Bab 33

Drama Series 9408

RESORT COLMAR TROPICAL menjadi tempat pilihan Ian Hamza setelah menerima usul Izzah tempoh hari yang mahukan mereka sekeluarga bercuti. Kekangan masa dengan hal pejabat serta cuti sekolah Qiqi yang pendek membuatkan Ian Hamza memilih dataran tinggi itu sebagai tempat paling dekat untuk bercuti.

“ Wow cantiknya tempat ni.." sorak Qiqi penuh teruja saat terpandang bangunan yang menyerupai bangunan lama di Paris ketika kereta yang dipandu Abang Khairul melewati deretan bangunan tersebut.

Mereka baru saja melalui jalan utama menuju ke tempat penginapan tersebut.

“Cantik kan..sebab tu onie suruh papa pilih tempat ni. Bangunannya bercirikan negara Paris.." sahut Izzah sambil memaut tubuh kecil Qiqi di sebelah.

Qiqi angguk kepala sebelum soalan lain pula muncul di kepalanya. Becok mulut anak dara Azwin itu bersoal.

“ Paris? Kat mana tu?" wajah Izzah dia pandang.

“ Paris tu dekat luar negara jugak. Jauh sikit dari London hari tu."

“ Ohh kena naik kapal terbang jugak kan onie?"

Izzah angguk dan senyum. Kepala Qiqi dia usap perlahan-lahan.

“ Bestnya.." Qiqi tayang wajah teruja.

“Nanti kakak nak pergi boleh papa?" soal Qiqi seraya menyentuh bahu Ian Hamza pula yang duduk di kerusi hadapan.

Ian Hamza tidak menoleh. Sekadar memandang anak kecil itu dari cermin pandang belakang kereta. Dia tersenyum.

“ Boleh. Tapi kakak kena belajar rajin-rajin. Buat mama bangga..boleh?"

“ Boleh.." jawab Qiqi laju. Senyumannya mekar.

Azwin juga tersenyum bahagia.

.
.

ABANG KHAIRUL memberhentikan kereta sebaik memasuki laman rumah inap. Rumah yang luasnya seperti mansion di raja itu terletak di atas sebuah puncak bukit.

Ian Hamza turun lalu membantu Abang Khairul membawa beg pakaian dan beberapa barangan sementara yang lain masuk ke dalam rumah. Hampir 10 minit, kesemua barangan keperluan telah selesai dipunggah dari but kereta.

Ian Hamza hala kaki ke sofa yang terletak di ruang tengah. Dia tersandar kepenatan.

“ Baru datang Bentong aje pun..dah tersandar macam ni.." seloroh Dato' Hussyn yang datang dari arah belakang lalu menepuk bahu anak tunggalnya.

Ian Hamza menoleh. Dia tersenyum nipis.

“ Yang dekat la letih pa sebab memandu sendiri..kalau jauh tak terasa sebab kita naik flight orang bawa. Letak kepala boleh terus lena."

Dato' Hussyn terkekeh. Sempat dia menyindir.

“ Yelah..macam kamu yang memandu?"

“ Memang Yan tak bawa kereta pun tadi. Tapi beg baju dan barang-barang yang penuh satu but tu guna kederat Yan.”

“ Eh, mestilah. Takkan nak suruh Suri pulak. Lagipun Yan dan Khairul je lelaki muda. Tentulah korang yang kena buat." balas Dato' Hussyn masih tak hilang sengihannya.

“ Tak apa pa, Yan dah biasa. Faham je tu memang tugas lelaki."

Dato' Hussyn mengangguk senang. Bahu Ian Hamza dipaut.

“ Hah, macam tulah anak jantan. Tak mudah mengalah. Esok-esok dah jadi suami dan bapa lagi macam-macam tanggungjawab Yan."

“ Ya pa. Terima kasih ajar Yan jadi seorang lelaki yang faham tanggungjawab." Ian Hamza genggam tangan Husyn erat.

Seketika mereka berbual, terdengar suara Qiqi riang berlari-lari anak dengan diikuti Iqie sambil memanggil Ian Hamza.

“ Papa..papa!" berselang seli dengan Qiqi dan Iqie.

Ian Hamza menoleh.

“ Hai anak papa.." tegurnya sambil menarik Iqie ke atas riba.

“ Nak pergi mana seronok sangat ni?" Tubuh Iqie di gomol dan diciumnya membuatkan Iqie ketawa mengekek.

Qiqi merapati duduk antara Ian Hamza dan Dato' Hussyn. Sambil memerhati papanya bermain dan bermesra dengan si adik.

“ Kakak dengan adik nak tengok clouds.." Qiqi menjawab bagi pihak si adik.

Mendengar cerita Qiqi, terus Ian Hamza berhenti bermesra dengan Iqie. Wajahnya di panggung ke arah anak perempuan itu.

“ Oh, nak tengok clouds..siapa nak teman? Mama ke?"

Qiqi menggeleng. “ Mama cakap dia pening kepala. Nak rehat dulu. Kakak dengan adik nak ajak papa boleh?"

“ Bolehkan tok pa..kakak dengan adik nak pinjam papa sekejap. Nak tengok clouds dekat luar." pinta Qiqi dengan suara manja seraya memandang Dato' Hussyn pula.

Amboi Nia Shaqila, bab membodek serah pada dia! Habis cair hati tok pa di buatnya. Sopan dan berakhlak mulia.

Tangan Dato' Hussyn terhulur menarik tubuh kecil Qiqi ke dalam pelukan. Ubun-ubun cucu sulungnya itu di cium penuh kasih.

“ Boleh..pinjam lama pun tak apa. Ajak papa jalan-jalan dan shoping sekali. Papa baru gaji tu.." jawab Dato' Hussyn sambil menggiat Ian Hamza. Sempat anak matanya mengerling ke arah si anak yang sedang ketawa besar di hadapannya.

“ Sekejap lagi kita pergi okay. Sebelum tu papa nak minta tolong kakak boleh tak?" sahut Ian Hamza.

Qiqi turun dari pangkuan tok panya. Berdiri di sebelah Ian Hamza dengan wajah ingin tahu.

“ Tolong apa papa?"

Mengubah kedudukan Iqie ke sebelah kiri peha lalu tubuh Qiqi pula di tarik dan di angkat ke atas peha kanan. Ian Hamza cuba bersandar di dada sofa dengan selesa.

“ Tangan papa sakit. Minta tolong kakak dan adik picit sekejap." Ian Hamza tunjuk pada Qiqi dan Iqie bagaimana cara untuk memicit bahunya yang sengal itu.

Sementara itu, Dato' Hussyn sudah bangun dan ingin beredar. Mahu membiarkan cucu-cucunya bermanja dan bermesra dengan Ian Hamza pula.

“ Papa nak naik atas lah. Yan layan lah budak-budak dulu." ujar Dato' Hussyn.

“ Baik pa." Langkah kaki Dato' Hussyn dia perhati sebelum papanya hilang di anak tangga ke lima.

Menoleh ke arah anak-anaknya semula Ian Hamza tersenyum.

“ Picit papa dulu. Once dah okay, kita keluar pergi tengok clouds.." sambungnya.

“ Boleh papa. Kakak pandai picit. Hari tu kakak picit kepala mama terus mama tertidur.” beritahu Qiqi petah. Tangan kecilnya terus berpindah ke bahu Ian Hamza lalu memicit si papa.

Iqie yang melihat kakaknya memicit Ian Hamza, juga ikut serta melakukan cara yang sama pada bahu si papa.

“ Ciaaannn papa.." omel Iqie.

“ Ah, sedapnya. Betul la kakak pandai picit!" Ian Hamza mendesah lega sambil memuji Nia Shaqilla.

Qiqi tersenyum bangga saat di puji membuatkan dia menguatkan lagi urutan di bahu Ian Hamza.

“ Adik..andai icit ugak.." celah Iqie tidak mahu ketinggalan memuji dirinya. Tangan kecilnya tunjuk pada dada sendiri.

Telatah comel Iqie membuatkan Ian Hamza tak kering gusi. “ Hahahha.."

Iqie pun nak kredit juga rupanya!

Kedua anak Azwin itu sangat menghiburkan hatinya. Jiwanya terasa bahagia. Letih mengangkat barang tadi, terus hilang dan sudah tidak terasa.

CUACA yang redup membuatkan Ian Hamza bersetuju menemani kedua beradik itu untuk melihat awan seperti yang diingini mereka apabila selesai sesi urutan.

Keluar ke bahagian belakang rumah Ian Hamza memimpin tangan Qiqi dan Iqie menuju ke arah dataran bukit. Tikar lapik turut di bawa Ian Hamza untuk memudahkan dia mengajak anak-anak kecil itu bersantai sambil melihat awan gemawan petang.

“ Yang itu macam bentuk sheep la papa!" tunjuk Qiqi semasa Ian Hamza sibuk bentang tikar di atas rumput.

Ian Hamza melangut ke arah langit. Arah telunjuk Qiqi di pandang membuatkan dia tersenyum. Ya, rupa awan kumulus itu membentuk seakan seekor kambing biri-biri.

“ Pandai kakak. Good job."

Usai membentang tikar, dia mengajak kedua beradik itu berbaring sambil memerhati ke arah langit melihat awan gemawan petang yang membentuk pelbagai rupa. Ian Hamza berbaring di tengah sambil di apit kiri dan kanan oleh Qiqi dan Iqie.

“ Cat! Cat!" jerit Iqie sambil telunjuk kecilnya mengarah ke arah kawanan awan tidak jauh dari awan ‘ sheep' Qiqi tadi.

“ Itu bukan cat..itu rabbit." sanggah Qiqi.

“ Abbit.."

“ Rab—bit.." ulang Qiqi membetulkan sebutan si adik.

“ Rabit.." sebut Iqie semula.

“ Adik.. R-a-b-b-i-t.." Qiqi eja satu persatu.

“ Rabbit.."

“ Yeah..good job adik." puji Ian Hamza setelah Noah Shauqi berjaya menyebut perkataan arnab itu dengan sempurna.

Mereka bertiga bertepuk tangan gembira.

“ That's bird." telunjuk Ian Hamza mengarah ke langit. Kedua anak kecil itu ikut memerhati telunjuknya.

“ Bebird!" laju Iqie menyebut apabila melihat rupa awan yang ditunjukkan Ian Hamza itu.

Qiqi tergelak besar. “ Bukan bebird..bebird lain. Bird..burung."

Ian Hamza turut ketawa. Sungguh dia berasa lucu dengan penerangan Qiqi kepada adiknya.

Iqie sekadar angguk. “ Tatak.. burung.."

“ Ya, burung. Pandai la adik" puji Ian Hamza. Dia cium puncak kepala Iqie penuh kasih.

Iqie tepuk tangan kuat. Gembira saat di puji.

“ Okay..itu apa?.." arah Ian Hamza ke arah awan di sebelah kiri pandangan mereka pula.

“ Aeroplane." jawab Qiqi. Ian Hamza angguk.

“ Itu.."

Qiqi cuba memfokus pandangannya beberapa saat memerhati bentuk awan kumulus yang tinggi dan sedikit tebal di tengah-tengah kelompok awan yang membentuk burung dan biri-biri tadi.

“ Monster."

“ Correct.."

“ Itu apa?" tanya Qiqi mengarah pada awan kumulus di sebelah 'monster' itu pula. Sengaja mahu menguji papanya.

“ Heart??" tanya Ian Hamza. Bukan apa, bentuk hati itu sedikit tirus di bahagian hujungnya membuatkan dia sedikit ragu.

“ Yeay pandai papa!” Qiqi tepuk tangan kuat.

Iqie juga sama. Tangan kecilnya ditepuk kuat sehingga menghasilkan irama. Tidak cukup dengan itu, dia bangun dan berdiri lalu menerkam tubuh Ian Hamza dan berbaring di dada papanya.

Mereka bertiga menghabiskan masa hampir satu jam di situ sebelum Azwin datang dan memanggil mereka pulang. Dari jauh sempat Azwin memerhati gelagat tiga orang kesayangannya. Dia tersenyum memandang momen kecil itu. Hatinya sangat tersentuh. Walau ianya momen kecil tetapi buatkan hatinya sangat bahagia. Bahagia kerana melihat Ian Hamza mampu membahagiakan anak-anaknya dan mampu membuatkan anak-anaknya merasa kehadiran susuk seorang bapa.

“ Kakak adik..dah jom masuk mandi. Dah dekat maghrib ni." panggil Azwin saat mendekat.

Qiqi dan Iqie yang sedang santai berbaring sambil telunjuk halus mereka menelusuri jatah awan kumulus terhenti.

Menoleh susuk Azwin yang semakin mendekati membuatkan aktiviti mereka ikut terhenti.

“ Sekejap mama, kakak nak main dengan papa dan adik lagi."

Azwin menggeleng dengan senyuman. Dia cuba memujuk anak-anaknya dengan penuh kelembutan.

“ Dah nak malam. Esok kita main lagi. Tu..matahari pun dah nak balik rumah dia. Kita pun kena balik rumah juga.."

Iqie yang sedang santai berbaring di dada Ian Hamza bangun dan duduk di perut papanya. Dia menghentakkan bontot kecilnya yang berlapik lampin pakai buang di perut Ian Hamza sehingga membuatkan lelaki itu meringis sakit. Menunjuk rasa protesnya. “ Nanak."

“ Aduh adik.." terangkat kepala Ian Hamza.

Azwin tersentak. Kelam kabut dia menerpa ke arah Iqie. Mahu menghalang anaknya dari terus menyakiti Ian Hamza.

“ No adik. Sian papa sakit. Dah jom balik."

Azwin menyauk tubuh Iqie ke dalam dukungannya.

“ Nanak mama. Nanak papa.." rengek Iqie meronta-ronta dalam dukungan mamanya.

Ian Hamza yang berasa senak perut terus bangun dan duduk. Membetulkan letak duduk dia hela nafas perlahan sambil mengusap perut.

“ Iqie..behave okay. Sian papa sakit tu." pujuk Azwin membetulkan dukungan Iqie. Sejenak barulah Iqie diam melihat riak Ian Hamza yang sedikit berkerut.

“ Dah..papa jom balik. Remang senja pun dah keluar ni." arah Azwin.

Ian Hamza geleng kepala. Dia papar wajah kesian. Minta di beri perhatian seperti Iqie juga.

“ Tak larat la mama. Dukung papa boleh?" Ian Hamza buat suara kanak-kanak ribena.

Azwin juling mata. Dia geleng kepala dengan gelagat tak cukup umur Ian Hamza. Sejak bila Ian Hamza pandai bertingkah manja seperti Iqie?

“ Papa ni manja macam Iqie pulak..mana mama larat nak dukung. Papa.. mama tarik tangan jelah masuk rumah ya??" Azwin hulur tangan kirinya ke arah Ian Hamza manakala sebelah tangan kanannya sedang mendukung Iqie.

Saat tangan Azwin terhulur, Ian Hamza memautnya lalu bangun berdiri. Dia tersengih suka. “ Tarik pun tariklah..janji mama nak kahwin dengan papa."

Azwin geleng kepala lagi melihat tingkah keanak-anakan Ian Hamza. Nasib sayang!

“ Meh sini papa dukung adik." Tubuh Iqie bertukar tangan selepas Ian Hamza membersihkan belakang baju serta seluarnya.

Azwin mengambil alih melipat tikar dan menggulungnya semula. Selesai, mereka bertiga berpimpin tangan jalan menuju ke rumah.

.
.

Happy Reading. Thanks yang masih support WL.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience