Bab 30

Drama Series 9408

HARI INI masuk hari ketiga Azwin ditahan di wad kerana keadaan tekanan darahnya yang masih belum stabil walaupun graf paras hemoglobinnya sudah meningkat dari sebelumnya.

“ Bacaan haemoglobin puan dah cantik ni. Jangan skip vitamin yang nurse bagi tu okay..." pesan Doktor Zarina saat membaca graf haemoglobin yang tercatat pada carta di tangannya.

Azwin tersenyum ceria. Lega dia mendengarnya.

“ Bila saya boleh discharge doktor?” soal Azwin. Dia sudah kebosanan berada di hospital ini.

“ Bergantung pada bacaan tekanan darah puan. Buat masa sekarang, bacaan masih tak memuaskan. Nadi puan juga masih lemah. Jadi, saya masih perlu tahan puan untuk pemantauan lanjut." terang Doktor Zarina.

Wajah Azwin yang tadinya ceria mula berubah kelam. Kendur habis bahunya.“Saya dah bosan asyik makan-tidur-makan-tidur." sempat Azwin merungut.

Doktor Zarina tersenyum kecil. “ Itulah tujuannya puan di tahan di sini supaya dapat di rehatkan." tekannya.

“Tubuh puan perlu banyak berehat.Tak boleh tertekan dan perlu banyak makan makanan yang berkalsium tinggi. Rehat yang cukup dan pemakanan yang seimbang boleh menstabilkan keadaan organ utama puan." lanjut Doktor Zarina lagi.

Azwin melepaskan keluhan. “Tak boleh ke kalau saya berehat di rumah saja?"

“ Boleh. Jika bacaan tekanan darah puan stabil saya akan benarkan. Itupun kalau melepasi tahap yang dimahukan. Buat masa ini, puan perlu berehat lagi di sini. Macam yang saya cakap tadi, jangan skip vitamin. InshaAllah puan akan cepat sembuh. Lagipun suami puan betul-betul nakkan puan dapatkan rawatan dan pantauan yang berkesan. Saya tak boleh menghalang kehendak pelanggan saya." ujar wanita berkaca mata Oakley itu.

Azwin baru hendak tersenyum mendengar nasihat Doktor Zarina tetapi tak jadi apabila mendengar wanita lewat 40an itu menyebut perkataan suami.

“ Suami?"

“ Hmm..suami. Bertuah puan punya suami yang sangat risaukan keadaan puan. Selain kacak, dia sangat bertanggungjawab." puji Doktor Zarina.

Azwin baru hendak menyangkal pernyataan Doktor Zarina namun ayatnya tak sempat terluah dek bunyi ketukan di pintu. Mereka berdua berpaling serentak dan muncul susuk Ian Hamza di situ. Dia melangkah masuk bersama senyuman lebar juga sepasu bunga orkid hidup di tangan.

“ Assalamualaikum. Doktor masih ada rawatan ke? Kalau masih, saya keluar dulu.." tanya Ian Hamza. Dia berdiri dihadapan pintu.

“ Waalaikumsalam. Eh, tak perlu. Saya dah selesai pun." jawab Doktor Zarina sambil berkemas peralatannya.

Ian Hamza tersenyum. “Macam mana keadaan Azwin hari ni, bertambah baik ke?" sempat Ian Hamza bertanya sebelum Doktor Zarina keluar.

“ Alhamdulillah. Ada peningkatan."

“ Terima kasih doktor."

“ Sama-sama." balas Doktor Zarina dan berlalu pergi.

Setelah Doktor Zarina keluar, Ian Hamza merapati Azwin.

“ Kak Win ok?"

Azwin angguk dengan wajah beku.

“ Nah untuk Kak Win." bunga orked merah jingga diletakkan dihadapan meja Azwin.

“ Semoga cepat sembuh..” ucap Ian Hamza sepenuh hati.

Azwin pandang bunga orked itu. Cantik. Sekilas dia memuji dalam hati namun hatinya masih tak dapat memaafkan Ian Hamza.

“ Rugi je beli bunga. Bukan boleh buat orang sakit sembuh pun." sangkal Azwin.

Ian Hamza tergelak. Geram saja dia melihat mimik wajah Azwin yang sedang mencebik itu.

“ Tak apa, sekurangnya I tahu Kak Win suka bunga orked. Cantikkan warna orked merah jingga ni? Florist cakap tadi, warna ni jarang boleh dapat. Rare yet authentic. Spesies liar dan hanya terdapat di kawasan hutan rimba." beritahu Ian Hamza tentang orked itu.

Azwin buat tidak dengar. “ Nanti bawak balik bagi Aimi je. Kak Win tak suka letak bunga dalam bilik. Nanti jadi kawasan ternak nyamuk!" nada intonasi Azwin berbaur cemburu.

Ian Hamza kehairanan namun cepat dia menangkap sesuatu. Azwin cemburu!

“ Buat apa beri pada Aimi? Aimi tu sihat. I beli untuk orang sakit. Memang bunga tak boleh buat orang sakit sembuh tapi wangian yang dikeluarkan dari bunga ni beri aura positif dan ketenangan kepada pesakit supaya kembali ceria. Sakit pun cepatlah beransur pulih."

“ Whatever. Bawa balik. Kak Win tak nak. Awak pun cepat balik. Kak Win nak rehat. Nak cepat sihat, nak cepat balik rumah." tekan Azwin. Dia rebahkan tubuh lalu pejamkan mata. Tanda tak mahu lagi meneruskan perbualan dengan Ian Hamza. Hatinya bukan setakat marah tentang kejadian sebelum ini tapi sudah bertukar cemburu pula. Sakit hatinya melihat pandangan Aimi pada Ian Hamza semalam. Pandangan yang penuh cinta.

LEWAT petang Ian Hamza datang lagi menziarahi Azwin. Sampai-sampai saja terus dia sinsing lengan baju kemejanya lalu mengeluarkan buah-buahan yang sempat dia beli sebelum datang ke hospital.

“ Kak Win nak makan buah delima tak? I search Google tadi tentang khasiat buah delima ni. Sangat bagus untuk orang yang ada tekanan darah rendah macam Kak Win. Buah delima tinggi anti oksidan selain meningkatkan kadar imun dalam tubuh. Jom I temankan Kak Win makan. Mana tahu lepas makan buah delima, tekanan darah akan stabil." sebiji buah delima dikeluarkan dari beg plastik. Kulit buah delima yang keras ditoreh Ian Hamza dengan pisau lipat sebelum mengoyakkannya. Butiran isi buah delima merah itu tampak segar setelah dikeluarkan isinya. Ian Hamza menempatkan isi buah ke dalam mangkuk kecil lalu disuakan ke arah Azwin.

Azwin sekadar melihat. Dia buat tidak endah dengan huluran Ian Hamza.

“ Makanlah. Cepat sihat, cepat balik rumah. Anak-anak rindu mama." pujuk Ian Hamza.

Azwin tetap membekukan dirinya. Masih marah dan cemburu.

“ Nak I suap ke?" sengaja Ian Hamza berjenaka supaya wajah keruh Azwin lembut seraya mengangkat sudu berisi bijian buah delima ke depan mulutnya.

Azwin memalingkan wajah ke arah lain. Tidak rela menerima pelawaan Ian Hamza yang bersungguh itu. Bimbang hatinya cair lalu memaafkan Ian Hamza.

Lelaki itu, harus diberi pengajaran. Dia tidak mahu sewenangnya memberi peluang maaf. Dia harus membela maruahnya sendiri.

Bukan dia tidak nampak kesungguhan Ian Hamza mahu meminta maaf dan mengakui kesilapannya, tetapi entahlah Azwin sendiri tidak dapat memastikan kemahuan dirinya.

“ Atau Kak Win nak buah lain? Ni pisang, kurma dengan beri pun ada. Sama jugak fungsi dengan buah delima ni." tanya Ian Hamza sambil menunjuk ke arah pelbagai buah di atas meja. Mana tahu kalau-kalau Azwin teringin buah yang lain.

Azwin tetap seperti tadi. Mendiamkan diri lantas merebahkan badan lalu mengalih posisi tubuhnya membelakangkan Ian Hamza. Selimut ditarik menutupi keseluruhan tubuhnya.

Tolonglah Ian Hamza jangan baik sangat dengan Kak Win! jerit Azwin dalam hati. Tak tahukah dia Azwin sedang membekukan hati dan perasaannya ini.

Lima minit menanti Ian Hamza akur. Mangkuk buah dikembalikan ke atas meja. “I letak sini dulu. Kalau Kak Win rasa nak makan ambil je. I nak pergi surau solat maghrib sekejap. Kalau nak apa-apa just give me a call." pesan Ian Hamza.

Dia mengalah untuk tidak terus memaksa kerana keadaan Azwin yang tidak sihat itu. Lebih baik dia beredar ke surau. Lagi pula azan maghrib telah masuk.

Setelah Ian Hamza kepergian, Azwin mula menangis. Teresak esak suaranya lolos. Dia menyesali tindakannya. Separuh hatinya tidak menginginkan Ian Hamza jauh darinya. Separuh hatinya lagi sangat memarahi Ian Hamza dan mahu lelaki itu meninggalkannya. Semua buat Azwin keliru dengan kehendak diri dan membuat fikirannya sangat stress.

.

PULANG dari surau, Ian Hamza singgah sebentar di kafeteria untuk mengisi perut. Sepulangnya dari pejabat dia belum sempat menjamah apa-apa makanan kerana buru mahu menemani Azwin.

Memilih kopi kosong suam dan dim sum sayuran, Ian Hamza membawa makanannya ke sebuah meja paling hujung di kafeteria ini.

Duduk baru dilabuhkan apabila ada seseorang menegurnya.“ Tuan Ian baru nak makan ke?"

Ian Hamza angkat wajah.“ Oh, Aishah..ingat siapa tadi. Ya,saya baru nak makan. Marilah temankan saya makan sekali." ajak Ian Hamza apabila melihat Aishah sedang menatang piring berisi sandwich bersama sebotol air mineral.

“ Tak ganggu ke? Nanti ada yang marah pulak?"

“ Tak ganggu pun. Tiada siapa yang nak marah awak. Lagi pula awak staff saya. Tak ada salah kalau saya yang menjemput sendiri. Lainlah kalau awak punya teman lelaki atau suami yang cemburukan saya." ujar Ian Hamza.Intonasinya terdengar tegang.

Aishah tersengih. Meletakkan piring berisi sandwich dan airnya, dia mengambil tempat berhadapan dengan Ian Hamza. Sempat dia menilik susuk Ian Hamza secara dekat ketika lelaki itu memusatkan pandangan hanya pada piring makanannya. Kacak dan penuh karisma.

“ Memanglah tak ada sesiapa yang nak cemburukan tuan sebab saya ni belum berpunyaa.. Tapi, saya ri..sauuu kalau saya yang kena marah nanti.." ujar Aishah dengan suara yang berlenggok-lenggok. Jantungnya sejak tadi berdebar tak keruan. Teruja dapat duduk satu meja dan makan bersama dengan si pujaan hati.

“ Siapa yang nak marahkan awak?" tanya Ian Hamza yang sibuk mencucuk dim sum sayurannya dengan garfu lalu di bawa ke mulut.

“ Puan Azwin la. Diakan teman istimewa tuan." balas Aishah pura-pura tersenyum.

“ Berikan saya sebab kenapa Azwin perlu marah awak unless awak crush dengan saya dan berniat rampas saya dari dia?!" tegang suara Ian Hamza bertanya bersama pandangan tajam.

Air mineral yang sedang diteguk Aishah nyaris tersembur. Buru Aishah mengelap bibirnya dengan tisu kerana terkejut dengan serkap jarang bosnya itu.

Angkat wajah dia pandang Ian Hamza yang tenang menghabiskan makanan di dalam pinggan. Sedikit pun lelaki itu tidak memandang ke arah wajahnya yang kemerahan.

“ Err.." suara Aishah tergagap.

“ Tak apa Aishah saya tahu perasaan awak. Saya hargai tapi awak bukan orang yang tepat untuk masa depan saya. Tak perlu awak nak uji saya. Habiskan baki makanan awak. Kalau awak datang sini nak stalk saya, lebih baik awak balik tapi kalau nak melawat Azwin saya beri masa setengah jam. Saya tak benarkan staf datang melawat Azwin untuk bergosip atau bercerita perkara yang tak berfaedah melainkan datang untuk berkongsi petua atau ilmu kesihatan berkaitan sakitnya dan doa supaya dia cepat sembuh dan dimudahkan urusannya." nasihat Ian Hamza.

Bangun dari duduk, Ian Hamza beredar meninggalkan Aishah yang kelu seribu bahasa.

“ Macam tu je dia treat perempuan? Tak gentleman langsung!!" rungut Aishah. Punah harapannya mahu mendekati Tuan CEO Husnyx Group itu.

KETIKA jam hampir menginjak ke pukul 9 malam barulah Ian Hamza kembali ke bilik Azwin. Tepat dia kembali, Tengku Jefri juga tiba untuk menziarahi.

Ian Hamza baru hendak melabuhkan duduk di sisi katil, ketukan pintu mengganggunya. Pintu bilik terkuak dan muncul susuk Tengku Jefri bersama sebakul buah serta jambangan bunga mawar merah jambu.

“ Assalamualaikum." Tengku Jefri hulur salam.

“ Waalaikumsalam." jawab Ian Hamza beku.

“ I datang nak ziarah Azwin. Sorry I baru dapat tahu pasal ni dari uncle Husyn." ujar Tengku Jefri setelah meletakkan hadiah yang di bawa ke meja.

“ She's sleeping!" tegang suara Ian Hamza. Matanya mengarah Tengku Jefri agar melihat susuk Azwin yang sedang terlena.

“ Just a moment!"

Ian Hamza mengeluh. Dia sebenarnya tidak suka dengan kehadiran Tengku Jefri ini. Rasa cemburunya tiba-tiba memenuhi ruang dada. Tapi apakan daya, lelaki itu datang dengan tujuan yang baik takkan dia mahu menghalau pula. Cuma ekspresi cemburunya tak dapat dikawal saat melihat kehadiran lelaki yang masih menagih cinta Azwin.

“ Have a sit.." dengan terpaksa Ian Hamza mempersilakan.

“ Thanks." balas Tengku Jefri seraya duduk berhadapan katil pesakit.

Azwin yang mendengar suara orang berbual mulai sedar. Matanya di buka langsung irisnya menyerap susuk Tengku Jefri di sebelah Ian Hamza. Wajah keduanya nampak sedikit tegang.

Azwin bangun lalu duduk bersandar pada katil lalu menyapa si tetamu. “Tengku?"

“ Hai beauty! Hope I'm not disturbing your dreams.." tegur Tengku Jefri dengan senyuman lebar. “ Sorry for your condolences. I baru je touch down and somehow, I get an information about your conditions. Itu yang terus shoot ke sini.." terang Tengku Jefri. Riak wajahnya nampak risau.

Azwin membetulkan sarung kepala. Dia tersenyum kecil. “ Thanks for coming. Buat susah-susah je."

“ Not a big deal...so, how are you?"

“ I'm okay. Nothing serious. Just low blood pressure." ucap Azwin senang.

“ I'm sympathy! Hope you'll get well soon. And, this is for your well-being..." ucapnya. Bunga mawar merah jambu itu Tengku Jefri capai dari atas meja dan menyerahkan kepada Azwin. “ ..may this flower bring back your sweetest smile!"

“ Oh, thanks for your concern!" jambangan bunga mawar merah jambu itu Azwin terimanya dengan senyuman paling manis.

Ian Hamza berasa panas hati melihat adegan mesra kedua manusia di hadapannya. Dadanya bila-bila masa saja boleh meletup. Sebelum kejadian tak diingini berlaku, lebih baik dia angkat kaki. Dia harus sejukkan hatinya yang hampir terbakar melihat kemesraan yang Tengku Jefri paparkan pada Azwin.

“ You all berbual lah dulu..I have something to do.." celah Ian Hamza.

Azwin yang ralit berbual angkat wajah. Dia tersenyum puas kerana dapat menyakitkan hati Ian Hamza.

Tengku Jefri pula mengangguk langsung tersenyum. Dengan senang hati dia memberi keizinan. “ Ya,sure."

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience