Bab 35

Drama Series 9408

SELURUH laman besar Villa Izzah dihias cantik oleh pereka dalaman yang dilantik khas untuk menjayakan majlis perkahwinan Ian Hamza dan Rea Azwin hari itu.

Memilih konsep 'garden of wedding' yang bertemakan warna hijau, pink dan putih membuatkan laman besar villa itu tampak berseri.

Berdiri sama padan di hujung laman, pasangan Dato' Hussyn dan Datin Izzah yang mengenakan rona emas tersenyum gembira menyambut para tetamu yang hadir. Walaupun majlis hanya dilakukan secara tertutup dan sederhana namun ianya tetap kelihatan gemilang. Sebagai ahli keluarga yang terdekat, mereka berasa amat berbesar hati dapat menjemput kaum keluarga dan sahabat handai untuk berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan ini.

Usai para tetamu memenuhi ruangan khas, kelihatan pengantin perempuan dipimpin oleh pengapitnya menuruni anak tangga menuju pelamin bagi memulakan sesi upacara ijab dan kabul.

Azwin kelihatan sangat cantik dalam persalinan kurung moden berwarna putih gading dan emas.
Pilihan pakaian yang bertatahkan batu swarovski dan kemasan lace di bahagian dada dan kedua tangan serta veil sutra warna senada itu menampakkan Azwin lebih anggun dalam gayanya yang tersendiri. Tambahan aksesori dengan bunga tangan lili putih berpaduan rona hijau dan emas menambah seri pada susuk si pengantin. Solekan nipis dan asli juga tentunya memberi impak yang lebih sempurna kepada pemakainya.

Azwin mengatur langkah menuju pelamin dengan sopan santun namun penuh debaran. Walaupun bukan kali pertama tetapi debaran kali ini lebih hebat dirasakan. Apatah lagi saat terpandangkan pengantin lelaki yang sudah bersedia menanti tuan imam memulakan upacara pernikahan mereka. Azwin bagaikan tak percaya bakal bernikah buat kali kedua tetapi realitinya sekarang ini dia sedang melangkah menuju gerbang pelamin untuk di akad.

Sekilas Azwin sempat memandang bakal pengantin lelakinya yang kelihatan sangat tampan dan segak dalam persalinan baju melayu putih gading berserta songkok dan sampin songket tenunan emas.
Azwin menelusuri laluan utama menuju pelamin membuatkan para tetamu mula memberi perhatian khusus buatnya. Hadirin mula menghadiahkan senyuman hangat kepada Azwin tanda mereka juga turut berkongsi kebahagiaan dan ketulusan bersama pasangan pengantin. Tatapan mereka pegun dengan kecantikan Azwin, seolah-olah sedang melihat bidadari turun dari kayangan.

Tidak lupa dengan kehadiran anak-anaknya yang comel. Mereka menyambut tangannya di laluan tersebut dan berpimpin tangan. Senyuman dan telatah comel kedua mereka sedikit sebanyak menghilangkan debaran di dada Azwin. Tiba di pelaminan, dia duduk diapit kedua anak kecilnya bersama Datin Izzah.

Selesai pengantin perempuan mengambil tempat kedengaran suara emcee dari corong speaker memecah seisi laman.

“ Hadirin yang dimuliakan, bertemu kita dalam majlis penyatuan dua jiwa ini bagi mengucapkan tahniah kepada pasangan Ian Hamza bin Hussyn Arshad dan pilihan hatinya Rea Azwin binti Rashid untuk diijab kabulkan oleh imam sebentar lagi. Oleh itu marilah kita bersama-sama mendoakan agar majlis ini berjalan lancar dan dipermudahkan semuanya."

Doa selamat dimulai dan seterusnya emcee memberi laluan kepada imam untuk meneruskan upacara pernikahan.

“ Assalamualaikum. Boleh kita mulakan sekarang?” tanya Imam Khalid selaku pegawai pendaftar nikah, cerai dan rujuk yang bakal menikahkan pasangan pengantin tersebut.

Ian Hamza angguk.

“ Waalaikumsalam. Insha Allah imam." perlahan namun sedikit bergetar suaranya. Bukan kerana gementar berdepan dengan tuan imam tetapi dia berasa gementar kerana sekejap lagi dia bakal menggalas satu tanggungjawab yang besar dan berat bahkan bakal menggalas harapan dan impian keluarganya terhadap amanah Iman Hazim.

Usai mendapat keizinan, tuan imam membacakan khutbah nikah. Selesai, dia menghulurkan tangannya ke arah Ian Hamza.

“ Bila saya sebut nama kamu, terus sambut dengan menjawab ya saya.." ajar Imam Khalid.

Ian Hamza angguk lalu mula menyambut tangan tuan imam dengan senyum nipis. Sempat dia pandang wajah Dato' Hussyn dan Datin Izzah meminta restu agar di redhai dengan kasih dan sayang keduanya supaya dia dapat melayari hubungan perkahwinan yang suci ini.

Imam Khalid memulakan lafaz akad. “ Aku nikahkan dikau Ian Hamza bin Hussyn Arshad dengan Rea Azwin binti Rashid dengan berwalikan hakim sebanyak lima dinar emas tunai."

Saat lafaz akad disuarakan tuan imam usai, Ian Hamza segera menjawabnya dengan tenang dan senafas.

“ Aku terima nikahnya Rea Azwin binti Rashid berwalikan hakim sebanyak lima dinar emas tunai.”

Ian Hamza berdebar menanti pengesahan dari lelaki yang masih menjabat tangannya itu. Kurang sesaat, kedengaran suara tuan imam mendapatkan pengesahan daripada kedua saksi di kiri dan kanannya.

“ Sah.." jawab saksi pertama.

“ Sah.." jawab saksi kedua.

“ Alhamdulillah.." balas tuan imam. Dia melepaskan tangan Ian Hamza lalu menadah tangan dan memulakan doa.

Ian Hamza tarik nafas lega. Perasaan gugupnya tadi hilang lalu bergantian dengan rasa bahagia dan penuh kesyukuran. Bahagia yang tak mampu dia ucapkan dengan kata-kata. Hanya rasa syukur yang memenuhi ruang hatinya ketika ini.

“ Alhamdulillah."

Sementara Azwin pula, sudah tidak mampu menahan tangis saat mendengarkan lafaz ijab kabul yang diucapkan Ian Hamza. Air matanya mengalir di pipi. Maka dengan itu, Azwin kini sah bergelar isteri kepada suaminya. Perasaan terharu dan syukur saling menghambat hatinya kerana akhirnya dia sah menjadi seorang isteri kembali.

Tuan imam mengakhiri doanya. Dia memberi Ian Hamza teks ucapan lafaz taklik untuk di bacakan di hadapan Azwin sebagai syarat atau akuan janji yang wajib pihak isteri faham tentang hak dan tanggungjawab dalam perkahwinan dari pihak suami.

Ian Hamza bangun lalu berdiri memandang ke arah Azwin yang ayu dan sopan sedang duduk di singgahsana pelaminnya.

“ Bismillahirrahmanirrahim...Saya mengaku apabila saya meninggalkan isteri saya Rea Azwin bin Rashid selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh yang tersebut padahal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat pada tubuh badannya kemudian ia mengadu kepada mahkamah syariah, dan apabila sabit aduannya di sisi mahkamah syariah dan ia memberi kepada mahkamah syariah yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan talak khuluk." bergetar suara Ian Hamza melafazkannya. Saat itu, hati, jiwa dan raganya berjanji tidak akan sekali mengkhianati hubungan suci yang sudah halal di sisi agama dan syarak ini.

Teks ucapan kembali diberikan semula kepada imam. Lantas langkah kakinya diatur yakin dan penuh harapan ke arah pelamin yang menempatkan bidadari syurganya. Tersenyum manis Ian Hamza menghampiri Azwin dan disambut riang oleh kedua anak kecil itu.

Salam diberi sebaik menghampiri.
“ Assalamualaikum sayang.."

Azwin membalasnya bersama senyuman hangat seraya menyambut huluran tangan Ian Hamza.

“Waalaikumsalam,” jawabnya lalu kedua tangan Ian Hamza dia cium penuh sopan dan tulus.

Tidak ketinggalan Ian Hamza memaut wajah Azwin lalu mencium ubun-ubun isterinya dengan penuh kasih. Seluruh jiwanya terasa damai dan tenang ketika menatap wajah redup Azwin.

“ Terima kasih kerana sudi menjadi isteri I. Semoga kasih sayang dan cinta yang dibina selalu diberkati dan dirahmati Allah SWT. ”

“ Amiin." balas Azwin.

Datin Izzah menghulurkan seutas rantai tangan kepada Ian Hamza untuk dipakaikan kepada Azwin sebagai penyerahan mas kahwin.

Selesai, kedua pasangan tersebut diraikan dengan majlis persandingan pula. Mereka diraikan penuh gilang-gemilang oleh para hadirin yang hadir.

Seperti kemahuan Azwin, majlis berlangsung dalam suasana sederhana namun dipenuhi keberkatan sehingga ke akhir majlis. Semuanya lancar dan sangat mudah.

HAMPIR ke tengah malam barulah pengantin dapat merehatkan diri kerana majlis pernikahan dan persandingan yang dilangsungkan serentak selesai.

Ketika naik ke biliknya Azwin terus membersihkan diri dan menukar pakaian tidur dari jenis satin. Saat dia keluar dari bilik pakaian, kelihatan Ian Hamza sedang mendukung Iqie yang sudah terlena di dalam gendongan.

“ Eh, dah tidur budak kecik ni?" tegur Azwin.

“ Aah." Ian Hamza meletakkan Iqie berhati-hati ke atas katil lalu membetulkan posisi tubuh anak itu dengan lebih selesa.

“ Letih sangat hari ni, sebab tu tertidur." balas Ian Hamza lalu duduk di birai katil. Ubun-ubun Iqie diusap lembut sebelum menciumnya.

“ Kakak?" tanya Azwin lalu duduk di sebelah Ian Hamza sambil mengelus manja anak kecilnya itu. Pipi Iqie diciumnya.

“ Masa I naik atas tadi nampak dia dengan Kak Suri. Kejap lagi dia pun mesti lena juga. I dah pesan dengan Kak Suri suruh uruskan Qiqi.”

“ Okey." Azwin senyum. Dia bangun menuju ke bilik pakaian dan keluar semula membawa sehelai tuala dan berdiri di hadapan suaminya.

“ Biy..pergilah mandi. Kesian awak nampak letih sangat." ujar Azwin lalu menyerahkan tuala kepada Ian Hamza.

Ian Hamza angkat wajah. Dia tersenyum lalu memegang tuala tersebut namun tidak mengambilnya. Wajah Azwin yang sudah hilang solekan dia tatap seketika.

“ Thanks.. tapi kejap lagi lah. I ada something yang lebih penting nak cakap dengan you. Sini duduk sekejap.." ujar Ian Hamza. Tangan Azwin dicapai lalu menarik tubuh itu ke ribanya.

“ Biy..."

Azwin berasa segan sehingga wajahnya bertukar merah. Dia cuba bangun dari riba Ian Hamza. Walaupun sudah halal, tetapi dia belum biasa begitu. Tambahan, ada susuk kecil bersama mereka di bilik tidur tersebut.

“ Nope..just sit properly. I will not doing anything wrong that might harm you." larang Ian Hamza. Pinggang Azwin dikunci kejap dengan kedua tangannya.

Meletakkan dagu ke bahu Azwin lama Ian Hamza memeluk wanita itu yang telah sah menjadi isterinya pagi tadi. Wangian lavender yang terbit dari tubuh Azwin itu memberikan ketenangan kepadanya. Dia hidu semahunya melepaskan rasa rindu yang bermukim sejak sekian lama.

“ Tadi..awak cakap ada something nak bagitahu apa dia?" soal Azwin gugup. Tubuhnya terasa kaku dan beku saat dipeluk begitu. Dadanya sejak tadi berdegup laju sehingga rasa hendak pecah. Dia malu dan segan. Apatah lagi saat dia dan Ian Hamza berada dalam keadaan intim begini. Namun, untuk melarang, dia bimbang Ian Hamza berkecil hati pula. Jadi, diingatkan pada hati sendiri agar merelakan setiap perlakuan suaminya kerana mereka telah halal bersama.

Ian Hamza hampir terlelap tetapi sebaik mendengar suara Azwin dia membuka mata. Tubuh Azwin dipusing menghadap wajahnya. Ian Hamza tersenyum.

“ First of all, boleh tak you tukar panggilan awak kepada anything that perform me as your husband. I still rasa macam I adik you and that's stuck me to doing more as your lover." soal Ian Hamza. Bibir mungil Azwin dielus dengan ibu jarinya.

Azwin jeda. Wajahnya ditundukkan. Bibirnya dikemam. Malunya menebal dan terasa wajahnya panas diperlakukan begitu oleh Ian Hamza. Dadanya berdegup dengan lebih kencang.

“ Mi amor.." panggil Ian Hamza lembut. Dagu Azwin diraih sama paras dengan pandangannya yang membolehkan dia menatap iris hazel si isteri.

“ Anything yang you selesa as long bukan awak."

“ Kak Win tak biasa.." Azwin merapatkan kelopak matanya. Segannya bergunung-gunung ketika pandangan Ian Hamza menusuk ke dalam matanya.

Ian Hamza lepas nafas. Dia hampir ketawa kerana berasa lucu melihat riak Azwin namun ditahannya.

Mencapai kedua tangan Azwin lalu di rehatkan ke bahu sendiri. Membiarkan tangan Azwin merangkul bahunya agar kedudukan mereka lebih santai. Dia tidak mahu memberi bebanan kepada Azwin tetapi dia sangat berharap yang malam pertama mereka akan berlalu dalam situasi tenang dan santai tanpa sebarang tekanan. Dia benar-benar mahu menjadi seorang nakhoda kapal yang paling memahami dalam mengemudi bahtera rumahtangga supaya pelayaran hubungan suami isteri mereka menjadi bermakna bersama wanita pilihan hatinya.

“ Now open your eyes and try to tell me."

Azwin seperti tadi masih memejamkan matanya dan mula menggeleng. Dia bukan tidak mahu tetapi tidak pandai membuat pilihan toh segannya juga menggunung. “ Kak Win tak tahu.."

“ Please sayang no more 'Kak Win'. We're husband and wife now.." lebih lembut nada suara Ian Hamza daripada sebelumnya seakan merayu.

Beberapa detik menanti, riak Azwin masih sama. Justru Ian Hamza akhirnya akur.

“ Kalau I pilih you akan ikut?" tanyanya.

Azwin angguk. Dia bersetuju saja asalkan bukan dia yang memilihnya. Dia tidak tahu bagaimana mahu membawa perwatakan isteri kepada Ian Hamza kerana jarak umurnya yang sepuluh tahun lebih tua dari lelaki itu. Dia berasa sangat janggal untuk bereaksi berlebihan. Bimbang dikatakan gatal dan over react.

“ Depends on words."

“ Kalau macam tu just call me biy as usual..and prescribe you as sayang. I will call you sayang and prescribe my title as biy too. Can we try?"

Lama Azwin diam tanpa reaksi sebelum akhirnya dia angguk. Ideal dan terlihat tidak remeh penggunaannya.

“ And now open your eyes sayang.."

Perlahan Azwin membuka matanya.

Ian Hamza menyambut tatapan pertama itu dengan senyuman hangat. Memberikan tatapan pertamanya sebagai seorang suami yang akan sentiasa menyayangi, mengasihi dan menyokong seorang isteri dalam apa jua keadaan dan situasi.

Masa terus berdetik sehingga dia merapatkan wajahnya ke wajah Azwin membuatkan hidung mereka bersentuhan beberapa ketika sebelum lelaki itu menyambar bibir merah Azwin lembut dan penuh romantis.

Happy reading..okey done kahwinkan Kak Win n Baby..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience