Chapter 8

Thriller Completed 350

Sesampai ke arah atas. Hana berlari-lari! Lari dari ayah! Mencari jalan keluar! Untuk menyelamatkan diri. Hana mula pergi menuju ke arah pintu depan! Tetapi telah terkunci! Dia mula berlari ke arah dapur!.

Ayah hanya berjalan tidak berlari-lari seperti hana, berjalan relax, tetapi gaya jalannya agak laju. Dengan mukanya yang sinis! Tetap mengejar hana!.

Hana yang ingin keluar dari rumah, melalui pintu dapur. Dia membuka-buka! Pintunya agak payah di buka! Memutar-mutarkan tombolnya!. Tetapi........!!! .
Akhirnya! Dia berjaya keluar! Dari pintu dapur! Dia berjaya buka!.

Ayah yang baru sahaja tiba di dapur, telah melihat hana yang berjaya keluar melalui pintu dapur. Langkah ayah mula terhenti seketika dan dia berkata...
"Game start....". Dengan nada slow dan mukanya makin sinis.
Ayah yang mula menutupi semua api di dalam rumah! Dengan pantas! Mematikan semua electric! Dan satu rumah mula gelap! sambungan rumahnya turut termati!.

Setelah hana dah start keluar, dia berlari-lari! Mahu keluar dari rumah dan meminta bantuan. Halaman luar rumah hana tu sangat luas besar. Jadi, jarak bahagian belakang mahu ke depan agak jauh sedikit.

Hana yang berlari-lari mahu menuju ke arah pagar depan! Sambil berlari dia memandang-mandang belakang! Mahu melihat adakah ayah masih mengejarnya!?. Ternyata! Iyaaaa!!! Memang ayah sedang mengejarnya!. Dengan pantas dia sudah berada di belakang hana mengejarnya juga! Tetapi tetap dengan gayanya hanya berjalan pantas! Dengan mukanya yang sangat sinis! Sambil mengejar hana!.

Lajunya ayah jalan ilmu apa yang di pakai?. Tiber.

Dalam keadaan ayah mengejar hana, ayah mula mengeluarkan pisau di poketnya! Sambil mengejar dan memegang pisau di tangannya!. Dan tiba-tiba!!!!!!!!!!.......
Zapp!!!!!!!........(bunyi tusukan).
Ayah melemparkan pisau itu! Dengan pantas! Tepat terkena kaki hana! Sebelah kiri!. Dari jarak yang agak jauh tapi tepat!. Terkena di bahagian betis kaki hana tetapi agak bawah sedikit.

Hana mula jatuh! Kesakitan!. Dia mula meraung-raung kesakitan! Memegang-megang kakinya!. Waktu dia berlari hampir sampai ke pintu pagar, sebelum kakinya tertusuk. Sebenarnya, dia sempat melihat seseorang yang sedang berjogging di depan rumahnya. Hana ada juga menjerit kepadanya. Meminta tolong, tetapi orang itu sama sekali tidak dengar dia memakai earphone.

Tapi lama kelamaan orang itu seperti mendengar juga jeritan. Dia mula berhenti dari jogging nya dan memandang, membuka earphone di telinganya dan melihat ke arah halaman rumah hana tetapi tiada sesiapa. Kerana waktu tu hana dah jatuh! Kerana ayah telah melempar pisau ke arah nya! Terkena pula tu!. Waktu tu, ayah pun terus tunduk! Setelah membaling pisau ke arah hana!. Sebab tulah orang itu tidak melihat sesiapa. Jadinya, orang tu pun terus sambung berjogging dan terus turun ke bawah semula.

Di luar rumah hana terkadang ada jiran-jiran yang suka berjogging. Kerana rumah hana atas bukit jadinya orang suka hendak berjogging, naik ke atas lalu turun semula. Rumah hana sesiapa pun boleh naik kerana bahagian bawah sebelum naik ke atas tidak ada pagar. Hanya jika mahu masuk ke dalam rumah sahaja mula ada pagar di hadapan.

Hana menangis kesakitan sambil memegang-megang tempat yang terkena pisau itu. Hana tidak berputus asa dia tetap mahu melarikan diri dari ayah. Waktu tu juga, hana terus mencabut juga pisau yang tertusuk pada kakinya. Lalu, dia membuangkannya dengan cepat!.

Hana mula bangun secara perlahan-lahan! Bangun berlari dengan keadaan kakinya yang terluka! Lari dan lari! Kaki mula berdarah-darah!. Hana terus menuju masuk semula di dalam rumah!. Ayah tetap mengekorinya dan mengambil semula pisau itu!. Hana tidak dapat keluar dari rumah kerana pagar seakan-akan sudah terkunci dengan magga. Dan dia memilih untuk masuk kembali dalam rumah.

Tupp!!!!!!!!!....(bunyi pintu yang sangat kuat).
Pintu di tutup dengan kuat oleh hana! Hana berjaya masuk ke dalam rumah!. Ayah pula tidak sempat masuk!. Hana berasa agak lega. Ayah hanya memandang dari luar pintu, tidak berpuas hati pada hana. Hana pun mula bergerak ke dapur. Menutup pintu dapur pula. Ayah yang mula beredar dari luar pintu. Ayah mencari jalan lain untuk masuk ke rumah.

Waktu di dapur, setelah pintu sudah dikunci. Hana mula duduk di dapur perlahan-lahan kerana kakinya terlampau sakit tak tertahan. Dia menangis-nangis melihat keadaan kakinya sendiri sambil memegang-megang. Kelihatan terkoyak kakinya nampak daging!. Tapi hana tetap bertahan. Hana mula mengambil air untuk mencuci sedikit lukanya dan supaya darahnya tidak terus mengalir. Dan dia mengambil kain untuk membalut lukanya.

Waktu dia menuangkan air begitu pedih rasanya! Makin meraung-raung hana!. Sehingga terbaring! Terlalu sakit!.

Sementara dari itu, amin mula sampai ke rumah hana. Menaiki grab.
Kata amin pada abang grab itu sebelum dia keluar dari keretanya...
"Ammm.. abang tunggu kejap boleh? Kejap ja".
"Tunggu? Ha yalah..". Jawab abang grab.
Amin pun mula keluar dari kereta sambil mengeluarkan handphone nya. Waktu tu amin dah siap bayar grab tu bayar online.

Amin yang menelefon hana berkali-kali tetapi tidak di jawabnya. Ternyata, telefon hana sudah jatuh di bilik stor, masa dia nak lari dari ayah. Hana memang ada bawa masa tu, simpan di dalam poket tetapi sudah jatuh. Amin mula hairan kenapalah hana tak angkat call dia.

Sampai abang grab berkata...
"Dik.. lama lagi ke? Abang tak boleh lama ni".
"Ammm.. kawan saya tak angkat call pula bang.. tak apalah bang.. abang gerak dululah ya". Tambah amin.
"Ha yalah kalau macam tu.. beg tu dekat belakang jangan lupa". Balas abang grab tu lagi.
"Ha ha.. lupa pula.. ok(sambil mengangkat begnya).. terima kasih ya bang.. assalamualaikum.. hati-hati jalan".
"Okey dik.. waalaikumsalam".
Abang grab pun mula beredar dari situ meninggalkan amin. Kerana dia tidak dapat menunggunya terlalu lama.

Amin pun mula menelefon hana sekali lagi tetapi tetap tidak di jawabnya. Amin pun putus asa. Lalu, amin mula menghampiri pintu pagar rumah hana. Masa tu amin ada bawa macam satu box coklat untuk hana. Amin ingin memberikan padanya meskipun hari jadi hana belum tiba. Sebab amin tahu hana gemar sekali dengan coklat, jadi dia berniat lah nak belikan coklat nak beri pada hana sebelum amin pulang ke rumahnya.

Amin yang mula memegang-megang magga pagar rumah hana. Rupa-rupanya magga tu tak terkunci sebenarnya. Hanya di letakkan macam tu, seperti terkunci. Kalau lihat dari jauh macam terkunci bila dari dekat dan pegang tak terkunci. Masa hana nak lari keluar rumah pun dia ingat kunci sebab jaraknya masih jauh. Rupa-rupanya tak kunci.

Amin pun mula membuka pagar secara perlahan. Dia pun hairan juga kenapalah rumah hana ni gelap segelap-gelapnya tak ada electric ka atau dah tidur?. Kalau tidur masih awal lagi baru jam 8 lebih dekat pukul 9 malam. Amin pun fikir positif jalah. Dan setelah dibuka dia terus masuk menuju ke hadapan pintu rumah hana.

Amin yang mula ketuk-ketuk dan memberi salam, amin turut membuka lampu telefonnya kerana terlalu gelap. Masa dia ketuk dengan beri salam yang pertama tiada respon. Hana tak dengar sebab dia dekat dapur. Kali ke dua pun tak ada respon, kali ketiga barulah hana perasan. Hana pun terus bangun perlahan-lahan ingin melihat.

Hana mula melihat bayangan amin di luar pintu. Pintu rumah hana ni dia macam kaca, boleh lihat orang dari luar datang tetapi kalau orang dari luar nak tengok dalam kena dekat sikit baru nampak. Kaca luar dengan bahagian dalam agak berbeza.

Setelah hana yakin itu memang amin dia terus berlari-lari dalam keadaan kakinya kesakitan. Dapat bayangkan kalau orang kaki sakit sebelah jalan macam mana kan? Ha macam tulah hana jalan.

Semakin hampir hana ke arahnya semakin jelas amin melihat siapa orang yang datang ingin membuka pintu. Sebab masa tu amin dah ngintip dari luar sambil suluh dalam rumah hana. Amin sangat terkejut itu adalah hana!. Kenapa hana jalan macam tu!?. Amin mula menarik-narik tombol pintu ingin membukanya setelah melihat keadaan hana yang jalan seperti itu.

Hana pun mula membuka pintu. Setelah dia buka pintu hana sangat bersyukur, memang amin yang datang. Amin pun mula hairan melihat keadaan hana. Lalu, amin mula menghampirinya. Dan tiba-tiba!!!!!!!........ tak sempat amin menghampirinya!!!!!.... tiba-tiba!!!!..........
Ayah!!!!!!!!.... muncul di belakang amin!!!!! Dan terus! Bun*h amin! Tusuk pada bahagian dada amin dari arah belakang!!!!!!!!!!!......
Hana sangat terganggam! Terkejut!!!!!!!!..... tak bersuara!!!!!!...
Ayah! Sambil membuat muka sinisnya!.
Amin pun mula terjatuh! Tanpa berkata apa-apa!.
Tapi keadaan amin masih sedar kan diri, matanya masih buka cuma nak bernafas susah.

Hana sudah tak boleh buat apa-apa melainkan lari darinya!(dari ayah). Ayah pun mengejarnya! Tetapi tak dapat sebab terlanggar sofa masa tu!. Hana terus berlari naik ke atas menuju ke biliknya! Masuk ke dalam biliknya!. Menutup pintunya! Menguncinya! Mengambil-ambil barang-barangan yang berat seperti meja, almari dan kerusinya!. Untuk di letakkan di belakang pintu supaya ayah susah ingin menolaknya nanti. Hana pun mula menyorok di bawah katil! Sambil memerhati sekeliling!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience