Bab 29

Drama Series 9408

IAN HAMZA sejak tadi tak tinggal diam. Sekejap berdiri, sekejap duduk. Sekejap dia mundar mandir di hadapan bilik rawatan tersebut. Dia sangat gelisah. Bermacam perkara buruk menerjah mindanya.

“ Yan..pening la kepala mama. Bawa bertenang tak boleh ke? Azwin tu bukan nak bersalin pun. Dia pengsan je." bebel Izzah.

Ian Hamza buat tak dengar. Dia tetap berkawat di hadapan Izzah dan Husyn.Kata-kata Izzah bagai angin lalu saja.

Husyn pula sekadar diam. Dia berpeluk tubuh melihat telatah kedua anak dan isterinya.

Setengah jam berlalu, pintu bilik rawatan itu dibuka dari dalam. Seorang doktor perempuan dan nurse keluar berpapasan.

Terus Ian Hamza terjah keduanya. “ Doktor macam mana dengan keadaan Azwin?"

“ Dia demam panas dan dehydrated. Tekanan darah dia sangat rendah. Mungkin akibat terlampau stress juga." beritahu Doktor Zarina.

Ian Hamza raup wajah. Hatinya masih tak tenang.“ Serius ke?"

“ Tak serius. Tapi jika tidak dikawal ia sangat merbahaya. Tekanan darah Azwin terlalu rendah. Paras haemoglobinnya juga berada kurang dari 9g/dL. Kami dah memberi rawatan yang sesuai. Jadi Azwin akan kami tahan beberapa hari untuk pemantauan lanjut.” ujar Doktor Zarina.

“ Doktor buatlah yang terbaik untuk Azwin. Apa pun rawatan yang bersesuaian, saya izinkan asalkan dia sembuh." ucap Ian Hamza.

Doktor Zarina mengangguk dan tersenyum nipis. “ Encik jangan risau. Sudah menjadi kewajipan saya mengubati pesakit. Selebihnya kita berdoa dan berserah pada yang kuasa."

Izzah dan Husyn mengangguk. Wajah sugul mereka mulai berkurangan mendengar jaminan Doktor Zarina.

“ Boleh ke kami masuk melawat?"tanya Izzah.

“ Boleh. Tapi kena tunggu kakitangan sokongan menguruskan kemasukannya ke bilik wad."

“ Terima kasih doktor." ujar Dato' Hussyn.

Doktor Zarina tersenyum lalu beredar dari situ.

.
.

“ Malam ni Yan nak temankan Kak Win ma.." ujar Ian Hamza memberitahu niatnya.

Izzah angkat wajah. Susuk Ian Hamza yang berteleku di sofa berhadapannya di wad Azwin, dia pandang tajam.

“ Jangan nak buat hal Ian Hamza."

“ Yan tak buat apa ma. Yan cuma nak tunggu Kak Win sampai dia sedar je. Dia sedar nanti Yan balik la." acuh tak acuh Ian Hamza membalas.

“ Sebab tak buat apa lah, Azwin sampai pengsan macam ni. Sejak Yan menghilang balik kondo mama nampak perubahan Azwin. Dia stress dan tertekan. Mama nampak dia hilang semangat. Apa yang Yan buat dengan dia sampai jadi macam ni?" marah Izzah.

Ian Hamza merebahkan tubuh ke tengah sofa. Sebelah tangan diletakkan ke atas dahi manakala sebelah lagi ke atas perut. Mata dipejam rapat. Pertanyaan Izzah dibiarkan sepi.

“ Ian Hamza..mama cakap dengan awak ni.."

“ Ya ma.."

“ Apa yang Yan buat dengan Azwin?"

“ Tak buat apa ma. Yan takkan buat apa-apa dengan orang yang Yan sayang dan cinta.." malas saja suara Ian Hamza berkata-kata. Dia tidak punya mood di saat hatinya penuh kerisauan dengan kondisi Azwin sebegitu.

“ Habis tu kenapa Azwin nampak tertekan. Hilang semangat?"

“ Yan tak tahu ma..atau mungkin antara kami ada salah faham."

Izzah mengeluh. “ Kalau macam ni lah gaya Yan layan Azwin mama berat hati nak lepaskan Azwin jadi isteri Yan. Belum apa-apa mama nampak Azwin tak bahagia. Baik hari tu, mama kahwinkan dia dengan Tengku Jefri aje!"

Mendengar nama Tengku Jefri terus tegak tubuh Ian Hamza dari perbaringan. Pandangannya tajam menatap Izzah. “ Jangan sesiapa berani sebut nama dia. Langkah mayat Yan dulu kalau nak lepaskan Azwin pada dia."

“ Dah tu mama nak cakap apa lagi.." mencuka wajah Izzah.

“ Please ma, jangan desak Yan dengan macam-macam pertanyaan. Yan tahu apa yang Yan buat. Cukup mama tahu Yan tak main-main dengan Azwin dan anak-anak. Yan sayang dan cintakan dia. Yan cuma perlukan sokongan dan kepercayaan mama dan papa. Selebihnya biar Yan uruskan sendiri." pinta Ian Hamza penuh pengertian. Dia kembali berbaring dengan posisi seperti tadi.

“ Baik. Ini peluang terakhir. No more chances. If you dare to broke their hearts, you no longer my choices Ian Hamza." tekan Izzah.

Kata-kata Izzah membuatkan Ian Hamza lebih tertekan. Beban perasannya lebih menggunung. Nafas berat dia hela sebelum terdengar pintu wad Azwin dilepaskan.

.

IAN HAMZA terjaga dari tidur. Dia bangun dan duduk di sofa. Louis Vuitton Escale di tangan kiri di pandang. Hampir satu pagi. Dia raup wajah membuang sisa kantuk. Kemudian, meregangkan tubuh yang lenguh akibat tidur di sofa sempit itu.

Setelah meredakan lenguh, Ian Hamza bangun dan menghampiri katil Azwin. Kerusi disebelah katil ditarik lalu didudukinya.

Mencapai tangan Azwin yang ditusuk branula dia kucup lembut. Dia sebak melihat tangan kecil yang tak bermaya itu. Buat kesekian kalinya, Ian Hamza mengeluh lagi.

“ I'm sorry mi amor." tapak tangan Azwin di bawa ke pipinya. “Seandainya tamparan Kak Win boleh memaafkan kekhilafan I, I rela ditampar beribu kali lagi. Bencilah I berjuta kali pun I sanggup hadapi asalkan Kak Win bangun dan sihat macam selalu. I rindu Kak Win I yang dulu. Yang selalu senyum. Yang selalu malu. Yang selalu lembut. Yang selalu ayu. Yang selalu menawan jiwa I. I'm really sorry Kak Win." Ian Hamza teresak sambil mengucup tangan Azwin penuh kasih.

Sejenak Ian Hamza hanyut dengan perasaan sebelum wajah Azwin dia tilik lagi. Riak Azwin yang pucat ditenung tanpa jemu. Wajah itu di elus berulang kali. Mata Azwin yang terpejam diusap-usap. “ I sayang dan cintakan Kak Win sepenuh hati. I tak pernah berniat nak mainkan perasaan Kak Win dan anak-anak. I menjauh sebab nak beri ruang pada Kak Win berfikir tentang lamaran I. I tak nak dengan kehadiran I mempengaruhi keputusan Kak Win. Walaupun I jauh dengan Kak Win dan anak-anak tapi tak pernah sekali pun I lupa pada kesayangan I." air mata Ian Hamza menitis lagi. “ I ikhlas nak memperisterikan Kak Win bukan sebab simpati atau apa. I'm really love you. Kak Win buat hati I sentiasa berdebar. Buatkan jantung I sentiasa tak cukup nafas. Buatkan jiwa I selalu kucar kacir. Sentiasa buatkan fikiran I jadi tak menentu. Hidup I hambar tanpa Kak Win dan anak-anak. You're my home. My calmness. My best person ever. I nak Kak Win dan anak-anak jadi orang yang paling penting dalam hidup I selepas mama dan papa." lirih suara Ian Hamza bercerita.

Sebelah lagi tangan Azwin diraih. “ Please Kak Win, bangunlah walaupun sekejap. I minta maaf sangat-sangat atas keterlanjuran I. I can't help it. Your ambien really make me falling down." sungguh-sungguh Ian Hamza meminta maaf walaupun tubuh Azwin masih tidak sedar dan mendengar ungkapan maafnya.

Kedua tangan Azwin digenggam erat dan dielus penuh kasih. Lama Ian Hamza perhatikan jemari mulus Azwin sebelum dia perasaan tangan kanan Azwin yang bersarung cincin lamarannya tempohari.

Tangannya menyentuh cincin di jari manis Azwin seraya mengesat air mata yang bertubir di kelopak mata. Dia tersenyum kecil. “ Kak Win tahu tak kenapa I pilih diamond ni untuk melamar you?" Ian Hamza jeda seketika sebelum menyambung semula. “It is because the diamond itself show a symbol of true, perfect and eternal love. Like my love to you. I tak janji bulan dan bintang untuk Kak Win, tapi I berjanji untuk tak sia-siakan perempuan sebaik Kak Win. I janji akan jadi papa yang hebat untuk anak-anak.”

Lama Ian Hamza mengungkapkan rasa hati dan maafnya buat Azwin. Perasaan bersalah dan kesalnya masih meninggi namun setidaknya dia lega kerana dapat meluahkan.Tarik nafas, Ian Hamza lepas berat. Wajah Azwin ditatap semula.“ I balik dulu. Kak Win rehat lah. I harap Kak Win cepat sembuh. Jangan sedih-sedih lagi dan stress. Jangan risaukan anak-anak. I akan selalu jaga dan lindungi diorang seperti nyawa I sendiri. I tahu Kak Win kuat dan hebat.I love you mi amor!" bisik Ian Hamza.

Melangkah keluar, pintu bilik Azwin ditutup rapat. Ian Hamza pergi membawa rasa hati yang tidak tenteram, namun dia akur dengan aturan.

..

PERLAHAN Azwin buka mata. Pintu bilik yang tertutup dipandang sepi. Air matanya mengalir lesu. Bibir pucatnya bergetar hebat cuba menahan tangis namun dia kalah dengan perasaan. Tangisannya lolos juga.

Dia dengar semua luahan hati Ian Hamza. Dia sedar semua perlakuan Ian Hamza padanya. Hatinya tersentuh tapi perilaku Ian Hamza yang terbabas menciumnya semalam sukar dilupakan kesalahannya. Marah tapi hatinya terlanjur sayang. Sakit hati tapi jiwanya kerinduan sehingga membuatkan Azwin keliru dengan perasaan sendiri.

..

Lewat pagi Ian Hamza tiba di rumah. Biliknya dituju. Tubuh di bersihkan lalu dia menyiapkan diri menunaikan kewajipan yang satu. Lama dia berteleku di atas sejadah. Berdoa memohon keampunan, kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Usai, kedua tangan diraup.

Suasana hening begitu, buat Ian Hamza teringat akan pesanan papa.“ Orang lelaki tak boleh cepat patah semangat.Kena bertindak sejuta langkah ke depan. Anggaplah cinta itu sebagai peperangan demi mendapatkan kemerdekaan jiwa wanita yang dipuja. Belajarlah untuk jadi lelaki pelindung kerana wanita sifatnya lemah. Mereka sentiasa memerlukan seorang lelaki yang teguh pendirian untuk memperjuangkan diri mereka."

Tarik nafas, Ian Hamza hela perlahan. Jiwanya mula tenang. Satu persatu kata-kata papa dia hadam. Dia harus kuat.

..

“ Selamat pagi tuan!" ucap Aimi tersengih-sengih sambil mendukung Iqie sebaik melihat Ian Hamza turun ke ruangan makan.

Ian Hamza sekadar mengangguk. Ubun-ubun Iqie diusap seketika. “ Assalamualaikum handsome papa!"

Iqie tersenyum suka. ” Papa.."

“ Jom sarapan dengan papa." ajak Ian Hamza lalu membawa langkahnya ke kerusi makan.

Aimi yang mendukung Iqie membontoti Ian Hamza ke meja makan. Selama setahun Aimi bekerja sebagai pengasuh Iqie, ini kali pertama dia nampak Ian Hamza di waktu pagi. Selalunya Ian Hamza sudah bergerak ke tempat kerja apabila dia tiba di Villa Izzah. Jadi dia tidak berpeluang langsung untuk bersua atau berbual dengan Ian Hamza. Selama ini segala cerita cuma disampaikan oleh Suri saja.

Hari ini entah apa tuahnya, dia dapat bersua secara dekat dengan Ian Hamza. Apatah lagi berpeluang memberi Iqie makan bersama Ian Hamza. Sempat Aimi curi-curi pandang Ian Hamza yang berkulit sawo matang itu. Paling dia suka apabila melihat senyuman manis Ian Hamza ketika sedang melayani Iqie. Dadanya tak henti-henti berdebar sejak tadi. Apatah lagi, saat terbau haruman Lincoln Legend dari tubuh Ian Hamza membuatkan perasaannya terbuai. Aimi rasa dia sudah jatuh cinta pandang pertama kepada anak majikannya itu.

“ Tinggalkan Iqie dengan saya. Awak boleh pergi. Bila saya panggil baru awak datang semula." ujar Ian Hamza tegas.

Aimi yang dihanyut lamunan tersedar saat suara Ian Hamza menerobos pendengarannya. Terus Aimi tergagap akibat terkejut. “ Ba—baik tuan."

Ian Hamza mengambil alih melayani Iqie. Anak kecil itu gembira apabila disuapkan makanan ke mulutnya.

“ Comot la Iqie ni." tegur Ian Hamza sambil mengelap bibir kecil Iqie yang comot disebabkan susu coklatnya yang meleleh ke tepi bibir.

Iqie tidak peduli, dia masih ralit menyudu susu coklat yang dituang bersama bijirin oleh Aimi tadi.

“ Papa akan..edappp!" pelawa Iqie sambil membawa sudunya ke mulut Ian Hamza.

Tak sempat mengelak, t-shirt Puma Ian Hamza menjadi sasaran tumpahan susu coklat Iqie.

Iqie tergelak suka. “ Papa omot!"

Ian Hamza senyum panjang. Pipi gebu Iqie sempat dicuit manja. “ Pandai ya, kenakan papa." Iqie tayang sengihan nakal.

“ Iqie nak jumpa mama tak?"

Iqie angguk. “ Nanak jumpa mama."

“ Good boy. Lepas makan papa bawa Iqie jumpa mama.

Begitu usai makan, Ian Hamza memanggil Aimi untuk menguruskan Noah Shauqi.

“ Siapkan Iqie. Saya nak bawa dia ke hospital. Awak ikut sekali."

“ Baik tuan." balas Aimi sedikit teruja.

Mengendong Iqie dia bawa ke bilik Azwin.

Beberapa minit berlalu Aimi muncul dengan Iqie yang sudah berpakaian kemas.

.
.

PINTU bilik Azwin ditolak dari luar. Ian Hamza masuk diikuti Aimi dan Iqie didukungannya.

Azwin menoleh. Figura yang sangat dia rindui itu muncul membuatkan senyumannya yang layu berubah mekar.

“ Assalamualaikum." ujar Ian Hamza ke arah Azwin. Pancaran sinar matanya begitu menyala menyerlahkan perasaan di hatinya saat itu. Tangan yang menjinjing beg kertas diletakkan ke atas meja katil Azwin. “ I bawa breakfast untuk Kak Win."

“ Waalaikumsalam.." Azwin jawab perlahan. “Saya dah makan." Acuh tak acuh saja jawabnya. Susuk Ian Hamza tak dihiraukan. Susuk Iqie lebih mendominasi pandangannya.

“ Mama!" jerit Iqie riang. Laju saja Iqie mahu menerkam Azwin yang terbaring di atas katil tetapi ditahan Ian Hamza.

“ Mama sakit. Iqie duduk papa ya."

Iqie angguk faham.

“ Hai handsome!" tegur Azwin. Tangannya terhulur mencuit pipi Iqie yang berada di atas riba Ian Hamza.

“ Iqie je handsome..papa tak handsome ke mama?" perlahan suara Ian Hamza bertanya. Risau perbualan sensasi mereka di dengar Aimi.

Azwin jeling Ian Hamza geram. Dia tidak membalas kerana masih berasa sakit hati dengan lelaki itu.

Happy reading yalls..Tq for still stay 8⁠-⁠)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience