Chapter 4

Thriller Completed 350

Kereta grab yang di naikki hana mula sampai ke pekarangan rumah hana. Hana pun mula turun dari kereta.
"Bang.. ibu saya dah bayar kan?". Tanya hana pada driver grab itu sebelum keluar kereta.
"Sudah dik". Jawabnya.
"Okey terima kasih ya bang". Tambah hana.
"Eh dik beg tu boleh bawa? Kalau tak abang tolong bawakkan".
"Eh tak apa bang boleh.. boleh".
"Okey dik".
Hana pun mula keluar dari kereta dan membawa begnya. Kereta grab itu pun berlalu pergi.

Hana pun terus melangkah masuk ke halaman rumah. Pagar rumahnya pun tidak terkunci hanya tertutup sahaja. Hana yang berjalan secara slow-slow, sambil memandang persekitaran rumah dan sambil tersenyum-senyum. Rindu sekali untuk pulang ke rumah.

Waktu hana hampir sampai ke depan pintu rumah, handphone hana mula berdering. Langkah hana pun terhenti seketika, dan mula mengangkat handphone nya. Ternyata itu adalah amin yang menelefonnya.

"Assalamualaikum.. hello hana?".
"Waalaikumsalam.. ya amin kenapa tu?".
"Tak ada aku cuma nak tanya dah sampai rumah ke tu?".
"Alhamdullilah amin baru je ni".
"Alhamdullilah.. aku pun baru nak gerak balik ni dalam perjalanan".
"Ohyekeh.. okey amin hati-hati".
"Eh care ke tuh?". Usik amin.
"Alahai cakap hati-hati je care lah?".
"Of course lah hihihi.. ehhh hana tapi nanti sebelum aku sampai rumah, aku nak singgah rumah kau jap boleh tak? aku nak bagi something dekat kau".
"Eh? bagi apa pula? Tak yah lah min kau gerak jelah balik kang lambat kau sampai rumah.. lagipun jauh kan".

"Jauh? Taklah kan satu jalan lalu area tempat rumah kau kan? Cuma aku tak tahu rumah kau yang mana satu hihihihi".
"Hmm.. yelah tu min".
"Iye baby".
"Eh baby??".
Amin yang hanya tersenggih-senggih.
Tambah hana lagi...
"Okeylah min kalau memang kau nak datang nanti aku hantar location dekat kau".
"Betul ke ni hana!?". Amin yang teruja.
"Iyeee".
"Okey hana nanti kau share ya aku tunggu tau".
"Okey min.. eh ni aku nak masuk dulu ni.. kau hati-hati okey".
"Okey beres.. Assalamualaikum".
"Waalaikumsalam..".

Setelah selesai bicara di telefon dengan amin, hana pun bergerak semula, berjalan menuju ke hadapan pintu rumah. Hana pun mula mengetuk pintu dan memberi salam.
"Assalamualaikum.. asslamualaikum..
assalamualaikum..".
Kelihatan ayah yang sibuk sekali di dapur, dan mula mendengar ketukkan di hadapan dan terus menuju ke pintu untuk membukannya.
"Kejap.. kejap..". Kata ayah sambil menuju ke arah pintu.
"Waalaikumsalam.. hana!!.. puterikku!..". Nada ayah yang sangat teruja melihat puterinya akhirnya pulang.
"Hai ayah..". Hana yang mula tersenyum sambil salam ayah.
"Hana.. rindunya ayah dengan awak.. akhirnya balik juga.. eh mari-mari masuk sayang meh ayah tolong bawakkan beg tu". Tambah ayah sambil menjemput hana masuk ke dalam.

Hana pun mula masuk ke dalam.
Lalu, hana berkata pada ayah...
"Eh ayah kenapa pakai approne?".
Ayah pun tersenyum lalu berkata...
"Ni ayah tengah masak dekat dapur.. masak untuk anak ayah pulanglah ni kan.. tu yang pakai approne macam ni".
"Masak? Eh jap.. mana ibu.. dengan adik?". Tanya hana hairan.
"Hana.. meh duduk dulu hana". Ayah yang menjemput hana duduk di ruang tamu.

Ayah pun duduk juga berhadapan hana, dan agak terdiam seperti termenung.
"Ayah? Ayah okey ke?". Tanya hana pada ayah lagi dengan perasaan yang masih hairan.
"Tak..". Jawab ayah simple.
"Kenapa?". Tanya hana lagi.
"Ammm.. nanti ayah cerita.. hmm.. kejap ayah ambil air untuk hana dulu mesti hana haus kan? ayah dah buat kan tau special jus.. kejap ya". Kata ayah.
Ayah pun mula bangun, terus pergi ke dapur untuk mengambil air dulu untuk hana.

Then ayah datang membawa segelas juice.

"Okey hana.. ni minum dulu". Kata ayah.
Hana hanya tersenyum sedikit sambil memandang ayah.
Lalu, hana pun terus minum air yang telah ayah hidangkan itu, sedikit-sedikit sahaja dia minum.
Tambah hana lagi...
"Hmmm.. so.. ayah ceritalah ada apa sebenarnya? Kenapa ayah nampak macam lain macam je? Ada apa-apa yang hana tak tahu ke?".
"Okeyy.. so.. sebenarnya ibu dah tinggalkan ayah.. dan dia bawak adik sekali". Kata ayah sayu.
"Ha!?(hana yang agak terkejut).. tinggalkan ayah?!Pergi mana?! Kejap.. kejap hana tak fahamlah ayah". Kata hana dengan perasaan yang terkejut dan hairan.

Kata ayah lagi...
"Ya memang betul ibu dah tinggalkan ayah.. dia.. dia.. pergi dengan lelaki lain".
"Ha!? Betul ke ayah!? Tak.. tak.. hana tak percaya.. serius hana tak percaya". Hana mula tak senang duduk dan terus bangun.

Perasaan hana ketika itu memang makin tak senang duduk. Dan sangat terkejut apa yang di katakan ayah.

Lalu, ayah pun bangun juga dan berkata lagi pada hana dengan nada yang masih sayu...
"Hana.. awak tak duduk dengan kami waktu tu.. dan awak tak tahu apa yang jadi dalam rumah ni".

Lalu, ayah berkata lagi pada hana.. dengan perasaan yang makin sayu dan sedih...
"Seorang ibu.. isteri.. yang baik hati.. lemah lembut bicaranya.. yang selalu disayangi.. yang dicintai.. dan yang dirindui.. itulah orang yang melukai.. dan yang merosakkan segala-galanya".

Hana mula start sedih juga waktu tu seperti mahu menangis dengan kata-kata ayah, seakan-akan tidak percaya juga.

Lalu, hana mula berkata pada ayah dengan perasaan yang sedih.. air mata pun mula jatuh sedikit...
"Ayah.. hana.. macam tak percaya ibu macam tu.. ibu.. baik sangat orangnya.. tak mungkin dia buat macam tu".
"Its okeylah hana.. kalau hana tak percaya dengan ayah.. memang tak ada siapa boleh percayakan ayah(ayah sambil melangkah pergi)".
Hana tiba-tiba berkata lagi...
"Tapi.. masa tu.. ibu yang teruja sangat nak tengok hana balik.. tapi kenapa pula jadi macam ni..". Hana dengan nada yang sayu.

Langkah ayah pun terhenti.
Ayah mula berkata lagi pada hana...
"Ya.. memang ibu teruja sangat nak tengok hana balik.. rasa tak sabar nak jumpa hana.. bukan ibu sahaja.. tetapi ayah juga.. adik juga.. masa malam tu kami masih berbaik lagi tiada apa berlaku its normal life.. tetapi selang beberapa minit sahaja semuanya berubah.. dan.. tiba-tiba sahaja dia buat sikap macam tu.. mula nak tinggalkan ayah pada masa yang sama juga.. ibu sempat beritahu ayah yang hana akan balik harini.. dia yang minta ayah sambut hana.. sebab tulah sekarang ayah yang disini.. sambut hana pulang.. hana sudah pulang.. ibu.. dan adik pula yang tinggalkan kita". Nada ayah yang makin sedih dan sayu.

Hana berkata lagi seperti tidak berpuas hati...
"Tapi ayah.. ibu tahu kan hana nak balik harini.. kenapa ibu buat hana macam ni.. ayah.. ayah.. hana yakin ibu balik lagi sini.. ibu akan balik dengan adik.. Ibu akan balik tengok hana.. ibu tak boleh buat hana macam ni tinggalkan hana macam tu je".
Waktu itu hati dan perasaan hana mula sakit sangat ditambah sedih.

Ayah mula memujuk hana...
"Hana.. hana.. dengar apa yang ayah cakap ni.. (sambil memegang kedua bahu hana)..
hana.. ayah bukannya tak pujuk langsung ibu untuk balik.. ayah dah pujuk.. tapi ibu degil tak nak dengar cakap ayah.. dia lebih memilih lelaki tu.. dia cakap dengan ayah dia dah bosan hidup dengan ayah.. ayah dah tak boleh nak buat apa dah.. sakit hati ayah.. sedih sangat ibu cakap macam tu dengan ayah.. ayah dah tak boleh nak buat apa.. ayah pun dah cuba halang ibu untuk pergi tapi ibu tetap nak pergi.. ayah pasrah.. walaupun sakit sangat.. tapi.. ayah cakap lagi dengan ibu.. kalau betul awak nak pergi tinggalkan saya.. saya rela.. tapi tolong jangan tinggalkan hana.. tolonglah.. tolonglah.. datang balik tengok anak awak balik nanti dari asrama.. sebab mesti dia akan cari awak.. tapi.. ibu cakap.......(kedua tangan ayah mula lepas dari bahu hana dan kepala ayah agak menunduk).

"ibu cakap apa?". Tanya hana hairan.
"Ibu cakap.. ibu hanya nak minta maaf dengan hana sebab ibu takkan balik lagi.. ibu kirim hana dekat ayah..".

Lepas ayah berkata seperti itu, hati hana sakit sangat, sedih sangat tak terbayang. Seorang ibu yang dia sangat sayangi berkata sebegitu padanya. Hana pun mula terdiam seketika, air matanya tidak henti mengalir dengan perlahan-lahan.

Lalu, tambah ayah lagi.. seakan-akan memujuk kembali puterinya itu supaya tidak bersedih lagi...
"Hana.. ayah tahu hana sedih sangat.. macam tulah rasa sedih ayah pada ibu masa dia nak tinggalkan ayah.. tapi.. tak mengapalah.. kita doakan yang baik-baik saja untuk ibu dengan adik.. supaya orang tu.. lelaki tu.. boleh jaga diorang dengan baik.. baik dari ayah.. hana.. jangan sedih-sedih lagi okey.. ayah kan ada.. ayah janji.. ayah akan jaga hana sebaik mungkin.. kalau hana nak juga jumpa ibu.. ayah akan cuba juga contact ibu suruh dia pulang..".

Hana mula bersuara seakan-akan sudah pasrah juga...
"Its okeylah ayah.. kalau ibu memang nak balik mesti ibu akan balik juga".
"Okeylah kalau macam tu.. ammm.. dah-dah tak nak sedih-sedih lagi.. sekarang ni ayah tengah nak masak untuk hana.. all special untuk hana tau.. nanti siap kita makan sama-sama okey?".
"Okey.. but the way ayah reti masak ke?". Tanya hana sedikit hairan.
"Eh mestilah.. tulah hana tak tahu.. ayah tahu masak tau". Ayah yang mula ketawa tersenyum.

Hana turut mula tersenyum sedikit.
Tambah hana lagi...
"Hmmm.. okeylah kalau macam tu.. ammm.. (sambil mengelap air matanya) hana nak masuk dalam dulu.. kemas-kemas barang ni".
"Alright sayang.. sekarang hana kemas-kemas dulu then bersihkan diri hana and rehat-rehat dulu.. nanti kalau ayah dah siap masak semua ayah panggil untuk kita makan sama-sama okey?".

"Okey ayah.. tapi mmm... sebelum tuh boleh tak kalau hana nak keluar sekejap je nak ambil angin.. mmm... nak tenangkan fikiran sekejap.. lagipun hana lama tak balik rindu suasana luar juga".
"Boleh apa pula tak boleh tapi jangan lama-lama tau sebab dah nak petang ni and jangan terlalu jauh".
"Tak jauh ayah.. cuma dekat bawah tu je.. tasik tu".
"Okey.. hati-hati". Pesan ayah.
Hana hanya mengganguk, tersenyum dan terus berlalu pergi.

Hana yang terasa ingin keluar sebentar mengambil angin luar, udara luar. Rumah hana kalau nak dikatakan dia berada di atas bukit. Betul-betul atas bukit. Rumahnya agak terasing dengan yang lain(sebiji). Tetapi ada juga jiran-jirannya tapi di area bawah-bawah tidak jauh juga dari situ. Cumanya agak ke bawah sedikit. Kena turun, kena keluar sikit barulah jumpa rumah-rumah jiran. Rumah hana agak atas sedikit kena naik.

Hana yang keluar bersiar-siar hanya berjalan kaki, dia ingin ke tasik bahagian bawah yang tidak jauh juga dari situ. Tasik itu, sangat cantik pemandangannya dengan pokok-pokok yang tinggi-tinggi seperti vibes berada di forest, tetapi forest yang indah, sejuk-sejuk, udara yang segar, rumput kehijauan dan suasana yang sangat tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience