PULANG dari kerja, seperti biasa Ian Hamza terus menuju ke hospital. Saat dia sampai Azwin sedang menerima rawatan harian dari jururawat. Tidak mahu menganggu tugas jururawat Ian Hamza menghala ke sofa. Telefon pintar disemak seketika kerana menerima mesej dari Tengku Jefri.
- How's Rea?
Ian Hamza tarik nafas. Panas juga hati dia bila ada lelaki lain sibukkan hal Azwin. Nak tak nak dia balas juga mesej Tengku Jefri.
- Better than yesterday..
Kurang tiga saat, mesej kedua masuk setelah di balas Ian Hamza.
- I want to visit her now!
Ian Hamza ketap bibir. Geram dengan Tengku Jefri bertambah-tambah. Tapi apa nak dikata, kerana dia bukan sesiapa untuk melarang lelaki itu dari mendekati Azwin.
- Yeah..
Ian Hamza kembali menyimpan telefon apabila mendengar jururawat menghampirinya.
Angkat wajah bersama senyuman Ian Hamza bertanya jikalau jururawat itu ada hal penting yang hendak di beritahu.
“ Ya, cik ada apa-apa ke?"
“ Tak ada apa. Cuma saya rasa Puan Azwin dah boleh discaj bila-bila masa je memandangkan bacaan bp sudah meningkat sejak semalam. Kadar denyutan nadi pun dah kembali normal." beritahu jururawat bernama Aina.
“ Alhamdulillah.." Ian Hamza kelegaan. “ Bila?"
“ Tak pasti tapi nanti doktor akan datang buat pemeriksaan lanjut."
“ Baik. Tak ada masalah." Ian Hamza tersenyum senang.
“ Terima kasih."
Jururawat bernama Aina itu angguk dengan senyuman sebelum berlalu pergi.
IAN HAMZA terus menghampiri Azwin. Duduk dilabuhkan di kerusi bersebelahan katil. Senyumannya lebar saat memandang wajah Azwin yang sudah kelihatan sedikit berseri. Rasa penat yang bermukim di tubuh tadi beransur hilang apabila mendapat tahu khabar tersebut.
“ Hai Kak Win..Macam mana hari ni?"
“ Fine." ringkas Azwin menjawab.
“ Kak Win nanti dah boleh balik."
“ Alhamdulillah." kedua tangan diraup ke wajah. Lega dia mendengar. “ Hari ni?" tanya Azwin semula.
“ Belum pasti. Tunggu doktor pakar datang dan buat pemeriksaan lanjut."
“ Okay."
“ Oh ya, tadi Tengku Jefri ada tanyakan khabar Kak Win. Katanya nak datang melawat sekejap lagi." beritahu Ian Hamza saat mengingat pesanan yang diterima sebelum ini.
Azwin menggeleng lantas tangan Ian Hamza dia paut dengan tiba-tiba. “ Please biy..Kak Win tak nak dia datang!"
Ada riak risau yang terpancar dari sepasang mata hazel itu.
“ Kenapa?" tanya Ian Hamza hairan. Kelmarin bukan main mesra lagi mereka berdua.
“ Kak Win.. just tak nak jumpa dia. Kak Win masih terbayang susuk lelaki tak guna tu bila nampak Tengku Jefri... Kak Win takut..." keluh Azwin. Saat mengingat kejadian semalam dia rasa trauma dan fobia.
Tarik nafas Ian Hamza lepas perlahan. “ Tapi dia dah nak sampai..."
“ Bagi je apa-apa alasan yang logik asalkan dia tak datang..please!" rayu Azwin. Tangannya menggoncang lengan Ian Hamza memaksa.
Ian Hamza pandang Azwin lama mencari kepastian dari iris mata hazel itu. “ Sure Kak Win tak nak jumpa Tengku Jefri..?"
Azwin angguk sungguh-sungguh. “...and one more thing, Kak Win tak nak dengar nama dia lagi..please..."
Tangan Ian Hamza digoncang mengharap janji. Anak mata mereka saling bertaut.
“ Dah kalau itu yang Kak Win mahukan..I turut asalkan Kak Win tak sakit lagi..." Mengeluarkan telefon, lantas aplikasi hijau Ian Hamza cari dan mulai menaip sesuatu lalu menghantarnya kepada Tengku Jefri.
“ Ok, dah hantar."
“ Terima kasih biy.."
Tangan Azwin yang masih memaut pada tangannya dielus perlahan dan menepuk lembut. “ I got it. Jangan risau lagi. I'm always by your side."
Selepas kejadian kelmarin, Azwin sudah menamatkan perang dingin terhadap Ian Hamza. Dia sudah kembali berkomunikasi walaupun tak sepenuhnya. Hanya bila Ian Hamza bertanya, barulah Azwin menjawab.
“ Terima kasih banyak-banyak." Azwin membalas genggaman Ian Hamza. Dia tersenyum kelegaan.
Toh, dia juga berasa sangat terhutang budi dengan perhatian dan pertolongan yang di berikan. Tanpa Ian Hamza ketika itu, pasti keadaan dirinya lebih memburuk. Namun, itu tidak membuatkan Azwin lupa akan marahnya dengan kesalahan berat yang dilakukan Ian Hamza. Cuma, hatinya sedikit melembut dengan sikap prihatin dan perhatian yang seringkali Ian Hamza tonjolkan.
“ Sama-sama kasih mi amor!" Ian Hamza kenyit mata cuba menghangatkan suasana apabila menyedari Azwin sudah mahu berbual seperti selalu dengannya.
“ Gatal!" cebik Azwin sengaja menutup rasa segan dan malu apabila dipanggil seperti itu. Pun demikian, seminggu bermasam muka dengan Ian Hamza buatkan dia rindu untuk bermesra dengan lelaki itu.
“ I gatal dengan Kak Win je. Dengan orang lain mana pernah.." usik Ian Hamza. Tapi kenyataannya pun memang sama. Dia tak berminat dengan wanita lain selain Azwin.
“ Cut it out!"
Azwin menjeling geram dengan lontaran kata-kata Ian Hamza yang tidak bertapis itu.
“ Betul la mi amor. I tak tipu. I sayang Kak Win sorang je. Please, lepas ni janganlah mogok tak nak bercakap dengan I lagi..." pinta Ian Hamza penuh harapan.
“ Dah buat salah siapa yang tak marah?" ujar Azwin geram. “ Mana ada orang tengah marah boleh cakap elok-elok?" sambungnya lagi.
“ It's okay..tak kisahlah nak marah ke nak benci sekalipun I tetap nak dengar suara Kak Win...tetap nak tengok muka Kak Win..." Ian Hamza tongkat wajah sambil memandang dekat Azwin yang sedang bersandar di dada katil. Tak hairan walaupun Azwin tayang wajah garang saat itu.
“ Kalau marah jugak?" duga Azwin.
Ian Hamza picing mata.
“ Kalau nak marah juga, keluar wad nanti I terus bawa jumpa tok kadi jelah..Lepas tu kalau Kak Win mogok seribu tahun tak nak bercakap pun tak apa. Janji dapat kahwin...dapat tengok Kak Win hari-hari. Tak adalah I makan hati tengok Kak Win mesra-alam dengan Jefri poyo tu. Menyampah tahu. Jefri tu.." belum sempat Ian Hamza habiskan ayat tangan Azwin terus membekap mulutnya.
“ Kan Kak Win cakap jangan mention nama dia lagi!" tekan Azwin. Dia rasa tidak selesa.
Ian Hamza tarik tangan Azwin dari bibirnya lalu menggenggam tangan itu.
“ Sorry.. I just express my word.." cincin di jari kanan Azwin di main-mainkan.
“ Cemburu?" Azwin tergelak suka.
“ Of course! Ni tak nampak ke I dah bagi tanda. Kenapa tak faham lagi?" tunjuk Ian Hamza ke arah cincin berlian di jari manis Azwin.
“ Awak yang tak faham biy..." ucap Azwin dengan nada berjauh hati. Tangannya yang dalam genggaman Ian Hamza di tarik perlahan.
Ian Hamza kebingungngan namun tak lama sebelum dia melonjak gembira. Lekas tangan Azwin ditarik semula dan dipegang erat. Wajahnya ditatap dalam.
“ Serius Kak Win?" tanya Ian Hamza tak percaya.
“ Awak nampak muka Kak Win main-main ke Ian Hamza?"
“ Yes!!" jerit Ian Hamza tiba-tiba membuatkan Azwin terkejut.
"Hey..ini hospital lah. Jaga perangai sikit." marah Azwin.
“ Betul ke? I tak mengigau kan?" soalnya. Antara ragu dan terkejut.
Azwin geleng kepala dengan senyuman nipis melengkung menghias bibirnya.
“ I can't believe it." kuat suaranya melantun.
Azwin juling mata. Tangan kanannya yang digenggam Ian Hamza di tarik. Sakit pula hatinya dengan Ian Hamza yang berperangai kebudakkan.
“ Kalau macam ni perangai awak, tak jadilah..!" ugut Azwin. Kedua tangan di silang ke dada.
“ Okay..okay. I'm sorry mi amor. I tak sabar nak bagitahu mama. Kalau mama tahu dia mesti suka."
“ Bagitahu apa?" sengaja Azwin buat-buat tidak faham. Nak tengok sejauh mana kesungguhan Ian Hamza.
“ Bagitahu Kak Win setuju nak jadi wife I!"
“ Masa bila?"
“ Eh, bukan tadi Kak Win cakap ke..?" Ian Hamza elus pangkal leher. Keliru dia jadinya.
Biar betul Azwin ni!
Gelagat Ian Hamza akhirnya membuat Azwin melepaskan tawa. Suka dia melihat wajah gelabah Ian Hamza seperti itu.
“ Kak Win main kan I ke?" Ian Hamza kecilkan mata.
Azwin katawa sehingga berair mata membuatkan Ian Hamza bercekak pinggang kerana geram dipermainkan.
“ Nakal eh.." Ian Hamza spontan menarik hidung Azwin.
“ Biy..sakitlah. Lepaslah.." Azwin merayu dengan suara yang sengau. Tangannya cuba menarik jauh tangan Ian Hamza dari hidungnya namun gagal.
“ Tak nak. Baik Kak Win mengaku nak kahwin dengan I. Selagi tak mengaku I tak lepaskan." ugut Ian Hamza kejam.
Picitan di hidung dikuatkan membuatkan Azwin akhirnya bersetuju. Dia tiada pilihan.
“ Yelah..setujuuu.."
Wajahnya masam mencuka. Dia yang mahu mengenakan Ian Hamza tapi alih-alih dia pula yang terkena.
Terus Ian Hamza melepaskan hidung Azwin yang sudah kemerahan. Azwin melepas nafas kelegaan. Hidungnya digosok bagi meredakan sakit.
“ Thank you mi amor." ucap Ian Hamza. Dia sangat teruja.
Nyaris dia terlepas laku mahu mencium dahi Azwin tetapi sempat Azwin menahan dada Ian Hamza.
“ Not until that day... " keras suara Azwin memberi amaran.
“ Awak ni kalau bagi betis nak peha pula ye?? Tak ingat ke kes hari tu belum selesai lagi. Sekarang nak bangkitkan isu baru pula!"
“ Ops sorry!" Tubuh ditarik jauh dari mendekati Azwin.
SURIA mula menampakkan wajah. Cahaya dari luar mula menerobos masuk ke celahan langsir buatkan Azwin terjaga dari tidur.
Buka saja mata, dia lihat Ian Hamza masih setia menemaninya di sisi katil. Lelaki itu masih tidur berbantalkan lengan. Azwin menggeleng perlahan.
“ Biy..bangun.” Gerak Azwin. Bahu Ian Hamza digoyang lembut.
Tidak lama, Ian Hamza menggeliat lalu membuka mata dan melihat Azwin dengan senyuman kecil. “ Hai Kak Win.."
“ Hai baby.."
Ian Hamza tongkat wajah renung Azwin sehingga tak berkedip matanya. “ Love you jagia!"
Renungan dan tutur manis itu membuatkan Azwin tersipu malu. Jantungnya berdegup laju. “Boleh tak tone down sikit ayat tu?"
Ian Hamza geleng kepala. “ Sejak lahir memang dah inherit baka Hamlet."
Azwin juling mata.
“ I rindu."
“ Rindu? Awak buat lawak ke Ian Hamza. Dari semalam awak tak balik asyik teman Kak Win dekat sini..masih rindu..??" Azwin geleng kepala.
“ Ada depan mata pun I tetap rindu. Kak Win tak rindu I?" soal Ian Hamza.
“ Buat apa nak rindu..kan nampak depan-depan.."
Ian Hamza papar wajah sendu. “ Sampai hati!!"
“ Sampai je.." usik Azwin dengan senyuman.
“ Betul tak rindu?"
Azwin geleng. Malas dia mahu melayan Ian Hamza. Perangai mengadanya boleh kalah Iqie yang umurnya hampir dua tahun itu.
“ Kak Win tahu tak ada orang rindukan I?"
“ Siapa?"
“ Sekejap.." menyeluk poket, Ian Hamza keluarkan telefon. Mencari sesuatu pada simpanan galeri sebelum menjumpai satu video yang dimuat naik dari laptopnya.
“ Nah tengok ni.." tunjuk Ian Hamza. Rakaman video berdurasi seminit lebih itu dia tunjukkan kepada Azwin.
Azwin melopong tidak percaya. Berbahang wajahnya kerana malu. Wajahnya juga berubah menjadi merah. Refleks tangan cuba menyambar telefon bimbit Ian Hamza namun pantas lelaki itu melarikan dari capaian Azwin.
“ Biy..bagi Kak Win please!!" pinta Azwin.
“ Say ‘I love you' first.."
“ Biy..kalau Kak Win tak sebut pun awak memang dah tahukan jawapan dia.." bebel Azwin geram. Dia cuba mencapai telefon digenggaman Ian Hamza.
“ I memang dah tahu tapi I nak dengar Kak Win sebut. Kan tak sama tu.."
Bahu Azwin mengendur hampa. Kalaulah dia tahu kondominium milik Ian Hamza itu punya rakaman CCTV pasti sepatah pun perkataan dia haramkan keluar dari mulutnya. Sekarang hendak menyesal pun tak berguna lagi. Ian Hamza tetap mahukan dia menyebut perkataan asing itu pula. Haihhh..
“ Ian Hamza.. the way we out loud doesn't matter. Only the way we show it's or something are matters." ucap Azwin cuba tawar menawar dengan Ian Hamza.
“ I'm impressed. Then, this is how you show la kan. So, biar ni jadi bukti cinta luar biasa kita." ujar Ian Hamza lantas menyimpan semula telefonnya ke dalam poket. Kedua keningnya di jongket-jongketkan ke arah Azwin.
Happy Reading..
Share this novel