Hanafarisha muhd faris(hana) anak pertama mereka sejak kecil di dari sekitar umur 3 tahun telah tinggal dengan neneknya di kampung yaitu mak kepada ibu hana. Kerana waktu dulu ibu dan ayah sangat sibuk bekerja. Awalnya, ayah berkata tidak perlu menghantar hana ke kampung di jaga oleh mak(nenek hana) kerana ayah boleh handle hana walaupun masih sibuk bekerja. Tetapi ibu tidak mahu menyusahkan ayah dan ibu tetap menghantar hana untuk dijaga oleh maknya, lagi pula mak juga tidak keberatan untuk menjaga hana malah mak senang sekali mempunyai teman di kampung, kebetulan atuk pun telah lama meninggal. Dan akhirnya, ayah ikut kehendak ibu.
Nenek menjaga hana sehinggalah umurnya mencecah 16 tahun. Dahulu, jika ibu dan ayah tidak sibuk atau pun cuti terkadang mereka pulang ke kampung melihat hana tetapi tidak sesekali pun dibawa untuk tinggal bersama-sama walaupun sehari. Waktu sekitar umur hana agak sudah remaja pun dia telah mempunyai adik. Yaitu adik humaira. Hana yang telah berumur 16 tahun dan adiknya baru berumur 4 tahun.
Sewaktu umur hana sudah 16 tahun neneknya telah meninggal kerana sakit. Dan dari situ barulah ibu dan ayah membawa hana tinggal bersama-sama. Tetapi tidak lama hanya dalam dua minggu macam tu, itu pun tidak sampai dua minggu. Kerana ibu telah menghantar hana ke asrama, tinggal di asrama.
Awalnya, hana menolak dia tidak mahu tinggal di asrama kerana dia menggangap dia baru sahaja mahu merasakan bahagia tinggal bersama ibu, ayah dan adik sebagai satu keluarga. Yang tidak pernah dia rasa ketika dulu. Tetapi, ibu tetap ingin menghantarnya kerana dengan alasan ibu mahu melihat hana lebih berdikari.
Sewaktu itu pun, ayah sudah mula tidak bekerja sudah hampir 2 3 bulan juga. Katanya sakit, tapi rasanya tidak ada apa pun seperti orang sihat-sihat sahaja. Mungkin ada sebab lain? Apa sebab nya? Stay tuned.
Okey berbalik cerita tadi tentang asrama. Yang paling mengejutkan adalah ibu sama sekali tidak memberitahu ayah tentang asrama hana. Tentang hana mahu di hantar ke asrama tinggal di situ. Tetapi jika di depan hana, ibu memberitahu hana yang dia telah beritahu ayah. Tentang mahu menghantar hana ke asrama dan ayah sudah pun setuju. Padahal ibu berbohong pada hana. Ibu tidak sesekali pun beritahu ayah tentang itu. Awal-awal pun ibu telah beritahu hana bahawa jangan sesekali berkata apa-apa kepada ayah tentang asrama kerana ibu telah beritahu ayah. Meskipun pun itu memang bohong. Tetapi hana hanya mengikut sahaja apa yang diminta ibu. Hana turut percaya pada ibu.
Apakah alasan ibu tidak mahu memberitahu kepada ayah tentang asrama hana? Tentang hana mahu dihantar ke asrama? Tinggal disana?. Stay tuned okey. Hihihihi .
Hana yang akhirnya, setuju untuk tinggal di asrama. Walaupun hatinya berat. Kerana harus berjauhan lagi dengan keluarganya sekali lagi. Tapi tidak mengapa jika hari cuti ibu pun telah berjanji akan mengambilnya pulang cuti.
Share this novel