Hana bersyukur segala urusan pengebumian ibu, adik dan amin dipermudahkan. Jenazah amin turut di kebumikan di tempat yang sama, kubur mereka yang jaraknya pun tidak jauh.
"Ibu.. adik.... ibu dengan adik rehat ya.. kakak redha atas pemergian kamu berdua walaupun memang sakit sangat nak terima semua ni.. hancur hati kakak.. tapi kakak kena kuat.. ibu kan suka kalau kakak kuat kan.. kakak sayang sangat dekat ibu dengan adik.. kakak akan selalu rindu dengan senyuman.. dan ketawa ibu dengan adik.. kakak akan selalu doakan ibu dengan adik.. doakan kakak juga ya semoga kakak kuat..". Kata hana dengan nada yang lembut di atas pusara ibu dan adik. Dengan air mata hana yang turut mengalir.
Kubur ibu dan adik di tanamkan bersebelahan.
Dalam pada hana asyik mengusap-usap pusara mereka tiba-tiba suara ibu amin kedengaran seperti berteriakkan pada hana...
"Kau! Kau! Kau b*nuh anak aku kan! Kau pemb*nuh! Kembalikan balik anak aku amin! Kembalikan!..".
Hana agak terganggam ibu amin berkata seperti itu pada hana. Hana terpandang seketika dan terdiam.
"Ida sudahlah tu budak tu tak salah.. sudah tak elok macam ni budak tu pun mangsa keadaan". Kata ayah amin pada isterinya.
"Tak! Tak! Dia b*nuh anak kita bang! Dia b*nuh! Kau pemb*nuh!!!!..". Kata ibu amin lagi pada hana seakan tidak dapat mengawal perasaannya.
"Ali.. arsyad.. bawa mak masuk kereta". Ayah amin berkata pada kedua adik amin yang berada disitu juga.
Mereka pun mula membawa ibunya dari situ. Ibu amin pun seakan tidak dapat menerima atas kehilangan anak sulung nya itu. Amin yang mempunyai hanya 3 beradik.
Setelah sahaja, mereka membawa ibu mereka pergi dari situ, hana terus bangun menghampiri ayah amin. Lalu, hana berkata padanya...
"Pakcik.. saya nak minta maaf apa yang dah jadi dekat amin.. memang salah saya... kalaulah masa tu saya betul-betul halang amin untuk datang ke rumah saya mungkin semua ni tak jadi macam ni".
"Hana.. awak tak salah cukuplah salahkan diri awak.. anggaplah memang dah tiba masanya untuk amin pergi.. pakcik ni pun dah redha atas kehilangan amin walaupun berat sangat tapi pakcik belajar untuk menerima.. kerana pakcik percaya akan ketentuan tuhan.. pakcik malah nak ucapkan terima kasih banyak dekat hana sebab dah jadi kawan, peneman amin yang sangat baik.. amin selalu menceritakan tentang kamu dekat pakcik.. amin selalu berkata awak kawan wanita paling baik yang pernah dia jumpa.. dia sayang sangat dekat awak". Kata ayah amin.
Hana yang mula tersipu malu ayahnya berkata seperti itu. Tetapi wajahnya seperti biasa sahaja hanya sedikit malu sahaja.
Kata hana lagi...
"Amin pun baik sangat dengan saya dia banyak sangat tolong saya.. sampai saya tak tahu macam mana nak balas kebaikan dia".
"Nak.. kamu tidak perlu membalas apa-apa cukup untuk selalu mendoakan ketenangan dia disana.. inshaallah kita sama-sama mendoakan ya.. amm.. pasal isteri pakcik tu jangan ambil hati ya sebab sekarang keadaan dia masih lagi terkejut menerima khabar duka ni.. tapi.. hana tak perlu risau nanti pakcik akan pujuk dia untuk menerima semua ni dan beritahu yang penyebab semua ni bukan disebabkan hana ini semua takdir". Tambah ayah amin.
"Tak apa pakcik saya pun tak ambil hati pasal ni saya terima dengan rela hati..". Balas hana dengan sedikit senyuman.
"Kita sama-sama kehilangan insan yang tersayang.. pakcik doakan semoga kamu juga tabah mengharungi segala-galanya.. dipermudahkan segala urusan.. dan banyakkan lah berdoa dan bersabar". Tambahnya.
"Inshaallah.. terima kasih pakcik.. saya pun mendoakan pakcik sebagaimana pakcik mendoakan saya.. ammm.. sebelum amin pergi dia ada pesan dekat saya.. sampaikan salam sayang dia pada family ". Balas hana.
Raut wajah ayah amin seperti tidak dapat menahan sebak selepas hana berkata seperti itu, tetapi ayahnya tetap menahan.
"Hmmm.. rasa nya pakcik nak minta diri dululah.. kamu elok-elok.. jaga diri ya.. Assalamualaikum...". Ayah amin yang ingin berlalu pergi.
"Waalaikumsalam.. pakcik pun elok-elok". Jawab hana dengan senyuman.
Hari demi hari kian berlalu.....
Apabila seseorang yang membuat khianat ataupun kejahatan ataupun sebahagian darinya yang nyata dan dapat di ketahui pasti akan mendapat hukumanya di dunia. Dan kemudiannya barulah di akhirat yang kekal selamanya. Seperti ayah hana, muhd faris bin muhd farhan yang telah melakukan kesalahan yang nyata, dengan mendera isteri dan anak-anaknya, dan juga telah melakukan kesalahan yang besar juga dengan memb*nuh orang-orang yang sama sekali tidak bersalah.
Kesalahan ayah terlalu besar sekali. Ayah telah di penjarakan minimal 3 tahun dan direman mengikut seksyen yang di peruntukkan, dan selanjutnya di bacakan semula di mahkamah untuk kes ini. Selepas itu, akan di hukum gantung sampai mati jika tiada mana-mana pihak wakil dari ayah yang bersuara atas kes ini. Ataupun kes ini boleh di bawa ke penjara untuk selama-lamanya.
Apabila kes ayah ini dibacakan malang sekali tiada satu pun wakil dari pihaknya untuk datang ke mahkamah terutamanya anaknya hana ataupun mana-mana wakil penguam. Hana masih tak sanggup menemui ayah. Mungkin masih trauma. Hana saat ini sedang dalam proses memperbaiki dirinya yang masih lemah fikirannya, dan membaik pulih hatinya yang sudah terluka. Hana tidak mahu kemana-mana.
Disebabkan kes ayah ini tiada satu pun pembelaan dari awal di penjarakan sehingga di bawa ke mahkamah maka hukuman ayah akan terus dilanjutkan. Hukuman yang terakhir kali adalah akan menerima hukuman gantung sampai mati. Atas tuduhan memb*nuh dan mendera kanak-kanak di bawah umur dengan kejam. Justeru, kematian ini telah melibatkan 3 nyawa. Dan tiada satu pun pembelaan dan jaminan.
Akhir kalinya, ayah sendiri telah mengaku atas kesalahannya sendiri di depan dewan hakim. Tetapi keputusan hakim kali ni adalah mutamat. Ayah akan menjalani hukuman gantung sampai mati. Bila tiba waktunya nanti. Innalilahi.. semoga ayah sempat bertaubat. Dan menyesal akan perbuatannya.
Share this novel