Chapter 5

Thriller Completed 350

Hana mula sampai di tasik. Suasananya waktu tu memang nyaman sekali sangat tenang. Masa tu, tiada siapa disitu melainkan hana sahaja. Sunyi sepi. Tetapi tenang.

Hana yang ingin menghilangkan rasa sedihnya di situ. Dan dia mula menguatkan hatinya untuk menerima segala-segalanya apa yang di katakan ayah itu tadi. Tetapi, walau apapun yang terjadi dia tetap berharap ibu dan adiknya kembali. Hana tetap sayang ibu dan sama sekali tidak rasa ingin membenci padanya ataupun berdendam. Cuma ada perasaan kecewa sedikit. Tapi dia tetap sayang ibu.

Hana mula mengeluarkan handphone nya dari poket seluarnya, dan mula merakam dirinya sendiri sambil menunjukkan pemandangan di belakangnya.

Kata hana pada rakaman camera itu...
"Assalamualaikum semua.. jadi harini hana dapat juga balik cuti selepas sekian lama berada di asrama.. so sekarang hana berada di tasik yang tidak jauh dari rumah hana.. cuba korang tengok belakang cantikkan(sambil menunjuk bahagian belakang)(hana turut sambil tersenyum).. hana happy sangat akhirnya dapat pulang.. tapi...(muka rasa sedih) hmm.. it's okeylah tak ada apa.. cuba korang tengok lagi belakang-belakang tu cantikkan? Tengok guys.. belak...............

Hana terus tutup rakaman! Setelah melihat kelibat budak seakan-akan memakai selendang hitam di rakamannya itu! Sedang memandang ke arahnya! Dan pada waktu yang sama dia turut menoleh-noleh di belakang mencari-cari kelibat itu tetapi tiada!
Muka nya tidak jelas! Kerana tertutup dengan selendang yang di pakainya, Hana waktu tu mula rasa tak sedap hati! Siapa pula itu tadi!? Tengah merakam pemandangan tiba-tiba ada kelibat!?.

Lalu, hana melihat kembali rakamannya itu tadi. Adakah benar ada kelibat budak yang sedang melihatnya tadi. Ternyata, setelah dia melihat kelibat itu tiada di rakamannya!. Mujurlah, kelibat itu tiada di rakamannya, hana mula berasa lega mungkin tadi itu hanyalah perasaan dia sahaja.

Setelah itu, hana mula berlalu pergi dari situ takut terlambat sampai rumah. Takut ayah sudah tunggunya. Hana pun sudah berkata pada ayah dia hanya sekejap sahaja disini. Sewaktu dia mula berlalu pergi. Ternyata! Memang ada kelibat sedang melihatnya tadi! Bersebelahan pokok yang tinggi itu!.

Hana pun mula pulang menuju ke arah rumah, berjalan di lorong rumah-rumah jiran di bahagian bawah itu sambil chat amin. Sambil tersenyum-senyum. Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba ada 3 orang makcik yang menegurnya setelah melihatnya lalu bersebelahan mereka...

"Eh.. eh.. dik.. dik.. awak ni macam pernah nampaklah tapi dekat mana ye?". Kata makcik pertama.
Tambah makcik kedua...
"Eh dia ni kan anak haz dengan faris yang duduk rumah atas bukit tu kan? yang duduk asrama tu kan?".
"Ya betul saya.. ammm.. nama saya hana...(sambil salam mereka)". Jawab hana dengan senyuman.
"Ohhhh hana..". Jawab mereka serentak.
"Eh awak dah tak duduk asrama ke?". Tanya makcik itu lagi.
"Masih cik.. cuma sekarang saya tengah cuti asrama". Jawab hana.
"Ohhhhh..". Mereka serentak berkata sekali lagi.

Tambah hana lagi...
"Hmm.. makcik-makcik ni duduk dekat area-area sini ke?".
"Ha ya betul kami duduk disini kami orang sini.. tapi awak ni cantiklah macam mak awak".
"Eh adik dia yang bongsu tu pun comel tau.. apa nama adik awak lupa pula".
"Humaira cik..".
"Ohhh humaira.. nama pun cantik".

Hana hanya tersenyum ketika itu.

Makcik-makcik tu pun mula bertanya-tanya lagi pada hana...
"Eh ni dik.. nak tanya lah kan alang-alang awak dekat sini.. ni kenapa macam dah lama sangat kami tak nampak mak awak ya?".

