Chapter 7

Thriller Completed 350

Setelah selesai makan. Hana pergi ke arah ruang tamu ingin menonton tv sebentar. Ayah yang masih sibuk di dapur mengemas-ngemas dapur. Hana mahu membantunya tetapi dia tidak benarkan.

Hana mula menghidupkan tv. Dan duduk di sofa. Mengambil remote tv yang berada di atas meja berhadapannya. Waktu itu, mata hana memandang tv, tangan hana sahaja yang mencapai remote. Badannya agak membonggok sedikit. Seperti mahu duduk. Bila dia mula menyentuh remote itu, tiba-tiba ada tangan yang menyentuh nya!. Menyentuh tangannya!. Hana pun terus terkejut! sambil bangun berdiri semula!.

Hana pun melihat remote itu! Dan mengusap-ngusap tangan yang disentuh tadi!. Tetapi tiada apa-apa!. Mungkin perasaan hana sahaja ketika itu!. Hana pun mula mengambil semula remote itu. Membongkok kan badannya semula. Kerana mejanya agak rendah. Setelah dia berjaya mengambil, dan secara slow-slow meluruskan badannya semula. Hana belum lagi mahu duduk hanya mahu berdiri dahulu.

Tiba-tiba....!!! Ada kelibat di belakangnya! Betul-betul di belakangnya! Kelibat itu sama seperti yang berada di tasik!. Lalu, hana pun mula merasa di belakangnya seperti ada orang!. Masa tu jantung hana berdegup-degup laju! Hati dia tak sedap!.

Dengan perlahan-lahan dia memberanikan diri, menoleh kebelakang. Dan..... !!!
Memang ada kelibat itu di belakangnya sedang memandangnya!. Waktu tu hana sangat terkejut! Mata hana agak sedikit terbeliak! Memang dia ada! Di belakang hana!!!!.

Dia terkejut tak terkata. Punyalah terkejut sampai terlanggar meja di belakangnya. Reaction terkejut hana sambil berundur bergerak sedikit, lalu terus menghadap depan semula, dan mula melanggar meja di bahagian belakangnya. Terkena pula tepat pada perutnya. Bucu meja. Hana tak perasan situ ada meja. Hana mula terasa sakit sambil memegang-megang perutnya. Sambil memegang, mengusap perutnya dia kembali memandang ke arah belakang. Dan kelibat itu mula menghilangkan diri!.

Kelibat itu seakan-akan seperti seorang kanak-kanak. Mukanya tidak terlalu jelas kerana seperti tertutup dengan selendang hitam yang di pakainnya. Siapa kelibat itu? Kenapa dia seakan-akan mengekori hana? Atau adakah dia ingin menggangu hana? Tapi kenapa? Stay tuned okey.

Ternyata, waktu yang sama itu kelibat itu bertukar arah. Dia berada di penjuru ruang tamu!. Dan masih melihat hana dari jauh!. Penjuru itu tidak terlalu jauh dari ruang tamu. Hana pun mula perasan kelibat itu!. Lalu, dia berani kan diri memandangnya juga!. Dengan pandangan yang slow-slow, raut wajah hana juga seperti cemas!. Hairan juga pun ada! Siapa dia!?. Hana mula bersuara padanya...
"Siapa kau!?".

Kelibat itu tidak bersuara, melainkan hanya memandang hana. Tidak lama kemudian dia berlalu pergi. Lalu, dengan tanpa rasa takut hana mengekorinya dengan perlahan-lahan. Hana yang mula memandang-mandang ke mana dia pergi. Sambil berjalan kepalanya menoleh-noleh. Kerana waktu dia mengekori kelibat itu, dia sudah tiada. Mula-mula dia ada setelah itu dia tiada. Semakin hana mengekori, mencari-cari semakin itu dia hilang.

Sampailah dia menuju ke satu tempat ni, tempatnya masih di dalam rumah. Tempat ni macam satu lorong then ada satu pintu.

Hana berhenti di situ kerana dia melihat kelibat itu di depan pintu, depan pintu yang berada di lorong rumah. Kelibat itu, memandang ke arah pintu. Tempat tu macam satu bilik, tapi dia bukan bilik, dia macam stor. Stor barangan ayah.

Hana yang seakan-akan mengintipnya. Dan tak lama kemudian kelibat tu masuk ke dalam bilik tu!. Membuka pintu perlahan-lahan lalu terus masuk!. Setelah dia masuk hana pun cepat-cepat ingin mengejarnya. Tapi pintu itu terkunci!. Padahal tadi kelibat tu steady ja masuk. Then, giliran hana nak masuk terkunci dengan tiba-tiba pula!. Aneh tapi nyata!.

Hana mula meraba-raba pintu, memusing-musing kan tombolnya dan mencari-cari kuncinya untuk membuka. Di sekitar situ hana turut mencari-cari. Setelah lama juga dia mencari-cari ternyata kunci tu berada di bawah carpet situ juga(lantai situ mempunyai carpet).

Hana pun mula perasan kerana dia seperti terpijak sesuatu. Dia pun terus melihat apa yang di pijaknya itu, ternyata itu memang kunci. Dia pun terus mengambil dan cuba membuka pintu. Ternyata, memang itu adalah kuncinya.

Hana pun mula masuk ke dalam bilik, setelah di bukanya. Bilik itu, macam ada tangga. Hana pun terus turun melalui tangga, berjalan secara perlahan-lahan sambil melihat-lihat sekitar situ. Bila dia mula masuk ja bilik tu, dia dah bau something yang memang tak sedap di bau! Baunya sampai hana menutup hidungnya sendiri! Menutup hidup sambil melalui tangga!. Hana yang sepanjang hidupnya dia tak pernah pun masuk bilik ini. Dia tahu ini stor barangan ayah pun dari ibu.

Sementara itu, ayah yang mula memanggil hana di dari dapur...
"Hana.. hana.. hana...".
Tetapi hana tidak menyaut.
Ayah pun mula pergi ke ruang tamu untuk melihatnya. Tetapi tiada. Sekali lagi ayah memanggil...
"Hana.. hana.. mana pula budak ni.. hana...".
Tetap masih tidak menyaut.

Ayah pun mula menuju ke biliknya dan melihat tetapi hana tetap tiada. Masa tu pun ayah sempat melihat air coklat yang tidak di minum, yang tadi dia berikan, ayah hairan kenapa hana tak minum?.

Lalu, ayah terus mencari nya sekali lagi. Setelah tidak ada di ruang tamu dan juga biliknya, ayah mula mencari ke bilik ayah pula kot-kot dia masuk situ ke. Ayah pun mula menuju ke arah biliknya, mencari ke dalam biliknya pula(bilik ayah) untuk melihat. Dan ayah melihat telefon ibu yang telah bertukar tempat. Awalnya, dia letak di atas katil tetapi setelah itu di atas meja pula. Ayah jadi makin hairan!.

Ayah pun mula mengangkat telefon ibu. Lalu, melihatnya. Ayah yang agak terganggam seketika melihat hana yang telah menelefon berkali-kali! Setelah dari itu, ayah terus mencari-cari hana kembali! Nada panggilan nya semakin kuat memanggil hana! Tetapi tetap tidak menyaut!.

Hana yang mula sampai ke bahagian bawah bilik setelah melalui kesemua tangga. Semakin hana sampai ke bawah, semakin bau tu kuat. Bau tu macam bau-bau bangkai dan hanyir-hanyir darah!. Sangat berbau!. Hana yang masih berjalan secara perlahan dengan memandang sekitar bilik itu. Suasana bilik itu punyalah kotor! Dah lah bau! Kotor pula tu!. Dah macam bukan stor dah, macam tempat perbuangan sampah!.

Hana yang tak berhenti berjalan, melihat-lihat sekeliling. Mencari-cari kelibat tadi tetapi tiada. Sampai satu tempat ni macam ada satu langsir(tirai) tertutup berwarna agak kemerah-merahan. Dalam bahagian tirai tu pula seakan-akan ada bayangan manusia seperti sedang berdiri. Tetapi tidak terlalu jelas. Hana mula memberanikan diri untuk terus menghampirinya. Dengan perlahan-lahan lalu terus membukanya. Alangkah begitu terkejutnya hana setelah melihat di dalam itu adalah!!!!!!.......

Ibu!!!!!!..... ya itu ibu hana!!!!!!.. Ibu yang terikat dengan tali. Dalam keadaan berdiri! Kedua-dua tangannya di ikat!. Keadaan ibu masa tu kelihatan sangat lemah!. Kepala ibu seperti menunduk ke arah bawah. Tak bermaya! Tetapi masih sedarkan diri. Setelah hana membuka tirai itu. Ibu turut tersedar, perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya dan memandang hana.

Hana yang sangat-sangat terkejut melihat keadaan ibu masa tu!. Waktu hana membuka tirai dia terus memanggil ibu dengan nada yang keras! terkejut! Suara yang tinggi!.
"Ibu!!!!.. ya allah ibu!!!!".
Hana terus mendapatkan ibunya waktu tu.
Lalu, dia berkata lagi...
"Ya allah ibu! Kenapa ibu macam ni!? Siapa yang buat ibu macam ni!?". Hana yang mula tak tahan sebak, menangis melihat keadaan macam tu.

Hana berkata lagi pada ibu, dengan keadaan hana memegang tubuh ibu...
"Ibu.. ibu tahu tak.. hana cari ibu .. ibu.. ibu.. sekarang bagitahu hana.. siapa yang buat ibu macam ni!?". Kedua tangan hana mula memegang muka ibu bahagian pipi ibu pula. Time tu ibu mula bersuara juga dengan nada yang masih lemah. Ibu berkata dengan keadaan mulutnya menggigil-gigil. Nada nya yang sangat soft. Air mata ibu turut mengalir perlahan.

Ibu hanya berkata...
"Kak.. sa..yang.. awak.. kena keluar da..ri.. rumah ni ya".
Hana laju berkata...
"Kenapa ibu?.. ibu.. kakak.. lepaskan ibu ya.. kakak.. lepaskan". Hana yang mula ingin membuka kedua tangan ibu yang di ikat.
Ibu pun berkata lagi padanya...
"Tak.. sayang.. awak kena keluar.. se..lamat kan diri awak.. jangan risau ibu de..kat sini".
"Ibu.. tak ibu.. tak.. hana nak lepaskan ibu..".
"Kak.. kalau awak sa..yang ibu.. awak keluar da..dari sini".
Hana makin menangis dan menggelengkan kepalanya, tanda dia tidak setuju dengan keputusan ibu.

Pada masa yang sama suara jejakan kaki menuruni tangga terdengar! Yaitu ayah!. Ayah dengan perlahan-lahan melihat-lihat sekeliling, mencari-cari hana!.

Lalu, ibu yang terdengar jejakan itu terus berkata pada hana...
"Kak.. go sayang!.. go!.. tinggalkan tempat ni.. Tinggalkan ibu! Lepaskan diri awak!". Nada ibu yang mula kuat sedikit.
"Ibu tak.. kakak tak boleh ting............
Tak sempat hana menghabiskan kata-katanya ibu telah memotong...
"Go kak! Go!!!!...".

Ayah yang datang! Dan terus buka tirai tu! Dan...........!!!!!.
Hana sempat bersembunyi. Di sekitar situ juga. Ayah pun terus mula mencari-cari lagi setelah tiada hana disitu, sambil memanggil-manggilnya...
"Hana.. hana..".

Hana, yang mula merangkak-rangkak secara perlahan ingin mengubah tempat bersembunyinya. Setelah terlihat ayah yang lalu di situ di hadapannya. Merangkak dan terus merangkak mencari tempat yang sesuai bersembunyi. Tiba-tiba!!!!....
Sedang asyik dia merangkak perlahan sambil matanya memandang tepi, matanya ingin memerhati ayah. Tiba-tiba!!!!!...
Bila hana pandang ke arah depan! Ada sekujur tubuh yang tidak bernyawa!!!!!....
Betul-betul di depan matanya!!!.

Hana pun sangat terkejut! Dia mula terganggam terdiam melihat tubuh tu!(Tangan hana di letakkan di mulutnya seperti menutup)(terkejut, panik) Hana yang tetap berani kan diri tetap duduk di sebelah mayat itu! Kerana dia ingin bersembunyi daripada ayah! Betul-betul bersebelahan mayat tu!.

Keadaan mayat itu, terduduk. Dan di sandarkan di dinding. Wajahnya di hadapkan ke arah tepi ke dinding. Tempat situ agak sempit. Banyak kotak-kotak. Mayat tu pula seakan-akan di selit di situ. Di letak di situ. Keberadaannya seperti agak tersembunyi dengan di tutupi kotak-kotak. Jadi, hana yang mahu bersembunyi mencari tempat yang agak selamat dia mula bergerak ke tempat itu, merangkak ke arah kotak-kotak itu. Tetapi tahunya ada mayat!.

Awalnya, dia sama sekali tidak perasan ada mayat di situ. Hana yang merangkak-rangkak sama sekali tidak pandang ke arah depan. Setelah kepalanya berpusing ke depan barulah dia nampak ada mayat disitu seakan-akan di dudukkan dan disandarkan.

Hana sangat terkejut waktu tu! Tapi dia tetap tidak bersuara takut ayah perasan akan keberadaannya. Hana tetap cuba untuk tenang tapi nafasnya laju. Siapa yang tak terkejut kalau tiba-tiba ada mayat kan?.
Dia yang perlahan tetap duduk di sebelah mayat itu. Dia tiada pilihan. Hana mula perlahan-lahan mahu memandang ke arah mayat yang di sebelahnya itu. Ternyata, baru dia perasan mayat tu, kepalanya sampai ke mukanya ditutup dengan selendang warna hitam!. Hana yang mula teringat. Ini lah tubuh yang memerhati dia waktu di ruang tamu!. Yang di tasik juga sama! dia tak perasan tapi memang ada memerhati juga!.

Hana dengan beraninya ingin melihat muka mayat itu! Dengan perlahan tangannya mula menyentuh selandang itu. Menggil jugalah tangan hana tu masa nak sentuh. Dan mula mahu menyelak sedikit wajah yang tertutup itu. Waktu tu, jantungnya turut berdup dap dup dap! Berdebar!. Mayat itu juga kelihatan sudah agak lama di situ kerana baunya. Tubuhnya juga sudah seakan-akan rosak mungkin di makan binatang-binatang kecil di situ. Tetapi masih ada bentuk tubuh manusia dengan jelas!.

Dalam pada hana ingin menyelak wajahnya.. tiba-tiba...........!!!!!.
Ayah melihatnya di situ!!!. Hana mula kelam kabut ingin melarikan diri! Berlari dengan sekuat hati! Tetapi ayah dapat memegang tangannya! Hana mula memberontak! Ingin melepaskan diri dari ayah!. Dalam keadaan ayah telah memegang kedua tangan hana.
Ayah mula berkata padanya...
"Kau! nak lari mana ha!? Aku cari kau! Dekat sini rupanya kau ha!? Kau buat apa dekat sini!?". Dengan nada yang sangat marah dan kesal.

Hana pun turut berkata dengan keadaan masih memberontak-rontak ingin melepaskan diri.
Kata hana...
"Ayah! Tipu! Tipu! Ayah cakap ibu tinggalkan ayah! Tapi kenapa ibu dekat situ! Kena ikat macam tu ha!? Penipu!!!!".
Dap!!!!!!!!....
Hana ditolak kuat oleh ayah sehingga jatuh.

Ayah pun terus berkata padanya...
"Eh! Kau gila ke ha! Aku tak tipulah! Aku bukan penipu!.. sekarang ni kau dengar sini!(sambil mula memegang kuat tangan hana belah kanan)... eh! Tak ada istilah tipu menipu! Semua yang aku buat ni betul! Hahahaha!!!..(ayah tertawa) sekarang ni kau bangun! Aku nak kau ikut aku! Bangun!!!". Ayah mula memaksa hana bangun setelah dia terjatuh dari tolakkan ayah tadi.

Ayah mula ingin membawa dia naik ke atas kembali.

"Sini! Ikut aku! Aku ajar kau!" Kata ayah sambil menarik-narik tangan hana ingin membawa dia naik.
"Taknaklah! Lepas kan akulah! Lepaslah!!!". Hana yang memberontak!. Lalu waktu tu juga, hana gigit tangan ayah dengan sekuat-kuat hatinya sampai ayah mula melepaskan tangannya!. Dan hana terus berlari naik ke atas dengan sekuat hati!.

"Arrrrrghhhh!!! Hana! Kau jangan lari! Hana!!!!". Jerit ayah.

Ayah pun mula mengejar-ngejar hana sambil memegang-megang tangannya yang sakit di gigit hana.

Hana pun berjaya naik ke atas keluar dari bilik stor itu. Ayah pun turut keluar dari bilik tu terus mengejar-ngejar nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience