Setiba hana dirumah, mula membuka pintu pagar. Dan setelah ia menutup semula pagar itu, dia menoleh ke belakang. Alangkah terkejutnya hana waktu tu. Ayah yang sudah berada dibelakangnya!
Hana terus berkata..
"Eh! Ayah terkejut hana!".
Ayah waktu tu dengan muka yang sangat serius dan renungan yang tajam terhadap hana. Lalu berkata padanya...
"Kenapa lama sangat? Pergi mana?".
"Ammm.. hana.. minta maaf ayah.. hmm.. lambat sebab........
Ayah terus memotong percakapan hana...
"Ayah dah kata tadi jangan balik lambat-lambat.. ni sekarang dah nak gelap dah.. kalau jadi apa- apa dengan hana siapa yang susah?". Ayah yang masih dengan muka yang serius.
Waktu tu muka hana dah mula resah.
Lalu, hana berkata lagi pada ayah dengan nada yang slow sambil menunduk...
"Hana.. minta maaf ayah.. hana memang salah".
Tiba-tiba muka ayah kembali normal dan tersenyum sambil berkata pada hana...
"Tak apa hana.. its okey ayah cuma risau dengan hana ja.. its okeylah.. yang penting hana dah balik".
Setelah ayah berkata sebegitu, hana mula memandang kembali ayah dan tersenyum juga.
Tambah hana lagi...
"Ayah tak marah kan?".
"Tak adalah.. tak ada apa.. ayah okey ja.. dah-dah.. jom masuk.. makanan dah nak siap dah.. jom". Kata ayah dengan raut wajah yang tersenyum sambil memegang nya dan jemput masuk ke dalam.
Hana pun tersenyum juga dan mula masuk ke dalam rumah.
Hana mula memasuki biliknya dan duduk di atas katilnya. Dengan raut wajah yang masih memikirkan dan seakan-akan termenung dengan kata-kata makcik-makcik tadi.
Lalu, dalam hati hana berkata...
"Kenapa ya aku terlalu memikirkan apa kata-kata makcik-makcik tadi.. rasa macam ada yang tak kena pula".
Tiba-tiba pintu bilik hana diketuk oleh ayah. Sambil membawa segelas air untuk hana.
"Hana.. hana..".
Hana pun terus bangun, setelah tersedar ayah memanggilnya dan mengetuk. Lalu, hana terus membuka pintu.
Setelah hana buka pintu, ayah terus berkata pada hana...
"Hana.. ni ayah ada buat kan air untuk hana.. air favorite hana.. coklat panas.. ni ambil.. baik-baik panas". Ayah sambil tersenyum manis. Dan terus beri pada hana.
"ammm.. terima kasih ayah.. susah-susah ja". Kata hana sambil mengambil air nya itu.
"Eh tak adalah.. tak susah pun.. minum tau". Kata ayah lagi.
Hana mengganguk dan tersenyum. Lalu, menutup kembali pintu biliknya.
Hana mula meletakkan air nya di atas meja kecil yang berada bersebelahan katilnya. Lalu, dia kembali duduk di atas katil. Dan dia hanya melihat dan tenung sahaja air yang ayah beri padanya.
Lalu, perasaan hana tiba-tiba terasa mahu mengangkat air itu, tanpa rasa ragu-ragu hana mengangkatnya dan melihat bahagian bawa airnya seperti ada something berwarna putih-putih. Setelah melihat itu, hana agak hairan apakah itu. Dengan rasa hati yang kebinggungan hana meletakkan semula air itu ia tidak minum. Tak terasa mahu minum.
Setelah itu, hana mula mengeluarkan handphone nya dalam poket, dia mahu mencuba menelefon ibu.
Hana yang telah mencuba menelefon ibunya hampir 4 kali tetapi ibu masih tidak menjawabnya.
Hana mula bangun dan bergerak keluar dari bilik sambil tetap mencuba menelefon ibu. Dan tiba-tiba!!!...
Hana terdengar seperti telefon berdering berbunyi!. Lalu, dia mencari-cari keberadaan deringan itu!. Semakin hampir dia di depan bilik ayah semakin dekat bunyinya!. Dan perlahan-lahan dia cuba membuka bilik ayah untuk kepastian. Alangkah terkejutnya dia melihat telefon ibu berada di atas katil ayah!. Lalu, hana mula mendekat ingin cuba mengambil telefon ibu.
Tetapi tiba-tiba suara ayah memanggilnya...
"Hana.. hana...".
Waktu tu, hana hanya sempat memegang dan di letakkan semula di atas meja bersebelahan katil ayah. Dalam keaadaan kelam kabut kerana suara ayah kedengaran memanggilnya. Hana tidak sempat mengambil telefon ibu. Dia cepat-cepat beredar keluar dari bilik ayah.
Dan terus menjawab panggilan ayah...
"Yaaa ayah...".
"Eh tak mandi lagi ke? Bila nak mandi? Makan malam dah nak siap dah ni tapi tak mandi lagi macam mana nak makan?". Kata ayah pada hana.
Waktu tu hana sempat keluar dari bilik ayah. Then terus terserempak ayah di bahagian hadapan sedikit dari bilik ayah. Tetapi, sepertinya ayah tak perasan yang hana baru keluar dari biliknya.
Lalu, hana berkata lagi pada ayah tanpa rasa ragu-ragu. Hana tidak mahu menampakkan wajah kegelisahannya di depan ayah waktu itu.
"Ha ya.. hana nak mandi lah ni.. hana pergi dululah". Hana sambil sedikit tersenyum. Dan terus berlalu pergi.
Waktu tu, ayah mula memandang-mandang ke arah biliknya. Memandang agak hairan. Kerana hana seakan-akan dari arah biliknya. Tetapi ayah tidak menghiraukan nya dan dia tidak memasuki biliknya untuk check.
Setiba hana di bilik air dan mula menutupi pintu, menggantungkan tualanya . Tiba-tiba dia terlupa untuk mengambil bekas mandiaanya.
Kata hana dengan nada yang slow...
"Aduhh lupa bekas mandi.. haishhh".
Hana pun mula keluar kembali. Setelah membuka pintu. Alangkah terkejutnya hana ketika itu! melihat ayah berada di depan pintu bilik air! Gayanya seperti ingin mengintipnya!!!. Ayah waktu tu juga sangat terkejut, reaction ayah agak menggelabah! Kerana hana yang tiba-tiba membuka pintu.
Hana pun terus berkata pada ayah...
"Ayah!? Ayah buat apa ni!?".
Nada ayah yang seakan-akan terganggap, tercungap-cungap.
Tetapi ayah tetap bersuara...
"Ammm.. tak.. tak ada apa.. ammm.. ni ayah cuma nak check pintu ni sebab macam rosak sikit(sambil memegang-megang pintu bilik air itu) hmmm.. ayah tak perasan pula ada hana dekat dalam.. maaf sangat-sangat hana.. ayah tak ada maksud lain pun.. ayah cuma nak tengok-tenggokkan pintu ni tu ja".
Setelah kata-kata ayah itu, hana mula berfikir positive. Walaupun hakikatnya masih ragu-ragu.
Hana pun berkata lagi pada ayah dengan nada yang agak reda...
"Ohhh yakah.. hmm okeylah kalau macam tu.. amm.. hana sebenarnya lupa ambil barang mandi.. hana ambil dululah". Hana terus berlalu pergi.
Ayah hanya tersenyum padanya dengan sedikit mengganguk.
Setelah kejadian itu, hana tidak rasa lagi ingin mandi. Tak tahu kenapa. Hana hanya membasuh mukanya sahaja.
Makan malam pun tiba waktu tu. Kelihatan banyak sangat makanan di atas meja. Macam-macam ada.
Ada tomyam, telur dadar, 2 jenis sayur-sayuran, kentang goreng dan ikan goreng. Minuman pula, ada juice tembikai, juice oren dan air coklat panas. Dan ada juga beberapa buah-buahan.
Hana mula tiba di meja makan. Ayah yang sibuk menyusun-nyusun makanana-makanan di atas meja. Setelah ayah melihat hana, ayah terus berkata...
"Hana.. meh duduk.. kita makan sama-sama.. meh meh".
"Ayah banyaknya makanan". Kata hana hairan. Dan mula duduk berhadapan ayah.
"Ala tak adalah banyak mana.. ni jelah yang ayah mampu buat untuk hana.. hana suka tak?".
"Ala yah.. tak yah susah-susah lah buat semua ni.. kalau ada telur dadar dengan nasi dah cukup.. lagipun kan cuma kita ja.. kalau tak habis macam mana?".
"Lah kalau tak habis boleh simpan.. besok boleh panaskan.. tak pun bagi jiran-jiran dekat bawah tu kan". Ayah berkata dengan senyuman.
"Hmm.. yalah..".
"Dah-dah.. jom makan".
"Bismillah..".
Masa tu juga, ayah mula teringat kembali yang hana pernah message ibu dengan berkata...
"Ibu jangan lupa tau nanti hana balik masak sedap-sedap.. masak tomyam tau..".
Tu yang mungkin ayah yang masakkan tomyam untuk hana, sebab ayah tahu hana pernah message ibu macam tu.
Makanan yang dimasak ayah semua kelihatan sedap-sedap. Tetapi bila di makan......
Tidak rasa apa-apa! Ada yang masin! Ada yang terlebih garam! Ada yang tawar pula!. Ayah ni sebenarnya tidak tahu masak sama sekali. Setahu hana lah sebab ibu pernah memberitahunya. Mungkin kah ayah mahu menarik perhatian hana sebab tulah dia masak? Hmm.. Boleh jadi.
Hana waktu tu seakan-akan terpaksa makan seperti biasa walaupun semua masakkan ayah gagal. Hana yang makan secara sedikit-sedikit.
Lalu, ayah mula perasan dan berkata padanya...
"Hana.. kenapa? Macam tak selera ja? Okey kan ayah masak? Or another?".
Masa tu hana akhirnya jujur pada ayah...
"Hmm.. okey ja.. but tomyam ni macam masin sikit".
"Lah yakah? its oke.. ayah kurangkan sikit garam dalam nih okey? Kejap ayah adjust.. mmm.. nak kena....... Ammm....
Ayah yang seakan-akan tak tahu mahu adjust bagaimana. Ayah sambil memandang ke arah hana.
Lalu, hana laju berkata...
"Just tambahkan air ja biar rasa garam tu kurang".
"Ohhh ha ya ya air.. ya betul air.. kejap.. kejap ya..". Ayah mula berlalu pergi ke dapur adjust tomyam tu.
Hana yang waktu tu hanya membuat muka hairan di belakang ayah. Dan sedikit menggelengkan kepalanya.
Awalnya, hana memang mahu memberitahu ayah pasal rasa masakkan ayah ni tapi but its okey lah makan jalah dah di hidangkan takkan nak banyak bunyi pula kan. Tapi dah ayah tanya kita jawab jelakan nasib baik dia okey.
"Alright.. siap..". Ayah yang kembali di meja makan setelah siap adjust tomyam itu.
Hana hanya tersenyum lagi.
Tambah ayah lagi...
"Tapi yang lain okey kan? Or ada apa-apa yang kurang? Just bagitahu ayah.. ayah boleh adjust sikit.. maklumlah kadang ayah ni pelupa orangnya.. lama tak masak katakan hihihi". Ayah yang sedikit terketawa.
Serius lah lama tak masak? Bukan ayah tak pernah masak ke? Hihihihi kata penulis sendiri hehehehe.
Ayah mula merasa-rasa makanan yang lain...
"Hmm.. sayur ni macam kurang garam pula.. nanti ayah adjust..".
"Eh.. ayah.. ayah.. tak apa tak apa.. tak payah.. ayah duduk jelah sini makan dulu".
"Betul ke?".
"Ya betul tak apa".
"Okeylah kalau macam tu.. hmm.. kita makanlah".
Mereka pun mula makan macam biasa. Hana pun terpaksa lah telan satu persatu masakkan ayah tu. Tomyam tu pula bila dah di tambah air terlebih pula jadi tawar.. nasib badan. Ayah oh ayah.. hmm. Kata penulis lagi hihihi.
Tapi ayah ni pandai tau makanan dia masak tak sedap dia tak makan, dia cuma makan nasi dengan telur dadar ja. Yang lain semua hana kena hadap. Nasi tu pun dah macam rupa bubur. Tinggal letak ayam jadilah bubur ayam kan hihihihi.
Share this novel