Hana mula terdiam seketika dan memandang mereka tanpa berkata apa-apa. Kening hana sempat berkerut juga setelah mereka menanyakan macam tu.

Lalu, makcik yang lain berkata lagi...
"Ya betul dik lama rasanya tak nampak dalam 6 7 bulan macam tu dik tak nampak.. biasa adalah juga kalau-kalau kami nak ke pasar.. kami lalu depan rumah awak kami nampak mak awak pagi-pagi keluar nak pergi kerja kadang siap tegur lagi kami dik".

Makcik-makcik itu mula teringat detik-detik ibu menegur-negur mereka.

Waktu itu, ibu keluar untuk ke kerja menaiki keretanya. Ibu yang jika terserempak makcik-makcik disitu sama sekali tidak lepas untuk menegur mereka. Senyuman ibu tak pernah lepas dari mereka, bukan mereka sahaja tetapi orang-orang sekitar situ juga.

Ibu yang mula berhenti kan keretanya, melihat mereka berjalan kaki dan mula menurunkan tingkapnya, lalu ibu berkata pada mereka dengan senyuman manisnya...
"Assalamualaikum semua.. selamat pagi".
"Waalaikumsalam selamat pagi juga". Jawab mereka dengan senyuman juga.
Tambah makcik itu lagi...
"Nak pergi kerja ke tu haz?".
"Ya kak.. saya nak pergi kerja.. mm.. akak-akak semua ni nak pergi mana?". Tanya ibu pada mereka.

"Ala haz biasalah kami kalau pagi-pagi macam ni nak pergi ke pasar depan tu ha". Jawab salah seorang makcik itu.
"Oh yakah.. wah rajinnya pagi-pagi dah ke pasar.. seronok haz tengok.. lagi-lagi dengan kawan-kawan". Jawab ibu dengan senyuman.

Makcik-makcik itu mula tersenyum-senyum.

Lalu, salah seorang makcik berkata lagi pada ibu...
" Haz bila-bila awak pun boleh mai lah ikut kami sekali pergi pasar.. kalau pagi-pagi macam ni seronok tau pergi pasar.. kan..".
"Inshaallah kak.. terima kasih jemput saya.. inshaallah lah kalau saya tak ada apa boleh lah saya join.. eh macam lama sangat kita borak dah ni kan allahuakbar.. sampai tak ingat saya nak pergi kerja.. astagfirullah..". Ibu yang agak sedikit ketawa.

"Allahuakbar.. tulakan.. eh tak apa awak geraklah kang lambat pula nanti".
"Haah yalah.. ohya bila-bila akak-akak semua mai lah datang rumah saya boleh lah kita borak-borak lama sikit kan".
"Inshaallah..". Makcik-makcik yang serentak berkata.
"Okey lah kalau macam tu haz gerak dulu.. hati-hati semua pergi pasar tu.. assalamualaikum semua".
"Waalaikumsalam haz.. hati-hati juga tu haz".

"Okey semua.. bye...". Ibu sambil terus berlalu pergi.
"Bye byeeee". Tambah mereka serentak.
"Eh baik betul haz tu peramah kan sopan pula tu.. tak macam laki dia tu tak kenal orang kan". Kata salah seorang makcik disitu dan mereka berlalu pergi juga.

Setelah makcik-makcik disitu menceritakan hal itu, mengingatkan kembali detik-detik itu pada hana.
Hana mula termenung sekali lagi dan wajahnya sedikit tersenyum mengenang senyuman manis ibu yang dirindui itu.

Salah seorang makcik mula bersuara lagi pada hana...
"Tapi kan dik.. acik nor ni(sambil menuju acik yang bernama nor yang berada bersebelahannya).. dia pernah lah tanya ayah awak tentang mak awak.. kan nor?".
"Iya betul saya pernah bertanya ayah awak masa terserempak.. masa tu tak adalah lama sangat.. baru-baru ni juga".

Acik yang bernama nor itu mula mengingatkan kembali detik-detik terserempak dengan ayah.

"Eh dik.. dik.. kejap..(sambil mengangkat tangan ke arah ayah).. awak nih suaminya haz kan.. yang duduk rumah atas bukit tu?".
"Iya saya.. kenapa ya?". Jawab ayah dengan muka yang agak serius.
"Oh.. tak ada.. ammm.. ni akak cuma nak tanya macam.. lama tak nampak haz dia tak sihat ke? Biasa adalah juga nampak dia nak pergi kerja tak pun balik kerja tapi ni macam dah lama sangat tak nampak.. akak bukan nak sibuk lah kan akak cuma risau kalau haz tak sihat..ya lah haz tu baik orangnya".

Dengan lajunya ayah menjawab...
"Ya dia tak berapa sihat dia demam panas lama dah tak surut-surut.. tulah yang saya risau..anak bongsu saya pun turut demam sekali tapi its okeylah tak ada apalah pandailah saya jaga diorang.. akak tak payah lah risau ya".
"Allahuakbar.. kesiannya semoga cepat sembuh patutlah lama tak nampak.. eh tak hantar ke hospital ke bahaya tau demam sekarang jangan di buat main".
"Mereka tak mahu ke klinik apatah lagi hospital.. saya hanya beli kan mereka ubat.. mmm.. saya gerak dululah takut lambat pula.. nak beri mereka makan.. assalamualaikum..". Jawab ayah dengan tenang dan terus berlalu pergi.
"Ha yalah waalaikumsalam".

Setelah mendengar cerita makcik nor itu. Hana mula terganggam! Terdiam! Termenung jauh!. Kerana ayah sama sekali tidak menceritakan bahawa ibu dan adik pernah sakit!.

Makcik-makcik yang melihat hana mula terdiam itu, pun mula berkata padanya...
"Dik.. dik.. awak okey ke?". Sambil memegang hana.
Hana pun laju berkata pada mereka setelah terhenti dari termenungnya...
"Hmm.. okey.. saya okey..mmnm". Sambil sedikit tersenyum. Senyum seperti terpaksa.
Salah seorang makcik bertanya lagi pada hana...
"Tapi dik mak awak betul sakit kan? Dengan adik awak?".
"Ha.. ya.. ammmm.. sakit.. ya sakit..". Hana yang terpaksa jawab ya. Hakikatnya dia tak tahu pun.

Bayangkan, ayah sama sekali tidak menceritakan hal itu pada hana. Yang dia cerita hanyalah, ibu tinggalkannya. Its okeylah.. hana fikir yang baik-baik sahaja mungkin ayah lupa hendak memberitahu. Tetapi, kalau ibu dan adik sakit sekali pun takkan masa tu dia sendiri tak bagitahu hana? Hari-hari message hana seperti biasa, seperti tiada apa-apa yang terjadi. Or ibu taknak hana tahu yang ibu dan adik sakit?. Apa alasan semua ni? Stay tuned.

Berbalik cerita yang tadi. Setelah makcik-makcik itu mendengar jawab hana, dengan mengatakan ibu dan adik memang sakit mereka mula lega...
"Allamdullilah.. Jadi.. maknanya betullah mak awak dengan adik awak tu sakit.. kami ni cuma nak kepastian.. yelah zaman sekarang nih macam-macam ada.. tipulah apalah.. ataupun dera mendera risau kami kan".
Tambah makcik lain lagi...
"Iya betul tuh lagipun kalau apa-apa jadi dengan keluarga kamu.. kami nih tak boleh tahu.. tak boleh nak dengar sebab kamu duduk agak berjauhan dengan kami atas bukit sana tuh ha".

Hana pun mula bersuara...
"Ammm.. yalah.. terima atas perhatian semua dan nasihat.. saya rasa nak kena balik dululah hari pun macam dah nak gelap nih.. saya minta diri dululah assalamualaikum..".
"Ha yalah...waalaikumsalam..

Hana pun terus bergegas pergi dari situ.

Salah seorang makcik itu berkata lagi sambil semacam teriak sedikit pada hana...
"Dik.. kalau ada apa-apa nak minta tolong jangan segan-segan datanglah rumah kami ya tak jauh pun sini-sini ja".
"Iya betul tu dik".
"Inshaallah semua...". Hana yang agak sedikit teriak juga pada mereka kerana langkahnya sudah makin jauh dengan mereka.
Tambah makcik-makcik itu lagi setelah hana berlalu pergi...
"Eh tapi budak tu macam tiba-tiba nampak pelik pula".
"Ha tula mula-mula okey kan".
"Dah-dah fikir yang baik-baik jalah.. dah-dah jom-jom".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience