Pukul 4 petang, Farhan berdiri berhampiran pintu sambil memandang ke arah Aina yang masih termenung di tepi sofa. Dia menghulurkan tangannya ke arah gadis itu, wajahnya kelihatan tenang tetapi penuh tegas.
“Aina, jom. Jangan buat perangai,” ucap Farhan dengan nada lembut tetapi mendesak.
Aina mengalihkan pandangan ke tangan Farhan yang terhulur, namun tidak memberi sebarang reaksi. Dia hanya memandang tangan itu seolah-olah sedang mempertimbangkan sesuatu.
Melihat Aina enggan bergerak, Farhan mengeluh kecil. Dia melangkah mendekati Aina dan tanpa sebarang amaran, terus menggenggam tangan putih mulus gadis itu.
“Aku tak tanya kau nak ke tak. Aku cakap, jom,” kata Farhan, matanya merenung tepat ke arah Aina.
Aina tersentak sedikit dengan tindakan Farhan. Dia cuba menarik tangannya, tetapi genggaman Farhan terlalu kuat untuk dilepaskan. Wajahnya memerah, tidak tahu sama ada kerana marah atau malu.
Farhan tersenyum sinis melihat reaksi Aina. “Tak payah nak malu sangat. Aku tak makan kau, Aina.”
Aina mengetap bibir, kemudian mencapai telefon bimbitnya dan menaip sesuatu. Dia menunjukkan skrin itu kepada Farhan: “Awak ni kasar sangat. Lepaslah tangan saya!”
Farhan hanya ketawa kecil sambil menggelengkan kepala. “Kau ni degil, tahu tak? Kalau aku lepaskan, kau mesti cari alasan untuk tak ikut aku. Jadi, tak ada peluang.”
Aina memandang Farhan dengan mata yang tajam, tetapi dia tahu lelaki itu tidak akan mengalah. Dengan berat hati, dia akhirnya bangun dari sofa, membiarkan Farhan menariknya keluar dari bilik hotel.
Farhan memarkir kereta di kawasan pantai yang tenang. Suasana matahari hampir terbenam memberikan cahaya jingga keemasan yang memantul di permukaan laut. Aina keluar dari kereta sambil menghirup udara pantai yang segar.
Dia tersenyum lebar, menikmati angin yang meniup lembut rambutnya. Rambutnya yang terurai melambai-lambai ditiup angin, menambahkan seri pada wajahnya yang sedia cantik. Farhan, yang berdiri di sisinya, memerhati dengan kagum.
“Dah lama tak nampak kau senyum macam tu,” ucap Farhan perlahan, matanya tidak lepas dari wajah Aina.
Aina mengeluarkan telefonnya lalu menaip: Bila last awak nampak saya senyum?
Farhan tersenyum kecil sambil mengingati masa lalu. “Sebelum kau hilang... masa umur kau 7 tahun,” jawabnya sambil memandang jauh ke arah laut.
Aina terdiam seketika, memandang Farhan dengan ekspresi yang sukar dibaca. Dia kemudian menaip lagi: Awak ingat semua tentang saya masa kecil?
Farhan mengangguk, matanya masih merenung ombak yang memukul pantai. “Mana boleh lupa. Kau dulu budak kecil yang ceria. Sentiasa buat semua orang senyum. Tapi lepas kau hilang, semuanya berubah.”
Aina terharu mendengar kata-kata Farhan, tetapi dia cuba menyembunyikannya dengan berpaling ke arah laut. Dia tersenyum lagi, kali ini dengan lebih ikhlas. Angin pantai terus bermain dengan rambutnya, membuatkan dia kelihatan seperti lukisan hidup di bawah langit jingga.
“Kalau senyuman kau boleh buat aku ingat memori baik, jangan berhenti senyum, Aina,” tambah Farhan dengan suara perlahan, hampir seperti berbisik.
Farhan sedang berdiri di tepi pantai sambil menunggu rakannya, Zaim. Tidak lama kemudian, Zaim muncul bersama isterinya, Yana, dan anak mereka, Imran.
“Bro, sorry lambat. Bini aku lambat siap, biasalah perempuan,” kata Zaim sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.
Farhan ketawa kecil sambil menjawab, “Tak apa lah, aku pun baru sampai.”
Tiba-tiba, suara Yana memecahkan suasana. “Imran, jangan lari!” teriaknya sambil mengejar anak kecil itu.
Namun, Imran sudah pun berlari laju dan terus memeluk Aina yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka. Aina terkejut, namun senyuman lembut menghiasi wajahnya.
“Hai, akak! Cantiknya bibir akak,” kata Imran dengan mata yang bersinar-sinar, memandang wajah Aina.
Aina mencangkung perlahan, membalas pelukan Imran sambil mengusap kepala budak kecil itu. Senyuman Aina begitu ikhlas, membuatkan Yana dan Zaim tersenyum dari jauh.
Namun, gelagat Imran yang memegang pipi Aina membuatkan Farhan tidak dapat menahan diri untuk bersuara. “Ehh, budak kecik! Asal kau pegang pipi dia? Aku sendiri pun belum rasa,” kata Farhan dengan nada mengusik, sambil mencebik.
Imran hanya ketawa kecil, manakala Aina memandang Farhan dengan ekspresi penuh persoalan. Farhan, seperti biasa, cuba menyembunyikan riak wajahnya yang sedikit cemburu dengan senyuman sinis.
“Cantik, bakal isteri awak, Farhan. Lagi cantik dari arwah Siti…” ucap Yana sambil tersenyum memandang Aina.
Aina hanya membalas dengan senyuman manis, namun sedikit tersipu malu.
Farhan, yang berdiri di sebelah, tersenyum kecil tetapi tidak berkata apa-apa.
Zaim, yang sememangnya suka mengusik, menghampiri Farhan dan berbisik, “Bro, jadi dia lah first love kau. Patutlah dulu masa arwah Siti cuba tackle kau, kau buat tak tahu je. Rupanya kau simpan hati untuk dia ni, ya? Cantik gila, bro. Bukan sekadar cantik, tapi tersangat cantik.”
Farhan menjeling Zaim sambil menepuk bahunya perlahan. “Kau ni, diamlah. Jangan banyak sangat cakap,” balas Farhan, tetapi riak wajahnya jelas menunjukkan dia bersetuju dengan pujian Zaim.
Zaim ketawa kecil, manakala Yana terus memerhatikan Aina dengan penuh minat. “Aina, awak ni memang cantik sangat. Farhan memang bertuah dapat awak,” puji Yana dengan tulus.
Aina hanya mengangguk sambil tersenyum manis, tetapi matanya sedikit menjeling Farhan, yang kelihatan seperti tidak tahu bagaimana hendak mengendalikan situasi itu.
“Kakak cantik, jom main pasir!” ucap Imran sambil menarik tangan Aina dengan riang.
Aina berhenti seketika, memandang wajah Farhan, meminta penjelasan. Kemudian, dia menghulurkan tangan, meminta telefon Farhan.
Farhan menyerahkan telefonnya tanpa berkata apa-apa. Aina segera menaip: Awak, saya mana ada baju nak main pasir.
Farhan membaca mesej itu dan tersenyum sambil menutup telefonnya. “Kau pergi je main pasir. Aku tahu lah nak cari baju kau kat mana.”
Aina memandang Farhan dengan dahi berkerut, tidak yakin dengan jawapannya, tetapi Imran yang bersemangat sudah menarik tangannya ke arah pasir. Farhan hanya ketawa kecil melihat reaksi Aina yang keliru.
“Percaya je, aku ada plan,” tambah Farhan sambil mengenyit mata, membuatkan Aina mencebik sebelum melangkah ke arah Imran.
“Sayang, I tengok Imran kejap,” ucap Yana sambil memandang Zaim.
“Pergi lah,” jawab Zaim dengan senyuman kecil, memberi izin tanpa banyak soal.
Setelah Yana berlalu ke arah Imran dan Aina, Zaim menoleh serius ke arah Farhan yang masih memerhati mereka di pantai. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum membuka mulut.
“Kau betul ke nak kahwin dengan Aina?” soal Zaim, nadanya lebih seperti satu amaran daripada pertanyaan.
Farhan mengerutkan dahi, tetapi tidak menjawab. Dia hanya memandang Zaim dengan wajah serius, menunggu sahabatnya menyambung kata.
“Kau kena tahu risiko, bro. Bila kau kahwin dengan Aina, kau bukan setakat ambil tanggungjawab sebagai suami. Kau kena hadap musuh kau.” Zaim berhenti seketika, nadanya semakin tegas. “Kau tahu kan penyebab kematian Siti. Kau tak boleh abaikan fakta tu.”
Farhan mengepal penumbuk, rahangnya mengetap kuat. “Aku tahu,” balasnya pendek.
“Kau mafia, Farhan. Dunia kau gelap. Aina... dia lain. Dia tak sesuai untuk dunia kau,” sambung Zaim lagi, cuba memujuk dengan nada yang lebih lembut.
Farhan memejamkan mata seketika, cuba menenangkan diri. “Sebab tu aku kena lindungi dia. Kalau aku lepaskan dia, dia tetap dalam bahaya. Sekurang-kurangnya dengan aku, dia ada peluang untuk hidup. Aku takkan biarkan sejarah berulang, Zaim.”
Zaim memandang Farhan lama. Dia tahu keputusan Farhan takkan berubah, tetapi sebagai sahabat, dia tetap risau. “Kalau itu keputusan kau, aku takkan halang. Tapi ingat, kau kena lebih hati-hati. Musuh kau takkan diam, Farhan.”
Farhan mengangguk perlahan. “Aku dah bersedia. Apa pun yang terjadi, aku takkan biarkan Aina jadi macam Siti.”
Aina melambaikan tangannya ke arah Farhan sambil tersenyum lebar, rambutnya terbang ditiup angin pantai. Langkahnya penuh semangat menuju ke arah lelaki itu, dan tanpa berkata apa-apa, dia menarik tangan Farhan dengan lembut, cuba mengajaknya berjalan di sepanjang pantai.
Farhan mengerutkan dahi melihat kelakuan spontan gadis itu. “Aina, stop,” tegurnya tegas tetapi tetap lembut, membuatkan langkah Aina terhenti serta-merta. Dia memandang Farhan dengan mata yang sedikit keliru, bibirnya separuh terbuka seakan ingin bertanya kenapa.
Farhan tidak menjawab. Sebaliknya, dia mencangkung di hadapan Aina, dan tangannya mula membuka tali kasut tumit tinggi yang melilit kaki gadis itu. Tangan Farhan bergerak cekap, tetapi wajahnya fokus seperti itu adalah tugas yang paling penting di dunia.
Aina mengangkat keningnya, memandang lelaki itu dengan hairan. Dia menaip sesuatu di telefon Farhan dan menghulurkan skrin kepadanya. “Awak buat apa? Saya boleh buka sendiri.”
Farhan membaca mesej itu dan mendongak memandang wajah Aina. “Takkan kau nak masuk pantai dengan berkasut tumit. Nanti sakit kaki kau tu. Aku bukakan, senang.”
Aina terdiam, wajahnya sedikit memerah. Dia tidak tahu bagaimana mahu membalas jawapan Farhan. Setelah selesai, Farhan menyarungkan selipar pantai yang lebih selesa pada kaki Aina.
“Sekarang, dah sesuai. Jom,” katanya sambil bangun dan menghulurkan tangan ke arah Aina.
Aina memandang tangan itu, ragu-ragu untuk menyambutnya, tetapi akhirnya dia memegang tangan Farhan dengan malu-malu. Langkah mereka diteruskan ke arah pantai, meninggalkan jejak di pasir yang lembut. Gelombang kecil menyapa kaki mereka, dan angin laut meniup halus, membuatkan suasana itu terasa damai tetapi penuh makna.
“Terima kasih,” taip Aina di telefon Farhan selepas beberapa langkah.
Farhan membaca mesej itu, tersenyum kecil, tetapi tidak berkata apa-apa. Dia hanya menggenggam tangan Aina lebih erat, seolah-olah ingin memberitahu bahawa dia sentiasa ada untuk gadis itu, tanpa perlu menggunakan kata-kata.
“Farhan, janganlah lebih-lebih sangat. Ingat, awak berdua belum halal lagi,” tegur Yana sambil tersenyum nakal, cuba mengusik mereka. Suaranya bernada bergurau, tetapi pesannya cukup jelas.
Aina yang mendengar teguran itu terus menarik tangannya dari genggaman Farhan dengan pantas. Wajahnya memerah, tidak tahu sama ada kerana malu atau segan. Dia tunduk, cuba mengelak daripada bertentang mata dengan sesiapa.
Farhan hanya menghela nafas pendek, memandang Yana dengan senyuman tipis yang penuh makna. “Aku tak buat apa-apa pun, Yana. Kau je yang cepat sangat buat andaian,” balasnya santai sambil memasukkan tangannya ke dalam poket, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Yana tergelak kecil melihat reaksi mereka berdua. “Ala, aku gurau je, jangan ambil serius. Tapi betul lah, Farhan. Jaga batas. Kang orang salah anggap, susah pula kau nak jawab,” tambahnya sambil mengangkat tangan seperti menyerah.
Farhan mengalihkan pandangannya ke arah Aina. Dia mendekatkan sedikit dirinya, tetapi memastikan jarak yang sopan. “Aina, kau jangan dengar sangat apa yang Yana cakap. Dia ni memang suka cari pasal,” ucap Farhan sambil menunduk sedikit untuk memandang wajah Aina.
Aina mengetap bibir, tetapi akhirnya menaip sesuatu di telefon Farhan sebelum menyerahkannya. “Tak apa, dia betul. Saya pun tak nak orang salah faham.”
Farhan membaca mesej itu, tersenyum nipis, dan mengangguk. “Okey, fine. Kita ikut apa kau nak,” katanya sambil meluruskan badan. Namun, dalam hatinya, dia sedikit terganggu kerana Aina tiba-tiba menjauhkan diri.
Yana hanya memerhati dari jauh sambil tersenyum, puas dapat membuatkan keadaan menjadi sedikit janggal. Dia tahu Farhan jarang benar membiarkan emosinya terganggu, tetapi dengan Aina, segalanya kelihatan berbeza.
Share this novel