Bab 34

Drama Series 9408

MALAMNYA mereka sekeluarga keluar untuk menikmati makan malam di sebuah restoren berdekatan.

Ketika menunggu hidangan pencuci mulut tiba, Izzah bercadang mahu bertanya tentang perkembangan hubungan Ian Hamza dan Azwin yang sudah nampak mesra dan serasi.

Suri dan Khairul pula di minta membawa Qiqi dan Iqie bermain di kawasan permainan tidak jauh dari restoren kerana tidak mahu cucunya mengganggu perbualan atau perbincangan.

“ Yan..Win bila nak langsungkan majlis?" tanya Izzah.
Tak ada ayat-ayat mukadimah Izzah langsung terus ke perkara pokok. Dia memandang Ian Hamza dan Azwin yang sedang ralit berbual dengan pancaran mata mereka nampak bahagia.

Suasana hening seketika. Yang kedengaran hanya dentingan sudu garfu berlaga sesama pinggan dari penghuni restoren yang lain. Perbualan pasangan itu ikut terhenti saat pertanyaan luar jangkaan Izzah singgah ke pendengaran mereka.

Menoleh, Azwin yang duduk berhadapan Ian Hamza tersipu sejenak saat matanya bertentang dengan Izzah di sebelah. Dia terdiam tidak tahu mengulas apa-apa kerana dia tidak sempat lagi berbual lanjut dengan Ian Hamza mengenai perkara itu. Cuma semasa berada di hospital tempohari baru dia menyatakan perasaan sebenarnya pada lelaki itu.

Ian Hamza pula hanya tersenyum kelat. Dia sudah menjangka yang mamanya akan bertanya namun tidak berharap cepat seperti malam ini.

Tarik nafas Ian Hamza hela perlahan. Dia pasti lambat laun perkara ini bakal diutarakan juga oleh Izzah sementelah Izzah pernah bertanya sebelum ini. Kalau bukan sekarang dia memberi kata putus, bila lagi. Toh dia tidak mahu perkara lebih buruk berlaku pada Azwin dan anak-anak.

“ As soon as possible.." jawab Ian Hamza sedikit gugup. Dia masih belum jelas dengan kehendak Azwin, tetapi dia rasa lebih baik menetapkan pendirian. Teringat pesan papa yang menyuruhnya jangan mengalah, buatkan dia tekad.

“ Yan dan Win dah habis kenal ke?" soal Izzah. Tak menyangka dengan kemahuan Ian Hamza.

“ Lepas kahwin boleh kenal ma.."

“ Baguslah macam tu..mama bukan apa... kalau boleh nak Yan dan Win cepat-cepat kahwin. Tak manis orang tengok kalau lama-lama macam ni."

“ Apa yang tak manis ma? Yan dan Kak Win tak ada buat salah apa-apa pun." ujar Ian Hamza. Kain napkin di riba di angkat lalu mengelap bibirnya.

Izzah senyum. “ Memang tak ada buat salah apa-apa. Tapi tak elok orang tengok Yan dan Win selalu berdua ke mana-mana. Azwin ni balu. Jadi, sebelum orang buat fitnah lebih baik kita elakkan. Lagipun mama memang dah bagitahu kan hasrat mama hari tu...mama nak Azwin jadi menantu mama tak kira apa pun yang jadi."

“ Betul cakap mama tu Yan..Win. Lebih elok elakkan fitnah dari menimbulkan syak wasangka manusia." sahut Dato' Hussyn pula.

“ Kak Win..did you have anything to say?" soal Ian Hamza.

Azwin pandang Ian Hamza lama sebelum angguk.

“ Ma..pa..Win tak tahu nak cakap macam mana lagi. Win berasa bertuah sebab mama dan papa masih sayang Win dan anak-anak. Masih terima Win dalam keluarga mama dan papa. Win terhutang budi sangat. Win faham niat baik mama dan papa. Win sebenarnya masih sayang arwah Iman. Tak terlintas pun sebenarnya nak cari pengganti dia." luah Azwin. Dia tarik nafas dalam.

“ Tapi Win tahu mama dan papa nak tengok Win dan anak-anak bahagia. Macam yang Win pernah cakap pada mama sebelum ni.. yang Win tak pernah harap apa-apa lagi selain tengok anak-anak Win bahagia. Kalau ada yang boleh terima anak-anak Win macam anak sendiri Win hargai sangat-sangat."

“ Kak Win..hey kenapa cakap macam tu? Kak Win tahukan I sayang anak-anak macam mana. Of course I pun nak diorang happy." celah Ian Hamza tiba-tiba.

“ Ya betul biy..Kak Win tahu awak sayang anak-anak. Awak boleh terima ke anak-anak lebih dari apa pun? Bukan setakat sayang Kak Win semata.."

“ I takkan buat apa yang I buat hari ini kalau I tak boleh terima Qiqi dan Iqie. The facts is they have my bloods too. How I will abandon them?"

“ Please Rea Azwin..infront of mama and papa I really want to take you as my wife.. This is not just loves. It comes with responsibility and respect towards you." sambung Ian Hamza bersungguh.

Seluk saku, Ian Hamza mengeluarkan sekotak bekas cincin baldu. Dia tolak ke arah Izzah. “ Mama, ini cincin lamar untuk Kak Win. Sepatutnya Yan bagi pada Kak Win masa birthday dia esok. Tapi malam ni, alang-alang mama dan papa dah tanya. Yan nak mama sarung terus pada Kak Win. Yan tak nak main-main dah..."

Izzah ambil lalu membukanya. Sebentuk cincin berlian menyinari pandangannya.
Manakala Ian Hamza toleh ke sisi mencari wajah Azwin pula. Nyata wajah itu sedikit terkejut tetapi dia tidak mahu bertangguhlagi. Hatinya dah tak mampu untuk bertahan dari bermain tarik tali dengan Azwin. Dia secepatnya mahu memiliki Azwin.

“ Kak Win..will you accept it?"

Azwin pandang Ian Hamza tak percaya. Sinar matanya menunjukkan yang lelaki itu sangat memaksudkan kata-katanya. Hati Azwin mencair. Rasa sayang yang ada membuatkan hatinya yakin dengan keikhlasan dan kesungguhan yang dipamerkan Ian Hamza.

Azwin pandang wajah Izzah dan Dato' Hussyn pula. Kedua orang tua itu senyum dan mengangguk membuatkan hilang ragu di hati Azwin. Tanpa sedar, dia tersenyum lembut.

Melihatkan itu, terus Izzah capai lembut tangan kanan Azwin yang berada di sebelahnya. Mengambil cincin pemberian Ian Hamza tadi, lalu dia sarungkan ke jari manis Azwin.

“ Tahniah, sayang. Selamat menjadi isteri kembali. Mama dan papa berbesar hati terima Win dalam keluarga kami. Terima kasih sebab terima Ian Hamza." ucap Izzah sambil memaut tubuh Azwin ke dalam pelukannya.

Azwin sebak. Dia rasa tersentuh. Malah berasa lebih disayangi dan dihargai saat ini. Pelukannya dieratkan di tubuh Izzah.

“ Terima kasih mama." Air matanya mengalir bahagia.

Pelukan dileraikan. Izzah tersenyum gembira.

“ Kalau tak ada halangan Yan nak majlis berlangsung lagi sebulan." tiba-tiba Ian Hamza bersuara membuatkan Izzah dan Azwin berpaling serentak ke arahnya.

“ Sebulan?" serentak juga kedua mereka bersoal kerana terkejut.

Izzah merasakan masa yang di beri sangat suntuk. Risau kerana takut tak sempat aturkan majlis. Azwin pula rasa tak percaya secepat itu Ian Hamza mahu memperisterikannya.

Ian Hamza angguk. Dia malas melambat-lambatkan lagi perkara yang baik. Bukan senang juga mahu meyakinkan Azwin dengan rasa yang dia punya itu selain berasa tergugat dengan kehadiran Tengku Jefri. Toh, kata Izzah tak mahu menimbulkan fitnah, jadi lebih baik dia memperisterikan Azwin secepatnya.

“ Tak cepat sangat ke? Sempat ke nak atur majlis?" soal Izzah.

“ Tadi mama cakap tak nak timbulkan fitnah lagi. Kira paling cepat la timing tu. Kalau boleh malam ni juga Yan nak ajak Kak Win nikah. Tapi nanti mama cakap Yan tak menyempat pula. Yan bagi masa sebulan tu lebih dari cukup kut. Yang penting cukup syarat. Ada wali, saksi pengantin lelaki dan perempuan."

Dato' Hussyn tergelak. Sempat dia menyampuk.“ Betul lah tu Zah. Yang penting akad nikahnya. Sebelum ni beria suruh diorang kahwin..sekarang diorang dah setuju pun. Ikut ajelah kehendak Yan tu. Yang nak kahwinnya dia..bukan kita."

Izzah masih tak puas hati. Dia menoleh pandang Azwin mahu Azwin berkata sesuatu.

“ Win macam mana?"

“ InshaAllah boleh ma."

Bahu Izzah mengendur. Harus akur.

“ Tapi, Win tak nak majlis besar. Cukup majlis meraikan kaum keluarga dan rakan-rakan terdekat. Yang penting berkat dan ketenangan pada hari tu nanti."

“ Baiklah. Mama ikut asalkan Win happy."

.
.

PULANG dari bercuti Izzah dan Azwin sibuk menguruskan majlis perkahwinan yang akan berlangsung kurang dari sebulan itu.

Seperti tidak cukup kaki tangan di buatnya demi menjayakan majlis yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Awal-awal lagi Izzah menghalau Ian Hamza agar pulang ke kondo. Dia tidak mahu Ian Hamza sibuk berlegar di Villa Izzah dan menganggu Azwin. Lebih tepat mereka itu sedang berdarah manis dan tidak elok bersua muka selalu. Selain mengelakkan perkara yang tidak diingini. Bukan dia tidak percayakan Azwin tetapi dia tidak mempercayai Ian Hamza yang kadang kala bersifat nakal itu. Hidup anak bujangnya banyak di habiskan di negara barat membuatkan dia kenal sifat Ian Hamza bagaimana. Bukan anaknya itu tidak ada iman dan bekalan agama tetapi budaya barat sedikit sebanyak mempengaruhi jiwa mudanya.

Hari ini, Izzah dan Azwin serta beberapa pembantu rumah sedang sibuk membuat pelbagai doorgift untuk para tetamu. Telefon Azwin berdering menyentak perhatian mereka yang sedang fokus.

Melihat nama panggilan di skrin telefon Azwin tersenyum. Sempat Izzah mengerling ke wajah menantunya. Faham dengan riak Azwin, Izzah menggeleng.

Azwin bangun meminta diri.

“ Macam-macam peel orang nak kahwin ni.." bebel Izzah.

“ Biasalah datin..orang muda memang macam tu ragamnya." jawab Mak Mon ikut tersenyum.

“ Si Yan tu tak boleh langsung kalau sehari tak kacau Azwin. Teruk sangat angaunya..Nasib saya halau dia balik kondo. Kalau tak tahulah apa gelagat dia.."

“ Tak lama dah datin..jangan risau. Tinggal seminggu je lagi."

“ Sebab lagi seminggu la buat saya risau Kak Mon."

“ Doa banyak-banyak ye datin. Harap semuanya baik-baik dan berjalan lancar."

“ Yelah Kak Mon..terima kasih ingatkan saya. Risau pada Yan ni mengalahkan risau saya pada Iman nak kahwin dulu."

Mak Mon tersenyum. Dia tahu. Dia nampak riak itu pada wajah Datin Izzah.

“ Lain anak lain ragamnya Datin..lagipun Yan tu masih muda dari Iman dulu semasa meraka nak berkahwin..apa-apa pun saya nampak Yan tu baik budaknya. Nampak bertanggungjawab dan ikhlas. Kita sebagai orang tua berdoa yang baik-baik aje ye.." nasihat Mak Mon lagi. Dia sudah bekerja dengan Datin Izzah semenjak wanita itu bernikah dengan Dato' Hussyn lagi. Malah dia sudah anggap Izzah dan Hussyn seperti adik sendiri. Susah senang pasangan itu dia hadap bersama. Jadi dia faham perasaan Izzah ketika ini.

SEMENTARA di hujung balkoni, Azwin menjawab panggilan Ian Hamza.

“ Assalamualaikum."

“ Waalaikumsalam. Kenapa lambat angkat fon mi amor?"

“ Sorry, Kak Win sibuk buat doorgift dengan mama tadi."

“ Oh ingat Kak Win tak nak angkat call I tadi."

“ Mana ada. Sibuk lah. Kenapa awak call ni?"

“ Saja nak call kesayangan I. Takkan tak boleh."

“ Bukan tak boleh. Baru dua jam lepas awak call Kak Win..sekarang call lagi. Mama tengok pelik tau tadi. Seganlah.."

Ian Hamza dihujung talian melepaskan tawa. Dia tersenyum senang. Berbunga-bunga hatinya mendengar celoteh Azwin. Duduknya di bangku sengaja dipusingkan seperti hatinya yang tengah berlagu riang kerana cintanya sedang menguasai jiwa saat mendengar suara manis Azwin.

“ I miss you. Dua jam tadi lama lah..Rindu balik sebab tu I call."

Azwin yang mendengar jawapan Ian Hamza rasa nak menjerit. Geram saja dengan jawapan Ian Hamza yang tak masuk dek akal.

“ Itu aje." Azwin mengeluh. “ Ingatkan ada hal penting..kalau tak ada apa-apa Kak Win nak letak dulu. Nak sambung buat doorgift. Banyak lagi nak buat tu.." sambungnya.

“ Rindu lah Kak Win. Lepas balik bercuti kan mama halau I balik kondo. Mana kita ada jumpa lagi. Minggu lepas dua minggu I ada conference dekat Paris. Tak sempat jumpa you dekat ofis. Minggu ni you pulak dah start cuti." rungut Ian Hamza.

Azwin tergelak. “ Siapa suruh awak pilih tarikh cepat sangat?"

“ I ingat buat majlis cepat dapatlah I peluk Kak Win cepat tengok-tengok mama plan lain pulak."

Azwin sudah terbakar wajah. Merah menahan malu. Nasib sekarang ini dia di sebalik panggilan telefon. Kalau berhadapan entah bagaimana dia mahu bereaksi di depan Ian Hamza yang suka bercakap lepas tanpa memikirkan perasaan orang lain.

“ Itulah..niat awak tak betul. Sebab tu lain yang awak plan lain yang awak dapat. Tapi tak apalah Tuhan nak ajar awak bersabar tu..dia tangguhkan sesuatu yang awak fikir elok supaya dia dapat beri awak yang lebih baik. Jadi bersabarlah sayangku.." nasihat Azwin.

Kata-kata Azwin buatkan Ian Hamza tersenyum. Hatinya senang dengan nasihat Azwin yang terlihat tidak meremehkan dirinya. Wanita itu tahu menghangatkan perasaannya walau hanya dengan sepotong perkataan sayang. Itu lebih memadai. Cukup jika dia katakan perasaan rindu yang bertakung di ruang jiwa itu terubat sedikit setidaknya dapat memberikan dia semangat sehingga ke hari pernikahan mereka.

“ Thank you mi amor. I love you. Okeylah..I got to go. Ada meeting dengan Syarikat Perasa Maju sekejap lagi."

“ Oh okey.. hati-hati kerja. Jangan nakal-nakal ya."

“ No..I tak nakal-nakal. You pun jangan kerja kuat sangat. Rehat sama. I nak jumpa bidadari I minggu depan sihat ya... Tak nak you sakit-sakit pula ya.. Anything call me ASAP. Kirim salam mama and peluk cium untuk anak-anak.”

” Bye,” Azwin tersenyum senang.

Talian dimatikan.

Happy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience