Masa berlalu dengan pantas...
Selepas 7 bulan hana tinggal di asrama, hana pulang untuk cuti. Bayangkan selama 7 bulan itu sama sekali dia tidak pulang, dan kali ni selepas 7 bulan baru dia pulang. Kerana kebetulan selepas 7 bulan itu barulah dia ada cuti yang agak panjang sedikit. Sebelum ini, cuti yang dia ada hanya sehari dua hari sahaja rasanya kalau dia pulang pun tidak puas. Jadi, hana berfikir untuk pulang selepas 7 bulan dia tinggal di asrama itu.
Dalam masa 7 bulan hana di asrama, awalnya hana pun tidak biasa tetapi lama kelamaan dia sudah terbiasa. Hana turut happy di asrama, ramai kawan-kawan, belajar pun oke, cikgu baik-baik, dia sangat senang sekali di situ seperti tidak merasa bimbang sebagaimana awal-awal dulu dia mahu melangkah ke asrama. Mungkin ibu, selalu mendoakan dia di asrama dan itulah kenyataannya.
Dalam tempoh dia tinggal di asmara juga, dia tidak lupa selalu memberi khabar pada ibu. Selalu messange.
Di asrama juga, memang hana ramai kawan. Ramai yang senanginya. Tetapi, dalam banyak-banyak kawan yang paling dia rapat adalah amin. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab amin ni pandai mengambil hati dialah kot hihihi. Tapi dalam story ni diorang berkawan sahaja. Amin ni satu kelas dia juga. Bila hana rasa susah sangat nak belajar amin lah orang first di hadapan dia, bantu dia.
Bila hana sedih dia selalu ada, bila dia terlalu rindu sangat dengan family dia, amin lah yang selalu naikkan semangat dia. Jika hana ada benda yang nak di luahkan, amin lah orang selalu setia menjadi pendengarnya. Amin bukan setakat rakannya tetapi hana sudah menggangapnya seperti abangnya sendiri. Walaupun sebaya.
Tetapi, itu di mata hana. Di mata amin pula, hana lah segalanya. Apa yang segalanya? Sebab apa? Stay tuned okey.
Walaupun baru 7 bulan hana tinggal di asrama dan kenal dengan amin serasa macam sudah 7 tahun kenal amin. Banyak sangatlah kenangan dia dengan amin dekat situ. Selalu kalau di kelas mesti dapat satu group belajar dengan amin. Di dari situlah, hana mula rapat dengan amin. Rehat sama-sama, study sama-sama, training basketball sama-sama, gurau senda bersama-sama dan banyak lagilah kenangan diorang study dekat asrama tu.
Dalam masa 7 bulan hana tidak pulang cuti, amin turut tidak pulang cuti. Sesiapa yang tidak pulang cuti pasti cikgu yang menjaga asrama akan bawa mereka keluar melakukan aktiviti di luar. Seperti, berjoging, berkhemah, hiking, mandi sungai ataupun bersiar-siar. Dan pelbagai lagi aktiviti yang lainnya.
Nah, di dari situlah mereka turut bersama-sama satu group juga. Lagi pula, biasa yang tak pulang cuti asrama pun tidak ramai. Dalam 10 or 11 orang sahaja. Terkadang 7 orang sahaja. Sebab itulah cikgu boleh bawa mereka. Menghilangkan bosan katanya. Di asrama, jika pulang cuti kebanyakkan ramai yang mahu pulang sebab tulah jumlah yang tidak pulang cuti sedikit.
Hana yang sebenarnya, awalnya dia mahu pulang juga tapi bila di fikir-fikir balik nanti sahajalah dia pulang setelah dapat cuti yang agak lama. Dia pun sudah message ibu tentang ini dan ibu setuju sahaja. Walaupun sebenarnya sudah beberapa kali juga ibu seperti memaksa dia pulang. Tetapi, lama kelamaan ibu mula akur dengan alasan hana untuk pulang selepas 7 bulan itu. Setelah dia dapat cuti yang agak panjang itu. Lagipun jika mahu pulang cuti terlalu awal, hana pun masih budak baru disitu rasa tidak selesa, baru masuk mahu pulang cuti pula.
Masa mula berlalu dengan cepat sekali sehingga tidak terasa sudah 7 bulan hana di asrama. Selapas itu, hana pun pulang cuti. Pulang kerumah. Tetapi, ibu tidak menjemputnya. Hana pulang sendiri menaiki grab. Awalnya, ibu berkata dia akan menjemput hana pulang mengambilnya di asrama sekali last-last minit ibu pula tak dapat ambil.
Ibu messange...
"Salam sayang.. maaf sangat-sangat ibu tak dapat ambil kakak.. sorry sangat.. kakak pulang naik grab okey? Nanti ibu hantarkan grab dekat sana".
Replay hana...
"Ha? Lah.. kak dah tunggu ibu dah ni.. hmm tak apalah ibu kalau macam tu kakak tunggu jelah grab yang ibu nak hantar tu".
Then hana message lagi...
"Tapi ibu kenapa pula tiba-tiba ibu tak jadi ambil kakak?".
Ibu tak balas.. tak jawab.. ibu off data.. sibuklah agaknya.
Padahal waktu tu, hana dah tunggu ibu dekat bawah.
Amin pula lambat gerak, lambat sikit. Amin waktu hana pulang cuti dia turut pulang. Amin juga memang naik grab kalau pulang. Kalau amin keluar sama hana bolehlah sekali naik grab sama tapi amin lambat sikit pula. Lagi pula tak apalah ibu kata dia akan hantar grab. Jadinya, hana naik grab yang dah dihantar ibu tu jelah.
Setelah beberapa minit grab yang ibu hantar mengambil hana, menghantarnya pulang rumah. Serasa cepat pula grab sampai tapi sama je kena tunggu juga kan hihihi.
Share this novel