TIRAI tingkap diselak perlahan. Azwin tersenyum saat irisnya menangkap panorama malam kotaraya Istanbul. Kagum dan terpesona dengan keindahan malam kota yang dipenuhi lampu neon itu walaupun sudah melebihi pukul 12 malam. Nyata kota raya Istanbul adalah kota paling sibuk di dunia selepas New York dan Venice.
Keinginan Azwin menjejakkan kaki ke kota pembukaan Sultan Muhammad Al-Fateh yang dahulunya dikenali Konstantinopel itu terkabul akhirnya.
Dahula dia pernah menanam impian untuk berbulan madu ke bandar yang pernah gemilang semasa Empayar Uthmaniyyah itu.
Teringat saat itu..
“Sayang..I dah booking tiket ke Turkiye.."
“ Untuk?"
“ Our honeymoon la.."
“ Kenapa Turkiye? Kenapa tak pilih Paris atau Bali je.. There's a vibe for lovers!"
“ Bosan lah.. asyik-asyik Bali.. asyik-asyik Paris..semua pasangan pergi sana je..apa kata kita tukar vibes sikit...Turkiye pun best jugak..baru nampak lain sikit."
" Baiklah Cik Rea..as you wish."
Azwin tersenyum panjang sebaik mendapat persetujuan namun keinginan itu terpaksa dikuburkan kerana saat perkahwinannya berlangsung seluruh dunia diserang krisis Covid-19. Langsung hasratnya ditunda. Impiannya terkubur seiring masa dan tanggungjawab yang dibutuhkan untuk keluarga kecilnya.
Namun siapa sangka hari ini, tanpa dia sedar dan harap Allah makbulkan impiannya lewat perkahwinan juga meski bukan bersama Iman Hazim.
“ Sayang.." tegur suara parau dari atas katil.
Azwin tersentak. Berterbangan semua memori lalu. Dia menoleh dan melihat Ian Hamza turun dari katil.
“ Biy.."
Ian Hamza mendekati lalu merangkul hangat belakang Azwin ke dalam pelukannya dan melabuhkan dagunya di bahu isterinya. Irisnya di bawa melewati luar tingkap bilik hotel. Menyaksikan panorama bandar Istanbul yang penuh dengan lampu neon itu.
“ Tak boleh tidur ke?"
Azwin geleng kepala. Dia ralit memandang sayup jambatan yang merentasi selat Bosphorus di luar.
“ Tak penat?"
Azwin menggeleng lagi.
Ian Hamza angkat wajah lalu melirik sisi wajah Azwin. Dia tersenyum.
“ Kita touchdown malam tadi lepastu sampai sini agak lewat..takkan tak penat?"
Azwin ketawa namun terdengar hambar. Ian Hamza perasan sesuatu namun dia tidak mahu bertanyakan. Biarlah Azwin menyatakan sendiri. Bimbang jika bertanya dia dikatakan mendesak dan menyibuk pula sedangkan dia sedang mencuba untuk mengenal Azwin dari sisi yang lebih dalam sebagai seorang suami.
“ Penat sikit tapi sayang tak mengantuk pun.."
Ian Hamza mengeratkan lagi pelukannya. Tubuh Azwin dan rambutnya dihidu semahunya. Dia tenang bila berbuat begitu. Seolah seluruh rasa rindu dan sayangnya yang bermukim di dada terubat dan hilang.
“ Teringat anak-anak?"
“ Sikit."
Ian Hamza mengeluh. Masih statik merangkul si isteri dengan mata masih menala ke luar. Haruman tubuh Azwin sungguh mendamaikan jiwa raganya kala itu apatah lagi mata yang masih terasa berat dan kantuk yang bersisa membuatkan dia terasa mahu lena tetapi tubuhnya tidak dapat meneruskan tanpa kehadiran Azwin di sisi. Itu yang membuatkan dia terjaga tadi.
“ I dah try to convince mama and papa but they insist to let them boarding with us. Mama said, experience the honeymooning for once a life. I can't let anyone disturb newlyweds.."
