4 month berlalu...
4 bulan selepas kejadian menimpa hana berlalu dengan cepat sekali sehingga tidak terasa. Selama 4 bulan itu, hana telah di bawa tinggal di rumah anak-anak yatim. Kerana umur hana yang masih bersekolah. Tetapi itu hanyalah 4 bulan sahaja kerana selepas itu, hana telah di bawa oleh keluarga barunya. Ya itulah keluarga angkatnya. Di bawa tinggal bersama-sama mereka.
Mereka adalah keluarga yang bahagia, hana sangat senang dengan mereka, mereka baik sekali pada hana. Puan farah liana scott dan encik fahri saad itulah mereka mama dan daddy baru hana. Dan mereka mempunyai anak tunggal lelaki yang bernama fahrul shah. Yang umurnya sekitar 20an.
Hana yang terlihat sedang duduk di kerusi dan menaip sesuatu di laptop miliknya yang berada di atas meja. Di biliknya. Ternyata hana yang telah memuat naik kata-kata pada laman sosial miliknya. Dengan berkata...
Assalamualaikum semua.. setelah sekian lama saya (hanafarisha muhd faris) berdiam diri mengenang kejadian yang menimpa keluarga saya yang sangat-sangat terkesan dan tidak dapat dilupakan,
dan pada harini barulah saya dapat menghidupkan semangat saya untuk bersuarakan diri. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan sebanyak-banyak terima kasih kepada semua yang mendoakan saya sehingga saya mampu bangkit seperti sedia kala. Di dari setiap apa yang terjadi terhadap keluarga saya, saya mula belajar bahawa kekuatan seseorang insan yang bergelar ibu itu terletak pada kekuatan seseorang anak yang selalu taat padanya dan sayang padanya.
Meski akhirnya, dia sendiri tak mampu lagi bertahan.. dia menjadi terlalu lemah.. tetapi pada masa yang sama dia tidak sesekali pun berhenti berdoa pada ilahi supaya anaknya diberikan kesejahteraan, keselamatan dan kekuatan walaupun anaknya ketika itu tidak berada disisinya.
Pergaulan terlalu bebas.. sehingga terlupa status kehidupan beliau(ayah)..
keselesaan yang keterlaluan setiap langkah yang beliau jejaki..
pengaruh terlalu kuat yang tak mampu dipertahankan..
dan terlalu berlebih-lebihan kehidupannya.. sehingga terlupa akan selalu bersyukur pada tuhan..
dan semua itulah yang telah merubah dan menghacurkan segala kebahagian yang dibina. Di setiap apa yang terjadi, saya telah menganggap ini semua adalah takdir bagi saya, takdir hidup perjalanan saya.. kerana tuhan tahu saya mampu untuk menjalaninya. Dialah sebaik-baik perancangan. Allahuakbar.. allahuakbar.. semoga aku dan semua yang melalui detik-detik kesusahan terus kuat.. Allah yang maha besar.. Allah lah sebaik-baik perancangan.. Allah yang maha segala-galanya.. yang menghidupkan dan mematikan segalanya.. hasbunallah wanikmal wakil.....
Hana pun mula tutup kata-katanya dan termenung seketika. Hana yang mula mengambil 2 keping gambar keluarganya yang tidak jauh dari mejanya lalu melihatnya. Gambar waktu hana kecil-kecil dahulu bersama ibu dan ayah, dan satu lagi gambar ibu, adik dan hana. Setelah itu, hana mengambil sekeping gambar dia bersama amin pula. Yang masih disimpannya. Dan tersenyum melihatnya.
Ternyata, di dari kisah ayah itulah benar selama ini ayah sempat mengambil barangan yang terlarang secara berlebihan dan sering kali melupakan tuhan. Terlalu banyak keseronakkan di luar bersama rakan-rakannya di banding keseronakkan bersama family.
Setelah dari kisah ini, akhirnya hana pun mula padamkan rasa dendam di hati terhadap ayah dan belajar untuk memaafkan.
Berbalik cerita tadi, dalam pada hana sibuk melihat gambar-gambar itu tiba-tiba abangnya mengetuk pintu biliknya. Itulah abang fahrul, abang barunya. Yang mulia budi bicaranya.
"Adik.. jom makan mama dengan daddy dah panggil tu". Katanya setelah membuka pintu bilik hana yang tidak terkunci itu.
"Ha.. okey bang". Jawab hana ringkas dengan senyuman.
Hana pun terus menuju ke arah dapur.
"Hana.. meh duduk makan". Kata daddy pada hana.
"Sayang.. meh meh duduk-duduk kita makan ya.. makan kenyang-kenyang tau makan banyak-banyak biar badan awak tu naik sikit..". Kata mama pada hana juga yang menghampiri meja dengan membawa jug yang berisi air. Nada mama pula yang happy sekali. Dengan penuh senyuman.
Hana hanya tersenyum manis.
Kata mama lagi...
"Okey.. ini untuk daddy.. ini untuk anak dara mama.. and ini untuk anak lelaki mama.. (mama yang menuangkan nasi masa tu) makan-makan.. makan hana jangan segan-segan tau.. anak cantik mama ni".
"Abang pun hensem kan ma?". Abang yang bersuara.
"Ih.. mestilah hensem.. anak perempuan mama cantik manis anak lelaki mama hensem masham syangat hehehhe". Nada mama yang bergurau.
Abang dan hana pun tertawa kecil.
"Masyam tapi manis kan ma?". Balas abang lagi.
"Of course masyam manis sayang..". Tambah mama yang seakan-akan tertawa kecil.
Tiba-tiba daddy bersuara pula...
"Aikk.. daddy macam mana pula?".
"Daddy? Daddy pun apa kurangnya". Kata mama dengan nada masih ceria.
Mereka pun mula lah tertawa-tawa. Tertawa bahagia. Menikmati bahagia.
"Mama pun cantik juga tau manis". Hana yang tiba-tiba bersuara.
"Ehhhh.. mestilahhhhh hahahahhahaha". Mama laju menjawab dan ketawa.
Semua pun tertawa sekali lagi dengan gembiranya.
Hana pun bahagia sangat dengan keluarga barunya. Hana sangat bersyukur ke atas yang maha kuasa kerana telah mengembalikan senyumannya. Semoga bahagia ini kekal selamanya aamiin.
Terima kasih di ucapkan untuk semua pembaca yang sudi menyinggah terima semua love you!. Jika ada salah silap kata-kata terlepas pandang harap di maafkan. Semoga kita selalu di lindungi oleh yang maha besar. Dan semoga kita tidak mudah terjatuh disaat kita lemah.
Cerita ini adalah Idea asal ainiey halim r sendiri. Jika tersama mana-mana story itu hanyalah secara kebetulan. On writer ainiey halim r. Its me mrs r. Budak pemimpi. Assalamualaikum semua.. semoga kita berjumpa lagi di next story inshaallah.
Share this novel