Setelah kejadian, tak terasa pagi mula menerang. Suasana di perkarangan rumah hana sangat heboh atas kedatangan orang ramai(orang ramai mula berkumpul. Yang mula memenuhi ruang luar rumahnya. Tiga orang makcik turut hadir dan sangat terkejut melihat keadaan itu. Tetapi mereka tidak sekali pun di benarkan memasuki halaman rumah hana.
Terlihat juga, kereta-kereta polis dan anggota-anggota memenuhi halaman rumah hana. Begitu juga dengan pihak yang terlibat. Ada beberapa pihak media telah turut hadir tetapi tidak di benarkan memasuki halaman juga. Bagi tidak menganggu terlebih dahulu urusan penyiasatan. Semua anggota polis mula sibuk menjalani kerja mereka.
Pertama sekali, yang di keluarkan dari rumah adalah ayah. Dua orang polis mengiringi ayah membawa keluar dari rumah. Waktu tu, semua orang yang di luar mula memandang ke arah ayah. Begitu juga dengan hana dan ibu yang telah berdiri di halaman rumah. Melihat ayah di bawa oleh pihak polis. Ayah pun mula tundukkan wajahnya tetapi ketika lalu di hadapan hana matanya memandang ke arah hana. Hana pun memandang ke arah ayah juga. Ibu pun mula memegang bahu hana(menggusap bahunya).
Setelah itu, mayat amin pula di bawa keluar dari rumah. Dengan di tutupi wajahnya serta tubuh. Waktu amin di bawa dan mereka lalu di depan hana. Hati hana mula sebak melihatnya. Pihak yang lain masih melakukan kerja mereka di dalam bagi mengeluarkan mayat adik pula yang berada di bawah.
Waktu tu, ibu mula beredar dari situ, duduk di bahagian hadapan rumah. Yang seperti ada tangga kecil. Ibu duduk di situ. Hana yang melihat ibu pergi dari situ dia turut mengekori ibu. Dan duduk bersama ibu. Duduk bersebelahan ibu. Mereka pun mula bersembang sementara menunggu pihak yang lain menyelesaikan kerja mereka di dalam.
Hana yang mula bersuara dahulu pada ibu. Kata hana pada ibu...
"Ibu.. kakak nak minta maaf.. sebab selama ni kakak tak pernah langsung tahu pasal apa yang terjadi dekat dalam rumah ni".
"Kakak.. awak tak perlu minta maaf .. sebab ini semua salah ibu.. ibu yang patut minta maaf pada kakak.. ibu dah berbohong pada kakak". Balas ibu.
Hana mula memandang ibu.
Tambah ibu lagi...
"Lepas ibu hantar kakak dari asrama tu......
Ibu mula mengingatkan kembali detik itu.
Masa tu sudah malam, ibu yang mula masuk ke dalam rumah. Ayah yang terus datang kepada ibu dan adik.
"Eh! kau dari mana!? Ha!? Kenapa kau keluar tak bagitahu aku!? malam macam ni kau baru balik! Kau pergi mana!? Hana mana hana!? ha!? mana hana!?".
"Adik.. naik sayang..". Bisik ibu pada adik. Adik pun terus berlari dari situ. Adik tidak terus naik atas tapi adik menyorok melihat pertengkaran itu. Adik mengintip.
"Eh! aku tanya kau ni! Kau pekak ke!?". Tambah ayah lagi dengan nada yang marah.
Ibu pun mula bersuara dengan tanpa rasa takut dan ragu...
"Aku dah bawa dia tinggal dekat asrama".
"Asrama!? Apa kau cakap nih ha!? Pandai-pandai kau hantar dia dekat asrama kenapa!? siapa suruh ni ha!? Oww patutlah aku tengok barang-barang hana berkurang dalam bilik dia rupanya kau bawa dia keluar dari sini! kau ni memang suka sangat nak jauhkan aku dari dia kan!? lama dah aku perhati! Kau ni ibu jenis apa sanggup kau nak pisahkan aku dengan anak aku ha!? Apa alasan kau ha!? Kau ni memang perempuan tak guna!!!".
Pang!!!!!!!!!!!...
Ayah yang terus menampar muka ibu! Sampai ibu terjatuh!.
Adik yang melihat itu mula ketakutan dan menangis.
Tidak puas ayah menampar ibu sehingga jatuh. Ayah kemudiannya turut menarik rambut ibu sambil berkata lagi dengan nada yang masih kasar dan marah...
"Sekarang ni kau cakap dengan aku! kenapa kau bawa dia pergi tanpa pengetahuan aku!?".
"Eeee! Lepaslah! Sakitlah!.. aku bawa dia jauh dari kau sebab aku tak nak dia tinggal dengan bapak tak guna macam kau!". Kata ibu dengan nada yang berani.
"Kau ni memang kurang ajar!..".
Pang!!!!!...
Sekali lagi ayah menampar ibu dengan semakin keras sehingga ibu terbaring jatuh sekali lagi.
Waktu itu, adik yang melihat tidak tertahan lagi. Adik terus mendekati ibu memegang ibu, dan terus berkata sambil menangis...
"Ibu... ibu....".
Tambah ayah lagi...
"Eh! Kau dengar sini! Kau ingat kau paling berguna sangat jadi ibu ke ha!? Paling hebat sangat!? Ha!? Eh! kau dengar ni! Mulai sekarang aku takkan benarkan kau jejak keluar dari rumah! Kau budak pun sama! Sekali kau berdua melangkah keluar! aku buat kau orang berdua lebih kejam!.. sekarang ni kau bagi telefon kau dekat aku! Sekarang!".
Ibu yang seakan-akan enggan memberikan telefonnya pada ayah.
"Eh! Perempuan cepatlah! Apasal slow sangat kau ni! Bagi pun susah ke!?". Kata ayah lagi.
Ibu yang mula ingin mengeluarkan telefon dari begnya, dan terus di rampas oleh ayah!.
Ayah terus merampas telefon ibu. Dan berkata lagi...
"Apahal tak boleh buka!? Kau dah tukar password ke ha!? Buka sekarang! Buka!".
Tanpa berkata apa ibu terus membuka password handphone nya. Walaupun terpaksa. Lalu, setelah di buka ayah pun terus membuka whatsapp ibu.
Kata ibu pada ayah lagi...
"Faris.. tolonglah jangan suruh hana balik.. kau boleh buat apa sahaja dengan aku.. tapi tolong kau jangan ganggu hana.. biarlah dia dekat sana sementara".
"Eh! Banyak pula cakap kau! Suka hati akulah nak buat apa pun! Sibuklah kau!".
"Faris.. tolonglah.. aku minta tolong.. jangan ganggu dia dekat sana.. aku rela kau buat apa pun dekat aku.. aku sanggup.. tapi jangan dekat hana". Ibu yang merayu sekali lagi pada ayah.
Ayah hanya memandang ibu sinis. Lalu, ayah berkata padanya...
"Betul ke ni? Kau sanggup?.. termasuk humaira kan?".
"Tak! Jangan!..".Balas ibu. Sambil memeluk adik erat.
"Okeylah fine.. aku akan biarkan hana dekat sana.. tapi.. nanti.. bila tiba masanya aku akan suruh dia balik juga!". Kata ayah sambil tertawa kecil.
Tambah ayah lagi...
"Handphone ni.. aku rampas! Sikit pun aku takkan bagi kau!".
"Faris.. kalau kau ambil telefon tu macam mana aku nak berkomunikasi dengan hana?". Tanya ibu pada ayah.
"Aik! Tu kau punya pasal lah! Kau tak payah nak berkomunikasi sangat dengan hana! Biar aku ja berkomunikasi dengan dia! Anak aku!.. sekarang ni aku nak korang berdua pergi naik! Aku tak nak tengok muka korang! Bla!".
Ibu dengan adik pun mula bangun bergerak beredar dari situ dengan perlahan-lahan. Dengan perasaan yang sangat sedih!.
Kata ayah lagi pada mereka... sebelum mereka bergerak lebih jauh dari ayah, dengan nada yang mula cool...
"Sekali lagi.. aku ingatkan korang berdua.. jangan sesekali cuba keluar dari rumah ni.. ini adalah hukuman untuk korang sebab dah buat aku marah".
Waktu ayah berkata, langkah ibu dan adik terhenti seketika. Tetapi ibu dan adik hanya terdiam dan lanjut beredar dari situ.
Dari sejak itu, ternyata ibu dan adik telah di kurung oleh ayah dalam rumah.
Setelah mendengar cerita ibu, hana pun terus menanyakan ibu.
"Jadi.. selama ni ibu hantar hana dekat asrama tanpa pengetahuan ayah? Dan.. selama ni hana chat dengan ayah?".
"Ya...". Ringkas ibu berkata.
Waktu tu, hana pun sempat mengingat kembali bahawa selama ni ayah yang chat hana. Setiap hari, setiap waktu. Dengan menggunakan telefon ibu. Selama ni hana berfikir dia sedang ber message dengan ibu ternyata tidak. Patutlah selama ni bila hana minta video call sering ditolak.
Kata ibu lagi pada hana...
"Dulu... masa hana kecil-kecil ibu hantar hana dekat arwah nenek pun awalnya tanpa pengetahuan ayah.. sebab ibu tak nak hana terseksa dari kecil dengan dia.. ibu nak hana bahagia tanpa terseksa".
Hana mula teringat kembali sedikit demi sedikit waktu dia masih kecil, dia pernah di pukul oleh ayah jika dia sering merengek, menangis. Ayah yang agak agresif bila mendengar suara yang membuatnya terganggu. Sifat panas baran turut ada padanya. Walaupun, memang betul ayah sangat sayang padanya lebih dari adiknya. Tetapi sifatnya itu tetap tidak dapat menggubah dirinya jika dia merasa terganggu.
Seketika itu, mayat adik terlihat di bawa keluar dari rumah pula. Ibu dan hana melihatnya dengan perasan yang tak dapat di gambarkan, sebak sekali!.
Setelah melihat keadaan itu, ibu mula bersuara lagi, sambil memandang ke arah mayat adik yang dibawa keluar itu.
"Adik.. ibu minta maaf..". Air mata ibu mula mengalir laju.
Hana pun mula melihat ibu agak hairan sekali lagi. Kenapa ibu nak minta maaf pada adik pula?.
"Kak.. sebenarnya ibu lah punca adik pergi". Kata ibu pada hana.
"Ha? Maksud ibu?". Tanya hana makin hairan.
Ibu mula memandang hana, lalu menceritakan hal yang sebenar. Ibu mengingat kembali. Menceritakan kembali.
Waktu tu, adik tidak bermaya. Adik sakit, hari-hari adik sering mengadu sakit pada ibu. Ibu tidak tahan lagi mendengar kesakitan yang di lalui adik. Hancur hati ibu, resah hati ibu. Pada suatu hari tu, ibu meletakkan racun pada minuman adik. Lalu, memberikan kepada adik. Adik yang terlihat terbaring sahaja menahan sakitnya, tubuh badannya sakit. Lemah sangat waktu tu.
"Adik.. bangun sayang.. ibu dah buatkan susu untuk adik.. bangun ya nak.. minum dulu". Kata ibu pada adik sambil membawa segelas susu untuknya.
Adik pun mula tersedar dari baringnya, dengan duduk secara perlahan di atas katilnya. Untuk meminum air yang di beri ibu. Dengan keadaan adik yang masih lemah. Tanpa berkata apa adik terus minum air itu.
Selepas sahaja adik minum tidak sampai pun habis, adik terus memuntah kan air minumannya! Kembali! Dan batuk-batuk!. Adik turut seperti orang yang sesak nafas! Malah mulut adik mula berbuih! Bukan buih biasa tetapi buih yang mengalir darah!!!.
Ibu mula panik!..
"Ya allah! Adik! Adik! Allahuakbar! Adik!!!!". Kata ibu seperti berteriak kan. Sehingga ayah mula perasan dengan teriakkan ibu!.
Walaupun ibu yang melakukan itu, melentakkan racun pada minum adik, tetap sahaja ibu sangat panik lihat keadaan adik seperti itu.
"Eh! Kenapa ni ha!? Kenapa dengan humaira ni! Ha! Haz! Kenapa dia ni!?". Ayah yang mula berada di bilik adik.
Ibu tidak bersuara melainkan mula menangis teresak-esak sambil memangku adik. Dan tidak lama dari itu pun nafas adik mula terhenti!!!! Adik meninggal di pangkuan ibu!!!. Racun yang ibu berikan pada adik sangat berbahaya! Melibat nyawa!. Entah dari mana ibu dapat racun itu pun tak tahu. Mungkin dalam rumah ada racun yang berbahaya jadi ibu mendapatkannya di dalam rumah juga.
Selepas sahaja nafas adik terhenti. Ibu makin seperti orang tidak tentu arah! Menangis! Menjerit!!.
"Adik! Adik bangunlah! Adik! Ya allah adik!!! Adik! Jangan tinggalkan ibu! Adik!".
Ayah yang mula terkejut! Kerana tiba-tiba sahaja adik meninggal! Malah dengan keadaan seperti itu!.
Ibu mula bersuara lagi! Dengan menyalahkan ayah!...
"Kau! Kau yang bun*h anak aku kan! Kau bun*h dia kan!? Kau memang pembun*h!!". Sambil menunjuk-nunjuk jarinya ke arah ayah.
"Eh! Kau cakap apa ni!? Aku tak bun*h dialah! Sebelum ni dia oke ja tak ada masalah! Sekarang ni tiba-tiba ja dia jadi macam ni!.. ke kau yang bun*h dia!?". Balas ayah pada ibu.
Ibu mula sedikit terkedu. Tetapi hanya sekejap. Lalu, ibu terus berkata lagi...
"Kau gila ke!? Takkan lah aku bod*h sangat nak bun*h anak aku sendiri! Tak! Tak! Kau yang buat dia macam ni! Kau yang buat! Aku nak report kau dekat polis! Aku report kau! Aku report kau!!!!!!!!". Ibu mula bertindak memukul-mukul dada ayah.
Reaction ayah mula berkasar pada ibu! Ayah tidak tahan di pukul-pukul oleh ibu! Ayah tak mahu kalah! Ayah terus menolak ibu dengan kuat! Sehingga jatuh ke lantai!!!.
"Ehh!!! Tepi lah!!!". Kata ayah.
Lalu, ayah terus mendekat ke arah adik yang tidak bernyawa itu. Ayah mahu mengangkat nya keluar dari bilik. Mungkin dari situ ayah mula sedar bahawa dia lah sebenarnya punca kematian adik humaira, padahal bukanlah berpunca dari ayah. Tetapi melainkan ibu yang membuat semua itu! Ibu yang lakukan!!!.
Ibu yang melihat ayah mahu membawa adik keluar dari bilik. Ibu tidak berdiam, ibu bangun semula dan terus mendekati ayah dan berkata padanya...
"Kau nak bawa anak aku pergi mana! Jangan bawa dia! Jangan! Tolong jangan bawa dia! Lepaskan la dia!".
"Eh! Kau tak payah nak menyibuklah! Tepilah!!!". Ayah berkata pada ibu sambil terus menendang perut ibu dengan kuat sehingga ibu jatuh sekali lagi. Kerana ibu menghalangnya.
Kata ayah lagi sebelum dia membawa, mengangkat mayat adik keluar...
"Aku ni nak letak dia dekat tempat yang aman sikit! Kau ni jangan jadi bod*h lah! Letak mayat merata dalam rumah! Otak ada fikirlah sikit!".
Ibu pun mula menangis tidak henti-henti. Dalam hati ibu berkata...
"Adik.. ibu minta maaf.. ibu minta maaf adik.. ya allah adik.. adik.. ibu terpaksa buat macam ni.. walaupun berat sangat nak buat macam ni.. ibu terpaksa sayang.. ibu tak nak tengok adik hari-hari menderita sakit macam ni.. maaf kan ibu ya sayang..".
Ayah membawa mayat adik di stor nya. Meletakkan nya di situ. Dengan menutup kepala nya, wajahnya juga, dengan selendang hitam. Lalu, di sorok-sorokkan mayatnya dengan kotak-kotak, ditutupi kotak-kotak, di sembunyikan. Alasan ayah menutup kepala dan wajahnya kerana ayah tak mahu melihat mukannya. Mungkin takut terbayang-bayang. Ataupun ada alasan ayah yang tersendiri. Walaupun sudah di sembunyikan. Tetap sahaja dia ingin menutupi wajahnya, wajah adik.
Di dari situ, hana baru sedar bahawa mayat yang dia lihat di stor itu memang mayat adik. Yang seakan-akan mengekori hana juga memang adalah arwah adik, yang seakan-akan turut memberi petunjuk.
Share this novel