“ It's okay..Sayang tak kisah pun as long as sayang tahu anak-anak selamat dengan mama dan papa. Mama seorang yang protektif sebab tu dia cakap macam tu.. I'm very proud of her."
Ian Hamza angguk. “ Alright..we will facetime with them soon. Mama will do everything for her loves one. And I saw her in you.."
Azwin tersenyum.
“ Thanks.." ucap Azwin setelah beberapa saat mendiamkan diri.
“ Untuk?"
“ Istanbul dan honeymoon."
Ian Hamza tersenyum nipis. “ Really?"
“ Hmm.." angguk. Azwin cuba meleraikan pelukan Ian Hamza lalu mahu memusingkan tubuhnya.
“ Sayang..stand still. I tahu you akan selesa macam ni. I want you to know that, whatever happens I will stay at your back..to hold and love you forever.." tutur Ian Hamza sambil menahan tubuh Azwin dari berpaling ke arahnya.
Azwin akur. Dia terharu dengan kata-kata Ian Hamza. Bukan kerana ayat itu mampu mencairkan perasaannya tetapi kerana dengan cinta Ian Hamza yang begitu besar itu membuatkan Azwin berasa senang di perlakukan begitu. Tenang, damai serta berasa cukup selamat.
“ Thank you."
Ian Hamza tersenyum.
“ Cantikkan bandar ni.." Di luar, suasana masih sibuk dan bandaraya tetap cerah dengan lampu serta kapal-kapal dagang yang menggunakan laluan Selat Bosphorus.
Azwin angguk. Irisnya juga di bawa ke luar tingkap. Merenung lampu neon dan jambatan terpanjang yang merentasi Lautan Bosphorus itu. Mereka berkongsi pemandangan yang sama.
“ Why choosing Istanbul for honeymoon?"
“ Because of you..."
Azwin kerut dahi. Cuba menoleh mencari wajah Ian Hamza namun seperti tadi suaminya melarang.
“ Just let me hug your body and soul."
Azwin akur. Namun keinginannya untuk tahu mengapa Istanbul menjadi pilihan sang suami sebagai destinasi bulan madu mereka terlalu kuat.
“ Why me?"
“ Because you're an apple of my life."
“ I'm serious." Azwin berdecit.
Ian Hamza tarik nafas dalam sebelum menyambungnya. Jemari Azwin dia elus lembut. Sempat cincin kahwin di jari manis itu diputar-putar. Dia tersenyum bahagia melihat jari Azwin tersarung cincin pernikahan yang besar makna dalam hidupnya.
“ Biy tahu sayang memang teringin nak datang sini. This is your dream..so I'll full fill it but I'm sorry.. you're not with your loves one.." terdengar lirih tetapi Ian Hamza sedar diri. Dia bukan mahu buatkan Azwin terasa tetapi dia sendiri yang sepi dek kehilangan.
“ Biy you're my man now. Please, jangan bangkitkan kisah lama..ia buatkan sayang rasa bersalah dengan biy..." Azwin mendesah. “ Bukan ke kita dah janji nak tinggalkan semua yang lepas dan jalani sebaiknya hari depan yang mendatang?"
“ Memang kita dah janji tapi biy izinkan kalau sesekali sayang mahu pandang ke belakang untuk mengenang kenangan indah tu.. supaya dapat dijadikan penanda aras setiap langkah kita di depan..because I really want you to live your life happily.”
Azwin menoleh tanpa ragu lagi. Tubuhnya dirapatkan ke dada bidang Ian Hamza yang tidak berlapik baju. Kedua tangan pula dilingkar ke pangkal leher Ian Hamza. Pandang wajah Ian Hamza dia lihat ke dalam iris coklat suaminya yang penuh kesabaran itu. “Apa yang biy pandang pada sayang sehingga sanggup jadikan sayang sebagai isteri? Sayang tak ada apa pun yang nak diberikan kepada biy lagi...im very sad about it. Biy tak rasa rugi ke?"
Ian Hamza menjatuhkan tangannya ke pinggang Azwin. Merapatkan kedudukan mereka yang sedang bertentangan itu. Dia menatap Azwin dengan tatapan teduh dan penuh cinta.
“ Your desire, heart and soul are twirlling my life so bad. It brings mine wanted you not just you but Qiqi and Iqie too. When I look at your eyes, my heart said; Ian she is an amazing woman...with her you can treasure all the depth of Bosphorus."
Air mata Azwin tumpah. Dia sebak. Dia dapat rasa dan lihat keikhlasan cinta Ian Hamza padanya begitu dalam.
Perlahan ibu jari Ian Hamza naik menghapus air mata yang mengalir. “ Don't cry baby.. I'm all here for you. Now and ever you can count everything on me as your patner. We will through it in our life.."
HAGIA SOPHIA atau Aya Sophia adalah lokasi pertama yang mereka pilih untuk hari kedua menjejakkan kaki ke Istanbul itu. Ia merupakan bangunan paling agung dan cantik di Istanbul.
Azwin dan Ian Hamza berpegang tangan menelusuri laluan utama masuk ke Hagia Sophia yang merupakan sebuah katedral pada asalnya namun di tukar kepada masjid selepas peralihan Kerajaan Uthmaniyyah pada 1453 H tetapi di jadikan muzium pada 1935 oleh Kamal Ataturk yang berfahaman sekular namun diubah kepada masjid semula pada 2020 oleh Recap Teyip Erdogan iaitu Presiden Turki.
Saat masuk ke bangunan yang berusia lebih 1500 itu membuatkan mereka seakan terpukau dengan keunikan seni bina Empayar Byzantine.
Ian Hamza memimpin Azwin masuk ke dalam bangunan yang dipenuhi ramai pelawat dan pengunjung dalam dan luar negara.
“ Teşekkür ederim." ucapnya ke arah pegawai keselamatan yang menjaga pintu masuk utama Hagia Sophia.
“ Hoş geldin." balas pegawai terebut.
Azwin sedikit terpesona dengan kebolehan Ian Hamza. Saat mereka melepasi pintu dia bertanya.
“ I'm impressed..tak tahu pula biy boleh berbahasa Turkçe."
Ian Hamza merangkul bahu Azwin melalui laluan yang sedikit sesak. Dia menoleh dengan senyum nipis. “ Sikit je tahu. Kalau panjang-panjang tak faham."
Azwin tergelak. “ Tapi faham jugak..sayang ingat lelaki manalah berbahasa Turki tadi.. sekali toleh suami sendiri.." selorohnya.
Ian Hamza tidak menanggapi. Dia sekadar tersenyum.
Mereka berjalan lagi melihat seni bina unik itu. Antara salah satu kehebatan Hagia Sophia ialah kubah besar yang terletak di tengah-tengah bangunan. Dengan ketinggian 55.60 meter dan diameternya 31.87m menjadikan kubahnya satu keajaiban seni bina yang menggabungkan elemen Byzantine dan Uthmaniyyah.
“ Ya Allah, cantik sangat ukiran jubin dia..tengok tiang seri tu pun ada ukiran.." tegur Azwin saat menempatkan diri di bahagian kedua ruang utama yang membolehkan para pengunjung menunaikan solat di bahagian itu.
“ Yup, sangat cantik. If not mistaken, tiang, lantai jubin dengan dinding semua ni di import dari empayar yang berlainan. Selepas kerajaan Uthmaniyyah yang diketuai Sultan Muhammad Fateh menakluk kota Byzantine dari Constantinople baginda mengarahkan beberapa orang besarnya membuat pengubahsuaian pada bangunan katedral ni..sebab masa pemerintahan baginda Islam sedang berkembang pesat. Jadi, Hagia Sophia dijadikan contoh mercu kejayaan kerajaan Islam."
Azwin angguk mendengar info bangunan bersejarah itu. Kagum dia dengan kehebatan seni bina gah ini. Juga kagum dengan pengetahuan Ian Hamza.
“ Biy buat soal selidik ke masa nak datang sini? Semua pun tahu.."
“ Long short story, biy memang dah tahu and buat research sejarah. Lupa ke suami you ni architect before Dato' Hussyn put me up as CEO and do legal business in London dulu."
“ Oh arkitek rupanya..bukan study business je dulu?" membulat iris hazel Azwin. Sedikit terkejut dengan info yang diterimanya.
Ian Hamza angguk “.. business before architects. Ingat tak last visit Kak Win and anak-anak ke London dulu..yang Qiqi ajak biy balik but i refuse.."
Azwin mencerlung irisnya mendengar perkataan ‘Kak Win' dari bibir si suami..“ Biy, you nak bagi I turn into the scene as sister in law ke?"
“ No lah..sorry mi amor. You're my wife now..don't ever think to change it..Biy just nak ingatkan sayang waktu tu je.." tegah Ian Hamza. Lekas dia memaut bahu Azwin dan menarik rapat ke tubuhnya. Pipi Azwin dipaut penuh kasih. Seram melihat wajah Azwin yang sudah mahu bertukar hijau itu.
“ Tahu takut.."
“ Takut sayang..I tak nak Kak Win dah..I nak Rea Azwin as my wife je sekarang dan sampai bila-bila.." pipi Azwin dilepaskan namun tubuh itu masih dirangkul erat. Dia menggenggam erat jemari Azwin.
Azwin tersengih. Dia juga membalas genggaman tangan Ian Hamza. Senang diperlakukan sebegitu.
“ Then, what happened?"
“ Oh, sebenarnya biy tengah exam last paper untuk sub subjek pembangunan time tu..sebab tu biy refuse nak balik. Mama sebenarnya masa tu dah ajak biy balik Malaysia. Buat ayat-ayat sedih dan sebenarnya kan.." Ian Hamza menggantungkan ayatnya apabila mereka sudah berjalan memasuki ke ruangan ketiga yang menempatkan rumah ibadat orang Kristian yang masih dikekalkan di salah satu ruangan bangunan Hagia Sophia. Wajahnya sedikit tertegun melihat seni bina dan susun atur rumah ibadat orang-orang beragama Kristian.
Azwin turut membawa pandangan ke arah pandangan Ian Hamza. “ Oh kita dah masuk ke ruangan rumah ibadat penganut agama Katolik." ujarnya.
“ Yup.."
Melihat seni bina di ruangan itu sama seperti melihat seni bina di ruangan ibadah orang islam cuma yang membezakan adalah patung-patung yang terdapat diruangan itu. Malah replika salib yang besar juga digantung tinggi di hadapan kubah utama ruangan tersebut.
“ Please continue your story..sebenarnya apa tadi?"
Ian Hamza membawa langkah duduk di kerusi panjang seperti di dalam gereja. Azwin membontotinya.
“ Mama asyik cerita pasal sayang dekat I. Awin itu.. Awin ini..semuanya tentang Awin kesayangan mama.." ujar Ian Hamza. Hidung Azwin dicuit sayang.
Azwin tersengih sambil menangkap jari telunjuk Ian Hamza. Menanti bicara Ian Hamza selanjutnya.
“ Masa tu..sehari kalau tak bercakap pasal sayang memang tak tenang hidup dia..sampai I pelik and last three days before korang balik kot, kalau tak silap mama tanya persetujuan I."
“ Persetujuan?"
“ Hmmm..permintaan kalau nak diikutkan masa tu. She want me to marry you!"
Azwin ternganga. Terkejut juga mendengarnya.
“ Ya Allah..so biy terima sayang sebab mama yang suruh..macam tu?" Azwin tekup mulut. Dia segan bercampur malu.
Azwin rasa hendak menangis sekarang. Kenapa dia dapat tahu selepas dia sudah sah bergelar isteri Ian Hamza.
Happy Reading..Honeymoon pulak dua orang ni..
Share this novel