Setelah dari itu, ibu berkata lagi pada hana, dengan air mata yang masih menitis...
"Ibu.. gagal pertahankan adik.. ibu tak mampu.. ibu gagal...".
Ibu teringat sekali lagi, bahawa ayah lah penyebab adik menderita sakit!. Ayah! Ayah! Ternyata ayah mempunyai nafsu pada adik! Anaknya sendiri!!!. Ayah telah berkali-kali membuat perkara yang bukan-bukan pada adik! Harap korang faham apa maksudnya.
Sebelum itu, adalah juga ibu perasan kelakuan ayah aneh pada adik, tetapi ibu hanya berfikiran positif, dan tidak mahulah terlalu percaya jika ayah berbuat sedemikian. Tetapi, lama kelamaan ibu tahu juga! Ibu mula percaya! Kerana ibu melihat depan matanya sendiri!.
Waktu itu, ibu di bawah sedang sibuk membuat kerja rumah yang telah di atur ayah. Tetapi, tiba-tiba sahaja ibu terlupa ingin mengambil baju kotor di biliknya untuk mencucinya. Lalu, ibu pun naik ke atas menuju ke bilik. Sebelum sampai ke arah bilik, tiba-tiba ibu melihat ayah keluar dari bilik adik humaira. Ibu pun hairan.
Ibu pun terus sahaja menuju ke bilik adik untuk melihat setelah ayah keluar. Alangkah terkejutnya ibu! melihat adik di bawah lantai terbaring menangis-nangis! Dengan tubuhnya berselimut! Sama sekali tidak mengenakan pakaian!!!.
"Ya allah adik! Kenapa ni!? Allahuakbar! Adik!!!.. ya allah dik! Kenapa nih?!!!". Teriak ibu setelah melihat keadaan adik.
"Ibu....". Kata adik dengan nada yang teresak-esak menangis.
Ibu pun terus memeluk adik! Dengan air mata ibu turut mengalir!. Waktu tu, hati ibu mula sakit sangat! Ini mesti angkara ayah! Ayah yang melakukanya!.
Setelah dari itu, tanpa berkata apa lagi ibu terus berlari untuk mendapatkan ayah!. Ketika tu, ayah yang sudah berada di dapur sedang meminum segelas air. Ibu datang terus menyerangnya! Menjatuhkan gelas yang berada di tangan ayah! Sehingga pecah jatuh ke lantai! Masa tu ayah tak sedari kehadiran ibu.
Lalu, ibu terus berkata! Pada ayah! Dengan nada yang sangat tidak seperti biasanya! Dengan nada yang marah dan kecewa!...
"Kau buat apa dengan anak aku!? Kau memang hati binatang!!!! Apa kau dah buat dengan dia!? Apa kau dah buat?!!!!".
"Ehe.. lek.. jangan marah-marah chill sayang.. aku cuma nak happy-happy sahaja dengan anak aku takkan tak boleh.". Kata ayah dengan nada yang rilex! Sama sekali berkata seperti tiada perasaan!.
Dengar sahaja ayah berkata sebegitu, ibu tak tertahan lagi, ibu terus menampar ayah! Ya ibu menampar ayah buat kali pertamanya dalam hidupnya!. Ayah pun mula terdiam seketika! Selepas kena tampar!.
Kata ibu setelah menampar ayah...
"Kau memang ayah tak guna! Ayah jenis apa kau!? Kau sanggup buat dia macam tu! Darah daging kau sendiri! Aku boleh terima dengan rela hati aku kalau kau buat aku macam tu! Tapi jangan dengan dia!!!!! Anak aku! Anak kau!!!!! Kau sepatutnya di takdirkan untuk melindungi dia! Bukan menyakitkan dia! Kau memang si** !!.......". Ibu mula memukul-mukul kepala ayah, muka ayah dengan kuat!.
Ayah mula tidak tertahan lagi! Lalu, ayah terus menolak ibu sehingga terkena bucu meja! Dan kepala ibu berdarah!!!!!!.
Kata ayah pada ibu setelah itu...
"Kau boleh pergi ma*pus !!!!!..". Ayah turut mula menampar ibu berkali-kali! Memukul-mukul ibu! Pijak-pijak perut ibu!. Allahu! Tak terbayang seksanya ibu menanggung derita!.
Kata ayah lagi dengan nada yang sangat benggang...
"Kau dengar sini perempuan tak guna! Kau tak payah nak halang-halang apa aku buat dalam rumah ni! Kau tak layak! Kau patutnya kena dengar apa yang aku cakap! Turut apa yang aku suruh! Bukannya nak melalak-melalak dengan aku! Tunjuk bagus! Kau faham tak?! Kau kena ingat syurga kau dekat aku!(ayah ketawa kecil)".
Lalu, setelah ayah puas melihat ibu derita kesakitan, ayah pun berlalu pergi dari situ. Ibu tak mampu bangun waktu tu sakit sangat tubuhnya di injak-injak!. Menangis ibu masa tu!.
Sejak dari itu, ibu merasakan, ibu seorang wanita yang sangt tak berguna! Wanita yang tak mampu pertahankan diri! Wanita yang tak mampu pertahankan anak sendiri! Hancur hati ibu!! Terlalu sakit!.
Setelah, hana mendengar cerita ibu, hati hana pun mula luluh! Tak tahan mendengarnya! Sakit hati juga! Air mata hana juga mengalir tak henti! Sedih sekali apa yang telah terjadi! Apatah terkena sendiri oleh adik kesayangannya.
Dengan hati yang masih bersedih, hana tetap ingin bersuara pada ibu, kata hana pada ibu...
"Ibu.. mungkin ada sebab kan kenapa tuhan gerakkan hati hana untuk balik.. tuhan nak tunjuk semua dekat hana apa yang dah terjadi dekat dalam rumah selama ni.. tuhan bukakan hati mata hana untuk tengok semua ni....
Ibu.. kalau ibu nak tahu selama 7 bulan hana dekat asrama hana happy sangat-sangat ramai orang baik dengan hana dekat sana.. lagi-lagi kawan hana.. amin.. dia selalu buat hana tersenyum.. bila hana sedih rindukan ibu.. adik.. amin lah orang yang selalu beri kata-kata semangat untuk hana.. dia tak suka tengok hana sedih.. macam ibu juga.. ibu kan tak suka tengok hana sedih kan?".
Ibu mula mengelap kedua air mata hana daripada terus mengalir lagi.. sambil ibu berkata padanya...
"Ya sayang.. ibu tak suka tengok kakak sedih-sedih".
Hana pun mula sedikit tersenyum.
Lalu, ibu memegang kedua bahu hana dan berkata lagi...
"Kakak.. ibu senang sekali mendengar kakak bahagia dekat asrama.. syukur sangat-sangat tuhan makbulkan doa ibu.. hana di kelilingi dengan orang-orang yang baik-baik".
"Tapi ibu.. sakit sangat hati kakak". Kata hana lagi.
"Kenapa?". Jawab ibu ringkas.
"7 bulan hana dekat asrama hana happy-happy.. sedangkan pada masa yang sama ibu dengan adik humaira hari-hari terseksa dengan kejam dekat rumah ni". Tambah hana.
"Kak.. kakak tak perlu risau dah.. sekarang kan ibu dengan adik dah tak terseksa lagi kan.. sebab ibu ada kakak.. anak sulung perempuan ibu.. yang paling kuat.. sangat-sangat kuat". Kata ibu lagi dengan nada yang agak semangat, dan mula tersenyum.
Hana pun mula tersenyum sekali lagi dan terus memeluk ibu dengan erat! Dan kuat! Seperti tidak mahu melepaskannya!. Ibu pun sambut pelukkan hana dengan erat!.
Dalam pada mereka berpelukkan, tiba-tiba seorang polis datang, menghampiri ke situ. Polis yang menghampiri itu sambil berkata...
"Dik.. ". Polis memanggilnya.
Hana terus melepaskan pelukkan dan terus bangun dari duduknya.
Kata polis itu lagi...
"Kami telah menjumpai seorang lagi mayat wanita di stor itu".
Lepas sahaja polis berkata begitu, reaction hana mula terkejut! Terganggam! perasaan hana mula tak sedap! Hatinya mula resah! hana terdiam! Hana tanpa berkata apa-apa!. Dengan perlahan-lahan hana terus menoleh kebelakang! Adakah ibu masih disitu?! Masih duduk disitu?!. Ternyata adalah tidak! Ibu tiada disitu!!!. Siapakah yang bersamanya dari tadi?! Dengan siapakah dia bersembang, bercerita tadi?!. Masa tulah perasaan hana mula tergetar-getar tak keruan!! Menggelabah!.
Lepas sahaja hana melihat bahawa ibu tiada disitu. Hana tanpa berkata apa dia terus berlari! Berlari-lari masuk kedalam! Pergi ke stor yang dibawah!. Untuk memastikan bahawa itu bukanlah mayat ibu! Dengan harapan penuh! Itu bukan mayat ibu!.
Sesampai sahaja hana di tempat kejadian, secara kebetulan seorang mayat wanita sedang di keluarkan dari tong hitam berisi air! Di bawa keluar! Oleh beberapa anggota!. Dan...........
Alangkah terkejutnya hana! Sehingga tak terkata!. Tergetar-getar kakinya! Menggigil-gigil tubuh hana! Kedua air mata hana dengan perlahan mula terjatuh juga! Setelah melihat bahawa mayat yang dikeluarkan itu adalah...............
Ibu! Ya ibu! Ibu hana!!!!!!!!!!!!!!!!! Mayat itu adalah ibu! Jelas terlihat wajahnya yang pucat! Dengan mukanya ada beberapa kesan luka!.
Hana sempat menggelengkan kepalanya dengan perlahan seakan tak percaya! Bahawa itu adalah ibu!.
Hana mula menjadi lemah! Rebah! Perlahan-lahan terduduk! . Dan sambil hana mula mengingat kembali, teringat bahawa dari awal dia jumpa keberadaan ibu di stor itu bukanlah ibu melainkan hanya khayalan nya yang melihat seakan-akan ibu yang terikat tali dengan kedua tangannya. Sedangkan masa tu ayah pun sama sekali tidak melihatnya(ibu).
Dan ternyata, memang hana dalam khayalan, hana turut bercakap bersendirian. Waktu ibu datang padanya, ketika hana mahu memb*nuh ayah ternyata tidak ada pun keberadaan ibu! Hanya perasaannya sahaja merasa bahawa ibu memanggil nya!.
Hana berpelukkan pun secara berseorangan! Tiada sesiapa pun!. Patutlah waktu tu, ayah yang melihat dia berkata hana gila!. Masa last, hana duk bercerita, bersembang dengan ibu tu pun rupanya dia sedang bercakap bersendirian!. Masa tu, sebenarnya ada seorang polis melihatnya tetapi polis itu sama sekali tidak menghiraukan melainkan berasa hairan sahaja, dengan siapakah budak tu bercakap?. Itu sahaja.
Sekali lagi, hana mula perah otaknya seketika! Mengorek ingatannya bahawa apa penyebab ibu pergi?!. Selang beberapa detik sahaja hatinya mula tergerak mengingat penyebab kematian ibu. Bahawa, selepas sahaja kematian adik, ibu seakan-akan tidak menerima kepergian adik! Ibu bagaikan menyesal telah berbuat sedemikian pada adik dengan meracuni nya sehingga meninggal.
Ibu seperti orang tidak tentu arah! Hari demi hari ibu menangis! Berteriakkan memanggil adik! Mengetuk-ngetuk pintu stor! Ibu ingin melihat mayat adik yang telah dikurung ayah di dalam. Ibu sangat merinduinya. Tetapi ayah sama sekali tidak benarkan. Dengan kelakuan ibu itu ayah sangat tak tahan! Panas hati!. Dan mula ayah menyeksa ibu berkali-kali! Menghentak-hentak kepalanya dengan benda keras! Mencekiknya pula sehingga menjadi lemah! Susah bernafas dan menendang-nendang ibu pula!. Tak terbayang sakitnya!.
Kemudinnya, setelah puas ayah membuat ibu seperti itu, ayah mula mengurung ibu pula di stor juga. Dengan mengikat kedua tangan ibu, dengan keadaan berdiri. Masa tulah keadaan ibu dah mula sangat lemah!. Dan selang beberapa minit sahaja, ibu di ikat oleh ayah, ibu pun menghembuskan nafasnya di situ juga dengan keadaan terikat. Kerana sakitnya tak tertahan apatah lagi melibatkan kepalanya.
Jarak kematian ibu dengan adik tidak lah terlalu jauh dalam 3 hari macam tu. Adik dahulu pergi, pada selepas hari ke 3 ibu pula pergi. Adik meninggal kira-kira jam 9-10 pagi. Selepas sahaja adik meninggal dan mayat adik di sembunyikan oleh ayah, ibu dah mula meraung juga sebenarnya. Meraung sampai ke besok harinya dan hari-hari seterusnya. Dan selepas hari ke 3 juga lah ibu pun mula di seksa dan meninggal juga pada hari yang sama, kira-kira jam tenghari 2-3.
Kematian ibu sebenarnya sudah seminggu sebelum hana pulang rumah. Kematian adik pula sebelum seminggu kematian ibu. Minggu yang berbeza, tetapi selang 3 hari. Jaraknya tidak terlalu jauh. Dan ternyata waktu hana pulang memang mereka sudah tiada.
Dan kemudiannya, pada besok harinya ketika ayah mahu melihat keadaan ibu di stor, ayah mendapat tahu bahawa ibu tidak lagi bernyawa. Terus sahaja ayah membuka tali ikatannya dan ayah terus mencari-cari benda besar supaya dapat memasukkan mayat ibu di dalamnya.
Ayah pun mula melihat tong hitam yang berada di toilet atas, saiz nya boleh muat untuk ibu di masukkan disitu, terus ayah memasukkan mayat ibu di dalam situ dan terus menutupnya!. Tong tu pun kebetulan ada sedikit air. Tetapi ayah tidak membuang airnya melainkan menambahkannya sedikit lagi barulah mayat ibu di masukkan. Mungkin ayah tak mahu mayat ibu berbau?. I think.
Sebab itulah, kali terakhir hana melihat ibu berada disitu, di ikatan tali. Ternyata, disitu lah berakhirnya kehidupan ibu. Nafas ibu terhenti di situ sebelum ayah memasukkan nya di dalam tong.
Keberadaan tong itu, tidaklah jauh dari tempat hana melihat ibu, yang terikat. Tong itu ada sahaja berdekatan situ mungkin hana tak perasan dan tak nampak awalnya. Kerana tong tu pun seakan di sembunyikan keberadaannya, di tutup-tutup dengan barang-barangan. Terhalang dari terlihat. Setelah betul-betul di selongkar kesemua barangan dalam stor oleh pihak-pihak polis, barulah polis menjumpai tong yang agak janggal itu. Dan ternyata dalam tu memang berisi setelah di buka. Mereka pun sangat terkejut setelah membuka.
Selepas sahaja, hana telah ingat kesemuanya, hana mula menangis-nangis! Air matanya laju mengalir! Berteriakkan memanggil ibu!!!!!!!!. Tangisannya mula tak terkawal!...
"Ibu! Ibu!!!!!.. ibu!!!!!! Jangan tinggalkan hana!!!! Ibu!!!!! Ibu!!.....".
Hana mula bangun mahu mendapatkan ibu, tetapi di halang oleh seorang polis wanita. Polis itu, mula mahu menenangkan hana, memeluk hana dengan erat. Mengusap-usap bahagian belakang badan hana. Supaya hana dapat bersabar dengan semua ini dan dapat menerima kenyataan bahawa itulah takdir yang tertulis oleh yang maha kuasa lagi maha tinggi.
Hana yang tak berhenti berteriakkan! Memanggil ibu! Ibu! Dan ibu!. Sangat tak terbayang rasa sakit hana yang di alami masa tu. Hancur hati hana berkecai!. Hana yang sangat berharap awalnya akan menemui ibu dan adik dan akan menghabiskan masa cutinya bersama mereka. Tetapi itu hanya lah mimpi dan bayangannya.
Tetapi, hana sungguh tak sangka dalam keadaan seperti itu tuhan masih menghantar tubuh ibu untuk memberitahu hal yang terjadi di saat-saat terakhir padanya. Begitu juga dengan amin, tuhan menghantar amin untuk dapat membantu nya keluar dari semua sengsara ini, walaupun hanya sekejap dan seketika.
Jika tuhan berkehendak maka jadilah ia. Tuhan tidak tidur, tuhan mendengar segala-galanya, segala rintihan pada diri kita. Tidak kira derajat kita tinggi atau rendah tuhan tetap bersama. Maka berdoalah apa jua sekali pun apa keadaan sekali pun, terpaling penting jagalah hubungan kita dengan tuhan.
Share this novel