie digendong ke dalam pelukan lalu membawanya keluar dari bilik Azwin.
Ian Hamza tutup pintu. “ Dah, sayang jom rehat." tangan Azwin ditarik lalu di tuntun ke katil.
“ Biy.." Azwin berdiri tegak. Teragak-agak untuk naik.
“ Kenapa?"
“ Takkan tak nak mandi. Nak tidur dengan baju melayu ke?"
Ian Hamza pandang tubuh sendiri. Dia tepuk dahi. Angkat wajah, dia pandang Azwin lalu ketawa.
“ Lupa dah nak mandi. Kak Suri la ni..datang mengacau.." bebel Ian Hamza sambil bercekak pinggang.
Azwin turut tergelak. Mencapai tuala yang tersadai di atas katil lalu diserahkan kepada Ian Hamza.
“ Dah pergi mandi. Wangi-wangi sikit." halau Azwin.
Lelaki itu menyambutnya. “ Oh, sekarang sayang nak cakap biy busuk? Masa biy peluk cium tadi tak fikir pun busuk ke tak?"
Ian Hamza menyakat. Tubuh Azwin diserang dengan menggeletek wanita itu. Azwin mengelak namun gagal kerana tubuh Ian Hamza yang besar dan tinggi membuatkan langkahnya mati dan kurang sesaat dia sudah jatuh ke katil lalu ditimpa Ian Hamza. Mengambil peluang keemasan itu, Ian Hamza cepat membungkam bibir Azwin semahunya.
“ Nakal eh.." ujar Ian Hamza selepas melepaskan tautan bibir. Hidung Azwin sempat dicuit kerana geram.
“ Dia yang nakal cakap kita pulak..." getus Azwin sambil menolak dada Ian Hamza ke tepi. Azwin bangun dan duduk cuba meredakan perasaannya yang kacau bilau. Wajahnya lebih merah dari sebelumnya.
“ Yelah..yelah. Biy pergi mandi sekarang!" Ian Hamza bangun lalu membuka butang baju melayunya satu persatu sehingga selesai. Kancing seluar turut di buka lalu tuala mandi dililit ke tubuh. Pakaian kotornya diletak di hujung katil.
Langkah kaki di atur menuju ke bilik air untuk menyegarkan tubuh yang sudah seharian lunyai dek majlis perkahwinannya.
AZWIN sedang membetulkan cadar yang sudah berantakan ketika Ian Hamza keluar dari bilik air.
Melihat Azwin sedang sibuk mengemas tempat tidur Ian Hamza mendekat.
“ Sayang tak payah kemas.." tegurnya.
Tangan Azwin terhenti. Panggung wajah dia berdiri tegak namun sekejapan apabila melihat Ian Hamza yang hanya berkain tuala dia mengalihkan pandangan. Wajahnya kemerahan menahan segan.
Ian Hamza yang faham akan reaksi Azwin menggelengkan kepala. Malam ini sudah berapa kali dia melihat wajah Azwin yang kemerahan akibat segan. Dia tahu isterinya sedang menahan malu tetapi dia buat tidak peduli. Mereka sudah sah bergelar suami isteri jadi tiada apa yang perlu dimalukan walaupun sejuta kali Azwin membangkitkan isu umur serta status mereka sebelum ini.
“ Sayang..kita tak tidur sini malam ni..." ujar Ian Hamza. Dia duduk di atas katil berhadapan Azwin sambil menongkat kedua tangannya ke belakang. Wajah Azwin ditatapnya namun cepat Azwin mengelak dengan bergerak ke arah kiri katil.
“ Kita nak tidur mana kalau bukan dekat bilik?"
Bantal peluk Iqie yang sudah tergolek ke bawah dikutip. Mungkin terjatuh semasa Kak Suri mengambil anaknya tadi.
“ Kat bilik biy. Inikan bilik sayang dengan arwah."
Tangan Azwin yang sedang mengutip bantal peluk Iqie terhenti.
“ Sayang jangan salah faham. Bukan biy tak suka tidur sini. Biy cuma takut sayang tak selesa. Biy tahu bukan senang nak terima orang lain dalam hidup sayang secepat ni..Biy takkan memaksa." Ian Hamza bangun dan merapati Azwin. Pinggang Azwin diraihnya.
Juntaian rambut di dahi cuba diselitkan ditepi telinga Azwin. Bahu isterinya diramas lembut.
“ Mulai saat ni sayang dan anak-anak adalah keutamaan biy. Menjadi tanggungjawab biy untuk pastikan keselesaan sayang tak kira apa pun keadaannya. Jadi biy akan pastikan semua tu supaya sayang tak rasa kurang kasih sayang dari seorang suami. Biy tak nak ada gap atau rahsia yang boleh memusnahkan hubungan suami isteri antara kita. Biy nak semuanya clear walaupun sesuatu yang sayang akan cakap, beritahu dan jelaskan nanti akan menyakitkan biy. Itu semua boleh diperbaiki dan juga lebih baik daripada kita berselindung dengan perasaan sendiri dan buat kita tak happy.
Ambillah sebanyak mana masa yang sayang mahu untuk kenal dan faham biy sebagai seorang suami. Biy tak harapkan apa-apa selain dapat membahagiakan sayang dan anak-anak sampai akhir usia. Biy nak sayang tahu yang biy sayang, cinta dan sanggup buat apa saja demi sayang because you're my wife.
Biy tahu arwah Iman ada tempat yang paling istimewa dalam hati sayang. Biy sedar dan faham. Biy takkan sesekali mengambil tempat dia sebab biy menghormatinya. Just keep it safe with you. But now you're my wife and life..dan sayang kena tahu yang sayang layak untuk dicintai dan mencintai oleh suami sayang."
Azwin terharu. Tak semena air matanya mengalir. Perlahan dia angkat wajah dan menatap Ian Hamza. Perasaan sayangnya yang samar sebelum ini terasa jelas dengan penjelasan Ian Hamza sekarang. Terasa bebannya hilang di bawa angin. Tiada lagi perasaan bersalah kerana menduakan kasih Iman Hazim. Yang ada kini, cuma deruan kasihnya buat suami tercinta.
“ Terima kasih biy sebab faham dan hormat sayang."
Ian Hamza tersenyum.
“ Terima kasih juga sebab sayang bagi peluang untuk biy berkongsi cinta sayang.. Sayang adalah cinta paling luar biasa yang pernah biy dapatkan..." Dagu Azwin dipaut lembut dan ditatap penuh kasih.
Azwin angguk dan tersenyum senang.
Perlahan Ian Hamza mengendong Azwin ke dalam dukungan menuju ke pintu. “ Bilik sayang atau bilik kita?" tanyanya lembut.
“ Bilik kita?" berkerut wajah Azwin masih tidak jelas.
“ Dulu bilik biy but now dah jadi bilik kita. Which one?"
“ Let's say...tutur Azwin lambat-lambat. Malah suaranya kedengaran seksi dan manja sebelum menyambung..bilik kitaa.."
Ian Hamza tersenyum bahagia. Nyata, tidak pernah dia tahu yang Azwin mempunyai sisi manja sebegitu walaupun keayuannya sangat terserlah.
Perlahan dengan langkah sigap bersama lafaz bismillah Ian Hamza mengendong Azwin menuju ke bilik tidurnya. Bilik yang bakal menyaksikan penyatuan jiwa dan raga dalam melayari kehidupan berumahtangga mereka.
SUASANA pagi yang sangat riuh membuatkan Azwin terjaga dari tidur. Bunyi suara anak-anak kecilnya jelas kedengaran. Azwin bangun dan bergerak ke ceiling to floor bilik Ian Hamza. Menyelak tirai kelihatan susuk anak-anaknya yang terdengar ceria bermandi di kolam tengah rumah sambil ditemani datuk dan nenek mereka.
Setelah solat subuh berjemaah tadi dia kembali terlelap kerana berasa badannya sangat letih. Itupun setelah di nasihati Ian Hamza agar berehat, barulah dia menurut.
Melihat ke aram jam di tepi katil Azwin nyaris terjerit. Pukul sepuluh pagi. Kelam kabut Azwin menyambar tuala dan menghilang ke bilik air.
Lima belas minit kemudian dia keluar dari tandas. Hampir juga dia terjerit melihat Ian Hamza yang sedang duduk di atas katil memandang ke arahnya. Otak yang tak mampu berfikir waras tadi membuatkan dia ke tandas hanya berbekalkan sehelai tuala. Sekarang nasib tidak menyebelahinya kerana tubuhnya hanya dibaluti tuala saja. Dan dia sedang berdiri kaku di depan Ian Hamza dengan keadaan separuh bertutup. Azwin telan liur.
Ian Hamza bangun dan menghampiri Azwin. Dia tersenyum.
“ Morning baby.." dahi Azwin dikucupnya.
“ Not mor—ning anymore. I'm sorry. Terlewat bangun hari ni." gumam Azwin sedikit gugup.
Ian Hamza menuntun Azwin ke tengah bilik lalu di dudukkan Azwin ke katil. Kemudian Ian Hamza duduk di belakang Azwin lalu mencapai sehelai tuala kecil miliknya dari rak penyidai.
“ It's okay. Sayangkan tak larat pagi tadi. Janji dah bangun solat okaylah.." Ligat tangannya mengeringkan rambut Azwin yang basah.
“Lagipun biy tahu sayang penat layan biy lepas tu.."
Pap! Satu tamparan halus singgah di peha Ian Hamza membuatkan lelaki itu mengaduh kecil.
“ Auchh.."
“ Gatal sangat ye.." marah Azwin.
“ Sayang..biy gatal dengan sayang je. Tak pernah lagi biy menggatal dengan perempuan lain...and bukan berdosa pun kalau biy menggatal dengan sayang. Sayang dapat pahala tau sebab layan suami. Ni bukan biy yang cakap..ni Allah yang cakap. Lagipun ada antara sunnah nabi yang boleh diteladani dan dipraktikkan antaranya bermanja dan bermesra dengan isteri atau suami...Yang terbaik di antara kalian adalah yang terbaik terhadap keluarga/isterinya. Dan saya adalah orang yang paling baik terhadap isteri/keluargaku.(HR Tirmidzi)." ujar Ian Hamza.
Tuala kecil disangkut ke kerusi kecil di hadapan katil setelah selesai mengelap rambut Azwin. Rambut paras bahu isterinya yang sudah separa kering Ian Hamza sikat dengan hati-hati. Kemudian dia memeluk tubuh Azwin dari belakang dan mencium pipi Azwin semahunya.
“ Terima kasih untuk pagi tadi. I love it."
Azwin ingin menoleh namun dihalang Ian Hamza.
“ Biy tahu sayang malu. It's okay kalau sayang tak boleh pandang muka biy bila kita intim macam ni. Biy akan tunggu sampai sayang betul-betul boleh terima biy dalam hidup sayang. Walaupun biy tahu sayang buat semua ni untuk memenuhi tanggungjawab sayang sebagi seorang isteri. Itu lebih dari cukup. Yang penting sayang selesa dan happy. Biy takkan meminta lebih."
Azwin gigit bibir. “ ..but i do love you."
“ Biy tahu...tak perlu jelaskan...by the time pass away, it will reveals everything. Biy cuma nak sayang enjoy dengan perkahwinan kita. That's all." jelas Ian Hamza. Dia tidak mahu Azwin berbuat sesuatu tanpa keikhlasan. Biarlah semuanya dengan kerelaannya sendiri.
“ Okey, now let me dress you. Lepas tu sayang boleh packing baju sebab kita nak pergi honeymoon." ujar Ian Hamza lalu mengucup pipi kanan Azwin sebelum berlalu ke bilik pakaian untuk mengambil pakaian yang telah dia siapkan sebelum ini.
“ And one more thing..packing sekali baju anak-anak. Kita bawa diorang..." tambah Ian Hamza sebaik kembali dengan sepasang pakaian dalam serta sehelai blouse berwarna burgundy dan drapped skirt berwarna krim. Sedondon dengan baju yang sedang dipakainya.
Azwin berkerut. “ Pergi honeymoon bawa anak?"
Memaut tubuh Azwin, lalu dia memakaikan pakaian dalam ke tubuh isterinya. Azwin cuba membuka mulut namun cepat Ian Hamza menyangkal.
“ Don't say anything. Just let me dress you and I've a right to do these...and yes we're take our kids too."
Azwin ketap bibir. Terpaksa menurut walaupun malu.
“ Orang tak pergi honeymoon bawa anak tapi buat anak!"
Ian Hamza ketawa membuatkan Azwin kehairanan.
“ Kita tak payah sebab dah ada anak. So, let's enjoy it."
Happy reading..
Share this novel