Chapter 2

Thriller Completed 350

Kereta ibu mula memasuki perkarangan asrama baru hana. Suasana agak sibuk juga waktu itu kerana kebetulan pada masa yang sama adalah hari mereka(murid-murid) kembali ke asrama kerana pulang cuti.

Kereta ibu mula memarkir(parking). Waktu itu, adik humaira turut ikut bersama menghantar hana(kakaknya). Mereka pun mula turun di dari kereta.

"Kakak boleh tak tu sayang meh ibu bawa kan beg tu". Kata ibu pada hana.
"Its okey ibu boleh". Tambah hana.

Mereka bertiga mula berjalan menghampiri block asrama itu yang tidak jauh dari situ. Ibu hanya menghantar hana di bawah sahaja tidak naik. Kerana semua urusan pendaftaran asrama ibu sudah settle kan hanya pada hari itu ingin menghantar hana sahaja. Dan sebelum menghampiri block lebih dekat, langkah mereka mula terhenti. Ibu dan hana saling menghadap(muka ke muka). Begitu juga dengan adik humaira memandang kakaknya.

" hana.. jaga diri elok-elok dekat sini tau.. lepastu bila dah dekat sini dah tak boleh ingat pasal hal dekat rumah tau". Kata ibu pada hana.
"Ha? Kenapa pula?". Kata hana yang agak hairan.
"Sebab.. nanti hana rindu". Kata ibu dengan senyuman.
"Hmm.. sudah.. mestilah hana akan rindu". Tambah hana lagi dengan senyuman juga.

Adik turut tersenyum. Lalu, adik mula berkata pada hana juga...
"Akak nanti kalau akak dah duduk sini kita dah tak boleh main sama-sama lagilah.. padahal baru je rasanya akak duduk dengan kita.. tak puaslah".
"Eh siapa cakap? Boleh jelah.. lagi pun bukannya akak duduk sini terus nanti kan akak balik lagi.. bila time cuti kan ibu?". Kata hana pada adik sambil memegang bahunya. Dan memandang ibu kembali.
Ibu hanya tersenyum manis ketika itu.

Tambah adik lagi...
"Hmmm.. nanti kalau adik rindu kakak pula macam mana?".
"Rindu? Yekeh ni rindu? Boleh percaya ke?". Usik hana.
"Eeee yelah.. kakak ni tak percaya pula".
"Ala-ala sayang akak nih comey-comey niiii eee geramlah dengan awak ni dik". Hana berkata sambil mencubit-cubit pipi adik.
Tambah hana lagi...
"Dah adik tak yah rindu-rindu okey nanti kan kita pun boleh telefon kan".
Adik hanya mengganguk happy.

"Kak.. dah masuk dalam kang nanti lambat pula". Kata ibu.
"Okey ibu..". Jawab hana ringkas.
Hana pun mula salam ibu, peluk ibu begitu juga dengan adik.
"Ibu.. tapi nanti kalau kakak balik cuti ibu jangan lupa masak sedap-sedap tau". Tambah hana lagi.
Adik laju berkata...
"Ha masak sup ayam".
"Is not lah masak tomyam okeyy.. kan ibu kan". Jawab hana pada adik. Seakan-akan mahu berdebat dengan adik tetapi berdebat secara gurau-gurau sahaja.

Ibu hanya tersenyum-senyum memandang gelagat mereka.
Mereka yang berdebat tidak habis-habis...
"Sup ayam".
"No.. tomyam.. akak nak tomyam".
"Sup ayam.. adik nak sup ayam".
"Tomyam".
"Sup ayam".
Ibu pun mula bersuara dengan tetap tenang dan lemah lembut...
"Sudah-sudah.. ya allah.. bergaduh pula kamu berdua ni.. jangan lah gaduh-gaduh.. nanti ibu masak tomyam and sup ayam dua-dua pun ibu masak.. lagi nak apa ayam goreng? Telur dadar? Udang goreng? Nanti semua ibu boleh masakan tau cakap je nak makan apa".
"Wah seriously.. wah bestnyaaa!!". Kata hana dengan nada yang teruja sekali.
"Yeayyyyy!!!". Begitu juga dengan adik.

"Kak.. sudah-sudah masuk lama dah ni.. masuk ya sayang.. elok-elok tau.. nanti cuti ibu datang ambil okey..".
"Okey ibu.. Assalamualaikum..". Sambil menggangkat begnya kembali yang dia telah turunkan tadi.
"Waalaikumsalam.. sayang..".
"Love you ibu! Adik! Bye!!!".
Hana mula berlalu pergi sambil melambai-lambai pada ibu dan adik. Ibu dan adik turut melambai kembali.
Tiba-tiba hana sedikit menjerit kerana jaraknya sudah agak terlalu jauh dengan mereka. Lalu, hana berkata pada ibu...
"Ibuuuu!!! kirim salam dekat ayahhh tau!! byeee!".
Ibu hanya sedikit tersenyum di dari jarak hana yang makin jauh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience